test

Ahad, 12 Oktober 2008

Jangan Terburu-Buru Minta Turunkan Harga Minyak

Ini bukan hanya cerita harga minyak, akan tetapi masuk sekali cerita harga getah dan harga sawit.

Pada masa yang sama. Ada pihak yang mengeluh harga getah turun.
Ada pihak yang mengatakan harga sawit turun mengakibatkan kekurangan dividen Tabung Haji.
Masa yang sama juga ada pihak desak suruh turunkan harga minyak kerana harga minyak dunia turun.

Jadi dirangkumkan semula yang turun ialah
Harga Minyak
Harga Getah
Harga Minyak Sawit.

Mana mungkin bila kita hendak guna kenderaan, kita mahukan harga komoditi itu rendah, tetapi untuk ladang getah kita, nasib penoreh/peniaga getah kita mahu harga getah tinggi, akan tetapi untuk pelabur tabung haji, kita mahukan harga sawit tinggi.

Mana mungkin.

Apabila ketika-tiga harga itu jatuh, ia memaksudkan harga komoditi jatuh.
Harga timah jatuh tidak?

Adakalanya saya pun tak faham kenapa beria desak kerajaan turunkan harga minyak kalau nasib penoreh getah tidak terbela akibat dari penurunan harga komoditi.

Penoreh getah sudah cukup kaya? beri peluang kepada pemilik kenderaan pula?

Bukan semua orang boleh faham bahawa penurunan harga komoditi ini disebabkan oleh False Dollar Rally.

Inflasi telah berlaku pada kadar yang tinggi.

Agak sukar untuk keseluruhan negara menyesuaikan diri dengan kenaikan inflasi itu.
Ada yang telah disesuaikan sedikit.
Ada yang minta naikkan harga, ada yang minta naikkan gaji, ada gaji yang telah dinaikkan, ada yang komisyen telah dinaikkan.

Walaubagaimanapun, sebahagian daripada penyesuaian terhadap inflasi itu telah dilakukan dan terus berjalan.

Ada yang masih menunggu gaji dinaikkan.

Kalau 1 negara sudah tetapkan mahu sesuaikan dengan inflasi 10%, sekadar contoh yang paling senang kira.

Kesemua pendapatan perlu dinaikkan sebanyak 10%, lebih kurang.
Tukang gunting rambut perlu naikkan harga cajnya supaya keuntungannya ialah 10% lebih dari tahun lepas.
Majikan perlu menaikkan gaji sebanyak 10% juga.

semuanya 10%

Maksudnya, negara menyesuaikan diri dengan inflasi 10%.


Nuffnang pun perlu naikkan 10% harga iklannya, dan berikan kepada penerbit lebih 10% juga.
(Bab ini ramai orang suka).

Bayangkan kalau harga minyak turun sehingga 1.92, tapi boss yang asalnya simpati untuk naikkan gaji, membatalkan hasratnya.

Tapi inflasi barangan yang 10% itu telah berlaku.

kemudian False dollar rally berakhir, dan semua naik dan mengelupurlah semua orang.

Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya

Pening memikirkan soal huruf Ga. Visi terlalu tinggi berbanding keupayaan diri.

Ini semua kerana secara tiba-tiba saya teragak untuk tanya Zul samada Ubuntu sudah menyokong jadi atau tidak.

Jangan pening-pening, Hari ini Robert Kubica naik podium. Tahniah.



Namun Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya seperti yang telah ditunjukkan oleh UMNO Merlimau.



Mungkin dia tak mahu meletakkan keris pada bendera negaranya kerana tak mahu lagu kebangsaannya jadi begini.



Berjumba Kita Berlumba
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Polski

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
DiPandang Mulia Dan Indah
" BERLUMBA , BERSETIA , BERKHIDMAT "
Cogan Katanya
Kubica Terus Mara
Untuk Rakyat Poland

425 Ahli UMNO Tidak Dapat Pingat Kebesaran Melaka

Ini bukan cerita Shah Rukh Khan dapat datuk.

Diberitakan di Utusan Malaysia bahawa 758 orang memperolehi pingat pada hari keputeraan TYT Melaka.

Sekali pandang, sudah rasa cukup banyak.758 orang.
Sebenarnya tahun lepas 1183 orang mendapat pingat pada tahun lepas.

Baca baik-baik perenggan ini

Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri.
Jika ditolakkan 1183-758 = 425

Maksudnya ada lebih kurang 425 ahli UMNO tidak dapat pingat tahun ini.

Daripada 758 orang itu, tolak Shahrukh Khan dan pemimpin MCA MIC Gerakan. Ada banyak lagi baki orang Melayu yang profesional yang bukan ahli UMNO.

Baca semula perenggan tadi, dan anda boleh lihat bahawa Kod Etika UMNO dikaitkan dengan penganugerahan pingat.

Nampak sangat UMNO memberitahu kepada dunia mereka menguasai institusi TYT tanpa rasa segan silu.

Kod Etika Pemilihan UMNO adalah hal UMNO. Itu UMNO punya fasal.

Mengapa etika pemilihan UMNO dijadikan kretiria pengurniaan pingat?

Etika MCA MIC Gerakan tidak diambil kira?
Mereka juga akan adakan pemilihan pucuk pimpinan juga. Tetapi adakah MCA MIC Gerakan melarang ahlinya daripada menerima pingat?

Tidak beretika sangatkah penerima pingat?

Etika mana yang hendak dijaga? Etika penerima pingat atau pemberi pingat?

Sekiranya pengurniaan pingat dibuat tanpa ada unsur unsur yang tidak elok, apa perlu dikaitkan dengan Etika Pemilihan UMNO.

Huruf Ga Jawi di GNOME & Firefox

शाहरुख़ ख़ान


 شاہ رخ خان

  گ

ڬو

کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج

کڬکڭڬڡڬڗڬج
کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج
-----


Kebiasaannya, orang Melayu, kalau nak tulis jawi, perlu ada font khas, ada juga yang memerlukan perisian khas.
Bagi saya ianya boleh dibaratkan sebagai "dirty hack".

Yang memeningkan ialah huruf Ga. huruf lain OK.

Ada pihak yang menggunakan huruf lain, kemudian digunakan dengan font yang boleh memaparkan Ga dengan betul, maka ia akan kelihatan betul.

Tetapi hanya pada perisian yang mereka guna, atau depan mata dia sahaja. Kalau dicetak pada kertas ia akan OK.

Bahasa Urdu, mempunyai huruf Ga yang hampir sama dengan Ga jawi, akan tetapi mempunyai palang, berbanding jawi mempunyia titik di atas.

Huruf Ga Urdu    (U+06AF) = گ

Manakala huruf Ga Melayu di carta unicode dipaparkan sebagai Ga yang jarang digunakan (U+06AC) . ڬ

Ia kelihatan salah. kerana kita biasa Ga ialah Kaf bertitik.

Ujian contengan di atas menunjukkan Ga versi ڬ tidak kelihatan betul apabila bercantum dengan huruf lain.

Akan tetapi apabila ڬ ditulis sebelum huruf ڗ , maka automatik (di GNOME/Ubuntu) akan menjadi ڬڗ
Maka Ga akan betul.

(Ra 2 titik itu bahasa dargwa)

begitu juga Ga ditulis sebelum huruf ڔ ړ

ڬڔڬړ


Jadi. Kalau Pango diperbetul, maka pengguna Linux boleh menggunakan Ga (U+06AC)ڬ.
Errr. Siapa nak perbetulkan pango?

Saya tidak pasti apa rupa catatan blog ini di komputer lain.



ini rupa catatan ini di komputer saya. sila klik untuk besarkan.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Bila Masa Pula PAS Melaka, Selangor, Perak Kurniakan Datuk Pada Shahrukh Khan?

Kadang Kala Skuad DUN Batu Caves ini menggelikan hati, catatan blognya yang memerli pengurniaan Datuk kepada Shahrikh khan, akan tetapi mengeluarkan kenyataan memerli kepada blogawan yang menegur tentang "gambar" DSAI.

p/s mana blogger yang sibuk pasal gambar dsai dulu tu...?? ni apa cerita? apa faedah untuk negara??

Blogawan yang sibuk pasal "Poster" atau "gambar" DSAI di Batu Cave itu kebanyakkannya blogawan PAS, Bukan UMNO.

Perisik Rakyat PAS Selangor
Hani Nasution PAS Perak
Pak Kamaru PAS Perak
Ustaz Nasarudin Tantawi. Pemuda PAS Pusat (negeri mana ya?)
Diri saya sendiri PAS Melaka.
Khairul Faizi - PAS Johor.
Nik Abduh PAS Kelantan
Puan Nur Aflah PAS Melaka




Sekarang ini yang nak tanya balik kepada Skuad DUN Batu Cave, yang kurniaan Datuk itu PAS negeri mana yang beri?

PAS Melaka?
PAS Perak?
Pemuda PAS?
PAS Kelantan?
PAS Johor?

Pendirian PAS Melaka tentang Kurniaan Datuk.

KESAL DENGAN ANUGERAH DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN 

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh kesal dengan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan Melaka. Beliau mempersoalkan apakah sudah tidak orang lain yang berjasa kepada negara dan negeri Melaka ini.

DATUK SHAH RUKH KHAN : TIDAK ADA LAGIKAH ORANG LAIN UNTUK GELARAN DATUK

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil kesal dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka. Tidak ada lagikah orang lain yang lebih layak dari beliau. Apa jasa beliau kepada rakyat negeri Melaka sehingga mendapat pengiktirafan begitu tinggi.

Angkasa Nuri Telah Buat Catatan blog perli.

BANYAKNYA JASA SHAH RUKH KHAN KEPADA MELAKA
Puan Nur Aflah pun ada tulis
KENAPA SHAH RUKH KHAN DAPAT DATUK?


Ramai orang Melaka yang terperanjat ‘be-rok’ bila mendapat tahu Shah Rukh Khan akan dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70.



Ketua Pemuda PAS pun ada keluarkan kenyataan.



Agak menghairankan apabila Skuad DUN Batu Caves ingin tahu apa faedah pengurniaan datuk kepada Shahrukh Khan, dia bertanya kepada blogawan yang ulas isu "poster"/"gambar" DSAI.

Kalau nak tahu sangat apa faedahnya, Tanyalah pada Ali Rustam atau Khalil Yaakub.

Eh, Mana kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan kurniaan datuk pada Shahrukh Khan?
Termakan budi kah?

Mana Tidaknya Google Pening, Masalah SEO Khalid Samad

Pejabat YB Khalid Abdul Samad telah mengutarakan masalah SEO laman blog boss nya iaitu Khalid Abdul Samad.





-Pejabat YB Khalid Abd Samad- said...





Terima kasih atas komen Tuan Hasbullah Pit "Ref Malaysiakini" diletakkan pada tajuk kali ini utk kajian pihak kami keatas kapasiti enjin pencari Google 'mencari' blog ini dlm blogosphere kerana terdapat sedikit masalah pencarian - walaupun telah di index dlm Google. Sekarang lebih jelas sedikit kerana tidak keluar di Malaysiakini pun setelah hampir 12 jam. Mungkin Tuan boleh memberi pandangan utk memudahkan lagi pencarian di Google.

Harap maaf diatas kesulitan yg timbul. "Ref Malaysiakini" kini telah di keluarkan dari posting.

Malangnya dia telah tersalah berguru, dan menggunakan kaedah yang kurang beretika, untuk menyelesaikan masalah yang lain.

Masalah sebenarnya ialah SEO.
Blogawan wordpress ramai yang pakar SEO, saya bukan pakar SEO, tetapi tidaklah bodoh sangat sehingga tidak mengetahui apa-apa.

Bagaimana sesuatu nama boleh dikaitkan terus oleh google kepada sesuatu laman web atau blog?
Kalau hanya ada 1 laman blog Khalid Samad, dan semua pautan "Khalid Samad" ditudingkan ke situ, maka ianya mudah.

Akan tetapi perkara yang terjadi ialah ada banyak blog khalid Samad, akan tetapi yang rasmi adalah yang berURL http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Akan tetapi, masoh lagi wujud laman blog "lama" dan tidak aktif dikenali sebagai blog "Khalid Samad".

http://khalidsamad.blogspot.com
http://khalidabdulsamad.blogspot.com
http://khalidabdsamad.blogspot.com

Google pening yang mana satu "Khalid Samad" sebenarnya?

"Khalid Abdul Samad" atau "Khalid Samad"?
Yang ini pun empunya diri perlu tentukan, nama komersil mana satu yang hendak digunakan, ada Abdul atau tidak.

Jika hendak mempopularkan http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com, maka laman blog lama tidak aktif atau lupa katalaluan perlu dihapuskan dari dituding sebagai "Khalid Samad".

3 laman blog tidak aktif itu perlu ditukar URL, dan tidak mempunyai tajuk "Khalid Samad".
Maka ia akan lebih mudah untuk google tentukan yang mana satu "khalid samad".

Masalah yang timbul, berpunca dari banyaknya laman web / blog lain yang mentuding "Khalid Samad" ke laman blog yang sudah mati.

Jadi, Pejabat YB Khalid samad kena kesan siapa yang tuding ke laman blog yang salah.

google rentetan berikut.


link:http://khalidsamad.blogspot.com
link:http://khalidabdulsamad.blogspot.com
link:http://khalidabdsamad.blogspot.com


lakukan carian menggunakan enijn yang lain juga. beritahu secara manual bahawa URL sebenar ialah http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Sebelum itu, tuan punya diri perlu tentukan, adalah alamat bagi Khalid Samad ialah sebegitu atau mahukan nama yang lebih mirip namanya seperti khalid.samad.my atau khalidsamad.my

kalau beli domain samad.my, boleh kongsi dengan Shahrir Samad.

seorang khalid.samad.my
seorang lagi shahrir.samad.my

Kalau sudah beli domain samad.my, barulah boleh digunakan pada blog sedia ada. Kaedahnya akan diceritakan kemudian.

Apa pun tanya boss dulu nak khalid.samad.my atau tidak, kalau mahu, YM "sameon" untuk beli domain, selepas itu YM sebolku, untuk belajar konfigurasi. Atau belajar sendiri.

Atas sebab teknikal, saya lebih prefer samad.my berbanding khalidsamad.my kerana mengikut hukum DNS, khalidsamad.my tidak boleh diCNAMEkan ke blogger. Kena tambah "www".

kalau daftar samad.my,  boleh masuk guna kedua-dua www.khalid.samad.my dan khalid.samad.my
seperti hasbullah.pit.my dan www.hasbullah.pit.my

Kasihan pula Afham kerana tak boleh masuk blognya tanpa www.

Nasionalisasi Ustaz Zaharuddin

Usah di layan sangat cerita pemilihan UMNO.

A sedia bertanding
B dapat pencalonan
Negeri C kata sokong D
E kata F tak layak bertanding
bla bla bla bla

Kesemua ini boleh diibaratkan hiburan politik sahaja. Dalam erti kata lain, gosip politik.

Mereka bukan membincangkan kandungan politik kerahan pembentukan negara.

Ada kita dengar calon yang bertanding menyediakan kaedah menyelamat ekonomi? kemudian dibidas oleh calon yang lain.

Adakah kita dengar calon itu berjanji untuk cuba mempertingkatkan taraf pendidikan?

Kalau berjanji untuk mengukuhkan parti ada juga kedengaran.

Ada mereka berjanji untuk menggunakan kaedah ekonomi yang lebih islamik untuk mengatasi masalah ekonomi?

Akan tetapi, seronok juga makan bertih jagung sambil menonton drama UMNO.



Di dunia lain yang agak jauh sedikit dari politik, Ustaz Zaharudin telah bercerita tentang kandungan politik, iaitu kebaikan dan keburukan nasionalisasi.

Catatannya panjang, tidak hanya nasionalisasi, kalau hendak diulas, memerlukan sekurang-kurang 5 catatan blog untuk mengulas satu catatan blog itu.


Ini adalah sebahagian daripada catatan itu, yang menceritakan tentang nasionalisasi. Saya tidak pasti adakah nasinalisasi adalah istilah yang sesuai atau tidak.

sekali pandang nampak macam bermaksud pembentukan negara berasaskan nasionalisme.

Akan tetapi beliau memaksudkan proses mengkerajaankan badan swasta.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 'NATIONALIZATION'
Apabila bank-bank komersial di nasionalisasikan ini bermakna ia telah menjadi sebahagian daripada institusi kerajaan dan bukan lagi sebuah syarikat swasta.
 
Pihak yang berfahaman ‘sosialis' amat sukakan proses nasionalisasi ini, bagi mereka semua pengeluaran, pengagihan dan harta di dalam negara sepatutnya di miliki dan dipegang oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Sistem ekonomi Islam tidak sependapat dengan fahaman ekonomi sosialis yang terlalu ingin meng'kerajaan' segala-galanya.
 
Islam juga tidak bersetuju dengan cara ekonomi kapitalis yang terlalu membuka peluang begitu luas sehingga menjadikan untung sebagai fokus dan segala-galanya dalam dunia perniagaan dan kehidupan. Islam boleh dikatakan berada di pertengahan, ada perkara yang perlu di'kerajaan'kan dan ada yang tidak.
Islam juga membenarkan pencarian untung dalam dunia perniagaan namun ia mempunyai tanggungjawab dan limitasi seperti kewajiban zakat, kebajikan, berniaga dalam lunas yang halal dan pelbagai lagi. Limitasi moral dan nilai ini amat longgar dan hampir tiada dalam dunia ekonomi kapitalis.
Justeru, membiarkan semua bank komersial riba yang mengalami kerugian akibat kelemahan pengurusan dan ketamakan, lalu dibayar dengan sejumlah amat besar wang rakyatnya melalui proses 'nasionalisasi'. Ia tidaklah boleh diterima oleh Islam.
 
Hasil dari nasionalisasi ini adalah berikut :-
 
a- Harta dan aset ; harta dan asset bank atau syarikat tersebut sudah menjadi harta dan aset kerajaan.
 
b- Halatuju : Kerajaan berkuasa untuk menentukan halatuju bank yang telah diambil alih (jika peratusan pemilikkannya adalah terbesar), sebahagiannya berpendapat dengan demikian, ia lebih selamat berbanding swasta.  
 
c- Kurang Risiko ; Ia lebih baik kerana kerajaan akan sentiasa berimbang dalam mengejar keuntungan berbanding swasta yang sentiasa ingin perbanyak untung serta lebih mengambil risiko.  
 
d- Suasana Kerja Lebih Mudah ; Suasana pekerjaan lebih baik kerana amat jarang kerajaan membuang pekerja berbanding swasta yang sentiasa menagih prestasi tinggi.  
 
e- Aset Utama dimiliki ; Aset berharga tinggi dan amat diperlukan (terutamanya key services) lebih selamat dari dijual kepada pihak asing, berbanding swasta yang sentiasa ingin menggandakan wang walaupun dengan menjualnya kepada pihak asing. Masalahnya, adakah perbankan komersial ini amat amat diperlukan?. Kerajaan masih boleh membantu peminjam melalui pelbagai cara lain.
 
Namun begitu kebanyakkan usahawan-usahawan yang wujud di dalam pasaran memandangnya sebagai satu tindakan yang boleh membawa negative kerana :-
 
1) Prestasi kerja akan menurun, demikian semua maklum akan tekanan kerja di bawah swasta dan kerajaan. Tahap kecekapan akan menurun, situasi selesa amat boleh membawa padah.
 
2) Kurangnya persaingan ; Menurut teori perniagaan, persaingan amat penting bagi mewujudkan pembangunan berkualiti.
 
3) Bertambah campurtangan politik ; Apabila sebuah syarikatr besar seperti bank komersial masuk dalam pemilikan kerajaan, campur tangan orang politik semakin mudah menyelinap dan akhirnya mewujudkan kelemahan keyakinan pelabur,
 
4) Menyuburkan sikap 'favoritism' dalam bisnes. Selepas ini sdudah tentu projek-projek besar kerajaan akan diberikan kepada syarikat di bawah naungannya atau yang unyai ikatan langsung dengannya. Hasilnya, syarikat swasta yang cekap kempunan dan kurang bisnes disebabkan asyik kalah tender dengan syarikat berkaitan kerajaan. Hal yang sama banyak berlaku di Malaysia.
 
5) Meningkatkan beban kerajaan yang telah sedia banyak ; Setiap hutang yang sedia ada dan pengurusannya kini di bawah tanggungjawab kerajaan.
 
6) Peluang pekerja semakin sukar ; Peluang para pekerja bank terbabit untuk naik atau naik gaji juga amat sukar apabila prose sini berlaku. Sebagaiman sukarnya kakitangan awam naik gaji dan pangkat, itu akan berlaku. Berbeza dengan swasta yang lebih responsif kepada kakitangan yang cemerlang dengan kepantasan peluang naik pangkat, gaji dan bonus. Ini bakal menyebabkan prestasi kerja menurun.
 
7) Kerajaan Hilang Fokus Kebajikan ; Semua hutang yang terhasil dan berbaki dari syarikat gergasi yang dinasionalisasi akan menjadi beban kerajaan. Ini bermakna ia menjadi beban semua rakyat. Tanpa pengurusan dan pendapatan yang baik, kerajaan akan menaikkan cukai. Bayangkan, bagaimana proses ini boleh beri kesan negatif kepada rakyat. Di United Kingdom, sudah tersebar analisa dari pelbagai pihak, PELBAGAI CUKAI AKAN DINAIKKAN akibat dari bail-out ini.!
 
Dalam Islam, nasionalisasi adalah amat diperlukan dalam sektor perkhidmatan utama seperti pengurusan air, makanan asasi seperti beras, eletrik, kesihatan dan lain-lain perkara asas bagi masyarakt. Ia penting bagi kerajaan mengawal harga dan kebajikan awam. Penswastaannya bakal membawa beban keapda rakyat ramai akibat harganya yang pasti meningkat kerana target sesebuah syarikat swasta adalah UNTUNG. Kerajaan tidak sewajarnya mempunyai target sebegitu sebagai sasaran utamanya.
 
Namun nasionalisasi dalam bidang komersial dan bisnes yang bukan TERDIRI DARI PERKARA asasi adalah tidak digalakkan di dalam Islam bagi mengawal hal negatif yang dinayatakan di atas. 
 


Adakah benar golongan sosialis mahukan nasionalisasi?
Atau golongan sosialis hanya mahukan output sahaja, asalkan polisi lebihkan rakyat, maka cukuplah.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat milik kerajaan. Walaupun ia milik kerajaan, tidak semestinya kerajaan jaga kepentingan rakyat.

Syarikat milik kerajaan banyak yang bertindak seperti syarikat biasa yang berasaskan keuntungan.

Jangan diharapkan sangat syarikat kerajaan akan jaga kepentingan rakyat, kalau badan kerajaan pun tidak menjaga kepentingan rakyat.

Lihat sahaja sistem PBT yang ada, PBT seolah-olah bekerja untuk dinaikkan taraf secepat mungkin, kerana ahli majlis akan dapat peruntukan lebih kalau taraf majlis daerah dinaikkan menjadi pembandaran.

Untuk mencapai taraf pembandaran, syarat kutipan hendakkan melebihi sekian-sekian. Maka cukai itu ini akan naik, parkir naik. Kalau tak capai, bukan dinaikkan taraf tetapi dapat penyapu pula.

Apa yang golongan sosialis suka sangat kalau syarikat dinasionalisasikan?

Google+ Hasbullah Pit