Suatu ketika dulu, di saat Ali Rustam menyarankan semua ADUN perlu ada blog, hampir tertawa di hati saya. Kali ini
grenboc pula MengAliRustamkan dirinya.
Jangan marah Greenboc, KM kita juga.
Mengapa Ali Rustam memilih penyelesaian sebegitu,
mungkin kerana dia terlalu paranoid dengan blog.
Sebenarnya dia boleh mencari 1 penyelesaian dimana semua ADUN boleh tulis di satu blog atau laman CMS sahaja.
Tetapi dia sepahkan mengikut ADUN / MP, sudahlah 1 orang penyelengara perlu menjaga 3 atahun lebih blog ADUN. di mana ADUN itu sendiri tidak komited untuk berblog.
Tugas utama ADUN atau AP adalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya wakil kepada bloggers.
ADUN berkomunikasi dengan rakyat dalam dunia nyata, apabila ADUN berblog, dia akan habiskan lebih masa dengan warga diluar DUN berbanding warga di dalam DUN.
Oleh itu, komunikasi terbaik ialah menggunakan kertas, papan notis atau mungkin SMS.
Atau mungkin, jika ADUN ingin memberitahu sesuatu, selitkan sahaja sebagai iklan surat khabar.
Sekira seseorang ADUN/AP itu tidak komited berblog, maka tidak perlu berblog.
Apa erti ada blog atas nama sendiri tetapi ia menjadi siaran ulangan harakah atau media lain?
Adakalanya tanpa sepatah pun apa yang dikatakan olehnya.
Cuma bila ADUN atau MP tiada blog, dia akan sedikit ketinggalan kebelakang. Akan tetapi jika dia kerap mengeluarkan kenyataan yang dihantar ke media, dia tidak akan kebelakang.
Walaubagaimanapun penyelesaian perlu ada supaya Ahli Parlimen boleh menyuarakan kenyataannya di dunia web ini.
Jadi adalah lebih baik diadakan penyelesaian peringkat negeri, dimana pada 1 tempat yang sama ADUN/AP boleh keluarkan kenyataannya sendiri atau catatannya sendiri. Suapan RSS sendiri.
Andainya ADUN hendak berblog sendiri, pastikan ia tersuap ke penyelesaian peringkat negeri.
Walaubagaimanapun saya ingin menyatakan kemusyikalku tentang budaya berblog PAS yang kurasa berlainan sungguh dengan budaya berblog di mana-mana.
Kenapa Banyak blog PAS menggunakan huruf besar pada tajuk?
Kulihat blog-blog di
Petaling Street,
Sarawho hampir semua tajuk huruf kecil.
Akan tetapi bila banyak blog PAS di
Beras Padu, amat nyata budaya ini popular di Kalangan PAS.
Dari mana datangnya budaya tidak tulis tajuk di ruangan tajuk, tetapi meletakkan tajuk di ruangan catatan, kemudian ia dimerahkan.
Daripada mana datang budaya tulis ulasan kecil di artikel salin tepek?
Mungkin dari
Rickywan.
Dari pada mana datang budaya tulisan warna berlainan untuk perenggan berlainan?
Daripada mana budaya letak gambar "taknak BN" banyak-banyak?
Walaubagaimanapun tahniah kepada
greenboc kerana berani menegur.