test

Rabu, 23 April 2008

Bukan Sekadar Video Robert Kubica

Video Robert Kubica sedang bercakap dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Tiada apa yang istimewanya video di atas, Hanya perbualan antara pelumba BMW Sauber, Robert Kubica dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah, Mehdi Ahmadi tidak dapat bertugas sebagai jurutera perlumbaan bagi Sebastian Vettel yang menggantikan Robert Kubica pada GP Indianapolis 2007.
Visa Mehdi Ahmadi tidak diluluskan oleh imegresen Amerika Syarikat hanya kerana dia berwarga negara Iran.

A team spokesman said Kubica's engineer, Mehmi Ahmadi, will not be at the race this week because the Iranian native was not granted an American visa. Ahmadi will be replaced by Ossi Oikarinen, the chief engineer for the test team
Jika Amerika boleh bertegas dengan BMW Sauber, Pasukan yang mendahului kategori pembuat F1 musim ini, Mengapa Malaysia tidak boleh bertegas dengan Chelsea?

Besar sangatkan Chelsea?
Satu kelab yang hanya gah di liga Perdana Inggeris sahaja.

Terdapat kata-kata yang mengatakan kononnya sukan tidak boleh dicampur adukkan dengan politik.

Apakah F1 bukan sukan bagi Negara Amerika Syarikat?

Apakah dengan menjadi ahli sukan sahaja boleh memasuki mana-mana negara yang mana kita suka?

Jika Pemisahan segalanya dengan agama dipanggil sekularisme, Apakah gelaran idelogi bagi yang memisahkan sukan dengan segalanya?

Sukanerisme?

Beras Terpilih (BETA)

Oleh kerana Beras Padu terlampau sendat dengan catatan blog, kalau saya memilih laman blog yang terbaik sekalipun ia akan menjadi umpama sampah.

Akan tetapi Beras Padu tetap sesuai untuk golongan yang suka membaca.

Beberapa hari lalu, saya tertarik dengan komitmen Tok Mudin untuk berkongsikan catatan blog mana yang dia suka.

Saudari Ezza pun mula mencuba "Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" dengan jayanya.

Jed Yoong, memang sudah ada Wiget Google Reader di blognya.

Di akan kesungguhan 3 insan ini untuk berkongsi maklumat, maka saya sediakan Beras Terpilih untuk mereka.

http://beras-terpilih.blogspot.com/


Dalam masa beberapa jam bermain dengan RSS dan CSS, maka jadilah ia.

Saya tidak pasti ia akan berjalan seperti yang saya rancangkan atau tidak.

Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai kuasa catatan blog manakah yang bersepah di sferablog ini untuk mereka pilih. Mereka adalah umpama ketua editor di dalam media alternatif ini.

Saya sendiri tiada kuasa untuk memilih catatan untuk diberasterpilihkan.

Si Pemilih Beras:

Selasa, 22 April 2008

Batalkan Sahaja Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2

Pulau pinang memang sudah padat, beberapa jalan begitu sesak. Mengapa perlu langkah untuk memadatkan lagi pulau pinang? Bukankah banyak lagi kawasan di Malaysia yang boleh dipadatkan?

Bila adanya jambatan ke dua, ditambah pula lorong ke tiga di Jambatan Pulau Pinang sedia ada akan siap. Pasti Pulau Pinang akan menjadi lebih padat.

Bagi saya, lorong tambahan di Jambatan Pulau pinang adalah cukup untuk keperluan semasa.

Anil Netto telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Jambatan Pulau Pinang tidak perlu. (pautan)

Kosnya dari 2 bilion, menjadi 5 bilion, kemudian tangguh pula kerana kos meningkat. Baik dibatalkan terus, tetapi mengadakan pengangkutan awam yang lebih efisyen antara Perai atau Butterworth ke Pulau.

Sila baca penceritaan Anil Netto tentang Tram di Pulau Pinang,

Komen saya disitu:

I dont know why BN since 50 year ago doesnt like train alike transportation. except in Klang Valley.

most of all railways in Malaysia was build by british.

Biar Negara rugi beberapa juta, daripada rugi berbilion ringgit.

Gunakan duit itu untuk jambatan Bengkok yang sepatutnya kita buat.

Isnin, 21 April 2008

Amanah Saham Johor: Saya pun pening

Amanah Saham Johor, atau ASJ ni ada cerita pelik, dia bukan seperti Unit Amanah yang biasa, daripada satu forum "eboss" mengatakan hanya untuk UMNO.

TU LAH...SOMBONG SANGAT...MASA MEMULA SKIM NIE DILANCARKAN TAK BENARKAN AHLI PAS JOHOR LABUR...HANYA UNTUK UMNO

Perkara pelik kedua ialah ianya diwar-warkan sehingga meningkat 500%,
daripada suara Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Tak jumpa pula di mana gambar Suara Johor yang menjanjikan "ia akan naik ke Rm 5.00".

Atas sebab itu, ASJ ini dianggap umpama skim cepat kaya, ramailah yang meminjam untuk melabur.

Kalau tidak meminjam, dengan duit sendiri melabur di ASJ. Kalau rugi 70%, maka rugilah.

Akan tetapi puak yang meminjam untuk melabur pula yang merungut.

“Kerajaan Negeri patut mengambil serius soal ini kerana ia mengecewakan ramai orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO yang telah digalakkan melabur ketika ia diperkenalkan,”


Suri rumah, Rafaimah Mohd Zain, 60, berkata, penamatan skim itu memang amat membimbangkan pelabur-pelabur yang membuat pinjaman bank termasuk dirinya sendiri.

Katanya, beliau mempunyai 70,000 unit ASJ dan 50,000 unit adalah dilabur melalui pinjaman bank dengan bayaran sebanyak RM1,000 setiap bulan.

“Masalahnya, dengan penamatan skim ini apakah baki pinjaman pada bank juga akan turut terlupus?

“Saya bimbang dengan jumlah nilai selepas ditolak kos, unit-unit ASJ yang akan dijual nanti tidak dapat membayar hutang bank yang masih berbaki,

Daripada sumber yang lain, juga ada menceritakan tentang orang meminjam untuk melabur di ASJ:


Mana orang yang tidak ada wang sendiri, ramailah yang meminjam dari bank-bank. Sesetengahnya meminjam sehingga RM10,000. Malah ramai pelabur yang berhutang dengan bank lebih daripada itu.

Siapa yang tidak mahu kaya dengan cepat? Beli saham RM1 seunit kemudian dalam tempoh terdekat
nilainya menjadi RM 5 seunit


Kalau ikut teori saya, siapa yang melabur di ASJ, harganya telah tergolek, diberi pula peluang untuk jual balik pada harga RM 1, Itu satu tawaran yang baik.

Adakah itu adil kepada pelabur ASJ yang telahpun menjual unitnya pada harga rendah sebelum tawaran itu?

Saiz dana telahpun menguncup menjadi 22 juta dengan hanya 77,000 pelabur.

Bagi saya elok tamatkan sahaja ASJ.

Pelabur cari tempat lain untuk melabur, mengapa mesti masih nak melabur di tempat yang buruk prestasinya? Bukannya orang johor tak boleh melabur di PNB, Public Mutual, CIMB, bla bla bla.

Akan tetapi, Syarikat Pengurus dana itu semua tidak boleh menjanjikan keuntungan 500% seperti ASJ.

Amanah Saham Johor: Pendapat PAS Johor vs Tawaran JCorp

Ceritanya di Sini.

Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00
"ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10).

"Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ.


Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada.

Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih terperinci.

Memang Pengurus Dana harus dipersalahkan apabila menjanjikan apa yang tidak sepatutnya dijanjikan.

Akan tetapi pelabur juga dipersalahkan kerana mengambil risiko tambahan (meminjam) untuk melabur di tempat yang berisiko.

Melihat akan harga seunit ASJ lingkungan 20 sen, tawaran 1.00 seunit itu dikira sudah baik (Kenaikan 500%).

Sekiranya ASJ diniagakan semula setelah ia digantung, amat sukar untuk dia naik sendiri ke tahap RM 1.00 bersamaan 500 peratus.

Public Mutual yang tersohor itupun bertungkus lumus untuk meningkatkan prestasi dana ke 500%.

Prestasi Dana "Public Balanced Fund" hanya meningkat 169% dalam masa 20 tahun.

Public Saving Fund meningkat 176% dalam masa 20 tahun.

Mengapa pelabur Johor begitu bodoh untuk percaya ianya boleh naik 500% dalam masa 5 tahun?

Walaubagaimanapun, Pelabur mempunyai hak untuk menukar pengurus dana, jika ianya dinyatakan di dalam prospektus seperti yang sepatutnya difahami dahulu. Ada beberapa hak-hak pelabur yang perlu pelabur ketahui.

Kalau benar PAS Johor nak menyelamatkan Pelabur ASJ, jangan cadangkan ia supaya diniagakan agar harganya naik. Ianya amat-amat sukar untuk mencapai tahap 500% menyamai tawaran JCorp itu.

Harap Maaf, Saya tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Dr Mahfodz Muhamad:

"PAS Johor mendesak Jcorp membatalkan niat untuk menamatkan ASJ, sebaliknya mereka perlu merangka satu plan tindakan yang lebih agresif dan mampan bagi memulihkan harga ASJ.

"Kerugian yang dialami pelabur ASJ pada masa sekarang bersifat atas kertas tetapi apabila tindakan menamatkan skim amanah ini dilakukan maka ia merupakan tindakan bagi merealisasikan kerugian yang sebelumnya bersifat atas kertas kepada suatu realiti,"

Oleh itu, Pelabur ASJ perlu sehati sejiwa untuk mendapatkan apa mereka mahu, sekiranya mahu ia diniagakan semula, Desak JCorp supaya senaraikan dulu siapa calon Pengurus Dana itu. Sekiranya pengurus Dana itu bernama Warren Buffet, barulah ia boleh diniagakan.

Pelabur juga boleh memohon untuk menambahkan harga yang patut dibeli oleh JCorp atas sebab "Janji" CEO JCorp, untuk menjadikan RM 1 itu kepada RM 1.20 . Sila bawa salinan Suara Johor itu sebagai bukti.

Kemudian, Pelabur perlu desak JCorp untuk menyediakan kursus pemahaman kepada risiko Unit Amanah, supaya kelak pereka boleh jadi pelabur sebenar.

Dipendekkan cerita, Walaupun tawaran itu cukup baik (bagi saya),Pelabur ASJ yang akan hadiri mensyuarat itu perlulah jual mahal sedikit, Jangan terus setuju minta ianya dijadikan 1.20 atas kesalahan mereka menjanjikan sesuatu yang agak mustahil.

SUDAH DIJUMPAI - Aina Athirah Bt Ghaffar

Sila klik pada tajuk catatan blog ini.

Sudah dijumpai.
berikut adalah pesanan pakciknya yang kaki skuter.
salamz

timer kasih kpd sume yg memberi kata sokongan, sms, doa etc

anak sedara aku selamat dijumpai lewat mlm td di sekitar tmpt yg sama dia hilang, dlm keadaan lemah n blur

disyaki akibat perbuatan pukau oleh 2 org lelaki. seorg melayu, seorg lg dipercayai india atau bangla

siasatan masih di peringkat awal, n gamba telah aku delete atas sbb2 privasi n keselamatan. kpd yg dh up kt forum/myspace tuh, harap take note n delete the topic.

bg pihak seluruh keluarga aku, aku ingin ucapkan terima kasih atas segala pertolongan drpd kengkwn sumer. aku percaya, berkat doa n usaha sumer la, anak buah aku dpt ditemui.

terima kasih, dan semoga Allah merahmati anda semua di dunia n di akhirat.

Sekiranya Chelsea Datang Bersama Warga "Negara" Israel...

Sekiranya Chelsea datang ke Malaysia bersama pemain dan pengurus Warga "Negara" Isreal, Maka akan ku bakar baju Chelsea di luar stadium, sambil memakai baju HAMAS.



Sebagai simbolik kepada penentangan terhadap penubuhan "negara" Isreal dan "kerakyatan"nya.

Google+ Hasbullah Pit