test

Rabu, 3 Disember 2008

gerakan anti PPSMI

Saya agak ketinggalan apabila tidak dapat hadir ke Forum Gerakan Anti PPSMI.



Saya terjumpa artifaks lama di komputer untuk disiarkan.

Apa yang dikatakan oleh Saudara Bustamam agak menarik.

5) Internet mempercepatkan proses globalization. Process globalization patut diikuti dengan proces Internationalization, localization, personalization dsb. Semua setuju yang dunia ini semakin kelihatan kecil sebab Internet. Tapi kebanyakan tak realize yang setiap sempadan ada keistimewaan masing2, mereka ada adat-resam, tata-susila dsb. Memahami isu-isu tersebut adalah amat perlu untuk memupuk sefahaman.
 Masih ingat lagi catatan saya tentang glokal?


Sesiapa yang faham globalisasi, mereka akan menyukai glokal, walaupun benci pada Najib.


Kembali kepada Gerakan PPSMI, Ayuh tandatangan petisyen

Facebook, Perkongsian Bersyarat

Banyak kali juga saya menerima URL dari facebook, untuk melihat sesuatu, namun untuk melihat sesuatu dalam Facebook, walaupun telah ditetapkan sebagai "public" atau "everyone" oleh pengguna Facebook, pengguna mempunyai akaun Facebook untuk melihatnya.

Apa erti "public" atau "everyone" kaalu begitu?

Kalau benar mahu dikongsikan, mengata mensyaratkan keahlian Facebook?

Ada sesiapa mempunyai akaun Facebook untuk dilacurkan?
berikan Logmasuk dan katalaluan

Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? - rujuk Malaysiakini sedikit

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5.

Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR.


Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee.
Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa.

Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO.

Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun).

Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan.

Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda.

Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun.

Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. Maksudnya, sebelum UPSR, dia sudah bersekolah selama 9 tahun.

9 tahun bersekolah dalam bahasa ibunda, hanya 5 tahun bersekolah dalam Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa perpaduan kaum.

Kita masuk semula soal peperiksaan.

Ketika saya mendapat 5A ketika peperiksaan pernilaian darjah 5, saya tidak terlalu tertekan seperti pelajar darjah 6 sekarang yang ingin mengambil UPSR.

Kasihan saya lihat pelajar 6 tahun yang terpaksa kelas tambahan untuk UPSR, kemudian diadakan pula teknik menjawap soalan UPSR dianjurkan oleh Puteri UMNO dan Nisa' .

Zaman saya dulu, tak pernah rasanya diadakan sesi khas untuk belajar jawap soalan.

Teringin pula saya untuk mendalami ilmu teknik menjawap soalan UPSR, kerana ilmu itu panduan hidup dan perlu dibawa mati.

Agaknya mungkin saya sedikit bodoh kerana tidak pernah belajar teknik menjawap soalan UPSR.

Bayangkan, pelajar yang mengambil UPSR, belajar selama 6 tahun disekolah rendah, masih lagi tidak cukup masa untuk belajar, dan perlu belajar tambahan "Teknik menjawap soalan UPSR" anjuran sayap parti politik.

Saya dulu, belajar selama 5 tahun, secara tidak tertekan, boleh main kejar-kejar, kumpul pelekat World Cup 1986. Hanya 3 gambar sahaja lagi untuk buku pelekat World Cup saya penuh.

Kemudian darjah 6, saya belajar tanpa tekanan. Tiada peperiksaan besar, hanya memenuhkan buku rekod sahaja.

Disebabkan pelajar darjah enam zaman sekarang tidak cukup masa belajar, apa kata kalau dipendekkan lagi masa belajar untuk peperiksaan.

Memperkenalkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4.

Kenapa darjah 4?

Pelajar sudah cukup lama belajar, darjah 4 sesuai untuk menilai mereka, mereka perlukan "pernilaian" sahaja, bukan perlumbaan bilangan pelajar yang pendapat 4A. Bukan pesta memperagakan keputusan anak kepada ibubapa lain.

Kalau darjah 4 diadakan peperiksaan pernilaian, selepas itu sudah boleh ke sekolah menengah atau "pra sekolah menengah".

Kalau pelajar sudah belajar sejak 4 tahun, maka peperiksaan pernilaian darjah 4 itu sudah cukup membuatkan pelajar itu belajar selama 7 tahun.

Kira semula 4,5,6,7,8,9,10   , Ya 7 tahun.

Kalau pelajar belajar sejak umur 5 tahun, dia sudah belajar selama 6 tahun.

Jadi, adalah dicadangkan, pembelajaran dalam bahasa Ibunda cukup setakat darjah 4 sahaja, dan kemudian bersekolah dalam sekolah berbahasa melayu, bergaul diantara kaum.

Sekiranya sekolah rendah hanya sehingga darjah 4, (umur 10 tahun), tempoh masa bersekolah menengah, bergaul antara kaum akan meningkat daripada 5 tahun menjadi 7 tahun.

Selasa, 2 Disember 2008

Malaysiakini tidak merepek tentang Borang KWSP

Merujuk kepada Malaysiakini, Borang KWSP 17A (AHL) Khas boleh di dapati mulai hari ini.

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengekalkan kadar caruman pekerja sebanyak 11 peratus mulai gaji Januari 2009, boleh mendapatkan Borang KWSP 17A (AHL) Khas mulai hari ini.

Mushkil juga.
Bulan lepas saya telah membuat catatan tentang Borang KWSP Supaya Caruman Kekal 11%

Alih-alih borang boleh di dapati mulai "hari ini".


Setelah saya meneliti, rupanya Borang KWSP Borang KWSP 17A (AHL)  berbeza sedikit dengan Borang KWSP 17A (AHL) Khas

Perbezaannya ialah KWSP 17AA (AHL) Khas sudah sedia menulis tambahan 3 %, dan Borang KWSP 17A (AHL) membolehkan tambahan caruman anda 3% atau kurang atau lebih, ikut suka.

KWSP 17AA (AHL) Khas menetapkan 2010 sebagai tarikh tamat "tambahan 3%", manaka Borang KWSP 17A (AHL) tidak meletakkan tarikh tamat.

Kalau tidak mahu pening kepala, guna Borang KWSP 17A (AHL) Khas



Untuk Majikan, boleh gunakan Borang KWSP 17AA (AHL) Khas

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu.

Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan.

Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira".

Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan.

Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa".

Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung.
Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal.

Ikan yang sudah dimasukkan kedalam pinggan tidak boleh dikeluarkan. Lainlah kalau ikan itu diasingkan.

Di kedai kopi kampung-kampung pun begitu, disebabkan kebiasaannya murah, maka semua orang pesan sahaja, teh O 1, teh 1, nescafe 1. Kebiasaannya mampu dibayar ketika 5 tahun lepas.

Tapi zaman berubah, kalau pesan ikut suka, alamat mungkin duit tidak cukup.

Paling menyedihkan ialah pelanggan akan marah kepada peniaga kerana menaikkan harga, walhal pelanggan itu sendiri tidak mahu tahu berapakah harga minuman yang dipesan oleh mereka.

Namun, keadaan agak berbeza pada kedai makan barat.
Hampir kesemua kedai makanan barat menyediakan menu yang tertera harganya.

Budaya biasa kedai makan barat yang banyak di Malaysia.

  • Pelayan meletakkan menu, pelanggan diberikan masa 2,3 minit,
  • (cukup masa untuk pelanggan yang tak cukup duit buat perkiraan)
  • Pelayan datang mengambil pesanan.
  • Pelayan mengulangi pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Budaya kedai makan barat jenis A&W, McD dan KFC.

  • Pelanggan memilih makanan berdasarkan menu yang tertera harganya.
  • Juruwang tekan sambil menyebut pesanan tadi
  • Juruwang akan buat 'cross selling' , mahu yang besar kah. dll
  • Juruwang akan sebut semula pesanan-pesanan tadi kemudian memberitahu jumlahnya.
  • Pelanggan sebenarnya boleh untuk tidak bersetuju, selagi dia belum terima duit, selagi itu sistem tidak "tunaikan".
  • Juruwang akan sebut wang yang diterimanya,
  • Juruwang akan sebut baki wang yang dikembalikan.
Di kedai makanan orang Islam yang biasa-biasa pula begini.

Apabila sudah makan, kita suruh dia kira, maka dia pun kira, mahal atau murah, pelanggan perlu bayar kerana sudah makan.

Pernah juga saya mengalami situasi dimana, selepas nyatakan apa yang kita makan, duit diambil, dan dikembalikan baki tanpa mengetahui berapa kesemuanya.

Namun tidak semua, kedai makan Islam yang bercirikan Fotani Darussalam kebiasaannya mempunyai menu, namun pelayan adakalanya lupa untuk membawa menu ketika mengambil pesanan. Oleh itu kita masih boleh minta menu, supaya boleh bersetuju dengan harga sebelum membuat pesanan.

Walaupun tidak pernah dibuat orang, pelanggan sebenarnya boleh minta diskaun sebelum membuat pesanan.
"Dik, Nasi goreng Obama ini RM 5.00, boleh tak buatkan supaya ianya RM 4.50?"

Isnin, 1 Disember 2008

Sistem Ekonomi Keynessian Membuatkan Kita Semua Kemaruk "Pertumbuhan"

Di blod deminimis terdapat persoalan, apa agaknya John Maynard Keynes telah lakukan?.


Ulasan saya di situ ialah.

Hasbullah Pit said...
Keynesian economy focus too much on "growth". All we look now is "what percent increas each year" for everthing. GDP how many % this year. that X fund how many % profit this year. loan how many % interest bla bla bla how many percent. What was happened is the money supply was increased to meet the "growth" demand. Than the "growth" is become meaningless. do we really need the "growth"


dipersetujui oleh de minimis

de minimis said... Hasbullah

I am in 100% agreement with your question. What is growth? Why do we need growth? This is why we in Asia need to question all the assumptions and values used to create the modern economy which is modelled from the West.

But in order to question this, we need to understand how the Western model came about. Since 1930, it is the Keynesian model that is used by all govts including Malaysia. There is a lot to study and understand
Ekonomi kemaruk pertumbuhan menyebabkan hampir semua perkara dikira dalam berapa peratus setahun.

Pinjaman rumah itu berapa peratus setahun
Keuntungan pelaburan itu berapa peratus setahun
KDNK tahun ini negara itu berapa peratus setahun

Yang menghairankan ialah dalam dunia ini ada juga "pertumbuhan ekonomi dunia".
Apa yang tumbuh?

Hasil daripada urusniaga dengan penduduk planet lain, ekonomi bumi tumbuh sebanyak n%?

Sistem ekonomi Keynes, menyebabkan inflasi, dengan adanya wang fiat.
Kalau wang simpanan kita tidak dilaburkan ke instrumen yang memberikan pulangan yang tinggi, automatik akan rugi kerana dimamah inflasi.

Disebabkan itu, adanya kadar faedah yang turun naiknya ikut suka bank pusat.
Kalau dia rasa kadar faedah perlu dinaikkan atas sebab tertentu maka dia naikkan.
Kalau dia rasa kadar faedah perlu direndahkan atas sebab tertentu maka dia akan turunkan.

Ada kalanya mereka naikkan dan turunkan kadar faedah atas sebab yang sama.
haha

Dunia ekonomi yang kemaruk kepada pertumbuhan menyebabkan hampir semua orang jadi gila.
Jangan simpan duit situ tak untung, simpan tempat lain, eh rugi pula.

Orang akan beli hartanah dengan harapan akan dapat keuntungan melebihi daripada pinjaman yang dia telah buat.

Bank juga yang untung.

Pemaju hartanah terus memajukan hartanah dengan harapan ramai orang akan beli walaupun kadar orang beranak tidaklah sebegitu tinggi.

Akhir sekali, apa yang terjadi ialah ramai orang tidak dapat kejar pertumbuhan yang diada-adakan.

Pendapatan pekerja pun perlu kejar pertumbuhan. Inflasi naik setiap tahun.
Kalau kenaikan gaji tidak seiring dengan inflasi, dia akan menjadi lebih miskin setiap tahun.

Duit yang disimpan juga perlu disimpan ditempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada pertumbuhan inflasi, sebaliknya dia akan lebih miskin.

Orang akan gembira melihat nombor pada gaji bertambah, bilangan duit pada pelaburan bertambah akan tetapi sebenarnya dia menjadi lebih miskin.

Riba digunakan untuk menambahkan wang yang disimpan atau dipinjamkan, atau yang diperolehi dari pinjaman.

Maka itulah ekonomi keynesian.

Sistem ekonomi muamalat bagaimana?
Adakah tidak memerlukan pertumbuhan langsung?
Kalau dalam satu tempat, pendapatan semua orang cukup, semua orang ada rumah sendiri, cukup makan, pakai, apa perlunya pertumbuhan?


Pada zaman kesultanan melaka dahulu, Melaka kaya raya, akan tetapi tidak pula pernah menyebut kadar pertumbuhan iktisad meleset.

Zaman sebelum ekonomi keynesian agak ringkas, samada kaya atau miskin, tidak ada persoalan pertumbuhan yang berjela-jela.

Apabila ekonomi keynesian ini dijadikan anutan semua orang, maka terjadilah kemaruk pertumbuhan sehingga beria-ria tarik pelabur asing, beria-ria menjual hartanah kepada warga asing supaya pertumbuhan tetap tinggi.

Warga asing pula datang dengan matawang yang lebih tinggi, mudah sahaja membeli rumah di Malaysia.

Orang Malaysia bergembira kerana sektor hartanah meingkat pada kadar pertumbuhan yang tinggi.
Walhal kalau kita lihat dari sudut lain, bilangan hartanah rakyat malaysia akan menurun hari demi hari.

Persoalan tadi, adakah sistem ekonomi muamalat tidak perlukan pertumbuhan langsung?

Jika dinar dijadikan matawang, maka tidaklah manusia perlu berusaha terlalu gigih untuk mengatasi inflasi.
Apa yang ada cukup.

Kalau pendapatan hari ini sebulan 8 dinar, 10 tahun dari sekarang pendapatan masih lagi 8 dinar pun tak mengapa.

Melainkan wujudnya tanggungan tambahan pada keluarga barulah memerlukan pendapatan yang lebih.

Maksudnya, pertumbuhan ekonomi sesuatu negara hanya perlu menyesuaikan diri dengan kadar kelahiran sahaja.
KDNK yang dikira dalam dinar, meningkat 1 % setahun, sudah cukup menggembirakan semua orang.

Apa erti kalau pertumbuhan 6-9% kalau ianya hanya mengejar inflasi, dan mengalami pesta kegawatan setiap 10-12 tahun?

Umar Vadillo tidak cerita yang pertumbuhan ekonomi akan menjadi sedikit kalau guna dinar.
Itulah realiti.

Saya ada kawan baru di dunia blog

Memperkenalkan

de minimis

http://ctchoolaw.blogspot.com/


Sekira anda suka membaca blog saya, suka akan persoalan ekonomi yang diluar kotak, kemungkinan anda juga akan suka membaca blognya.

Google+ Hasbullah Pit