test

Isnin, 13 Ogos 2007

KFC kini ada WiFi percuma.

Bebrapa rangkaian KFC terpilih disediakan kemudahan WiFi Percuma.























Bagi penduduk Negeri Melaka, selain daripada 'port' WiFi biasa seperti
  • Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau,
  • Stesyen Minak PETRONAS Air Keroh 3,
  • Restoran Subaidah,
  • Restoran Tomyam Klasik.
  • Starbucks-starbuck


Kini rangkaian KFC menyertai kelab.


Giant Melaka

OHB Air Keroh

Mahkota Parade

Malim Jaya

Jusco Air Keroh

Melaka 2

Pepijatkah ini? MyPhoneExplorer + SE k800i

Semasa saya cuba backup mesej SMS saya di komputer XP, menggunakan MyPhoneExlorer. (betul kah ejaan?) . Saya perhatikan bahawa kita boleh mendail telefontangan menggunakan komputer.



Dan kemudian boleh hidupkan P.Suara ("Speaker Phone") , Maka saya pun mercakap dengan Siti Hawa, dalam telefon. kemudian oleh kerana suara tidak jelas. Ketika itu saya sedang menggunakan kamera untuk mengambil gambar monitor di atas. Jadi saya klik pada gambar pembesar suara untuk mematikan P.Suara. Oleh kerana Lensa masih terbuka dan Aplikasi Kamera dilaksanakan, hasilnya, ialah bila klik pada ikon Pembesar suara itu, Gambar tangan saya diambil.



Mungkin pembuat perisian itu tidak menjangka pengguna akan menggunakan kamera ketika bercakap.

p/s: Nombor telefon pada gambar itu dipadam kecuali nombor khai selandar, In case kalau ada gadis yang berkenan.

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu.

Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh.

Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre").

Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) .

Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz barangan disitu, ada yang kecil, ada yang besar, maka bakul ada 2 saiz. Walaupun untuk barangan yang kecil, tapi bila banyak, kita tetap tak cukup tangan untuk memegangnya. Apa yang menarik di situ ialah, terdapat platform khas untuk meletak bakul. Walaupun, rekabentuk platform untuk bakul itu cantik, tetapi warna bakul yang putih agak tenggelam dengan warna platformnya. Boleh dikatakan bakul yang kool.

Sekiranya ia tidak tenggelam, bagi saya itulah tempat meletak bakul yang paling cantik pernah saya lihat. Namun, ia mungkin tak cukup untuk mendorong pelanggan menggunakan bakul.


Di Jusco, terdapat juga platform untuk meletak bakul membeli belah, ianya diperbuat daripada logam stainless steel. Tiada gambar di sini, tapi anda boleh pergi ke Jusco sendiri untuk melihatnya.


Sebagai perbandingan, ini bakul saya. klik pada gambar untuk melihat posternya.

Memang belum ada platform untuk mengalasnya. Walaupun asalnya untuk menjadikannya 'kool', oleh kerana ketiadaan kemahiran grafik, idea hanya sekadar idea. (rujuk sini). Namun ia adalah lebih baik daripada tiada bakul, atau tiada petunjuk yang mendorong pelanggan supaya menggunakan bakul.



Tahukah anda dikedai buku juga terdapat bakul untuk digunakan oleh pelanggan?
Gambar bakul di kedai buku akan dipaparkan pada cerita pengguna bakul di kedai buku.



Rujukan:
http://sebolku.blogspot.com/2007/06/faktor-cool.html

Sabtu, 11 Ogos 2007

Pertembungan kasut bluetooth dgn infrared


Kasut redmummy dan kasut wawa

Meninggalkan Barcelona, untuk Burberry

DUNIA lagi sekali dikejutkan apabila bintang dunia , Hasbullah Pit membuat keputusan meninggalkan salah satu kelab gergasi Sepanyol, untuk menyertai Burberry (Geng Kasut Bluetooth) ibarat memulakan trend baru dalam pasaran pemain Fursal dunia.


Dalam kes tradisional, pengurus pasukan yang menjalankan urusniaga permindahan pemainnya namun kes ini memperlihatkan Hasbullah Pit nekad menentukan hala tuju kariernya.

Perpindahannya dari Bercelona tidak sekadar berkaitan faktor sukan kerana pemain ketiga paling popular di Dunia itu pernah menolak tawaran Red Diva, tahun lalu.

Red Diva, atau lebih dikenali dengan "Geng Kasut Infra Red", tidak langsung menitikberatkan soal kebajikan pemain, dengan hanya kerap melakukan pemindahan data menggunakan kasut infra red mereka.

Namun, disebablkan pemindahan data menggunakan kasut infrared memerlukan jarak yang dekat, Ia tidak menarik minat beliau.

"Zaman infrared sudah berlalu, kini zaman kasut bluetooth"

Adakalanya mereka melakukan pemindatahan data menggunakan kasut infra red di dalam tandas wanita

"Itu adalah diskriminasi, macam mana saya nak masuk tandas perempuan?"


Apabila ditanya tentang masa depan Barcelona....
"Saya sudah ajar Ronaldinho cara main bola dan cara menggoreng telur."

“Selama ini, saya tidak pernah terfikir tinggalkan Barcelona dan beberapa kali saya katakan ingin kekal di sini,” kata sebol.

"Namun Tawaran Burberry lebih menarik. 2.4 Ghz cukup untuk segalanya."


Dia digandingkan bersama teman lamanya, Robert Kubica yang berhijrah dari BMW Sauber dan Bintang Rusia Maria Sharapova.





Pautan berkaitan:

Geng Kasut Bluetooth - Burberry



Geng Kasut Infra Red - Red Diva <--Sila berikan klik simpati pada mereka.

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia?

Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia.

Sejarah bluejacking

Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang. Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak.


http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976

dari situ bermulalah bluejacking


Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima.
Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak.

Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain, tetapi masih berkait dengan peristiwa penemuan pepijat bluejacking itu. Anda tak perlu takut untuk hidupkan bluetooth kalau telefon anda bukan symbian.

berdasar pada sejarah blog ini, saya telah menjumpai teknik untuk menghantar pesanan menggunakan bluetooth, pada 24 april 2007, iaitu hanya selepas tak sampai sebulan saya mengenali bluetooth. Rupanya, itulah teknik yang digunakan oleh Adrian Chiang (ajax) pada 2002 dahulu.

Apa nak buat, dulu saya ingatkan infra-merah adalah cukup untuk segalanya.

Terdapat juga laman web yang mengatakan bluejacking dijumpai oleh orang Singapura, berdasarkan Adrian Chiang pernah memasuki SLUG.

p/s: sekiranya saya yang jumpa teknik itu, bluejacking mungkin beristilahkan 'bluesebol'

Rujukan lain:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bluejacking

Hamzah Bercerita




Picture Youtube tells a thousand word

Google+ Hasbullah Pit