test

Ahad, 17 Februari 2008

Google ketagih tenaga / Politik di Malaysia

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing.

Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google.

Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak.

Mengapa?

Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga.

Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali.

Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh.

Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja.

Bayangkan Google mamajak tanah-tanah nelayan (yang tak diusahakan), sebanyak RM 2k sebulan untuk 1 kincir angin, berapa pendapatan yang orang kampung dapat.

Lihatlah Terengganu, banyak pantai, berapa banyak kincir boleh diletakkan.

Bayangkan kalau pelaburan google di negeri tertentu dijadikan Modal Pilihanraya.
Di Terengganu, HJ Hadi berlumba dengan Idris Jusoh berjanji sedaya upaya untuk menarik google melabur ke Terengganu.

Bayangkan kalau di Melaka, setelah nelayan tertipu kononnya kerajaan ingin menggantikan bot yang dicuri, hanya dibayar tak sampai RM 500 (Harga enjin sangkut lebih kurang 7 ribu) , kemudian ditabur janji untuk buat jeti menggantikan jeti kayu bakau, alih-alih Ustaz Ghani, sebagi calon Ketua Menteri Melaka menjanjikan pelaburan google, yang memanafaatkan nelayan.

Walaubagaimanapun, perkara ini terlaku teknikal untuk dijadikan kempen pilihanraya.

Buluh di Kampung Sempang

Hari ini saya tebang buluh :-



Dapat 31 batang sahaja.

Sabtu, 16 Februari 2008

Pandangan Politik Hasbullah Pit

Oleh kerana ini musim pilihanraya, ramai yang ingin menggoogle isu politik, PERANG SEO bermula,
maka saya kumpulkan kesemua pandangan saya yang berkaitan politik di blog ini pada 1 laman yang boleh diindeks oleh jentera gelintaran.

http://taman-pitis.blogsite.org/politik/

Iklan: Beras Padu

Jumaat, 15 Februari 2008

Fotani Darussalam

Saudara rational thinker telah memperkatakan orang patani lebih suka mengganggap diri mereka siam....

Pada pandapat saudara bendol sebol , org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam.

Namun, setelah membaca sendiri tulisan orang patani yang memperjuangkan kemerdekaan banyak kali mereka mengatakan mereka melayu dan juga banyak kali mempersoalkan kenapa Negara Melayu tidak menolong mereka.

Petikan daripada Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri:
Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar.(Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.)



Petikan daripada PATANI OH PATANI KU:-

Orang-orang Melayu sebenarnya bangsa yang agak malang,kalau di banding kan dengan bangsa Arab. Orang-orang Arab walaupun mereka bodoh tapi menganggap masaalah Palestin adalah masaalah Arab.Mereka seluruh nya menghulurkan bantuan kapada orang-orang Palestin.Sekurang-kurang bantuan kebajikan.Walaupun sebahagian besar mereka di bawah telunjuk Amerika dan kuasa-kuasa barat tapi mereka tetap tidak tinggal kan Palestin. Tapi berlainan dengan bangsa Melayu. Sudahlah masing-masing Negara Melayu tidak mengaku mereka bangsa Melayu kecuali Brunei Darussalam. Mereka tidakpeka pada masaalah Patani.Mereka tidak menganggap masaalah Patani adalah masaalah Melayu.Sedang SEMUA bangsa lain di dunia tidak akan rela kaum mereka di tindas oleh orang-orang lain.
Tidakkah itu cukup untuk membuktikan mereka mengganggap diri mereka melayu?

Sila baca seterusnya di laman blog Patanikini

Khamis, 14 Februari 2008

Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi

Teresa Kok, di dalam suratnya kepada DBKL mempersoalkan Papan Tanda Nama Jalan mempunyai tulisan Jawi:-

3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi.

Jawapan:
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia termaktub dalam perlembagaan. Bahasa Melayu wujud dalam 2 bentuk tulisan iaitu Tulisan Rumi dan Jawi.

Sebagai bekas Ahli Parlimen yang memahami perlembagaan, sepatutnya dia mempersoalkan kenapa baru sekarang nak letakkan jawi, bukannya mempersoalkan kenapa ada jawi.

Iklan: Beras Padu

Janji PilihanRaya Ezza Erisa

Sila klik pada gambar di atas.


Iklan: Beras Padu

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai.

Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British.

Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan.

Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah.

Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya.

Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak.

Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti boleh dikategorikan sebagai kesultanan melayu atau tidak.

Dipendekkan cerita, Siam cuba meluaskan empayarnya dengan menyerang kedah, dan telah menawan 3 wilayah yang kini masih jajahan siam.

Oleh kerana adanya Inggeris, maka dengan perjanjian Bangkok, antara Inggeris dan Siam, maka Kedah dilepaskan oleh Siam dengan syarat Inggeris tidak mengganggu 3 wilayah yang diambil leh Siam sebelum ini. Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana" 10 mac 1909

Sehingga itu, 3 wilayah itu masih lagi dibawah jajahan Siam.

Sebelum itu, Inggeris membuat perjanjian dengan belanda "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", 1824.

Persekutuan tanah melayu 1948 terbentuk hadih dari beberapa perjanjian "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", yang menyebabkan Negeri-Negeri Melayu tidak duduk dibawah satu kolonial yang sama.

Oleh kerana banyak negeri melayu duduk di bawah Inggeris, maka bila merdeka 1957, hanya yang bawah Inggeris sahaja yang merdeka.

Oleh kerana negeri melayu di sebelah kawasan belanda telah di"merdeka"kan menjadi Indonesia, apabila Belanda lari dan jepun menyerah kalah.

Ini topik melayu siam, jadi lupakan dahulu soal melayu indonesia.

Apabila UMNO ditubuhkan, saya pernah terbaca buku lama, yang mengatakan salah satu tujuan penubuhan UMNO ialah membela nasib melayu termasuk di selatan thai. Namun itu semua dilupakan kerana sasaran "Merdeka" telah dicapai dengan menjual kerakyatan secara murahan.

Jadi siapa nak bela nasib melayu yang masih dibawah jajahan siam?
Hanya penduduk situ sahaja yang pergadai nyawa untuk memerdekakan diri mereka. Mana pergi kawan-kawan kesultanan melayu yang lain?

Kesultanan melayu telah dikurangkan kuasanya oleh "Demokrasi" dan Perlembagaan Malaysia.

UMNO tak perlu membebaskan selatan thai untuk berkuasa di Malaysia. Pembangkang pun tak menyalahkan UMNO kenapa lupa nak bela nasib orang melayu yang masih dijajah. UMNO pun tak berusaha untuk memulihkan kuasa Sultan yang telah dirampas Inggeris suatu ketika dahulu.

Oh, Kalau UMNO memberi kuasa yang lebih kepada Sultan, maka mereka akan kehilangan kuasa.

Adakah DAP pula hendak memperjuangkan nasib orang melayu selatan thai?

Akan tetapi, akibat dari pergolakan di selatan thai, pemikir thai memikirkan bahawa autonomi mungkin menyelesaikan pergolakan.

Saya menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri thai, Chalerm Yubamrung untuk mengautonomikan selatan thai sebagai satu batu loncatan untuk merdeka. Akan tetapi, rasanya eloklah dimerdekakan sahaja 3 wilayah melayu selatan thai itu

Pada 10 mac akan datang, genap 99 tahun 3 wilayah melayu selatan thai itu dijajah secara rasmi.

Google+ Hasbullah Pit