test

Isnin, 25 Februari 2008

Perhimpunan Haram pukul 1 hari ini

Sehari selepas penamaan calon, dijangkakan akan ada perhimpunan haram (tanpa permit) oleh kakitangan kerajaan, tepat pada pukul 1 tengah hari hari ini, di Stesyen-stesyen Minyak yang ada ATM.

Motif perhimpunan masih belum dapat diketahui.

Jenaka Hari Isnin

Jumaat, 22 Februari 2008

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu.

Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat.

Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari"
.

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?


Isu Kenaikan Harga barang

Banyak kali kerajaan BN cuba menberi "penjelasan" tentang isu kenaikan harga barang, saya tahu memang ramai pembangkang yang tak faham konsep mekanisme pengawalan harga, saya akui, kalau mengikut sistem sedia ada, memang sukar untuk mengawal harga. Akan tetapi Rakyat hanya mahukan hasilnya, hasilnya mestilah harga yang mampu dibeli oleh rakyat.

Maka dicadangkan "Penjelasan" untuk memaksa rakyat memahami "Isu kenaikan harga barang". Memang kerajaan membayar "subsidi" untuk mengurangkan harga barang, akan tetapi punca kenaikan tidak ditangani.

Bersungguh2 mereka cuba menerangkan mekanisme pengawalan harga, perbandingan harga dengan negara jiran, seolah2 itulah yang terbaik.

Maka bila dibandingkan harga barangan dalam ringgit yang lemah, dengan barangan didalam matawang asing dinegara lain, memanglah barangan kita kelihatan lebih murah, akan tetapi dari sudut pendapatan perkapita, rakyat Malaysia jauh lebih rendah.

Oh tunggu, "Pendapatan perkapita" dan "Nilai Matawang" tidak dimasukkan dalam buku kecil "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang".
Nanti akan akan dilabel sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan kenapa Paklah lambat lepaskan tambatan ringgit yang menjadi faktor kenaikan harga barang, nanti anda akan dikira sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang"

Dalam mukasurat 11, buku tersebut...

Walaupun Malaysia merupakan pengeluarkan utama minyak sawit mentah dunia, komoditi tersebut diniagakan dalam US Dollar dan penentuan harga bergantung kepada keadaan pasaran antara bangsa.
Jangan dipersoalkan kenapa sebahagian dari minyak sawit tidak boleh diniagakan pada pasaran tempatan mengikut mekanisme penentuan harga tempatan. Nanti anda akan dikira "Tak Memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan ketuanan US Dollar, nanti anda akan dikira "Tak Memahami Isu Kenaikan Harga Barang".


Sudah banyak kadi saya tulis, tentang faktor matawang menjadi faktor kenaikan harga barang, Bagi saya, nilai sebenar ringgit ialah 1USD = RM 2.30 dan bukannya RM 3.20 seperti hari ini.

Maka, sila lihat sendiri berapa harga barangan negara kita berbanding negara jiran.

Perkara yang anda perlu lakukan ialah pergi ke bilik gerakan BN berdekatan, dapatkan buku, "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang" dan baca dan fahamkan, tapi jangan faham setakat apa yang mereka mahu anda faham. Anda kena kira..

Andaikata nilai ringgit ialah 1USD = RM 2.30, (iaitu kenaikan ringgit adalah 40%)

buka halaman 19, perbandingan harga barangan Malaysia dengan negara Jiran.
Sekiranya Ringgit meningkat 40%, maka:-
(darabkan harga dalam USD dengan 1.4)
  • Harga LPG kita adalah 0.72 USD/KG lebih kurang Kuawit 0.79 USD/KG
  • Harga tepung gandum menjadi 0.58USD/KG, sudah menghampiri Harga Indonesia
  • Harga gula menjadi 0.63USD/KG, sudah lebih mahal pula dari Thailand yang 0.57USD/KG
  • Harga Ayam, menjadi 7.79 USD/KG, sudah lebih mahal dari Singapura.

Saya tak nafikan Akta kawalan bekalan telah banyak membantu menstabilkan harga, akan tetapi apabila matawang ringgit rendah, terlalu banyak "subsidi di_atas_kertas" diberikan, sehingga sistem makanisme penentuan harga dan kawalan bekalan menjadi kelangkabut.

Puncanya perlu diatasi iaitu Nilai matawang. Selain itu mekanisme penentuan harga perlu dirombak, yang penting sekali olahkan ia supaya rakyat mampu dan bekalan mencukupi. Jangan persoalkan berapa banyak subsidi_diatas_kertas dibayar oleh kerajaan kerana ia hanya di atas kertas.

Akan tetapi jika persoalan matawang dimasukkan ke dalam isu itu, maka siapa yang faham lebih akan menjadi "Tidak memahami Isu kenaikan harga barang".

Janganlah suruh rakyat memahami juga "penjelasan" tentang isu harga barang yang begitu teknikal bagi orang kampung akan tetapi setakat "x" sahaja. (x ialah ruang lingkup pemikiran rakyat, tak boleh tahu lebih-lebih).

Rakyat hanya mahukan hasil (harga barang murah, dan bekalan cukup). persetankan mekanisme penentuanharga, akta kawalan bekalan, ianya bukanlah sesuatu yang semua rakyat perlu tahu dan faham.

Khamis, 21 Februari 2008

Senarai Calon BN Melaka

Senarai Calon BN Melaka

MELAKA, 20 Feb (Bernama) -- Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini:

PARLIMEN

P134 : Masjid Tanah: Datuk Wira Abu Seman Yusop

P135 : Alor Gajah: Datuk Seri Fong Chan Onn

P136 : Tangga Batu : Datuk Idris Haron

P137 : Bukit Katil: Datuk Mat Sirat Abu (muka baru)

P138 : Kota Melaka : Wong Nai Chee

P139 : Jasin : Datuk Wira Ahmad Hamzah



KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N1 Kuala Linggi : Ismail Othman (muka baru)

N2 Tanjung Bidara : Datuk Ab Karim Sulaiman

N3 Ayer Limau : Amiruddin Yusop (muka baru)

N4 Lendu : Datuk Idderis Kassim

N5 Taboh Naning : Latifah Omar (muka baru-wanita)

N6 Rembia : Norpipah Abdul (muka baru-wanita)

N7 Gadek : Datuk Ghafar Atan

N8 Machap : Lai Meng Chong

N9 Durian Tunggal : Datuk Ab Wahab Ab Latip

N10 Asahan : R.Perumal (muka baru)

N11 Sungai Udang : Datuk Yaakob Md Amin

N12 Pantai Kundur : Datuk Rahaman Ab Karim

N13 Paya Rumput : Datuk Tahir Hassan

N14 Kelebang : Datuk Seet Her Cheow

N15 Bachang : Wendy Ngo Kim Hua (muka baru-wanita)

N16 Ayer Keroh : Chiew Hong Lan (muka baru-wanita)

N17 Bukit Baru : Datuk Seri Mohd Ali Rustam

N18 Ayer Molek : Datuk Yunus Husin

N19 Kesidang : Datuk Koh Nai Kwong

N20 Kota Laksamana : Lee Kiat Lee (muka baru)

N21 Duyong : Gan Tian Loo

N22 Bandar Hilir : Chock Choon Sin

N23 Telok Mas : Datuk Latif Tamby Chik (muka baru)

N24 Bemban : Chua Khong Hwa (muka baru)

N25 Rim : Yazed Khamis (muka baru)

N26 Serkam : Ghazale Muhamad (muka baru)

N27 Merlimau : Datuk Hidhir Abu Hassan

N28 Sungai Rambai : Hasan Rahman (muka baru)

Kementerian Luar Malaysia mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo

Tahniah diucapkan kepada Kementerian luar Malaysia kerana mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Selasa, 19 Februari 2008

Operasi Bay of Pig berjaya?

Akhirnya Fidel Castro meletak jawatan, segala usaha Amerika sejak 1959 untuk menjatuhkan Castro akhirnya berjaya. Dia sendiri meletak jawatan.

Pembunuhan Presiden Kennedy, juga dikaitkan dengan keengganannya untuk menyerang Cuba. Jika JFK bersikap seperti Bush 2 beranak, maka mungkin JFK tidak ditembak.

Bush, Presiden Amerika dan Britain, secepat kilat ingin mengiklankan Ideologi Demokrasi untuk dieksport ke Cuba. Mungkin sebagai bahan tukaran kepada curut.

Pengganti Presiden Bush, pasti akan pening kepala melihat, apabila Fidel Castro meletak jawatan, rupanya masih ada lagi 1 Castro.

Dijangkakan pada 2028, Amerika akan mengistiharkan kemenangan menentang "Keganasan" apabila Osama bin Laden meletak jawatan AQaeda.

Di Malaysia, Abdullah Hj Ahmad mungkin terlupa untuk mengeksport Isl*m Hadhari ke Cuba kerana sibuk melihat cermin sambil melihat gambar orang utan.

Rafidah masih mahu jual Malaysia, tenggelam bersama Amerika.

Tatkala Dewan Rakyat dibubarkan, Kuasa Menteri sepatutnya tiada, Yang sepatutnya berkuasa ialah pegawai kerajaan bukan politik di kemerterian tertentu, Datuk Rafidah Aziz tetap ingin meneruskan Usaha menjual Malaysia dengan cara Rundingan US-FTA.

Ramai diantara kita disini adalah buta Ekonomi, saya sendiri bukanlah pakar sangat, akan tetapi sekurang-kurangnya, saya harap semua warga Malaysia perlu faham bahawa Perjanjian FTA antara Amerika dengan Negara lain adalah sama seperti penjajahan ekonomi terhadap negara tertentu.

Oleh itu, memang ramai yang menentang FTA
Sila baca http://www.ftamalaysia.org/

Sila baca Artikel di Jerit, Mengapa Rundingan itu patut ditamatkan.

Amerika sendiri mengalami krisis Ekonomi, dengan Sub-Primanya, dengan kejatuhan dollarnya, "Matawang pujaan" kini bukan USD. Kadar Faedah sekejap naik, sekejap turun. Bernake pun pening kepala.

Adalah amat Merbahaya jika penggundi Kuala Kangsar masih Penggundi Rafidah sebagai ahli Parlimen. (Jika di dicalonkan di situ).

Mahukan Ekonomi kita tenggelam bersama Amerika Syarikat?


Saya menyokong Diversifikasi dalam ekonomi, kita tak perlukan rakan dagangan yang terlalu besar sehingga negara kita bergantung kepada dia, Saya sejak dari dulu tidak suka Amerika menjadi Rakan dagangan Malaysia yang terbesar.

Isu FTA sepatutnya menjadi Isu politik, akan tetapi Isu Harga Barang lebih popular.

Google+ Hasbullah Pit