test

Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2009

Kempen MCA menunjukkan seolah-olah BN tak mahu Menang PIlihanraya

Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya, menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri.

Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih.

Kalau mereka tidak guna ugutan politik, mungkin mereka dapat undi lebih.

Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih.

Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih.

Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka.

Biarlah.

Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama".


Terjemahan Bahasa Melayu.



“Kepada semua pengundi berbangsa Cina
diParlimen Kuala Terengganu.
Ingat tanggungjawab anda  semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.
Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.
Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.
Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.
Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.
Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.
Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.
Undilah BN

Bayangkan kalau Terjemahan ini sampai kepada setiap pengundi Melayu?
UMNO yang tidak berani menolak hudud, mempunyai kawan yang menolak hudud dengan tambahan label "Islam lama".





Khamis, 20 November 2008

Malaysiakini melaporkan Menteri Perumahan mesti akur pada MCA

Selain daripada Kementerian Kesihatan,  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah jadi seperti milik penuh MCA dimana Menterinya, apabila kalah MCA mesti letak jawatan, dan suratnya diberikan kepada presiden MCA.

Entah apa punya sistem.

Yang melantik Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan adalah Perdana menteri, selaku ketua kepada kerajaan yang dibentuk. Kalau dia kalah dalam MCA sekalipun, apa kaitannya dengan Kementerian yang melibatkan rakyat?

Mengapa pula surat perletakan jawatan diberikan kepada Ong Tee Keat?

Saya menentang sepenuh-penuhnya kegiataan menjadikan sesuatu kementerian seolah-olah milik sesuatu parti politik. Kalau ya pun mahu kurniakan jawatan menteri kepada pemimpin parti politik komponen yang ada, usah jadikan sehingga sesuatu kementerian menjadi hak milik penuh sesuatu parti.

Ahad, 19 Oktober 2008

Jangan Lupa, Chua Soi Lek Sudah Minta Maaf - Malaysiakini.

Merujuk kepada berita di Malaysiakini, Dr Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Timbalan presiden MCA. Namun dia masuk dikaitkan dengan kisah masa lampau yang tidak sedap didengar.

Jangan lupa, Dr Chua Soi Lek telah pun meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharaf rakyat Malaysia dapat memaafinya.

"After I made my confession, I had hoped Malaysians would be able to accept my apology,"
 Jika masyarakat masih lagi mengkaitkan kesalahan masa lampau itu dengan dia, maka apa ertinya dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat?

Apa terjadi kalau Dr Chua Soi Lek, memeluk islam dan bertaubat secara Islam, Adakah masyarakat masih lagi tidak memaafkannya dan kaitkan lagi dengan cerita lampau itu.

Lainlah ceritanya kalau seseorang itu tidak mahu mengaku salah dan meminta maaf.

Kisah masa lampau Dr Chua Soi Lek berbeza sedikit dengan kisah "Sedekah Seks", kerana kisah "sedekah seks" itu melibatkan dengan orang Islam.

Menurut fahaman bukan Islam seperti Dr Chua Soi Lek, memohon maaf secara terbuka itu sudah memadai.

Ahad, 7 September 2008

Sebelum Merdeka Orang Cina Menumpang atau Tidak?

Sebentar tadi Paklah di kaca TV dengan bergayanya mengumumkan Perpecahan BN dengan mengiakan kenyataan perkauman oleh Ahmad Ismail.

Ahmad Ismail seringkali mengeluarkan hujah bahawa yang dikatakan status menumpang itu adalah ketika sebelum merdeka.

Adakah ia benar?
Jawapannya ialah Ya dan tidak.

Tan Cheng Lock, pejuang kemerdekaan, yang pernah bekerjasama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ketua AMCJA, kemudian dengan Datuk Onn (IMP) kemudian bekerjasama dengan UMNO (Tunku).

Tan Cheng Lock sebati dengan UMNO kerana UMNO ketika itu agak bermurah soal kerakyatan berbanding Datuk Onn dan Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Tan Cheng Lock dikira menumpang atau pendatang oleh PakLah dan UMNO Pulau Pinang apabila PakLah mengiakan apa yang Ahmad Ismail katakan?

Tan Cheng Lock adalah generasi ke 5 berada di Tanah melayu ketika dia lahir.
Generasi ke 5 masih dikira "menumpang"?
Generasi ke 5 masih dikira "pendatang"?

Kalau ketika dia lahir (1883), sudah gerenasi ke 5, agaknya keturunannya yang ada sekarang sudah generasi ke berapa?

Ketika zaman sebelum merdeka dulu, memang ada golongan cina yang baru 1 generasi, ada yang 2,3 generasi.

Apabila PakLah mengiakan bahawa "Cina" adalah Menumpang atau Pendatang ketika sebelum merdeka. Maka ia memang satu kenyataan berbau perkauman, kerana secara umum semua Cina dikatakan pendatang atau menumpang tanpa sebarang pengecualian.

Saya tidak nafikan ada diantara orang Cina yang berada di Tanah melayu pada sebelum merdeka boleh dikira sebagai pendatang atau menumpang berdasarkan bilangan generasi yang kurang dari 2.

Antara istilah "Menumpang" dan "Pendatang", istilah "menumpang" adalah terlalu perkauman, seolah-olah seseorang itu tiada hak langsung di Malaysia.

Apabila disebut "Pendatang", agak ramai orang cina boleh menerimanya apabila itu merujuk kepada nenek moyang yang mula-mula datang. Akan tetapi mereka datang bukan untuk menumpang.

Kalau PakLah sudah boleh katakan Tan Cheng Lock Pendatang, Apa lagi orang MCA mahu tunggu.

Rabu, 9 April 2008

Blog Dr Chua Soi Lek

Menurut Jed, Dr Chua Soi Lek sudah mempunyai blog

Chua Soi Lek, blogger TOO» Jed Yoong


Bagi saya, dia hanya perlukan satu akaun Youtube.

Sabtu, 15 Mac 2008

Orang UMNO tidak pandai berpolitik

Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu.

Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang.

Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO.

Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang pasti kawasan itu kawasan UMNO, UMNO kampung yang tak pandai main tarik tali, maka kampung itu akan mundur dan terus mundur, yang miskin akan dibiarkan miskin supaya mereka tak pangkah lain kerana "takut tak dapat bantuan".

Ahli politik Kampung UMNO, memang pandai mengugut pembangkang, terutama sekali dengan golongan muda, Saudara Kadir (kawan saya) telah dilabel sebagai "Pengkianat Bangsa".

Oleh kerana Kampung sempang adalah perkampungan nelayan, dapat subsidi nelayan, maka diherdiknya penyokong PAS dikalangan nelayan sebagai "tidak kenang budi dan menentang kerajaan". Nasib baik nelayan pun pandai, dan menjawap "Saya bukan nak lawan kerajaan, saya sokong PAS untuk membentuk kerajaan".

Kembali kepada isu UMNO tak pandai berpolitik. Suatu ketika, UMNO pernah menguasi kerusi DUN di pulau pinang, akan tetapi, dengan politik murahan UMNO, mereka tetap meneruskan untuk memberikan kerusi MB kepada Gerakan. Apa salahnya buatkan "penggiliran ketua Menteri" seperti di Sabah suatu ketika dahulu untuk menenangkan hati ahli UMNO pulau pinang itu sendiri, sekurang-kurangnya selama beberapa tahun.

Orang UMNO, terutama ahli politik atasannya memang tidak pandai berpolitik, dengan mudah mereka menguniversitikan UTAR demi meraih sokongan pengundi Cina pada tahun 1999. Kemudian kerana takutkan kehilangan sokongan kaum India, PakLah berikan sahaja 1 hari cuti untuk Thaipusam bagi wilayah persekutuan.

Walaupun sebenarnya 2 perkara itu, sememangnya telah lama patut diberikan, akan tetapi apabila ia dilakukan untuk pilihanraya, maka jelaslah ia sebagai langkah politik yang desperado.

Saya memang tidak nafikan golongan cina perlukan pendidikan di negara sendiri, tetapi bukanlah dengan cara menyediakan universiti khas untuk mereka, dan selepas itu kaum-kaum diasingkan.

Apalah salahnya, UTAR tidak dijadikan universiti, akan tetapi lebih peluang diberikan kepada golongan cina di universiti tempatan, agar graduan melayu dapat bersaing, dan orang cina dapat belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau nak diharapkan orang melayu UMNO untuk mengembangkan bahasa melayu, jauh panggang dari api. Maka perlunya ada pelajar cina untuk menggunakan istilah pembelajaran dalam Bahasa melayu agar bahasa itu berkembang.
Pada masa yang sama, graduan melayu akan mendapat kawan cina yang suatu masa nanti akan boleh jadi "rakan dagangan"nya.

Pemimpin UMNO tidak dapat melihat perkara ini, yang mereka tahu, kononnya perlu ada DEB, sekat pembelajaran orang cina, supaya orang melayu saja yang pandai dan akhirnya mengganggur.

Dipendekkan cerita, orang UMNO hanya pandai meraih sokongan, akan tetapi tidak pandai berpolitik dengan parti komponen BNnya agak orang melayu dapat lebih. Hanya DEB yang diperjuangkannya agar mereka mendapat kontrak, namun tidak sedar akan dengan "alasan DEB" itulah yang menyebabkan orang cina mendapat lebih.

Rabu, 23 Januari 2008

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina.]

Tak Restu 13 Mei Berulang

- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau

Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.

Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.

Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.

Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.

Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.

Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:

Pengaruh tidak wajar

9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.

Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.

Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.

Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.

Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Rabu, 2 Januari 2008

Video Chua Soi Lek : Pemberian kondom percuma

Sekarang heboh tentang video Lucah Chua Soi Lek dalam format DVD (bukan VCD) yang disebarkan di kawasan tertentu di johor. Digemparkan pula apabila dia mengaku dialah orang yang di dalam video itu, namun tidak meletak jawatan.



(imej dari blog vangardx)

Tahun lepas, eh 2 tahun lepas, sibuk cerita tentang program pemberian kondom percuma oleh Kementerian Kesihatan. Idea siapakah itu? Idea Chua Soi Lek atau idea wanita itu?

Menurut laman ini, video itu juga dirakam pada 2 tahun lepas.


Dr Chua had admitted he was the person in the DVD, which was recorded two years ago


Walaubagaimanapun, timbul persoalan, bagaimana video itu dirakam sehingga dari 4 penjuru. Sudah tentu ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau.


Selain dari itu, secara teknikal, timbul satu persoalan
"Adakah format DVD bersedia menggantikan VCD sebagai media penyebaran video"?
"Berapa peratuskan rumah yang mempunya pemain DVD"?

Google+ Hasbullah Pit