test

Ahad, 29 April 2007

Transkripsi lagi...

Cuba rip lagu-lagu daripada CD Transkripsi ke format yang lebih kecil, supaya sesuai dengan Sony Ericsson K800i.

Mula-mula enkod sebagai AAC 256kbps. tapi kaji punya kaji, rupanya iTunes tak enkod dia sebagai VBR, walaupun dah tanda VBR. memang ada isu.


Teringin pula nak dengar apa output dia, jadi, buat sambungan analog drpd macmini ke amp.

lepas tu rip lagi sebagai Apple Lossless., bila dengar pada B&W, rupanya sedap.
memang patut boleh memang Album of The Year. yang menariknya, ada banyak bunyi yang tak kedengaran boleh didengar pada B&W. Yang paling jelas ialah pada lagi Intrig Cinta, guna B&W baru dengar percussion yang Steve buatkan untuk Siti.


Tapi, bila fikir balik, kalau AAC tak boleh VBR, rasanya buang karan. Jadi saya rip balik semua CD tu menjadi MP3 256kbps VBR.

jadi saya rip semula untuk jadikan 256kbp3 mp3 vbr

Rasanya, untuk penyelesaian portable audio, saya nak guna AAC 256kbps VBR, oleh kerana iTunes tak boleh jadikan VBR, oleh itu guna MP3 dulu.

Kenapa belum cuba lagi SE disc2phone? mungkin boleh rip terus ke aac 256kbps vbr?

mungkin EAC+Faad2 penyelesaian terbaik?

bila dah banyak kali pindahkan fail guna bluetooth, terasa bodoh pula, kenapa tak guna kabel USB?

jadi saya cuba guna kabel USB, yang hairannya, bila sambung USB ke SEk800i, dalam mod pemindahan fail, hanya satu pemacu dijumpai, kad SD 2Gb tak dijumpai.

oleh itu, kembali pindah fail guna bluetooth, lambat sikit.

(AIM live review - part 2)'s review

Since suamiku beli cd album ni, kitorang tak pernah tukar lagi cd. No, i am not a big fan of Siti. Tapi aku dah katakan awal2, aku tak peduli sapa singer dia, aku cuma dengar lagu. And so far aku boleh layan album ni for the past 1 month.

Sebenarnya saya bukanlah peminat Siti [Nurhaliza] , walaubagaimanapun, setelah dia penat jadi penyanyi sejak lebih daripada 10 tahun lalu, baru saya sedar yang dia mempunyai vokal yang baik.

Album Transkripsi tu memang sedap. vokal jelas, audio jelas.
tapi bila saya cuba dengan album Siti yang lagi satu, (lupa nama) walaupun lagu tu popular, namun tak dapat menambat telinga saya.


kalau dari segi sejarah, saya pernah beli 2 album Siti seberapa tahun dulu

  1. Cindai
  2. Seri Balas
Kedua-duanya sudah hilang. Teknologi ripping sudah ada pada masa itu, tapi mengapa saya tak buat salinan terlebih dahulu? Audio audio 'Lossless' belum wujud lagikah?

Oh, peserta kesukaan suamiku Heliza baru lepas buat persembahan. Ah menyampah pulak.
Sebenarnya saya tak minat sangat Heliza. (sebutan: Her Liza).
Tapi entah macam mana, pembawakannya membuatkan kita menyedari sesuatu lagu tu sedap.

Bayangkan, kalau pergi kedai HiFi, test 1 speaker, speaker tu sedap, pasang lagu X.
sedikit-sebanyak terasa nak beli CD X, kerana dah cuba dapatkan bunyi yang [hampir] sama.
CD Earth Wind and Fire, saya beli kerana saya pernah dengar CD tu kat kedai HiFi di Kompleks Pertama.


Ingatkan saya belum rip CD transkripsi tu, rupanya sudah, tapi hanya rip sebagai .mp3 320kbps sahaja. Sesuai untuk toshiba.

hmmm kenapa,outputnya CBR?
kumeragui iTunes punya ripping, benarkah dia akan enkod VBR kalau kita pilih VBR?

Pengundi Hantu, Hukum DM

Sejak berlakunya Pilihanraya Kecil DUN Ijok,timbul isu pengundi hantu,
ada pihak yang mengatakan wujud pengundi hantu pada pilihanraya kecil itu,
ada pihak yang menafikan wujudnya pengundi hantu.
Akan tetapi, pihak yang sepatutnya jadi orang tengah, mendakwa

cara nak mengenalpasti pengundi hantu, tengok pada kakinya, sekiranya kakinya boleh memijak tanah maka bukan pengundi hantu

kalau begitulah cara pihak yang sepatutnya menjadi orang tengah untuk mengenalpasti pengundi hantu, memang patutlah mereka kata tiada pengundi hantu.
Memang patutlah menteri-menteri itu mengatakan tiada pengundi hantu.


istilah "pengundi hantu" dalam Bahasa Melayu merujuk kepada 'pengundi', bukannya pada 'hantu', sekiranya dia ingin mencari hantu, maka istilah yang patut dia pakai ialah "hantu undi"

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M)

Bukankah mereka tergolong dalam golongan yang abaikan hukum D-M, untuk mempromosi kesesatan "Islam Hadhari" dengan mengatakan "goreng pisang" dan "pisang goreng" sama?

Rabu, 25 April 2007

Folding@Malaysia sub pasukan sebol

Graf kutipan mata harian subpasukan sebol vs sub pasukan PSPFans.NET

Mungkin graf ini lagi menarik. Graf menunjukkan mata harian yang dikutip oleh sub-pasukan sebol, berbanding dengan sub-pasukan PSPFans.NET,

nampak macam tidaklah jauh sangat perbezaannya, cuma PSPFans.NET aktif awal, ketika sub-pasukan sebol tak aktif sangat, kalau ada beberapa orang/mesin yang sertai sub pasukan sebol,rasanya dah boleh berada dalam kelajuan yang sama.

Ketika mesej ini ditulis, kelajuan pasukan PSPFans.NET adalah dalam 1822 mata sehari, berbanding dengan sub-pasukan sebol, hanya 781 mata sehari.



Sub pasukan sebol
Oleh itu dengan rasminya saya ingin menjemput tuan puan untuk menyertai sub pasukan sebol.

Caranya:

  1. Muatturun klien folding bagi platform anda dari http://folding.stanford.edu/download.html
  2. Tetapkan nama subpasukan 'sebol' sebagai username
  3. Tetapkan '2999' sebagai pasukan(team)

selalu-selalu jenguk pesaing

Selasa, 24 April 2007

Folding@Malaysia sebol vs doshka



Siapa itu doshka?
Tetapi, kalau lihat pada statistik folding, mata begitu hampir dan kelajuan hampir sama.
seronok pula. Kalau nak lawan PSPFan.net rasanya dah tak boleh.










Satu gambar diambil drpd
extremeoverclocking.com
mengatakan doshka adalah ancaman


lagi satu diambil drpd
www.hardfolding.com
mengatakan doshka telah dikalahkan.

Rasanya, doshka akan melawan.

kena monitor graf ni selalu:-



Terima kasih NSX kerana kasi URL yang menarik.

Muka Hamzah selepas diFace Wrap



Face Wrap adalah satu aplikasi MIDP, yang ada pada SE k800i,
kasihan pula melihat output daripada Face wrap.

Ada lagi 1 output Face Wrap yang boleh dijadikan maskot code-i menggantikan 'Ina',
tapi tak boleh muat naik kerana gambar itu tak pakai tudung.


Tips pesanan / tugasan menggunakan bluetooth

Sejak beberapa hari dulu, pernah terfikir, kenapa kita guna sms, walhal kalau untuk orang dekat boleh guna .

Akan tetapi, pada aplikasi sms kita tiada opsyen untuk kirim mesej ke bluetooth.
Ada perisian pihak ke 3 yang membolehkan bluetooth chat, tetapi penerima pun kena ada.

Cara yang paling mudah untuk hantar mesej bluetooth kepada orang berhampiran adalah menggunakan kalendar. Setiap kemasukan tugas, Nota, atau peringatan pada kalendar sebenarnya disimpan didalam fail. saya belum kaji lagi format fail-itu itu.

Tips kalau nak hantar mesej bluetooth kepada kawan:-
  1. Pastikan penerima itu sudah menghidupkan bluetoothnya, samada dia auto-terima atau tidak, belakang kira.
  2. buat kemasukan pada kalendar di telefon bimbit tangan pengirim, samada dam bentuk peringatan, atau tugas atau nota.
  3. simpan, dan hantar kepada penerima. siap.


Akan tetapi, mungkin terdapat kelemahan dimana telefon si penerima mungkin tak menyokong jenis pengkalendaran yang dihantar, sebagai contoh, nokia 6085 tak memahami format 'nota', oleh itu hantar dalam bentuk 'tugas'.

Dalam dunia nyata, kalau di tempat kerja, seorang boss boleh mengarahkan subordinatnya untuk melakukan sesuatu,

tulis tugas di telefon sendiri, tetapkan masa perlu dilakukan,
pergi dekat sikit didalam julat bluetooth.
  • Boss: Adiba, dah on bluetooth?
  • Adiba: dah.
kemudian, bossnya hantar tugasan yang untuk disiapkan oleh Adiba.
Amat praktikal, kerana boss automatik simpan arahan itu, di telefonnya.


Pengkalendaran dalam komputer sebenarnya sudah lama ada, sejak zaman MS Exchange dulu,cuma saya belum kaji sahaja. Mungkin keadaan dahulu membuatkan kita tak rasa kita memerlukan pengkalendaran. Walhal ianya satu perkara yang menarik, boleh 'selaras' antara PDA dengan komputer, dengan pelayan pengkalendaran. Yang agak terbaru ialah boleh selaraskan telefon dengan google calendar.
secara teori, SE boleh selaraskan kalendar dengan menggunakan gcalcsync, tapi setakat yang saya pernah cuba, telefon hang sahaja. :(

Makin banyak tahu, makin banyak benda yang tak tahu.

Google+ Hasbullah Pit