test

Ahad, 6 April 2008

Paraoidnya Ali Rustam Terhadap blog

Suatu ketika dahulu, blogger dianggap sebagai binatang. Saya tidak pasti samada "Beruk" atau "Monyet".

Akan tetapi, setelah berjayanya Zahid Hamidi meyakinkan orang UMNO tetang punca utama kekalahan BN adalah kerana blog.

Maka berpusu-pusulah orang UMNO mendaftar dengan blogger.com untuk membuat blog, kebanyakkannya mendaftarkan dirinya selepas pilihanraya.

Ali Rustam juga pantas mengeluarkan kenyataannya untuk memantau 240 blog pembangkang. Selepas itu, dia juga menyeru semua ADUN untuk membina blog sendiri.

Di Hadapan Menteri Kerjaya, dengan penuh bergaya Ali Rustam telah mengatakan dia telah lama berblog (Berita Harian 4 April) .


"Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,'' katanya selepas menghadiri majlis taklimat ringkas pembangunan jalan raya negeri bersama Menteri Kerjaya, Datuk Mohd Zin Mohamed di Hotel Holiday Inn, di sini, petang semalam.

Menurut tarikh catatan blognya yang pertama, ianya dicatat pada 6:03 PM, pada 1 April 2008. Iaitu 1 hari selepas saya menghantar surat permohonan supaya blog ini dipantau. Lihat gambar:



Keyataan "Sudah lama memiliki blog" itu sebenarnya diungkap hanya selepas 3 hari membuat blog, dan ianya sudah dikira "Lama".

Ini Bukan Catatan Blog Politik

Hari ini, saya nekad untuk ubah templat blog ku yang kurasa sudah terlalu lama dan sukar dibaca akibat dari tulisan yang rapat dengan sempadan kotak.

Saya agak mushkil kenapa hari ini tidak ramai orang memasuki blog ini,
rupanya, wiget extreme-dm tidak dimasukkan lagi. hehehe

Malam ini, ada perkara pelik berlaku, Aneroid membuat pengakuan yang dia bukanlah blogger.

Ya atau tidak?
50/50

Kalau dia salin dan tepek keseluruhan artikel, maka sukarlah dia untuk ditabalkan sebagai blogger oleh Sultan Beras Padu.

Akan tetapi oleh kerana dia telah memberikan pandangannya walaupun sedikit, Maka saya dengan Rasminya mengiktiraf aneroid09 sebagai blogger.
Mungkin mereka berdua ini sudah sangat tua untuk menggunakan minda yang lebih bertoleransi terhadap Islam. Lihat anak Kit Siang sendiri, Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang, pernah menyebut bahawa beliau ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahannya. Guan Eng dilihat lebih bijak untuk berpolitik dan bertoleransi dalam suasana politik negara, berbanding kedua-dua Kita Siang dan Karpal Singh.

Akan tetapi, dia tetap perlu memohon kepada Ali Rustam untuk tersenarai sebagai blog pembangkang.

Minyak 2 gred Datuk Shahrir Samad Formula Siapa?

Menteri Pengangkutan KBBP , Ezza Erisar mempersoalkan bolehkah kenderaan menggunakan minyak ron95 apabila terdengarnya berita akan 2 gred minyak berbeza akan diperkenalkan.

Maka saya jawap persoalan erisar dahulu, memanglah boleh, kerana kereta direka untuk ron95. Minyak di Malaysia menjadi Ron97 adalah akibat saingan antara syarikat minyak ketika akhir 90an.

Ini keseluruhan dari berita itu:-


JOHOR BAHRU: Pengguna di negara ini dijangka dapat menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa lalu sudah menimbangkan cadangan memansuhkan petrol RON 92 dan RON 97 untuk digantikan dengan petrol RON 95 dan RON 99.



Beliau berkata, ketika ini petrol RON 92 kebanyakannya digunakan oleh motosikal, manakala kenderaan lain menggunakan RON 97.

“Petrol RON 95 boleh digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia bakal menggantikan RON 92 dan RON 97, manakala petrol RON 99 yang lebih mahal adalah sesuai untuk kenderaan mewah dan pengguna yang mementingkan kuasa pemanduan serta prestasi.

“Mengikut sistem baru itu, kerajaan akan memberi lebih subsidi bagi petrol RON 95. Matlamatnya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, manakala bagi mereka yang berpendapatan mewah boleh memilih sama ada menggunakan petrol biasa atau berkuasa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Perhubungan Umno Johor, di sini semalam.



Shahrir berkata, kerajaan dijangka dapat menjimatkan peruntukan perbelanjaan dengan memberi sebahagian besar subsidi kepada petrol jenis RON 95, berbanding sebelum ini subsidi yang sama diberikan untuk kedua-dua jenis petrol iaitu RON 92 dan RON 97.

“Mereka yang menggunakan petrol RON 99 juga akan mendapat subsidi, tetapi jumlahnya sedikit,” katanya.

Beliau berkata, mutu petrol RON 95 lebih rendah berbanding RON 97, tetapi ia boleh digunakan oleh kebanyakan kenderaan di negara ini. Kebanyakan negara di Asia dan Eropah kini sudah menggunakan petrol jenis RON 95.

“Melalui cadangan sistem baru ini, kita bukan saja menukar cara menyenaraikan harga petrol, tetapi juga membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Golongan kaya juga boleh menggunakan RON 95 bagi kenderaan seperti Mercedes Benz, BMW dan kenderaan mewah lain, tetapi mereka tidak mendapat manfaat seperti penggunaan petrol RON 99,” katanya.

Januari lalu, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dilaporkan berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan RM35 bilion untuk subsidi harga diesel, petrol RON 92 dan RON 97, jika harga minyak mentah naik AS$100 satu tong di pasaran dunia.

Pada masa ini, petrol RON 92 dijual pada harga RM1.88 seliter di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, manakala RON 97 berharga RM1.92 seliter di Semenanjung, berbanding RM1.90 sen di Sabah dan RM1.91 di Sarawak.


Biasanya saya jarang menepek sekeluruhan berita luar untuk dimuatkan ke dalam blog ini, akan tetapi, memandangkan saya mempunyai HAK untuk menepeknya, maka saya pun tepek.

Jika dilihat disitu, Idea untuk membuat 2 gred minyak berbeza yang dijual pada harga berbeza, saling tak tumpang dengan Idea saya beberapa bulan yang lalu, pada catatan blog bertajuk
Formula Rombakan Subsidi Minyak (mesti klik) . Cuma bezanya, saya mencadangkan RON 95 dan RON 98, tetapi Dato Shahrir mencadangkan RON 95 dan RON 99. Dan Formula saya ada unsur pengukuhan ringgit.

Petikan dari tulisan saya dahulu..

Kemudian, kita tiru Indonesia sedikit dengan membuat petrol 2 gred. Satu harga tanpa subsidi, satu lagi harga dengan subsidi.

sebagai contoh, RON 92 bersubsidi, RON 97 tanpa subsidi.
ATAU

bunuh RON 92,
dan jadikan RON 95 bersubsidi dan RON 98 tanpa subsidi.

Minyak RON 95 bersubsidi itu juga boleh dihadkan penjualannya.
20 liter sehari, 30 liter sehari.

Maka sekurang-kurangnya , orang kaya yang ingin bergaya dengan Mercedesnya boleh terus tuang penuh RON 98 tanpa subsidi.

Sabtu, 5 April 2008

Membarisannasionalkan Pakatan Rakyat?

Baru baru ini, 3 Presiden parti utama Pakatan rakyat telah menubuhkan pakatan rakyat. Ianya Bagi saya seolah-olah langkah meniru Barisan Nasional yang sedang runtuh itu.

Mengapa kita perlu meniru Langkah Barisan Nasional?

Walaupun tidak kedengaran perkataan "Satu logo" ketika kenyataan Pakatan Rakyat dtubuhkan.

Pada pendapat peribadi saya, saya lebih menyukai kesemua parti menggunakan logo masing masing.

Masih ingatkah lagi suatu ketika dahulu PAS dikecilkan apabila berada dalam Barisan Nasional, ketika zaman Tun Razak?

Begitu juga PPP, suatu ketika dahulu mempunyai banyak kerusi, tapi kini ianya seolah-olah lenyap dibawah Barisan Nasional.

Di Banyak negara lain, tidak pun parti-parti politik menggabungkan dirinya untuk menggunakan satu logo. Kenapa sibuk untuk mengsatulogokan Pakatan Rakyat?

Lihatlah Barisan Kabinet Sweden yang terdiri daripada banyak parti.

Memang ramai orang kampung terlalu bodoh untuk menilai logo, akan tetapi kita tak perlu memperbodohkan mereka. Mari kita cerdikkan mereka untuk memilih parti politik yang dia suka.

Sepatutnya Pakatan Rakyat menyanggah ROC , kenapa beberapa parti boleh menggunakan 1 logo parti tanpa Parti itu tidak dibubarkan atau tidak digabungkan.

Kalau benar Barisan Nasional nak menggunakan 1 logo, bubarkan UMNO, bubarkan MCA, bubarkan MIC, jadikan Barisan Nasional sebagai 1 parti berbilang kaum seperti yang dicadangkan oleh seorang genius dari gerakan.

Bagi saya, jika pakatan boleh berjaya, biarkanlah ia sebagai pakatan bukan parti politik gabungan. Mengapa perlu menghadkankan batas berpolitik, ahli-ahli parti politik di bawah Pakatan Rakyat? Mengapa perlu disahut cabaran Ali Rustam supaya meniru gagasan yang sedang runtuh?



http://sebolku.blogspot.com/2008/04/membarisannasionalkan-pakatan-rakyat.html

Apa itu "Barangan Penajaan Christian Albers"?

Sambil saya menjenguk statistik blog sendiri, ramai juga yang menggunakan senarai produk belanda yang telah saya senaraikan tempoh hari.

Terima kasih. Diucapkan.

Namun begitu saya mushkil apabila saya menulis "sebahagian besar penaja Christian Albers". akan tetapi ia sering ditafsirkan sebagai "Barangan penajaan Christian Albers", seolah-olah Christian Albers itu satu jenama pula.


Di saya ingin menjelaskan bahawa Christian Albers itu bukanlah syarikat produk barangan, dia hanya seorang pemandu F1 yang tak seberapa. Konsepnya hampir sama dengan Alex Yoong, iaitu, melobi pasukan untuk menerimanya sebagai pemandu apabila membawa banyak penaja dari negaranya.

Dia bukanlah seorang pemandu F1 yang hebat, mungkin Fairuz Fauzi jauh lebih hebat daripadanya. Entah-entah, Khairul Faizi lebih hebat darinya.


Dia menjadi pemandu Pasukan Spykers pada tahun lepas, ketika itu banyak penaja dari Belanda menaja pasukan itu kerana dia orang belanda. Memang macam Alex Yoong, tetapi Alex Yoong jauh lebih hebat, dia berjaya membawa Kementerian Belia dan Sukan untuk menaja Minardi, sehingga muncul 1 Jenama "Go KL".

Entah apa produk "Go KL" untuk diiklankan.


Oleh kerana dia menjadi pemandu pada musim lepas, maka saya malas nak cari apa syarikat yang menaja Pasukan Spykers pada tahun lepas. Kalau tahun ini mungkin senang nak cari.

Kerana itu dengan ringkasnya saya menulis "Sebahagian Besar penaja Christian Albers". Kemudian popular menjadi "Barangan penajaan Christian Albers". Sehingga kini ada 47, laman web yang menggunakan "Barangan Penajaan Christian Albers".

Dilarang Membawa binatang


Papan tanda itu diletakkan di mana kemudahan WiFi disediakan. Mungkin memaksudkan 'beruk dilarang membuat catatan blog'

Jumaat, 4 April 2008

Sistem Beraja dari katamata "ayahanda Nik Abduh"

Oleh kerana saya dahulu pernah menulis tentang Sistem Demokrasi Bersultan. Maka apabila terbaca Tulisan Nik Abduh: waqafaat (jeda) - 2: raja kita
Mengkaitkan Sistem Beraja, Dekmokrasi, Sistem Khalifah ketika zaman Umaiiyah...

Antara yang menarik ialah:-



Bagaimana dengan raja kita?


Raja adalah payung ugama. Ia adalah institusi yang menjaga ugama Islam yang sudah diikat - ikat oleh perlembagaan sekular jagaan Pak Lah, Najib, Zaid, Ku Li, Masyitah dan lain - lain pahlawan UMNO.


Ia institusi pemerintahan yang lebih mulia dan lebih dekat dengan Islam berbanding UMNO. Ia menjadi harapan kekal umat Islam untuk mempertahankan Islam dan keadilan dari dulu sehingga kini.


Kesultanan Melayu Islam adalah paling berjasa kepada umat Melayu sepanjang sejarahnya.


Teruskan membaca: waqafaat (jeda) - 2: raja kita

Google+ Hasbullah Pit