test

Khamis, 19 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya? Bhgn. ke 2.

(lanjutan dari kiriman ini)



Kenapa saya suka orang rumah saya?

Sebab dia wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Ada ketiak yang wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Sebab Ketiak dia, Bila dia berpeluh, ketiak dia tetap wangi
Arghhh berpeluh lagi.
.

Saya suka tengok orang rumah saya main.... Pingpong....
he he he he

Kenapa saya suka orang rumah saya?
sebab dia wangi.....

kenapa? kenapa? kenapa?


Kenapa kamu tanya soalan macam ni?

Erp... Alhamdulillah


"Kalaulah saya dapat mencukur misai tanpa bau ketiakmu pada pisau cukurku"


moral: (tulis sendiri)

Pepijat siapakah ini?


Nombor ditaip di gnumeric sebagai "nombor", kemudian ditukar menjadi teks.
Disimpan sebagai fail .xls
Dilihat pada gnumeric dan OOo Calc kelihatan sebagai nombor.
Tapi bila dibuka menggunakan Excel viewer atau Excel, nombor yang dalam keadaan teks itu menjadi 8.9288E+12

Kalau simpan nombor sebagai teks, mesti ditetapkan ia sebagai teks dahulu sebelum masukkan data, kalau hanya convert, dia akan kelihatan pelik pada excel & Excel Viewer.
Tapi kelihatan OK di gnumeric & OpenOffice.org Calc

Selasa, 17 Julai 2007

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia


Memang senang sahaja "peminat" bolasepak Malaysia nak suruh Presiden dan Setiausaha agung letak jawatan.

Dan memang mudah sahaja untuk sesiapa menyuruh Kerajaan menghentikan penggunaan helikopter Nuri setelah terhempas.


Itulah hakikatnya bagaimana orang Malaysia memberi komen. Dengan cara berfikiran singkat.
Ubah sahaja semuanya. Tetapi adakah ia akan menyelesaikan masalah?

Ketika Alan Harris menjadi jurulatih dahulu, walaupun bagi saya ketika itu Pasukan Malaysia agak kuat, tempat kedua sukan sea tahun 2001, namun, masih tetap kena kondem oleh "peminat" bolasepak tempatan.

Apabila Batalan Beskei (betulkah ejaan aku), Pasukan Malaysia masih lagi kuat, piala tiger dapat nombor 3, walaupun tanpa Indra Putra dan Akmal Rizal. Tapi itupun kena kondem.

Apabila Beskei ditamatkan perkhidmatannya apabila gagal memilih ahli untuk bawah 20, K. Rajagopal pun mengalami masalah yang sama.

Aku sebenarnya smpati dengan nasib pemain bolasepak kita, mereka bagus, tetapi kurang semangat. Ditambah pula dengan komen-komen menyakitkan hati.

Masalah mereka nombor 1 adalah kekurangan semangat juang. Dari dulu lagi kita mempunyai masalah yang sama. Kita merdeka bukan kerana kita mengalahkan Inggeris, Kedah , Kelantan dan Perlis menangani ancaman Siam dengan bantuan Inggeris. Johor dengan bantuan Belanda baru boleh kalahkan Portugis. (Belanda tak dapat mengalahkan portugal pada piala Dunia 2006 mungkin kerana tanpa bantuan Johor).

Pada tahun 2007 ini, tidak wujud apa-apa perjuangan dalam bentuk penentangan yang boleh diketagorikan sebagai agak besar. Takkan rakyat nak menentang kenaikan gaji kakitangan awam.


Kenapa dahulu boleh pasukan bolasepak kita agak kuat? Masih ingattak kita mampu menentang pengganas komunis sehingga mereka hanya boleh duduk dihutan, itu pun mereka menyerah kalah.

Hairan juga kenapa pasukan bawah 23 tahun amat kuat pada awal 2000?
Orang muda, semangat REFORMASInya masih kuat ketika itu.

Walaupun sekarang ini masih banyak yang kita perlu tentang, seperti AFTA, ISA, OOXML
tetapi tiada gelombang penentangan yang kuat.

Indonesia, Thailand?
Indonesia ada krisis Acheh/GAM, ada penukaran Presiden, sekejap Megawati, sekejap Gusdur, sekarang Bambang.
Thailand masih lagi dalam pemerintahan tentera, pemain bolasepaknya agaknya cuba membuktikan yang Thaksin salah percaturan apa bila dia membeli pasukan bolasepak Inggeris.

Jadi Malaysia mestilah "Pick a fight",

Apa kata kita serang selatan thai untuk bebaskan kawan-kawan kita dari cengkaman Thailand?
Apa kata kalau kita mencampuri hal elwal acheh?
Apa kata kalau kita pakat dengan Pemberontak Nigeria supaya kita pun sekali dapat minyak dia.
Kalau nak nampak baik, apa kata kita tetap hantar tentera ke lubnan sebagai tentera OIC walaupun PBB tak kasi.
Kalau susah sangat, kita ugut USA supaya tak mahu tandatangani AFTA pun dah cukup.


Ralf Nader, Calon "Green Party USA" suatu ketika dahulu, pernah mengatakan bahawa Amerika Syarikat masih boleh jadi Super Power walaupun peruntukan kewangan ketenteraan dikurangkan. Walaupun dia Green Party, masih tetap mahukan Negara dia masih lagi jadi Super Power.

Berbalik kepada bolasepak, masalah ke 2 yang aku nampak adalah masalah tektikal.
Bahagian Pertahanan terlalu lemah, walaupun cara marking 1 to 1 dah outdated, tetapi masih boleh berguna jika berlawan dengan pasukan yang jauh lebih handal.
Bayangkan kalau pertahanan kita amat kuat, tak ditembusi, Kita boleh menang 1-0 ke atas China, dan seri 0-0 dengan Uzbekistan.

Aku tak kata Jurulatih Norizan Bakar tak bagus, tapi kalau kita boleh ada jurulatih yang lebih baik, apa salahnya kita gunakan jurulatih import semula.
Kalau boleh tekankan skil asas, hantaran tepat dan tahan bola sampai berhenti.

Masalah utama diluar kawalan FAM adalah masalah penonton, penonton di Malaysia hanya mahu tahu nak memang, dia tak reti untuk belajar "sokong mati matian walaupun kalah".

kalau penyokong tak sokong bermati-matian walaupun kalah, janganlah salahkan pemain kenapa tak bermati-matian walaupun kalah.

Cukuplah dengan 1 perletakan jawatan yang boleh menyedarkan semua pihak, tak perlu suruh semua letak jawatan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa Walaupun kalah teruk pada Piala Asia, kita masih mampu memenangi Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea 2007.

Cerita fasal 'Purchase Order'

Mungkin hanya aku seorang sahaja yang tak suka cara buat pesanan guna excel, & kemudian emel. Bagi aku, sejak dahulu lagi, emel adalah emel, sistem permesejan bukan sistem penghantaran fail. Walaupun emel boleh dilampirkan dengan fail tapi ia bukan direka khas untuk menghantar fail. Apatah lagi kalau fail yang dilampirkan itu besar.
300k, kalau guna dialup, merangkak juga. Walhal, data yang sebenarnya adalah hanya beberapa bait.

Pernah satu ketika dahulu, selepas sesuatu mesyuarat, nama aku naik kerana tersenarai sebagai orang yang tak hantar pesanan guna emel. Nampak macam aku ni jenis buta IT pula.

Tapi sebenarnya, aku lebih suka hantar guna faks ketika itu, kerana bagi aku dia lebih menyenangkan. Kalau kita pandang dari sudut orang biasa hantar faks memang menyusahkan.
Kena cetak dahulu, kemudian faks. Aku hanya cetak_ke_faks.

Tapi memanglah si penerima pening kepala kerana kena buat data entri pula.

Jadi, Data patut dihantar melalui apa kalau bukan emel?
Apa guna wujudnya protokol FTP & HTTP?
kalau nak selamat SFTP & HTTPS.

Teringat zaman muda-muda dulu, satu syarikat perlu menghantar data setiap hari rabu, sabtu dan ahad ke satu syarikat lain. data tu amat kecil. Jadi setiap 3 hari tu, ada seseorang yang muatnaik data itu melalui ftp ke pelayan teratai aku tu. Ada 1 komputer lain, komputer biasa sahaja ada 1 robot yang periksa, kalau ada data yang dihantar ke teratai, dia pun GET data itu dan proses supaya dia boleh disiarkan.

Berbalik kepada cerita asal, aku lebih suka data tidak dihantar mengunakan emel, tapi kalau bleh menggunakan HTTP atau FTP. Mungkin FTP itu susah bagi kebanyakkan orang, HTTP mungkin sesuai untuk ramai orang, Ya, Ramai orang yang hantar emel berasaskan web tetapi muatnaik fail itu menggunakan HTTP. Maksudnya ramai orang telah menghantar data melalui HTTP tanpa disedari mereka.

Sekiranya ada pihak mahukan pihak tertentu


Format apa data perlu dihantar?
Mahu tak mahu, format excel dan doc berasaskan office97 akan mati dibunuh oleh ODF atau ooxml.

Dengan bantuan google aku jumpa ni "Purchase order xml".
po xml dikatakan boleh menggantikan EDI,
(Aku baru tahu yang rupanya sebelum ni orang guna "EDI" untuk purchase order dan ada format dia sendiri. kampung betul aku ni)

Menarik juga. Kalau google betul-betul , boleh jumpa converter antara po EDI ke po xml dan sebaliknya.

Sebagai super power peruncitan, aku rasa tak mustahil untuk 1 negara guna po xml.
Australia boleh ada spesifikasi NEIS Purchase Order Specification, Kenapa kita tak boleh ada "Spesifikasi Pesanan Pembelian XML"?








Isnin, 16 Julai 2007

Gambar Hamzah ditangkap menggunakan Pemasa pada k800i


Gambar Hamzah guna pemasa (timer), Telefon diletakkan di bawah meja.

Ahad, 15 Julai 2007

Pride and Grief for Sale @ .my

Masihku ingat satu kiriman blog Christopher Blizzard (Mozilla+Fedora+OLPC) bertajuk "Pride and Grief for Sale", ketika itu Amerika Syarikat baru sahaja dilanda Trajedi 11 September.

Petikan:
What does it mean when a company takes a symbol that people use to describe something they care about, and twist it to convince them to buy something they don't need? I don't remember where but somewhere I read that patriotism is best expressed by what you do, not by what you say. I feel like this is an accurate statement and it's one that I live by.


Awalnya, kebanyakkan rakyat Amerika mengibarkan bendera Amerika untuk menunjukkan rasa simpati, rasa patriotik. Apabila adanya "Emosi" sedemikian, golongan korporat, perniagaan, peruncitan secepat kilat menggunakan "Emosi" ini untuk meningkatkan jualan, dan seterusnya mengaut keuntungan.

Kelihatan sekarang ini, makin hampir dengan sambutan Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 50, semakin menjadi-jadi golongan peniaga mempergunakan emosi itu untuk mengaut keuntungan. Adakalanya sampai melampau-lampau.

Sumber Tenaga Alternatif bagi Malaysia

Malaysia, sebuah negara yang boleh dikira kaya dari segi tenaga, dengan Hasil minyaknya sendiri, Empangan Hidro Elektrik dari banyak sungai. Namun kita tidak boleh lari dari krisis tenaga yang akan melanda.

Minyak dan gas dimuka bumi suatu hari nanti akan habis. Elektrik daripada hidro mungkin tak mencukupi. Penggunaan Nuklear mungkin membimbangkan ramai orang, Walaupun jika kita boleh meleraikan Uranium sendiri, pihak barat mungkin akan melabelkan kita sebagai mampu membuat senjata nuklear. Sesuka hati mereka melabelkan kita seolah-olahnya kita ini gondola.

Kita masih boleh beruntung kerana mempunyai pesisiran pantai yang panjang untuk mendapatkan tenaga daripada angin. Tenaga solar pun kita boleh gunakan.

Walaupun kita mewah dengan sumber tenaga, tak semestinya kita tak boleh memikirkan sumber tenaga alternatif yang lain.

Sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kita patut mencari sumber tenaga alternatif yang lain walaupun sumber tenaga alternatif itu tiada di muka bumi ini. Bukan setakat marikh, kita mungkin mampu pergi lebih jauh untuk mendapatkan tenaga daripada Energon

Energon, walaupun dalam keadaan mentah adalah amat tidak stabil, dalam keadaan kristal. Namun, ia selepas diproses, ia menjadi cecair dan biasanya disimpan dalam bentuk kiub.

Tak mustahil bagi kita untuk memproses Energon. Tak mustahil jika PETRONAS adalah syarikat minyak pertama yang menjadi perintis dalam penerokaan Energon. Menjual kiub energon di stesyen minyak. Energon boleh dipindahkan daripada satu kenderaan ke kenderaan yang lain. Amat mudah untuk kita membantu kenderaan yang berhenti kehabisan tenaga ditepi jalan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Energon,
Sila baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Energon_(power_source)




Namun, Energon tetap mempunyai risiko. Ia diminati ramai.

Kita perlu memperkukuhkan kedudukan pertahanan kita, kerana sumber tenaga itu diminati oleh pihak Decepticon, yang diketuai oleh megatron.

Google+ Hasbullah Pit