Ini adalah 3 cerita dalam satu.
Memang sekarang ini isu babi di Selangor hangat, ada yang kata perlu, ada yang kata tak, ada yang cuba nak hina kerajaan baru, ada yang belit macam macam.
Begitu juga dengan program angkasawan, ramai yang kata membazir, ada yang kata tidak. Ada yang perlekehkan kenapa tak pandu sendiri kapal angkasa, ada perlekehkan kenapa tak buat kapal angkasa sendiri.
Ada pula menteri yang mensasarkan untuk buat kapal angkasa sendiri daripada kejuruteraansongsang kapal soyuz yang hendak dibeli.
Begitu juga terowong smart, ada yang persoalkan kenapa dia tutup beberapa hari dan menyebabkan jalan sesak.
Ya, ia memang berfungsi sebegitu, alirkan limpahan air sungan kelang ke tasik melalui terowong kenderaan yang ditutup secara manual. Bila air lalu, adakalanya kotor dan perlu dibersihkan.
Terowong itu sememangnya perlu beroperasi secara manual, jika tidak mungkin ada orang yang lemas kerana tertinggal di terowong ketika air lalu.
Pintu keluar kecemasan perlu ditutup secara manual juga.
Ya memang kosnya tinggi, tidak dinafikan, mungkin ada pihak yang dapat komisyen. Akan tetapi kalau tiada "komisyen" , kosnya tetap tinggi.
Selain daripada politik di Malaysia untuk membentuk kerajaan, akan tetapi sepatutnya politik di malaysia boleh digunakan untuk membentuk insan.
Sememangnya insan di Malaysia tidak sempurna, namun jauh ketinggalan cara pemikirannya berbanding negara maju. Tak sepadan dengan pendapatan negara yang melimpahruah.
Ketika pilihanraya yang dulu, isu alam sekitar langsung tidak dijadikan isu pokok ketika berkempen samada di pihak BN ataupun parti lawan.
Macam mana nak membentuk pemikiran rakyat bertaraf negara maju?
Berbalik kepada isu babi, hanya satu
pemblog yang mempersoalkan adakah ia benar-benar selamat.
ana khuatir kesilapan manusia sedikit sahaja akan menyebabkan pencemaran yang memudaratkan penduduk, walaupun sistem itu berfungsi 99%.
Akan tetapi, tidak pula kita diberikan URL tentang teknologi dan risiko yang ada.
Berpindah ke isu Program Angkasawan yang dikatakan membazir itu, persoalan yang sering diutarakan oleh orang moden berfikiran cetek:
Kenapa tak pandu
Kenapa tak buat kapal angkasa sendiri
Kemudian menteri menjawap, Ya kita akan buat, Ya kita akan adakan itu ini.
Bagi saya pandu kapal angkasa, buat kapal angkasa hanya aspek pengangkutannya sahaja.
Mengapa nak ribut-ribut pasal pengangkutan sahaja?
Banyak negara maju yang ada program angkasa, tidak melancarkan sendiri kenderaannya.
Ada negara yang tidak berapa maju, ada modul sendiri di ISS.
Kalau malaysia serius dengan penyelidikan angkasa, sepututnya sudah lama kita kirim sahaja bahan untuk dikaji kepada penduduk ISS.
Kalau Malaysia serius, kita tidak ribut-ribut fikir untuk menyediakan kenderaan ke angkasa dan menyediakan pemandu kenderaan.
Tiba masa untuk kita fikirkan Modul Malaysia di ISS untuk mengkaji 1001 kajian yang berkait dengan 1001 bidang.