test

Ahad, 26 Ogos 2007

Sajak Sumber tenaga Alternatif / BioDisel

Minyak dari dalam tanah
Minyak dari atas pokok
Minyak dari dalam air
Minyak dari kuali roti canai


Dalam tanah ada minyak
Atas pokok ada minyak
Dalam air pun boleh ada minyak
dari kuali roti canai pun ada minyak.

Dari dalam tanah dapat tenaga
Dari atas pokok dapat tenaga
Dari dalam air dapat tenaga
Dari kuali roti canai

Bila minyak dari dalam tanah naik harga
Harga roti canai naik
subsidi minyak naik
subsidi minyak di bawak lari ke negara jiran.

Tapi
tak boleh senang senang
proses minyak dari atas pokok
proses minyak dari dalam air
proses minyak dari kuali roti canai.

100 tahun lagi
Anak cucu kita maki hamun
Kenapa atuk nenek mentekedarah minyak dari dalam tanah?

kenapa atuk
kenapa nenek
kenapa tak ambil minyak dari atas pokok
dalam air
kuali roti canai?

Kenapa Atuk?
Kenapa nenek?
mentekedarah minyak dari dalam tanah semasa harga USD 70?
Kalau atuk nenek simpan minyak dalam tanah
Boleh jual masa harga USD 200.

Atuk Nenek gunalah dulu
Minyak dari atas pokok
dalam air
Kuali roti canai
tali barut Decepticon?

Mereka itu macam Decepticon.
Rebut Energon
Rebut Energon.

Jumaat, 24 Ogos 2007

Emas di dalam bas


Kenapa aku mesti tiru redmummy tangkap gambar emas di dalam bas? Tapi yang ni lagi besar, ada tulìs nama .

Kasut bluetooth didalam bas


Kepada sesiapa yang merinduiku. Boleh ubati kerinduan dengan tengok kasut daku

Khamis, 23 Ogos 2007

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?


Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd, blogger perempuan merah , blogger perempuan biru, blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat, blogger perempuan paling yang paling aku sayang?

Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai.

Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita.

Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu.

Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi blogspot adalah pada Kiriman blog dan bukannya komen.

Selain itu, pembaca emel yang menyokong pop3 dan imap, boleh digunakan oleh pemblog wanita yang kena luluskan komen pada blognya. kalau biasa guna emel berasaskan web, boleh dapatkan emel pop di kedai [mini] Mesra berdekatan. (beli epay, starter tmnet)


Selain dari itu, telefon itu juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri dengan hanya si Isteri menghidupkan bluetooth pada telefonnya dirumah. Apa yang si suami perlu buat adalah .... (nanti saya bagitau secara peribadi) hehehe

Telefon ini, adalah telefon pertama didunia yang menggunakan platform java JP8. Jangan takut untuk hidupkan bluetooth sepanjang masa. Kalau cecacingsymbian.sis itu masuk pun tak mengapa.

Namun, telefon ini tidak menyokong infrared.

seperti SE k800i , SE Z750 ini boleh digunakan
untuk kerja harian di rumah seperti:-

menggosok pakaian.

Basuh botol susu

Tidurkan anak

Ia juga boleh digunakan untuk menjamah hidangan makanan..

dijadikan makanan...

..dan minuman.

Selain daripada ia boleh mencukur rambut anak..



..ianya juga boleh mencukur misai suami.

Di bilik air, ia boleh digunakan untuk mengosok gigi...


...dan dijadikan sebagai sabun.

Hampir saya lupa, ianya juga boleh dijadikan telefon

..dan mikrofon


Itulah kelebihan Sony Ericsson k800i yang boleh dirasai oleh pengguna Sony Ericsson Z750.

Tips untuk para suami:
Alasan untuk tidak membelikan isteri anda telefon baru ialah "Z750 belum keluar lagi"

Rabu, 22 Ogos 2007

Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang

Ni nak sambung kisah batu yang semalam.

Tak pernah dibuat orang, RNK Stesen Minyak PETRONAS kerjanya ialah basuh batu.

Kemudian batu itu dimasukkan ke dalam bakul membeli Belah yang kool itu.

Terdapat juga batu yang mungkin bakal dicuri oleh pelajar perempuan.

Kemudian, Banner Peraduan Saya Anak Malaysia diletakkan di atas rumput.
Dimaklumkan bahawa peraduan itu sudah tamat. Kepada yang masih memerap borang peraduan itu, sila kitarsemula.


Asalnya Banner terpakai digunakan sebagai alas kepada batu itu supaya rumput tidak tumbuh, akan tetapi oleh kerana banner itu mempunyai logo kemerdekaan, ianya diubah suai sedikit.

Batu diletakkan sekeliling logo, dan kemudian banner terpakai itu digunting.

Hasilnya ialah....




Teknik ini Dinamakan Teknik Hiasan "Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang"
Walaupun asalnya nak menamakan ia sebagai Teknik Azizan Zakaria.

Batu



Suka hati sayalah nak buat apa dengan batu ini.

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak


Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan.

PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad.
Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM.

Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH'

Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO.

Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita.


Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam

Google+ Hasbullah Pit