test

Isnin, 12 Mei 2008

Mahathir sahkan UMNO Memberi Kerakyatan Secara Murahan Untuk Menarik Sokongan

Daripada Khairul Faizi, yang diambil dari Malaysiakini,Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO telah memberikan kerakyatan secara murahan untuk menagih sokongan:

"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan,"

Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan "Melayu", memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil?

Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya.

Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka.

Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku "menjual Kerakyatan secara murahan" kepada orang asing.

Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, "orang asing" itu, tidak lagi asing, kerana kerakyatan telah diberikan. Terlajak perahu tidak boleh diundur.

Keturunan "1 juta orang asing" itu perlu dilayan seperti rakyat Malaysia juga.

Namun, walaupun sebelum merdeka, orang Melayu yang berkiblatkan UMNO masih tetap menyokong UMNO, untuk menumbangkan geng Datuk Onn.

"Kontrak Sosial" itu hanyalah antara komponen perikatan. tidak melibatkan parti yang bukan dalam Perikatan.

Adakah orang IMP, seperti Datuk Onn diajak berbincang sebelum kerakyatan murahan diberikan untuk memperkukuhkan perikatan?

Adakah Burhanuddin Helmi diajak berbincang?

2 Tokoh Agung Melayu itu tidak diajak berbincang, kalau tidak sudah pasti 2 tokoh agung ini tidak akan bersetuju.

Mudah sahaja UMNO menggadaikan ke"majoriti"an bangsanya, hanya kerana mahukan Perikatan itu kuat.

Lebih 50 tahun berlalu, generasi ke 2 dan ke 3 daripada 1 juta "orang asing", terpaksalah dilayan sebaiknya seperti warganegara.

Jeff Ooi pernah mempersoalkan bagaimana generasi ke 2 yang datang dari Indonesia seperti Dr Khir Toyo mendapat taraf bumiputra.

Akan tetapi, juga berlaku bagaimana generasi pertama Cina datang ke Malaysia mendapat kerakyatan.

Malaysia is known for its multi-cultural heritage and with more immigrants, our identity is further enriched. Just like my grandfather who came here from China about 60 over years ago when he was barely 18 to build a better life, these ‘new’ foreigners are here to live a fuller life.

Eh,
Saya mengenali seseorang, Ahmad (bukan nama sebenar) yang merupakan generasi ke 2 datang ke Malaysia, selepas Merdeka. Akan tetapi sehingga kini dia masih berstatus "Penduduk Tetap", tidak boleh mengundi walaupun telah bersekolah di Malaysia, mempunyai akaun KWSP, Perkeso.

Terdapat 3 senario berbeza:-

Atuk Jed Yoong yang mendapat kerakyatan
Bapa Khir Toyo yang mendapat kerakyatan dan status bumiputra
Ahmad (bukan nama sebenar), masih belum dapat kerakyatan walaupun sudah generasi kedua di Malaysia, anaknya dikira generasi ke 3.

Gantikan PLKN dengan Pusat Latihan Asas Tani

Ramai yang marah dengan PLKN, kerana banyak sebab.

Sebab rogol.
sebab kematian.
sebab itu.
sebab ini.

Ramai yang mencadangkan dihapuskan sahaja PLKN ini kerana ianya lebih memudaratkan daripada memberi manfaat.

Mudah sahaja mulut mencadangkan supaya ia dihapuskan.
Tapi kalau dihapuskan PLKN, apa nak jadi dengan pusat latihan itu?

Jadi saya cadangkan PLKN dijadikan sebagai Pusat Latihan Asas Tani.
Atau mungkin pusat latihan lain.

Memandangkan begitu ramai muda-mudi yang begitu "segan" untuk membuat kerja seperti bercucuk tanam, menyapu, bertukang, pengasuh, cuci tandas dan lain-lain. Sehinggakan terlalu banyak "pemain import" dalam bidang tersebut.

Maka ada baiknya tempat yang PLKN gunakan itu dijadikan tempat latihan bagi golongan muda-mudi yang fobia kepada bidang pekerjaan tertentu.

Ahad, 11 Mei 2008

Hapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan? Nanti dulu

Sejak akhir akhir ini ramai orang yang memperkatakan tentang menghapuskan akta mesin cetak yang dikatakan menjadi penghalang kebebasan media.

Sekiranya akta itu dihapuskan sekalipun, kuasa pengeditan masih ditangan editor. Editor yang berkuasa menyiarkan berita atau pendapat di media yang dikawalnya.

Saya melihat akan situasi sebegini adalah lebih kepada faktor manusia berbanding dengan undang-undang.

Dengan undang-undang sedia ada pun, kandungan media masih boleh bebas dengan syarat, editor itu bebas.

Andai kata editor itu tidak bebas, maka tidak bebaslah media itu.

Dengan undang-undang sedia ada, sebenarnya pemerintah boleh mengeluarkan permit kepada parti lawan supaya mereka mempunyai media sendiri terbitan lebih kerap.

Dengan undang-undang sedia ada pun permit juga boleh dikeluarkan untuk stesyen radio dan TV pembangkang.

Bezanya cuma mereka tidak mahu memberikannya. Itu yang menampakkan ia seperti tidak bebas.

Jadi adakah benar kita ingin menghapuskan Akta Cetak?

Kaji dahulu cukup-cukup.
Adakah majalah pornografi akan berleluasa dengan penghapusan akta cetak. Atau diterbit dalam bentuk harian?

Sekiranya ia dihapuskan, adakah ada akta lain yang boleh menyekat pornografi dalam bentuk cetakan?
Adakah penghapusan akta itu membolehkan iklan arak dan judi berleluasa di media cetak?


Sila baca Pendapat lain

Masih Untungkah Sektor Perlancongan?

Sektor perlancongan sering diperkatakan bahawa memberi pulangan yang tinggi kepada Malaysia, dalam bentuk tukaran asing dan perbelanjaan pelancong di Malaysia.

Akan tetapi, hari demi hari, apabila harga minyak dunia naik, harga beras dunia naik, harga gedebak gedebuk dunia naik, Banyak wang digunakan untuk mengurangkan harga runcit barangan kawalan.

Penurunan harga ini turut dinikmati oleh pelancong asing, supaya mereka dapat makan nasi murah, sewa kereta dan berjalan-jalan menggunakan petrol yang jauh lebih murah daripada negara mereka.

Agaknya, berapa bilion subsidi dinikmati oleh pelancong asing?
Adakah nilai itu sudah melebihi pulangan yang kita perolehi melalui perlancongan?

Adakah pelaburan tambahan untuk sektor perlancongan adalah bijak ketika situasi sebegini?

Mungkin tiba masanya kita tidak lagi mengawal harga barangan terkawal, akan tetapi memberi kupon beras, kupon petrol, kupon gula kepada rakyat.

Sabtu, 10 Mei 2008

Beras Padu Sementara di Beras Terpilih

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada.

Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya.

Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri.


Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih.

Sila lawati
http://beras-terpilih.blogspot.com/

teknikal:
Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail.

Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini.

Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal.

Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman.


Semasa ketiadaan Beras Padu, alternatif yang ada ialah:
http://beras-terpilih.blogspot.com
http://penarikbeca.blogspot.com (di sidebar)
http://malaysiakita-bakaq.blogspot.com/
http://sarawho.com



p/s: Kalau ada sesiapa yang menyimpan fail OPML Beras Padu, sila beritahu saya.
Ezza ada simpan?

Jumaat, 9 Mei 2008

Adakah kita bersedia memaafkan mereka jika mereka bertaubat?

Merujuk kepada persoalan maaf suatu ketika dahulu, adakalanya saya terfikir, adalah masyarakat Malaysia bersedia memaafkan seseorang yang telah insaf dari perbuatan rasuah dan pecah amanahnya?

Mungkin agak sukar untuk menjumpai seseorang perasuah yang benar-benar bertaubat sehingga mahu memulangkan kesemua wang hasil dari pendapatan tidak halal mereka walaupun wang itu sudahpun dibelanjakan.

Saya pun agak mushkil, bagaimana perasuah tak kira ahli politik atau kakitangan kerajaan yang ingin bertaubat.

Sekiranya dahulu mereka menerima sumber haram sebanyak 1 juta, akan tetapi keseluruhan harta yang dia miliki sekarang ialah 500,000 sahaja termasuk aset tidak cair. Sekiranya dia menjual keseluruhan hartanya, dia masih tidak mampu untuk membersihkan hartanya. Adakah dia perlu meminjam pula? Adakah baki 500,000 boleh dibersihkan secara ansuran?

Melihat akan kejatuhan BN di beberapa negeri, saya pasti terdetik di kalangan mereka yang ingin bertaubat, akan tetapi tidak tahu bagaimana.

Adakah mereka akan dipenjara jika memohon maaf secara terbuka atas kesalahan lalu?

Mungkin mereka tidak perlu membuat kenyataan terbuka memohon maaf, kerana dia akan dikenakan hukuman sivil yang memenjarakan mereka.

Saya rasa, perlunya Ulama PAS mengeluarkan garis panduan bagi mereka yang ingin bertaubat.

Akan tetapi, adakah masyarakat boleh memaafkan mereka, atau terus ungkit mengungkit kisah lama untuk memperburukkan individu yang telah bertaubat itu?

Mungkin ada diantara mereka yang masih mampu untuk membersihkan wang haram yang mereka perolehi. maka bolehlah mereka bertaubat sekarang. jangan sampai tahap "tidak mampu".

Rabu, 7 Mei 2008

Kincir Bayu di Negeri di bawah bayu


Baru-baru ini timbul cerita bekalan elektrik sabah di parlimen. Kemudian terdapat catatan blog ranau yang mengkaitkannya dengan sumber solar.
Saya rasa tibanya masa Sabah electric mencuba sumber angin.

Takkanlah negeri di bawah bayu tiada bayu untuk menjana tenaga.

Istilah 'kincir bayu' mungkin akan muncul di Sabah?

Google+ Hasbullah Pit