test

Rabu, 5 November 2008

Ulasan di blog Kekanda Husam berkenaan isu Papan Tanda

Ulasan saya di blog Kekanda Husam

Bahasa: Sekadar Bertanya


(belum diluluskan ketika ini)

-------


Kekanda Husam.

Yang saya kuatiri ialah apabila wujudnya papan tanda yang bukan BM, akan wujud golongan yang tidak merasa perlunya untuk memahami BM, akhirnya pepecahan akan berlaku.

Ianya tidak semestinya merujuk papantanda Bahasa Cina, akan tetapi merujuk kepada papan tanda kedai-kedai yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris.

Sekiranya sekelompok rakyat Malaysia sudah boleh hidup tanpa merasa perlu memahami Bahasa Melayu, boleh sekolah tanpa BM, masuk IPTS tanpa BM, maka matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak akan tercapai.

Bagaimana golongan ini hendak bergaul dengan orang kampung?

Perpaduan kaum di kawasan kampung lebih baik berbanding di bandar kerana mahu tidak mahu bukan melayu terpaksa berbahasa melayu untuk beli pisang goreng atau roti canai.



20 sen.

Binatang apa itu Undi Elektoral? Binatang Bertaringkah?

Seperti catatan terdahulu, ada mengatakan Obama telah menang Pilihanraya Presiden Amerika setelah "Undi Elektoral"nya melebihi 270.

Binatang apakah Undi Elektoral itu?
Berbulu atau tidak?
Karnivor Atau herbivor?
Ada gigi taring?

Semua bukan.

Memang tak faham kalau tengok CNN, ada keputusan negeri, ada keputusan Undi Elektoral. Bagaimana nak dapatkan bilangan undi elektoral itu?

Keputusan yang masuk hanya berbentuk "Obama Menang Negeri X" , "Mc Cain memang Negeri Y", tetapi yang dikira ialah bilangan Undi Elektoral, bukannya bilangan negeri.

Berikut adalah penerangan untuk mengetahui binatang undi elektoral itu bertaring atau tidak:

Obama sudah menang

Undi elektorak sudah 297. Yg diperlukan hanya 270



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Belanjawan Anwar Menguncup, 130b vs 154b vs 125b

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.


Ini kata najib.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.

Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.

Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.

Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.

Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.

Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?

Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.

Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.

Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.

Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?


Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)

Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.

Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.

kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% =  125 bilion.

Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?

Selasa, 4 November 2008

Re: DINAR EMAS (Perhatian: Chedet)

Pagi tadi saya berborak dengan seorang staff Maybank Melaka Main, yang masih ingat lagi muka saya yang pernah beli kijang emas 2 tahun lepas. Ramai orang mendepositkan wang ke bank tempatan berbanding dahulu kerana kurang yaking kepada bank asing. merujuk kepada HSBC.

Saya tanya stok, hanya 1/4 aun kijang emas sahaja yang tinggal.

Chedet telah menulis tentang Dinar Emas hari ini. Tidak pasti pula, tulisan tentang Dinar Emas oleh CheDet "kebudak-budakan" atau tidak.



1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

Belum ada sesiapa nak wawancara saya lagi. Rausyanfikir ada juga masuk siasah



2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

setuju

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

Ketika itu, wujudnya sistem tukaran matawang dengan Amerika, tetapi emas masih boleh ditebus dengan pada kadar 35 USD 1 aun. Bretton Wood, masih boleh dikira sebagai "Gold Standard" juga.


4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

Ketika itu nilai emas sebenarnya bukan 35 USD, namum boleh ditebus dengan 35 USD 1 aun.


Paul Van Eeden menulis:


By 1968, when the London Gold Pool croaked, US gold reserves had declined more than fifty two percent from their 1957 levels. In 1971 US gold reserves were 9,070 tonnes, only seventy-two tonnes more than they had been in 1935. It was clear that thirty-five dollars were no longer worth an ounce of gold. But what should the gold price have been?

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

British adalah negara yang lambat sertai Bretton Wood. Ketika perang dunia ke dua, British telah membelanjakan emasnya untuk membeli senjata dari Amerika.

British juga lambat kembali ke Gold Standard selepas perang dunia pertama.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.


Ini adalah punca segala malapetaka. Amerika cetak duit lebih untuk perang Vietnam, kemudia tidak mampu lagi nak sediakan emas kalau negara lain tebus.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
Termasuklah negara kita.



8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
Tambahan: Nilai emas ditekan dengan meminjamkan emas daripada simpanan Bank Pusat untuk mencukupkan bekalan emas sehingga emas jatuh. Apabila emas jatuh, USD naik.



9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

Amerika guna "Federel Reserve Notes", British yang guna "Bank Notes".
Kedua-dua asalnya menggambarkan emas yang kononnya wujud. Tapi kini Bank Notes dan Federel Reserve Notes tidak boleh tebus emas.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

Apa kurangnya Malaysia.
Siapa yang banyak meminjam, dia yang hidup mewah, kereta besar, rumah besar, bini besar.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

Malaysia juga telah menjamin deposit bank sehingga 2010, bailout dari "atas angin"?

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

Siapa ya yang menggalakkan pinjaman kereta, sehingga boleh bayar 9 tahun dan kadar faedah amat rendah?
(Pasca 1998)

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
Teringat pada catatan Pakdi yang mengatakan, Insurans juga melabur pada saham dan guna matawang kertas.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Mungkin perlu kepada Perjanjian Ala Bretton Wood dahulu kemudian Gold Standard kemudian barulah emas fizikal.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
Dinar emas juga sepatutnya boleh digunakan untuk urusan jual beli benda besar seperti Kambing,Lembu dan Kibas. Itupun kalau ada pesefahaman antara tauke kambing dengan tauke Emas, atau tauke kambing adalah juga tauke emas.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
Sebenarnya cukup. Tetapi nilai emas itu akan melonjak berbanding kertas supaya menjadikan ianya cukup.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
Ya.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
Ya.
Mari kita kira berapa banyak 10 juta dinar itu.

10 000 000 * 4.25g
=  425000000
= 425000 kg
= 425 tan

Tapi rizab emas BNM hanya 36 tan.


19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

no komen

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

Permintaan terhadap emas perlulah realistik, dan bukannya pembohongan terhadap permintaan emas.
Langkah awal yang saya kenal pasti untuk mencari bahan dagangan yang boleh dijual beli dengan emas, seperti Kambing Husam Musa.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Che Det ketika bersara dulukan Menteri Kewangan I, tidak tahukah rizab emas Bank Negara hanya 36 tan? Emas telah digunakan untuk selamatkan krisis kewangan 1998, tanpa diganti.

YB Amiruddin Batu Caves Memuji Dr MAZA - ada rujuk Malaysiakini

YB Amiruddin, ADUN Batu Caves , yang kacak, bijaksana, pemurah, baik hati, bersopan santun telah memuji Dr. MAZA.

Laporan Malaysiakini

"Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka; dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan Umno/BN dan mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin).


Di Blognya

Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008. 

Ulasan saya:
No komen.  (macam No Komen  yang ini)

khalidsamad.com : Masalah SEO "Khalid Samad" dijangka selesai

Sebaik sahaja khalidsamad.com beroperasi di atas blog lamanya, apabila google "Khalid Samad" kini sudah berada di tangga ke 7. Tidak sampai 24 jam Khalidsamad.com hidup.

Ianya dapat mengatasi masalah SEO Khalid Samad

Namun ianya boleh dicepatkan lagi supaya nombor satu dengan bantuan blogawan lain.

Maka oleh itu, para peminat Khalid Samad boleh lah membuat catatan blog yang membuat pautan ke http://www.khalidsamad.com. Mahu hentamkah, Mahu pujikah, sukahatilah.


Oh ya, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membuat pautan ke Inilah Kebenaran milik menj.

Google+ Hasbullah Pit