test

Sabtu, 15 Mac 2008

Orang UMNO tidak pandai berpolitik

Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu.

Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang.

Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO.

Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang pasti kawasan itu kawasan UMNO, UMNO kampung yang tak pandai main tarik tali, maka kampung itu akan mundur dan terus mundur, yang miskin akan dibiarkan miskin supaya mereka tak pangkah lain kerana "takut tak dapat bantuan".

Ahli politik Kampung UMNO, memang pandai mengugut pembangkang, terutama sekali dengan golongan muda, Saudara Kadir (kawan saya) telah dilabel sebagai "Pengkianat Bangsa".

Oleh kerana Kampung sempang adalah perkampungan nelayan, dapat subsidi nelayan, maka diherdiknya penyokong PAS dikalangan nelayan sebagai "tidak kenang budi dan menentang kerajaan". Nasib baik nelayan pun pandai, dan menjawap "Saya bukan nak lawan kerajaan, saya sokong PAS untuk membentuk kerajaan".

Kembali kepada isu UMNO tak pandai berpolitik. Suatu ketika, UMNO pernah menguasi kerusi DUN di pulau pinang, akan tetapi, dengan politik murahan UMNO, mereka tetap meneruskan untuk memberikan kerusi MB kepada Gerakan. Apa salahnya buatkan "penggiliran ketua Menteri" seperti di Sabah suatu ketika dahulu untuk menenangkan hati ahli UMNO pulau pinang itu sendiri, sekurang-kurangnya selama beberapa tahun.

Orang UMNO, terutama ahli politik atasannya memang tidak pandai berpolitik, dengan mudah mereka menguniversitikan UTAR demi meraih sokongan pengundi Cina pada tahun 1999. Kemudian kerana takutkan kehilangan sokongan kaum India, PakLah berikan sahaja 1 hari cuti untuk Thaipusam bagi wilayah persekutuan.

Walaupun sebenarnya 2 perkara itu, sememangnya telah lama patut diberikan, akan tetapi apabila ia dilakukan untuk pilihanraya, maka jelaslah ia sebagai langkah politik yang desperado.

Saya memang tidak nafikan golongan cina perlukan pendidikan di negara sendiri, tetapi bukanlah dengan cara menyediakan universiti khas untuk mereka, dan selepas itu kaum-kaum diasingkan.

Apalah salahnya, UTAR tidak dijadikan universiti, akan tetapi lebih peluang diberikan kepada golongan cina di universiti tempatan, agar graduan melayu dapat bersaing, dan orang cina dapat belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau nak diharapkan orang melayu UMNO untuk mengembangkan bahasa melayu, jauh panggang dari api. Maka perlunya ada pelajar cina untuk menggunakan istilah pembelajaran dalam Bahasa melayu agar bahasa itu berkembang.
Pada masa yang sama, graduan melayu akan mendapat kawan cina yang suatu masa nanti akan boleh jadi "rakan dagangan"nya.

Pemimpin UMNO tidak dapat melihat perkara ini, yang mereka tahu, kononnya perlu ada DEB, sekat pembelajaran orang cina, supaya orang melayu saja yang pandai dan akhirnya mengganggur.

Dipendekkan cerita, orang UMNO hanya pandai meraih sokongan, akan tetapi tidak pandai berpolitik dengan parti komponen BNnya agak orang melayu dapat lebih. Hanya DEB yang diperjuangkannya agar mereka mendapat kontrak, namun tidak sedar akan dengan "alasan DEB" itulah yang menyebabkan orang cina mendapat lebih.

1 comments:

  1. Salam,

    Tidak semua orang Pas dilayan sebegitu rupa. Saudara ada di tempat berlakunya herdikan terhadap penyokong Pas itukah? Sekiranya ada, alhamdulillah tetapi sekiranya anda tiada ditempat kejadian dan hanya mendengar dari mulut ke mulut, ianya belum tentu sahih. Berdosa kita menuduh begitu. Di Kampung Tedong orang Pas dan UMNO dapat hidup bersama, dapat bantuan. Malahan saya sendiri ahli UMNO yang menuntut ilmu Al-Quran dengan guru yang merupakan penyokong Pas. Namun dia berpesan,yang benar harus ditegakkan, yang salah harus dibetulkan. Beliau tidak pernah mengatakan orang UMNO kafir. Malahan dia berpesan kepada saya, bila ada peluang betulkanlah apa yang salah. Seharusnya kita sesama ISLAM saling bantu membantu dan tegur mana yang salah, namun perlulah dengan cara yang tertib. ISLAM penuh dengan tertib dan bukan mencaci atau mengutuk orang. Masih ada ahli yang ingin memperbetulkan UMNO, jangan kita terus menghukum seseorang. Hukuman bukan dijatuhkan oleh manusia tetapi hanya ALLAH S.W.T. yang berhak menentukan hukuman atau kufur seseorang muslim itu.Janganlah kita menjadi hakim kepada perkara yang bukan tugas kita. Sesungguhnya kita ini manusia yang lemah dan alpa. Semoga Umat Islam diMalaysia sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit