test

Jumaat, 7 September 2007

Belanjawan , kali, campur adalah Istilah Subversif



Masih tidak saya lupakan pada perbentangan Belanjawan beberapa tahun terdahulu, oleh Mantan Perdana Menteri, 'Che Det', di mana dia telah MEMBUNUH istilah Bahasa Melayu bagi 'Budget'.

Berbanding dengan mantan Menteri Kewangan yang tersohor sebelum itu, sering pula menggunakan pembentangan belanjawan untuk mempromosikan istilah baru atau istilah lama tapi diberi nafas baru.

PakLah, langsung tak endah tentang bahasa, masih lagi terbawa ideologi menurut ideologi Dr.M. Apa salahnya dia hidupkan kembali Istilah "Belanjawan" itu?

Kemudian, beberapa tahun lepas juga, banyak istilah Sains dan Matematik Bahsa Melayu dibunuh dengan rakusnya oleh Dr.M . Namun bila tampuk pemerintahan ditukar, tiada apa yang berlaku. Langsung tak diendahkan langsung Sang Perdana Menteri itu.

Tapi tidak mengapa, kita masih lagi boleh menggunakan istilah "Belanjawan" secara subversif.

Suatu ketika dahulu, kita menggunakan istilah 'kali' dan 'campur', istilah itu telah ditukar kepada 'darab' dan 'tambah' pada era pentadbiran mantan Menteri Pendidikan yang tersohor itu. (dia lagi).

Memang tidak dinafikan, istilah baru itu lebih menggambarkan maksudnya sebenar, berbanding kali dan campur. Ketika itu, istilah 'kali' dan 'campur' digunakan secara subversif oleh golongan yang lahir sebelum 1975.

Namun, Pada pemerintahan Mantan Perdana Menteri yang tersohor itu, tak kiralah samada 'campur' atau 'tambah' atau 'kali' atau 'darab', kesemuanya jadi istilah subversif.

Eh, tunggu sekejap, bukankah Bahasa Melayu itu milik orang melayu dan bukannya hanya orang melayu Malaysia sahaja. kini tahun 2007, di Singapura, Kumpulan Rap yang tersohor, Ahli Fiqir, masih menggunakan mungkin Anwar Ibrahim lupa nak mempromosikan istilah 'darab' dan 'tambah' ke Singapura.

lihatlah dan dengarlah akan lirik lagu 2x5 Ahli Fiqir

kwek kwek kwek kwek kwek kwek
kwek kwek kwek kwek kwek kwek

kali bahagi tolak campur
hilanglah geli kerana geli

dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh

sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belok
sama tenpok sama bokok


Tidakkah mereka masih lagi menggunakan 'kali' dan 'campur'?

Jadi, sebagai pengguna istilah subversif Bahasa Melayu, istilah subversif mana yang kita hendak gunakan?

Kali atau darab?
campur atau tambah?

Bercakap fasal subversif, di Negeri Selangor bulan puasa kelak, ramai yang terpaksa Solat Tarawikh 8 rakaat secara Subversif


p/s: Kak Jie tolong carikan lagu 2x5 Ahli FiQir.

Mad Redo1 dipinggirkan?

Hot in My Communities

Terdapat satu ruangan pada mybloglog yang menarik minat saya untuk dikaji.

Perasan tak kalau adanya Hot in My Communities pada profil pengguna mybloglog?
Adakalanya saya terfikir, untuk menjadikan ia berguna. tapi bagaimana?




sebagai contoh:
http://www.mybloglog.com/buzz/members/iDaz/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/rastom/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/abdfatah/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/iwan_cmn/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/bumbleb33/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/ien83/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/liewcf/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/Thegunnerz/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/LilyLulu/


Tetapi, pada http://www.mybloglog.com/buzz/members/strangecharm/ tiada "Hot in MY Communities"?

Jawapannya ialah kerana StrangeCharm tak sertai mana-mana komuniti.

Kita ambil contoh
http://www.mybloglog.com/buzz/members/LilyLulu/

Oleh kerana dia tak sertai banyak komuniti, maka senang nak cerita.
Sebelum tu, nak cerita dulu, Hot in My Communities dijana berdasarkan pautan yang paling kerap diklik oleh pengunjung.


Jadi pada hari itu, antara beberapa komuniti blog yang Lily sertai, pautan ke laman blog ashterix lah yang paling banyak diklik. Akan tetapi terdapat beberapa masalah, kita mungkin boleh tahu "n reds" itu adalah dari laman blog redmummy, tapi kita tak tau dari kiriman blog yang mana satu.

Nasib baik dia guna "n reds" maka kita boleh kenal berdasarkan 'reds'. tapi kebiasaanya blogger guna "n comments". Makin peninglah pengguna untuk tahu yang mana satu komen itu disasarkan, pada topik yang mana? pada blog yang mana?

Jadi pening.

Tapi tak mustahil untuk diubahsuai sedikit kandungan blog, supaya pautan ke komen ditambahkan dengan nama blog atau nama tajuk kiriman blog.


moral:
Kalau guna Myboglog, sila sertai komuniti blog yang anda sering baca, supaya senang tengok apa yang 'Hot'

Khamis, 6 September 2007

Tag Integrasi Kaum

Rantaian tag ini bertujuan untuk memperkukuhkan Integrasi kaum di Malaysia.

Setiap orang yang kena Tag dikehendaki hanya mengetag 2 orang,
satu orang dari kaum sendiri,
satu orang dari kaum lain.

Sebagai contoh, jika orang Cina dikenakan tag, dia hendaklah mengetag 1 orang cina, dan lagi satu orang bukan Cina, iaitu India atau Melayu

Tugasanya amat mudah, Hanya buat pautan ke URL 2 pemblog itu , nyatakan huraian sedikit.

Oleh itu saya ingain mengetag:-

Nessa Mumbling - M U M B L I N G
Nik Nazmi - Nik Nazmi Nik Ahmad

Di harap Tag ini kekal dalam B.M



kemaskini:

Tindakbalas tag

http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=557
-> http://locus-standi-86.livejournal.com/15993.html
-> http://www.bobjots.org/2007/09/meme_integrasi_kaum_the_racial.php
--> http://nahdah.wordpress.com/2007/09/08/tag-integrasi-kaum/

Pemindahan fail secara besar besaran menggunakan bluetooth


Saya cuba salin 1000 gambar dari SE k800i ke Mac mini guna bluetooth, setiap gambar bersaiz 800-900Kb. lebih kurang 0.8 - 0.9 Gb.

Aku tak pasti bila mula, dalam 1 jam yang lalu, dan sekarangf baru 225 daripada 1000 fail telah di salin.

Pengajaran yang hendak disampaikan pada kiriman blog ini ialah.

Kalau nak salin fail 0.9 GB, sila guna Kabel USB.





kalau mula pukul 10 pm, agaknya pukul berapa habis?


kemaskini:
Sebenarnya tadi, dia hang bila pada fail ke 225. patut la lama.

kini saya cuba dengan OBEX pula.

kemaskini lagi:
10:54 malam sampai 4:02 pagi.
Jumlah saiz fail yang dipindahkan = 901.7Mb

Reviu Fresco Merlimau

Ini dia Fresco Merlimau yang baru dibuka itu.

Dia sudah ambil pekerja lebih awal, jadi bila dia buka, terus jadi big boom.
Berbanding dengan peruncit temnpatan yang biasa-biasa, mereka suka buka kecil-kecil dahulu, tambah barang sikit-sikit, jadi kurang impak.

Sebenarnya, saya suka lokasi dia , di antara pekan Merlimau dan Politeknik.


Maka ramnailah orang kampung dan orang Politeknik membuat "test market"

Kedengaran juga, Makcik tertentu sedang memperagakan beg percuma yang dia perolehi bila mendaftar kad kesetiaan Fresco.

"Keahlian seumur hidup" katanya..

Macam dia tahu pula saya baru lepas tulis fasal kad kesetiaan Tesco yang menjadi isteri baru TESCO setelah menceraikan bonuslink.

Pesaing FRESCO utama di Merlimau, sudah tentu "Bandar Baru", "Jumpa lagi (tapi dah tukar nama)", Pasarayaku, dan banyak peruncit tempatan lain yang jenis kedai 1 lot.

Pada pendapat saya, walaupun ada Kad Kesetiaan Fresco, pelanggan di Merlimau, ramai yang sudah "Sign mati" dengan Kedai tertentu. Wawa yang baru duduk merlimau pun sudah 'Sign mati' dengan "Bandar Baru".
Tak kurang juga yang sudah 'sign mati' dengan 'Kedai Deris', "Kedai Berahim"

Tapi tak ramai yang sign mati dengan pasarayaku atau jumpa lagi Sejati.

Tapi orang politeknik seperti Puan Sabrina, mana kenal Siapa itu Haji Berahim, Haji Deris, Tan Kim Hock (Bandar Baru), Yap (Pasarayaku)


Ini bakul Fresco,

Ini label pada gondola, siap ada platik khas ala jusco/7eleven, tapi Label dia tu takde logo Fresco, tak macam Jusco dan PETRONAS Merlimau. hehe




POS dia
fuh

UI ala baru, macam Microsoft surface pula, pada gambar itu transaksi belum ditunaikan.
Selepas ditunaikan (orang putih cakap 'checkout' atau 'cash out'), Akan ada Paparan amaun yang diterbalikkan supaya pelanggan boleh lihat. Ada logo MySQL pada POS itu :)

Uniform pekerja dia, semua pakai T-Shirt putih sendiri, tapi pakai Vest yang dibekalkan.
Saya tak pasti blusher pada pipi diwajibkan atau tidak, tapi nampak macam semua orang ada pakai blusher.


sekian.

Tesco Bercerai dengan Bonuslink



Tesco kini sudah bercerai dengan Bonuslink. Saya baru tahu apabila saya pergi ke tesco melaka semalam untuk menangkap gambar makanan . Akan tetapi, menurut laman web PASIM, Kad Bonuslink sudah tidak diterima di TESCO sejak 23 Ogos lagi. Tapi saya lambat tahu kerana saya setia dengan JUSCO & dah lama tak pergi TESCO.

Selepas penceraian itu, Tesco mengeluarkan Kad kesetiaannya sendiri iatu Club Card. Bagi saya itu langkah bijak yang dilakukan oleh tesco. Syarikat besar tak perlukan gunakan perkhidmatan pihak ke tiga untuk program kesetiaanya. Syarikat program kesetiaan mungkin tak mesra pelanggan seperti peruncit gergasi itu.

Saya lihat, mereka beria-ria cuba daftarkan pelanggan akan Club Card yang baru itu dan mereka turut mensasarkan sejuta pelanggan mendaftar kad baru itu.

Eh, bukankah Bonuslink baru sahaja berkahwin dengan TESCO? kalau tak salah saya baru setahun jagung. Apa terjadi antara mereka? Ketika itu sibuk pekerja TESCO turut mendaftarkan pelanggan mereka dengan BONUSLINK. Kini bercerai.

Masih saya ingat lagi dulu, ketika iSynergy bercerai dengan PETRONAS, semua ahli kad mesra yang daftar dengan iSynergy secara automatik menjadi ahli Kad Mesra baru. Tapi adakah TESCO tak dapat data yang mereka tolong daftarkan ketika kahwin dengan BONUSLINK dulu?

Pada masa yang sama Shell sudah alasan "Boleh digunakan di Tesco" apabila nak mendaftarkan pelanggan mereka dengan BONUSLINK.

Pada masa yang lebih kurang sama, Carefour telah berkahwin dengan Kad Mesra dan kini ada peraduan menang Proton Persona.



Kenapalah di Melaka tiada Carrefour?

Walaubagaimanapun, TESCO, JUSCO, Carrefour, semua itu peruncit gergasi asing yang sering menenggelamkan peruncit tempatan.

eh, tumpang iklan kawan aku.
Kepada sesiapa orang Melaka yang ada kad mesra, anda boleh tebus mata ganjaran di Stesyen Minyak PETRONAS Jalan Laksamana Cheng Ho atau Cheng.

p/s: Shell tak mahu bercerai dengan Bonuslink kah?








Google+ Hasbullah Pit