test

Isnin, 17 Mac 2008

Adakah nilai 20 meter padu air percuma itu bersesuaian?

Saya menyambut baik hasrat kerajaan campuran Negeri Selangor untuk memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meterpadu (tiada kaitan dengan beraspadu).

Namun, apabila kita ingin menjadi negeri maju, efficiency perlu ada.

Dari mana datang nilai 20 meterpadu ?
Adakah ia nilai yang optimum?

20 meter padu bekalan air mungkin diambil dari purata penggunaan air isirumah.

Adakah penggunaan air purata rumah di negeri Selangor memang tepat tepat 20 meter padu? atau 21.x atau 22.x atau 25.x

Di sini saya mencadangkan nilai 20 meter padu itu dikaji semula, atas tujuan untuk mendidik rakyat negeri Selangor supaya berjimat cerman. Walaupun Negara Malaysia kaya dengan sumber air.

Jadi adalah dicadangkan supaya nilai takat pemberian air percuma itu adalah rendah sedikit dari purata penggunaan air di negeri Selangor.

Sebagai contoh, Jika purata penggunaan air di rumah di Negeri Selangor adalah 25 meter padu, maka nilai OPTIMUM bagi air percuma adalah 15% lebih rendah dari purata 25 meter padu iaitu 21.25 meter padu.

Jadi disitu kita dapat mendidik rakyat supaya berjimat sedikit, supaya tidak perlu bayar apa-apa. Sebagai contoh, menggalakkan pengguna supaya menutup pili air ketika memberus gigi.

Adalah dicadangkan supaya, pendidikan penjimatan air juga dapat diberikan dengan menyelitkan slogan pada bil air yang percuma itu.

Jadi di harap pihak bekalan air dapat membekalkan nilai purata sebenar penggunaan air bagi golongan pertengahan supaya nilai optimum takat air percuma dapat dicapai, dan pengguna akan berusaha supaya bil airnya percuma.

Di harap ADUN Termuda Di Malaysia atau ADUN yang belum beli Songkok akan mengutarakan pandanganku ini.

Ahad, 16 Mac 2008

DAP menjadi Songkokphobia

DAP bukan sekadar "Islamophobia", malah mereka "PASphobia", kini menjadi "Songkokphobia".

DAP bukan kali pertama menjadi songkok phobia, mereka telahpun menjadi songkokphobia beberapa bulan yang lalu.

Di dalam kisah Songkokphobia yang lalu, saya telah mengulas sepeti berikut di blog Lim Kit Siang.

  • sebol Says:

    Saya juga kadangkala hairan, apa istimewanya tali leher dan kot, selain dari ianya adalah kesan peninggalan penjajah.

    Songkok melayu mengikut spesifikasi istana adalah jauh lebih baik drpd Tali leher penjajah. sekurang2nya menunjukkan identiti raja.

    Songkok 3.5 inci adalah mengikut spesifikasi istana, ketika hari raya, walaupun ramai orang menjual songkok, namun kebanyakkannya ialah 3 inci, nak cari 3.5 inci ikut spesifikasi istana agak susah.

    Adakalanya saya tidak faham pada golongan cina.
    Apabila ianya Inggeris, maka ia dianggap “standard”, walhal Inggeris adalah bukan idenitti bangsa cina.

    Akan tetapi apabila menggunakan identiti Melayu, cepat pula nak melenting.

    Jika orang Cina nak jadi Inggeris, tak perlu memaksa orang bukan cina untuk jadi Inggeris.

    Begitu juga soal bahasa.
    Bila Menteri Melayu nak ajar sains dan matematik dalam Inggeris, kenapa pula nak paksa pelajar cina untuk diinggeriskan.

    Apabila pada tahun baru cina, identiti bangsa seperti pakaian tradisional cina diganti dengan pakaian barat, tolong lah jangan persoalkan kenapa orang melayu pakai baju melayu dan orang india memakai sari.

    Di sini saya nak cuba sampaikan, bahawa Identiti bangsa perlu dikekalkan, walaupun orang cina, berbangsa malaysia, akan tetapi bila mengikut sistem beraja, maka janganlah dilabel pakaian itu sebagai ianya pakaian kaum tertentu.

    Tahun baru cina yang akan datang, saya harap lebih ramai kaum cina berpakaian tradisional cina, berbanding dengan pakaian barat, pakaian penjajah.

    Nampak pelik juga, pakaian kaum seMalaysia diperlekeh, pakaian penjajah disanjung. Saya sendiri pakai pakai tradisional cina pada tahun baru cina, namun itu tidak menghilangkan identiti saya sebagai Melayu.

    Jika pengawas cina memakai songkok berspesifikasi Instana, maka anggaplah diri sebagai rakyat yang taat pada Raja.

    Tapi jangan lah pula memakai songkok versi tinggi lebih dari 4 inci kerana itu spefisikasi UMNO :)

    Jadi kalau nak beli songkok, sila beli yang 3.5 inci, jangan beli 3 inci, jangan beli 4 inci atau lebih.



  • Namum akibatnya, saya dihentam teruk oleh orang DAP.


    Baru baru ini, Raja Petra terus mentemplak DAP kerana songkokphobianya dengan menulis:
    Teng Chang Khim of DAP wants to become the Deputy Menteri Besar of Selangor. He has organised demonstrations the last couple of days to pressure his own party into proposing his name for Deputy Menteri Besar. But he refuses to wear a songkok. Instead, he wants to become a Chinese 'hero' by boycotting the audience with the Sultan of Selangor to protest being asked to wear a songkok. He wants to become the Deputy Menteri Besar but he boycotts the Sultan. What the f*ck! How the hell is he going to be sworn in as the Deputy Menteri Besar if he refuses to go meet the Sultan? Does he want the Sultan to just send him a SMS?


    Sila baca http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4418/84/

    Kalau dahulu, ketika isu songkok di English College, ianya tidak menjadi isu, kerana ia menjadi isu murahan DAP sahaja, pihak UMNO, atau pihak kerabat Diraja, mungkin tidak membaca blog Lim Kit Siang seperti apa yang saya buat.

    Inilah akibatnya apabila DAP sudah lama tidak berkawan dengan PAS. Kalau dahulu, isu murahan seperti isu songkok ini tidak ada.

    Yang menghairankan, 1001 alasan digunakan oleh orang DAP supaya tak mahu pakai songkok. antara yang menariknya ialah mereka risau takut bukan islam memakai songkok di pub dan makan babi...

    Asume every Chinese and Indian males start wearing the songkok on all occasions - in the pub, in karaoke lounges, in the pork market or Chinese restaurant or appear on TV with a bear can in his hand.

    Maka saya jawap, pub yang penuh dengan orang bersongkok akan kelihatan seperti joget lambak.

    Dipendekkan cerita, saya harap Teng Chang Khim tak perlu belajar melawan Sultan daripada Shahidan Kassim, tetapi belajar memohon maaf dari Sultan Seperti Lim Kit Siang.

    Demonstrasi menuntut Lim Kit Siang memohon maaf

    Agak kelakar, apabila melihat beberapa orang Melayu berkumpul di Perak menuntut Lim Kit Siang, supaya memohon maaf kepada Sultan Perak kerana mengarah wakil DAP supaya tidak hadir mengangkat sumpah.

    Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Sultan disaksikan oleh Googlebot, pada jam 10:13 pagi, tidak sampai 14 jam dari tarikh posting blognya yang mengarahkan supaya wakil DAP memboikot.

    Demonstrasi mungkin langkah yang sesuai jika Lim Kit Siang masih berdegil untuk tidak memohon maaf, Akan tetapi semua orang telah tahu yang Lim Kit Siang telahpun memohon maaf.

    Mungkin itu semonstrasi yang sebenarnya menuntut Shahidan Kasim memohon maaf dari Sultan Perlis?

    Sabtu, 15 Mac 2008

    Orang UMNO tidak pandai berpolitik

    Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu.

    Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang.

    Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO.

    Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang pasti kawasan itu kawasan UMNO, UMNO kampung yang tak pandai main tarik tali, maka kampung itu akan mundur dan terus mundur, yang miskin akan dibiarkan miskin supaya mereka tak pangkah lain kerana "takut tak dapat bantuan".

    Ahli politik Kampung UMNO, memang pandai mengugut pembangkang, terutama sekali dengan golongan muda, Saudara Kadir (kawan saya) telah dilabel sebagai "Pengkianat Bangsa".

    Oleh kerana Kampung sempang adalah perkampungan nelayan, dapat subsidi nelayan, maka diherdiknya penyokong PAS dikalangan nelayan sebagai "tidak kenang budi dan menentang kerajaan". Nasib baik nelayan pun pandai, dan menjawap "Saya bukan nak lawan kerajaan, saya sokong PAS untuk membentuk kerajaan".

    Kembali kepada isu UMNO tak pandai berpolitik. Suatu ketika, UMNO pernah menguasi kerusi DUN di pulau pinang, akan tetapi, dengan politik murahan UMNO, mereka tetap meneruskan untuk memberikan kerusi MB kepada Gerakan. Apa salahnya buatkan "penggiliran ketua Menteri" seperti di Sabah suatu ketika dahulu untuk menenangkan hati ahli UMNO pulau pinang itu sendiri, sekurang-kurangnya selama beberapa tahun.

    Orang UMNO, terutama ahli politik atasannya memang tidak pandai berpolitik, dengan mudah mereka menguniversitikan UTAR demi meraih sokongan pengundi Cina pada tahun 1999. Kemudian kerana takutkan kehilangan sokongan kaum India, PakLah berikan sahaja 1 hari cuti untuk Thaipusam bagi wilayah persekutuan.

    Walaupun sebenarnya 2 perkara itu, sememangnya telah lama patut diberikan, akan tetapi apabila ia dilakukan untuk pilihanraya, maka jelaslah ia sebagai langkah politik yang desperado.

    Saya memang tidak nafikan golongan cina perlukan pendidikan di negara sendiri, tetapi bukanlah dengan cara menyediakan universiti khas untuk mereka, dan selepas itu kaum-kaum diasingkan.

    Apalah salahnya, UTAR tidak dijadikan universiti, akan tetapi lebih peluang diberikan kepada golongan cina di universiti tempatan, agar graduan melayu dapat bersaing, dan orang cina dapat belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau nak diharapkan orang melayu UMNO untuk mengembangkan bahasa melayu, jauh panggang dari api. Maka perlunya ada pelajar cina untuk menggunakan istilah pembelajaran dalam Bahasa melayu agar bahasa itu berkembang.
    Pada masa yang sama, graduan melayu akan mendapat kawan cina yang suatu masa nanti akan boleh jadi "rakan dagangan"nya.

    Pemimpin UMNO tidak dapat melihat perkara ini, yang mereka tahu, kononnya perlu ada DEB, sekat pembelajaran orang cina, supaya orang melayu saja yang pandai dan akhirnya mengganggur.

    Dipendekkan cerita, orang UMNO hanya pandai meraih sokongan, akan tetapi tidak pandai berpolitik dengan parti komponen BNnya agak orang melayu dapat lebih. Hanya DEB yang diperjuangkannya agar mereka mendapat kontrak, namun tidak sedar akan dengan "alasan DEB" itulah yang menyebabkan orang cina mendapat lebih.

    Penamaan Calon Parlimen Albert Park

    Bahang pilihanraya masih belum reda, Peminat F1 jangan lupa untuk menyaksikan penamaan calon baru Parlimen Albert Park esok.

    Waktu siaran adalah siang, jangan jadi seperti saya tahun lepas yang kononnya nak lihat GP suzuka pada waktu malam. heh.

    Penamaan calon kali ini tetap mempunyai 3 sesi, akan tetapi sesi ke tiga lebih pendek. (sesi ini juga dikenali sebagai tempoh bantahan).

    Terdapat juga muka baru dan parti baru bertanding di parlimen Albert Park.

    Nelson Piquet Jnr - Parti Renault
    Kazuki Nakajima - Parti Williams Toyota
    Timo Glock - Parti Toyota (sebelum ini pemandu ujian BMW Sauber)
    Sebastian Vettel - Toro Rosso-Ferrari
    Sebastien Bourdais - Toro Rosso-Ferrari

    Manakala parti baru ialah parti "Force India", yang menggunakan bekas calon yang pernah bertanding atas tiket parti lain sebelum ini iaitu Adrian Sutil dan Giancarlo Fisichella


    Minggu depan, Parlimen Sepang akan digegarkan.

    Jumaat, 14 Mac 2008

    Sistem Demokrasi Bersultan

    Hari ini saya ingin menulis tentang sesuatu yang tidak demokratik.

    Kita telah lihat bahawa sistem demokrasi British yang kita gunakan ini memeningkan kepala jika tiada parti yang menang mutlak.

    Rakyat memilih ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi tidak memilih siapa Perdana Menteri, siapa menteri besar, siapa ketua menteri.


    Rakyat juga tiada hak untuk memilih samada mahu memilih pemimpin berdasarkan demokrasi versi british, atau demokrasi versi Amerika, atau "Demokrasi Bersultan".

    Nasib siapa dipilih sebagai MB adalah ditentukan oleh ahli-politik dan Sultan, tetapi bukan rakyat.

    Negara kita tidak mempunyai pilihanraya khas untuk memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri. Itulah sistem british yang diagungkan oleh pendokong demokrasi Malaysia.

    Oleh kerana itu, saya mendapat idea untuk mencipta "Sistem Demokrasi Bersultan".

    Ianya hanya munkin sesuai untuk negeri yang mempunyai Sultan, dimana rakyatnya amat menyayangi Sultannya.

    Adakah ruginya rakyat sesuatu negeri menyayangi sultan, Sultannya menyayangi rakyat, akan tetapi mereka terpaksa mengundi menggunakan sistem demokrasi british.

    Suatu ketika dahulu UMNO menguasai politik, sehingga Sultan kehilangan kuasa. Kalau UMNO 2/3 di sesuatu negeri, semua kata putus adalah dari UMNO dan bukannya sultan.

    Maka, apabila UMNO ditumbangkan di Negeri Selangor dan Perak, maka Sultan akan lebih berkuasa.

    Akan tetapi apa jadi kalau sesuatu negeri mendapat Sultan yang tidak berjiwa Rakyat? maka rakyat sepatutnya boleh memilih jenis demokrasi untuk Negerinya.

    Jadi, adalah dicadangkan, sebelum pilihanraya UMUM, akan diadakan 1 pilihanraya lain khusus untuk memilih jenis Demokrasi yang mahu digunakan oleh rakyat. sebagai contoh nama pilihanraya itu ialah "Mandat Sultan".

    pilihan yang ada adalah:-
    1. Demokrasi British, (pilih adun mengikut parti)
    2. Demokrasi Bersultan (pilih Adun tanpa menggunakan logo parti, MB dan Exco akan dipilih oleh Sultan secara langsung)


    Maka Negeri yang mempunyai Sultan, akan diadakan pengundian sebegitu.

    Jika Demokrasi Bersultan menang berbanding Demokrasi British, maka pada pilihan raya peringkat Negeri.
    Setiap parti politik boleh meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN, akan tetapi, setiap calon tidak dibenarkan untuk menggunakan logo parti, tak boleh berkempen menggunakan logo parti, yang hanya adalah individu vs individu. Mana individu yang baik, akan pasti dipilih oleh rakyat sebagai ADUN. Kemudian Sultan akan memilih MB, timbalan MB, exco, mengikut kesesuaian Sultan.

    Sekiranya Demokrasi BerSultan tidak menang pilihanraya "Mandat Sultan", maka sistem pilihanraya british seperti sekarang terpaksa digunakan.

    Sempena kelahiran Putera kepada Raja Dr Nazrin, maka kuhadiahkan cadangan "Sistem Demokrasi BerSultan" kepada Tuanku.

    Khamis, 13 Mac 2008

    Siapa cucuk Tian Chua dan S.Husin Ali?

    Suatu petang, Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya berkata:


    kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain


    Pada petang yang sama, Saudara Tian Chua membantah, pengagihan kerusi exco langsung tidak diberikan kepada PKR. <---sila klik

    Namun, apabila komposisi exco ialah 6:3:(1+MB) maka ia bersesuaian.

    Kalau saya pun sebagai PAS atau PKR, memanglah akan rasa kena tipu bila DAP ambil 8 kerusi exco, dan PKR dan PAS masing-masing 1 kerusi exco.

    Akan tetapi, persoalan yang timbul sekarang ialah, dari mana Tian Chua mendapat tahu kononnya tiada kerusi exco untuk PKR?

    Daripada mana S.Husin Ali dapat tahu kononnya DAP menyapu sehingga 8 kerusi exco?

    Siapa yang mencucuk mereka berdua?
    Adakah terdapat dalang untuk melagakan PKR dengan DAP pula?

    Jadi diharap, pihak PKR sendiri siasat darimana sumber berita kononnya DAP menyapu 8 kerusi exco. ATAU ia memang benar?

    Google+ Hasbullah Pit