test

Khamis, 13 September 2007

Lagu Rap: Wawa wuwu Lily Lulu Lalu

Lagu rap pagi ramadhan untuk Wawa & Lensa Lily
(Ikut muzik macam lagu Worda wordee wordoo -Too Phat)

Chorus:
Wawa wuwu lalu
Lily Lulu lalu
Pagi satu ramadhan pun kena buat lagu.


Verse:
Bila Ziana lalu, lili lulu pun lalu
Lili minta lagu, wawa pun lalu
Wawa minta lagu, aku pun buat lagu
Sayda dulu lalu, tapi tak minta lagu
tanya kenapa tak kongsi chatbox macam dulu-dulu.
Nessa pun ada lalu, ucap selamat puasa
Tag Integrasi kaum dia sudah lupa?.
Sebelum itu, Bora ada lalu
dia kata dia lupa nak skodeng, you.
Namun pagi ini ,Ziana lalu lagi
Bawa ikon tunjuk kanan tunjuk kiri.
bla bla bla
bla bla bla
bla bla bla (malas nak karang)
bla bla bla
bla bla bla
bla bla bla
bla bla bla
bla bla bla


chorus(2x):
Wawa wuwu lalu
Lily Lulu lalu
Pagi satu ramadhan pun kena buat lagu.
Ku amat terseksa , pagi puasa ini.
Kena buat lagu wawa, Lily lulu lalu


verse 2:
bla bla bla lalu
bla bla bla lalu
bla bla bla tahu
bla bla bla mahu (malas nak karang lagi)
bla
bla
bla


ulang chorus

Kemaskini 11 pagi:
Ini Video klip Worda wordee wordoo, versi Umar dan Hamzah,



Tiba-tiba sahaja terhidupkan text to speech.
Hehehe

Untuk Wawa wuwu Lily Lulu Lalu, kena Wawa & Lily Lulu nyanyi sendiri
Duet.

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.

Rabu, 12 September 2007

Rizab Emas Bank Negara

Pernah suatu ketika dahulu, saya terbaca bahawa rizab emas Bank Negara berkurang secara drastik ketika menyelamatkan ekonomi negara pada krisis 1998 dahulu. Apa bila saya cuba mencari kembali URL itu, saya tidak jumpa berbezaan jumlah Rizab Emas Bank Negara sekarang berbanding sebelum krisis.

Maklumat laporan Bank Negara hanya menunjukkan jumlah gabungan rizab emas dan Matawang asing. Ia bertambah dari tahun ke tahun. Tahniah Bank Negara.

Jadi, jika berlakunya krisis ekonomi dunia yang seterusnya, Adakah kita cukup rizab emas?

Maka saya cari kembali, berapa rizab Emas Bank Negara Malaysia, maka saya jumpa di gold.org.


Rizab Emas Bank negara kekal pada 36.4 tan dari tahun 2000 hingga kini.
Namun Nilainya bertambah dari, USD 332 billion kepada USD 734 billion (2006), akibat dari kenaikan emas dan penurunan USD.

Jadi kita dapat USD 412 bilion percuma.

OK kita banding dengan negara jiran Thailand.
Tahun 2000, mereka adaRizab emas 72.7 tan bernilai USD 634 tapi Disember 2006 mereka ada 84 tan, (kenaikan hampir 12 tan) dan bernilai USD 1786 Bilion.

Jadi, kenaikan rizab emas dari segi nilai adalah USD 1152 bilion. mereka hanya menambah 12 tan rizab emas dalam 6 tahun.



Jadi saya cadangkan, setiap tahun Bank Negara menyimpan setahun 1 atau 2 tan dari KDNK negara untuk menangani Krisis Ekonomi akan datang. Mungkin ia terlewat kerana harga emas telah mahal dan krisis makin hampir?

Kurangkan kebergantungan pada rizab dalam bentuk USD, kerana kita 'dicukai' oleh mereka dalam bentuk Inflasi USD, senang-senang mereka meng'inflate'kan matawang mereka dan kesannya dirasai oleh pemegang rizab matawang mereka.

Nota: Maklumat rizab Emas negara-negara saya perolehi dari http://www.gold.org/value/reserve_asset/gold_as/index.html

Selasa, 11 September 2007

JawapCarian: kenapa sms perlu ada had untuk dihantar?

cuba jawap!


--Kemaskini:
Sebenarnya saya pun tak tahu jawapannya, sebab itu saya tanya pengunjung blog ini.

Yang saya tahu, SMS bergantung pada sistem GSM yang baru menyambut ulangtahun ke 20, baru baru ini. Walaubagaimanapun SMS datang kemudian, iaitu pada tahun 1985, SMS dijadikan sebagai piawai GSM. Piawai itu yang menetapkan syarat 160 aksara.

Kenapa 160?
Entahlah, mungkin disebabkan ia dipanggil sebagai 'Short Message System' , maka ia perlulah 'short'.

Masa berubah, nak ubah dari GSM kepada lain bagi sesuatu tempat amat sukar, kerana sebab itu, kita masih gunakan GSM. Tetapi, mesej teks lebih panjang boleh dihantar sebagai beberapa SMS. Hampir semua telefon baru menyokong gabungan 2,3 SMS dihantar tapi kelihatan seperti satu Pesanan Teks.

Pesanan Teks boleh juga dihantar tanpa menggunakan SMS, dimana ia dihantar menggunakan Data Paket. Saya tak pernah cuba dapatkan berapa had saiz mesej teks yang dihantar sebagai MMS.

Sila betulkan saya kalau saya salah.

Harga emas naik lagi


Merujuk pada graf disebelah, Harga emas sekarang adalah tertinggi dalam tempoh setahun.


Harga kijang emas 1 troy aun sekarang (11 september 2007) ialah RM 2612 (jual) RM 2529 (beli)

Jadi, untuk yang mempunyai masalah kewangan untuk menempuh Perayaan Hari Raya nanti, mungkin sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk menggadai emas.

Harga Emas 916?
Kalau harga emas naik, cepat sahaja harga emas di kedai emas naik, tapi bila turun, lambat pula turun.

kemaskini:
Wed Sep 12 02:54:46 SGT 2007 = USD 714.xx

Optimus Prime cuba menyelamat 2 pelancong yang diculik ...

Suatu petang, 2 orang pelancong telah diculik oleh Decepticon.



Optimus Prime yang ketika itu, sedang menonton DVD 'Cars' bersama Umar, transform untuk menyelamatkan 2 orang pelancong itu.



Digg Optimus Prime!!

Isnin, 10 September 2007

"My Inspiration Sharing Land"

Pagi tadi saya menemui satu laman blog tempatan yang agak informatif, memang bertujuan untuk dikongsi bersama, namun tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog.

Ketika itu saya meng'blogsearch' perkataan 'Malaysia Label Cloud'.

Saya nampak satu perbezaan nyata antara blog yang mempunyai Awanan Tag (atau 'Label Cloud' atau 'Tag Cloud') ialah mempunyai pengetahuan asas tentang Web 2.0.


Di atas adalah Awanan Tag milik Jason, Pemuda Kuantan Kedah, di Laman Blog 'My Inspiration Sharing Land'. Nama blog sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia ingin mengongsi Maklumat/pendapat. Ia terbukti benar, apabila saya membaca arkibnya, Kandungannya memang bermaklumat dan asli. Asli dalam konteks ini adalah bukan diceduk bulat-bulat dari sumber luar.

Melihat akan Tema blognya, teringat saya pada tema saya yang lalu. Awanan Tag kelihatan cantik bila digunakan dengan tema itu. Cadangan Saya ialah tukar warna Awanan Tag daripada 'Hitam ke biru' kepada 'Kelabu ke Biru, kerana warna hitam lebih mudah dibaca daripada biru.

Saya memang pernah bercadang untuk meletakkan butang Digg pada kiriman blog. Tetapi mungkin tak berapa sesuai kerana pengunjung blog di Malaysia tidak memahami Digg.

Merujuk Technorati, authoritinya baru 1. Bagi saya blog sebegitu patut dapat authoriti yang lebih dan komen pengunjung yang lebih banyak.

Google+ Hasbullah Pit