test

Sabtu, 12 April 2008

Bahasa Melayu Baku dan Integrasi Kaum (zul4kulim)

Buat YB Zulkifly Nordin (atau YB Rahul)

Harap maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan.

Bahasa Melayu Baku adalah satu platform di mana, ramai orang dari pelbagai dialek boleh berkomunikasi.

Bahasa Melayu Baku juga boleh difahami oleh menutur Bahasa Melayu dai Brunei, Indonesia, Fotani dan lain-lain.

Bahasa Melayu dialek Johor Riau, yang kini dipanggil sebagai "Bahasa Standard" hanya satu dialek hyang hanya popular di kalangan orang melayu di Semenanjung.

Penutur bukan Bahasa Melayu kebanyakkannya sukar memahami dialek Johor Riau apabila penulisan blog di adaptasikan ke dialek itu.

Tidak perlulah penulisan itu terlalu betul tata bahasanya, akan tetapi cukuplah setakat pembaca/pengundi bukan Melayu boleh memahaminya.

Blog Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum berhak untuk memahami penulisan wakil rakyat yang dipilih, suatu ketika dahulu ketika Tingkatan 5 Bahasa Melayu diwajibkan dulu bagi mereka supaya lulus SPM.

Warga bukan Melayu tidak pernahpun mempersoalkan kenapa Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Baku juga boleh digunakan untuk berjenaka. 15 tahun lalu banyak jenaka telah dibuat oleh Nizal Mohammed dalam Malaysia Hari Ini.
Berdekek-dekek NurFarahin ketawa.

Saya harap YB Zul dapat menerima teguran ringkas ini dengan hati terbuka.

Bahayanya IRIS terhadap Kedaulatan Malaysia

Apa yang saya tulis ini memerlukan sedikit pemahaman teknologi maklumat dan pelaburan.

Selama ini saya meminati penulisan Ketua Perusuh yang sering membongkarkan isu berkaitan dengan pelaburan.

IRIS adalah satu syarikat yang membekalkan "MyKad" kepada Kerajaan Malaysia. Ianya seolah-olah sudah "sign mati" dengan kerajaan Malaysia supaya terus menggunakan teknologi dari IRIS untuk MyKad.

Saya sendiri lewat menukar ke MyKad atas sebab teknikal.

MyKad dahulunya 32 bit, kemudian 64 bit.
"Aplikasi" di dalamnya pun bertambah sejak dari ia mula dikeluarkan.
Daripada tiada RFID , kini sudah ada.

Siapa yang buat MyKad awal macam-macam tiada.

Kalau boleh semua benda hendak dimasukkan kedalam MyKad.

Ini semua akibat daripada ideologi Tun Dr Mahathir yang beria-ria sangat hendak meyumbat semua benda dalam satu kad.

Nasib baik dia sudah tidak menjadi Perdana Menteri, kalau tidak I-Cash UMNO pun hendak dimasukkan ke MyKad.

Nasib baik ketika itu belum ada kad microSD atau Stick Duo M2, kalau tidak, mesti Tun Dr. Mahathir nak MyKad kita semua ni 2GB. Boleh simpan gambar kelas semasa darjah 3 daulu di MyKad.

Ideologi Tun Dr. Mahathir bercanggah dengan ideologi saya, iaitu saya lebih suka Kad Pengenalan ringkas,ada barkod akan tetapi dengan nombornya sahaja, boleh kueri 1001 maklumat di pangkalan data kerajaan.

Berbalik kepada persoalan kedaulatan negara.

Apabila IRIS memonopoli MyKad, 1001 perkara boleh terjadi.
Secara teknikal, IRIS boleh keluarkan MyKad tanpa pengetahuan JPN.

Saudara Ketua Perusuh mempersoalkan mengapa siatan Suruhanjaya Sekuriti lambat bertindak ke atas salah laku IRIS.
Apakah yang menjadi persoalan dibenak kita bila mendapat tahu bahawa Suruhanjaya Sekuriti telah “memfailkan saman terhadap lapan syarikat asing dan dua syarikat tempatan yang didakwa melakukan kesalahan manipulasi dan penipuan dalam pasaran saham Iris Corporation Bhd.”? Tentunya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kejadian ini yang dikisahkan ini berlaku pada tahun 2005 dan 2006. Persoalannya sekarang ialah kenapa Suruhanjaya Sekuriti (SC) begitu lambat bertindak sedangkan beberapa maklumat telahpun disampaikan kepada mereka oleh beberapa pihak yang perihati pada pertengahan tahun 2005 lagi. Adakah SC dihalang oleh pihak-pihak tertentu? Adakah pimpinan peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada siasatan SC?

Apabila melibatkan MyKad, ia juga melibatkan soal kerakyatan, adakah kerakyatan murahan dijual kepada warga asing?

MyKad juga terlibat dengan pilihanraya, dimana ia menjadi penentu samada seseorang itu boleh mengundi atau tidak.

Jika IRIS tidak dipantau dengan baik, mungkin ada individu yang mengawalnya.

Amat malang sekali jika individu yang mengawalnya itu mudah dibeli oleh wang ringgit.

Teruskan membaca keseluruah penulisan Ketua Perusuh

Bancian: Berita Atau Pendapat?

Saya ingin bertanya kepada pengunjung yang sering melawati blog ini atau Beras Padu.

Adakah anda ingin mendapatkan Berita atau Pendapat?

Mungkin ada yang mengatakan kedua-duanya, akan tetapi saya ingin tahu yang mana satu yang anda lebih mahukan.

Kerjasama untuk menjawap persoalan itu amat-amat dihargai.

Jumaat, 11 April 2008

Jawatan Kosong: Pelakon Lelaki , 2 Kekosongan

Terdapat 2 Kekosongan untuk jawatan Pelakon.

Tak perlu pengalaman berlakon.
Tak perlu rupa paras yang kacak.

Sila Hafal dialog yang diberikan, untuk sesi ujibakat dan seterusnya Pementasan

Kemaskini 10:00 pm:
Rupanya terdapat satu lagi dialog untuk dihafal oleh calon Pelakon.

Saya Menyokong Penuh Langkah Ali Rustam....

Saya Menyokong Penuh Langkah Ali Rustam untuk memindahkan semua babi di Negeri Melaka ke Ladang Khinzir moden di Vietnam.

Oh wait
Dia sudah umumkan atau belum?

Cerita Babi Belum Habis lagi, Jangan "case closed"

Jangan tutup kes lagi .


Sudah berhari-hari negara kecoh akibat sifat binatang bernama babi yang tidak pandai menjaga kebersihan dirinya.

Berbanding kucing, kucing boleh menimbus najisnya, dan menjilat bulunya untuk membersihkan diri.

Tidak dinafikan Hak bukan islam untuk memakan babi.
Tidak dinafikan Hak umat Islam supaya boleh tinggal tanpa pencemaran.

Jadi adakah langkah kerajaan negeri Selangor lama dan baru untuk mempertimbangkan (Kerajaan lama kata belum lulus, Teresas Kok kata sudah lulus, Khalid kata wajar diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian) pembinaan Kandang Babi moden itu wajar?

Adalah lebih mudah kalau kesemua yang melibatkan babi tidak melibatkan orang Islam, maksudnya, tidak melibatkan kerajaan terdiri dari orang islam dan bukan islam.

Apa kata, kalau persatuan penternak babi, mencari pelabur tempatan, membina kandang babi moden di negara lain seperti Vietnam.

Dalam erti kata lain, Pelabur Babi Malaysia, akan mempunyai ladang babi moden di Vietnam.

Pengusaha ladang babi di Malaysia, tutup ladang, clear stock, kemudian beli saham syarikat itu.

Semua orang tak pening.

TV3 memintas RTM , lebih awal menyiarkan blogger

TV3 , syarikat TV swasta lebih awal menyahut seruan Menteri Penerangan supaya blogger masuk TV.


http://redmummy.com/2008/04/10/redmummy-and-tv3s-shooting/

http://redmummy.com/2008/04/10/redmummy-kak-red/

http://redmummy.com/2008/04/10/tv3s-web/


Akan tetapi, bukan blogger politik yang disiarkan.

Google+ Hasbullah Pit