test

Memaparkan catatan dengan label Angkasawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angkasawan. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2008

Melihat isu babi, Angkasawan Terowong Smart dari sudut kejuruteraan

Ini adalah 3 cerita dalam satu.

Memang sekarang ini isu babi di Selangor hangat, ada yang kata perlu, ada yang kata tak, ada yang cuba nak hina kerajaan baru, ada yang belit macam macam.

Begitu juga dengan program angkasawan, ramai yang kata membazir, ada yang kata tidak. Ada yang perlekehkan kenapa tak pandu sendiri kapal angkasa, ada perlekehkan kenapa tak buat kapal angkasa sendiri.

Ada pula menteri yang mensasarkan untuk buat kapal angkasa sendiri daripada kejuruteraansongsang kapal soyuz yang hendak dibeli.

Begitu juga terowong smart, ada yang persoalkan kenapa dia tutup beberapa hari dan menyebabkan jalan sesak.

Ya, ia memang berfungsi sebegitu, alirkan limpahan air sungan kelang ke tasik melalui terowong kenderaan yang ditutup secara manual. Bila air lalu, adakalanya kotor dan perlu dibersihkan.

Terowong itu sememangnya perlu beroperasi secara manual, jika tidak mungkin ada orang yang lemas kerana tertinggal di terowong ketika air lalu.

Pintu keluar kecemasan perlu ditutup secara manual juga.

Ya memang kosnya tinggi, tidak dinafikan, mungkin ada pihak yang dapat komisyen. Akan tetapi kalau tiada "komisyen" , kosnya tetap tinggi.

Selain daripada politik di Malaysia untuk membentuk kerajaan, akan tetapi sepatutnya politik di malaysia boleh digunakan untuk membentuk insan.

Sememangnya insan di Malaysia tidak sempurna, namun jauh ketinggalan cara pemikirannya berbanding negara maju. Tak sepadan dengan pendapatan negara yang melimpahruah.

Ketika pilihanraya yang dulu, isu alam sekitar langsung tidak dijadikan isu pokok ketika berkempen samada di pihak BN ataupun parti lawan.

Macam mana nak membentuk pemikiran rakyat bertaraf negara maju?

Berbalik kepada isu babi, hanya satu pemblog yang mempersoalkan adakah ia benar-benar selamat.

ana khuatir kesilapan manusia sedikit sahaja akan menyebabkan pencemaran yang memudaratkan penduduk, walaupun sistem itu berfungsi 99%.

Akan tetapi, tidak pula kita diberikan URL tentang teknologi dan risiko yang ada.

Berpindah ke isu Program Angkasawan yang dikatakan membazir itu, persoalan yang sering diutarakan oleh orang moden berfikiran cetek:

Kenapa tak pandu
Kenapa tak buat kapal angkasa sendiri

Kemudian menteri menjawap, Ya kita akan buat, Ya kita akan adakan itu ini.

Bagi saya pandu kapal angkasa, buat kapal angkasa hanya aspek pengangkutannya sahaja.

Mengapa nak ribut-ribut pasal pengangkutan sahaja?

Banyak negara maju yang ada program angkasa, tidak melancarkan sendiri kenderaannya.

Ada negara yang tidak berapa maju, ada modul sendiri di ISS.

Kalau malaysia serius dengan penyelidikan angkasa, sepututnya sudah lama kita kirim sahaja bahan untuk dikaji kepada penduduk ISS.

Kalau Malaysia serius, kita tidak ribut-ribut fikir untuk menyediakan kenderaan ke angkasa dan menyediakan pemandu kenderaan.

Tiba masa untuk kita fikirkan Modul Malaysia di ISS untuk mengkaji 1001 kajian yang berkait dengan 1001 bidang.

Selasa, 1 April 2008

Siapa Ikon Kempen Kaviti Sifar ?

Baru baru ini kedua di kaca skrin TV akan satu Kempen Kaviti Sifar yang dilakukan oleh Colgate. Terus saya teringat "Setinggan Sifar" dan Kekanda Khir. Ya, Kekanda Khir juga seorang Doktor Gigi. Maka semangnya Kempen Kaviti Sifar memang senonim dengan "beliau"

Bila kugoogle "Kaviti Sifar" rupanya kempen Kaviti Sifar telah dilakukan oleh kerajaan pada Mei tahun lepas.

Rujuk:
Kesihatan mulut wajar diberi perhatian
Gigi berlubang risiko jangkitan mulut

Bagaimana kempen sebegitu boleh tidak sampai kepada pengguna, sehinggakan masyarakat akan menganggap Kempen Kaviti Sifar itu adalah kelolaan Colgate.

Bayangkan, kalau pada 15 tahun akan datang, semua rakyat malaysia lepasan SPM mempunyai gigi yang cantik dan elok. sambung belajar di luar Negara, secara automatik negara luar akan mengkagumi Malaysia. Hanya berdasarkan gigi.

Kalau bukan untuk dijadikan "kebanggaan", bukannya gigi orang lain yang cantik/elok, gigi rakyat Malaysia juga. Untuk kebaikan rakyat.

Akan tetapi, apabila ianya diambil serius oleh Kementerian Kesihatan, akan tetapi sebagai negara yang mahu menguasai dunia, kita perlu langkah yang melampau.

Kanak-kanak perlukan ikon atau idola bergigi cantik supaya memotivasikan kanak-kanak dan orang dewasa untuk menggosok gigi.

Siapa Ikon itu?
Siapa idola itu

Suatu masa dahulu, saya pernah menulis tentang program angkasawan, yang boleh dikira tidak membazir, jika ianya dimanafaatkan sepenuhnya.

Kalau dengan pembelian sukhoi Su 30 MKM (tanpa "komisyen" orang tertentu), kita dapat hantar angkasawan, memangkin minat sains pelajar kampung, memangkin minat menjaga gigi, maka ia tidak membazir.

Tapi kalau Dr SMS dan Dr Faiz tak turun ke sekolah luar bandar, memangkin minat sains kanak-kanak. Maka ia boleh dikira membazir.

Sepatutnya Dr SMS dan Dr Faiz boleh jadi "Duta Sains" dan "Duta Penjagaan Gigi" untuk sekolah-sekolah.

Dapat buat 2 kempen dalam satu.
gunakan slogan ""Kalau Tak Gosok Gigi, Jangan Mimpi Hendak Jadi Angkasawan" sebaik mungkin

Ia menjadi tidak membazir kalau peruntukan pertahanan boleh digunakan untuk kebaikan kementerian pendidikan DAN kementerian kesihatan.

Buat apa Dr Faiz ke PLKN? nak jumpa pelajar lepasan SPM, tatkala pelajar di kampung yang memerlukan idola untuk meminati sains.

Berbalik dengan kempen Kaviti Sifar yang gagal itu.
Kementerian kesihatan mungkin tidak terfikir untuk menggunakan khidmat 2 angkasawan ini untuk menjayakan misi Kaviti Sifar.

Oh,
"Kaviti sifar" bunyinya hampir sama dengan "Graviti Sifar", jadi memang sesuailah angkasawan itu dijadikan ikon kempen pergigian.

Graviti Sifar , Kaviti Sifar


Tidak dilupakan, Kekanda Khir, sebagai Dr Gigi yang kedua popular di Malaysia juga boleh menjadi idola kempen kaviti sifar peringkat selangor. Tidak dinafikan giginya memang cantik dan dia popular.

Walaupun dulunya dia popular dengan "penyapu", maafkanlah kesalahan kekanda khir itu. Mari kita sinonimkan Kekanda Khir dengan Berus gigi.

Selain dari itu, seseorang yang popular, kini agak terluang masanya dan mempunyai gigi cantik, juga boleh menjadi Idola kempen Kaviti Sifar.
iaitu...




Jadi terpulanglah kepada Kementerian Kesihatan untuk memilih siapa idola bagi kempen "Kaviti Sifar".


Kalau Kementerian Kesihatan taknak lantik Idola bagi Kempen Kaviti Sifar, Saya akan lantik "Idola bayangan Kaviti Sifar" sendiri iaitu Calon Angkasawan Bluequil merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Kabinet Bayangan Beras Padu (KBBP) iaitu miLLa. hehe

Khamis, 13 Disember 2007

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini.

Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag"

Apa gunanya Tag Petaling Street itu?

Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain.

Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain.

Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia".

Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street "Hindraf" akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf.

Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap "Angkasawan".

Anda mungkin bersetuju atau tak bersetuju dengan apa yang saya tulis, jadi dengan tag petaling street, anda boleh melihat pandangan pihak ke tiga .

Pemblog tempatan memang kurang menggunakan tag pada kiriman blog mereka.
Kebanyakan mereka menganggap tag sebagai "Kategori" sahaja.

Bagaimana menambah Tag Petaling Street ke blog jenis Blogger anda?

Pertama sekali anda perlu pergi ke Template dan Edit HTML, Expand Widget Templates

Cari kod seperti di bawah dan tepekkan yang berwarna merah.


<span class='post-labels'>
<b:if cond='data:post.labels'>
<data:postLabelsLabel/>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>

<br/>Petaling Street:
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='"http://www.petalingstreet.org/search.php?q="+data:label.name'><data:label.name/></a><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>

</b:if>
</span>
</p>


Siap.

Pengguna wordpress?
Harap maaf kerana saya buta Wordpress, akan tetapi anda boleh mencuba Simpletags dan ubahsuai.

Isnin, 12 November 2007

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven).

Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan.

Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing.


Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro?

Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang.

Rupanya ia terbakar pula.

Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada.

Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal.

Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro.

p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Selasa, 23 Oktober 2007

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz.

Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula, ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram.

Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza.
1. di bumi
2. di ISS
3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Dalam dunia fizik, 'Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza. Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula.

Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg beras di ISS. Akan tetapi kalau angkat 1 kg beras ketika kemasukan semula, beras itu akan lebih berat dari 1 kg di bumi. Jisimnya tetap 1 kg.

Berat itu Daya.
F=m*a
Daya = jisim kali pecutan

Berat = jisim kali pecutan graviti.

yang dikatakan 1 G 4-5G itu adalah daya graviti.
G (huruf besar) adalah Daya Graviti
g (huruf kecil) adalah pecutan graviti.

Apabila pecutan graviti (g) bertambah, daya graviti (G) juga bertambah (kerana jisim tak berubah).

Yang pastinya graviti bukan tekanan (pressure), dalam konteks tekanan darah, tekanan tayar, tekanan air. diukur dalam unit psi,bar,Pa,cmHg

Walaubagaimanapun, amat mengecewakan apabila Nizal Mohammed, mengatakan bahawa Sheikh Muzafar mengelami tekanan graviti ketika siaran langsung pendaratan Soyuz.

Walaupun dibantu oleh Astronaut tersohor Robert Gibson, Nizal tetap salah apabila dia mengatakan 'tekanan' graviti. Sheikh Muszaphar bukannya menyelam ke dasar laut yang dalam sehingga mengalami tekanan yang kuat.


Bayangkan seorang pelajar yang ingin mengetahui proses kemasukan semula Soyuz , tertipu dengan 'tekanan' yang dinyatakan oleh Nizal. Bukan salah dia, tapi saya rasa perlu ada seorang Cikgu/Pensyarah Fizik tempatan di sebelahnya.

Daya, seringkali di panggil "tekanan" sudah banyak kali. Ini bukan isu istilah mana yang lebih sesuai, sama 'daya' vs 'tekanan'. Akan tetapi ia adalah 2 perkara yang berbeza.
Tekanan tidak mempunyai vektor.


Orang Kampung mungkin boleh mengganggap tekanan adalah sama dengan daya, akan tetapi apabila acara penting yang menyebabkan ramai pelajar ingin mengetahui tentang proses kemasukan semula Soyuz, akan terkeliru dengan tekanan vs daya.

Sememangnya istilah 'daya' jarang digunakan oleh penduduk Malaysia kerana ia hanya wujud dalam matapelajaran fizik, sudahlah ianya digantikan dengan 'force' ketika di sekolah, maka yang tinggal menggunakan istilah 'daya' adalah orang yang mendalami ilmu fizik secara subversif (seperti pengunjung blog ini).

Suatu ketika dulu, Iklan Sauber PETRONAS juga menggunakan 'tekanan' untuk merujuk kepada 'downforce', daya kebawah (ingat lagi iklan kereta F1 melekap ke permukaan atas terowong). Iklan budak Jerman BMW Sauber telah dibaiki dengan menggunakan 'daya tekanan' walaupun kurang tepat, tetapi sudah guna istilah 'daya'.


p/s: Kiriman blog ini ditujukan buat Cikgu Fizik saya En Vellupilai Ponudurai, yang mengajar fizik kepada saya pada tahun 1991 - 1992. Walaupun setelah 16 tahun, ilmu itu masih segar diingatan. Terima kasih kerana penceritakan tentang 'reentry' walaupun tiada dalam sukatan.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria.

Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :(

Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh.

Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930.

Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf.
Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai)

Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria.
Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasuklah orang yang melibatkan diri untuk menemuramah orang ramai tentang planet pada program yang melibatkan Program Angkasawan. Amat menyedihkan.

Terkeluarnya pluto dari senarai planet juga berpunca dari penemuan UB313, dan kemudiannya dinamakan Eris, dimana ianya lebih besar dari pluto, tapi tidak cukup besar untuk dipanggil planet, akhirnya pluto tidak lagi diiktiraf sebagai planet.




Para peminat Pluto yang tak puas hati dengan status pluto boleh ajak ketua perusuh dan pasukan perusuh untuk berdemonstrasi sebegini:-


Rusuhan pluto

Jadi saya ingatkan lagi, beritahu anak-anak, cikgu sekolah, cikgu sains, Ahli Politik, bahawa
Pluto BUKAN lagi 'Planet',
ia hanya 'Planet dwarf' (planet kerdil)

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah.

Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan.

Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan.

Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa?

Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana.

Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka "Baca buku, siapkan kerja rumah, peperiksaan sudah dekat". Satu saranan yang memang membosankan bagi pelajar. Ditambah pula, mereka tidak diracuni supaya mempunyai satu sasaran yang jauh. Disitu silapnya sistem pendidikan kita.

Tidak, saya tidak menyarankan supaya menukar sukatan apabila mereka rasa tidak sesuai. Akan tetapi budaya orang kita yang cepat melatah, menyebabkan mereka berfikir singkat dan cepat-cepat menyuruh "Sistem pendidikan patut ditukar".

Ya ia memang patut ditukar, tapi bukannya perlu ditukar setiap kali Menteri ditukar.

Para Menteri pendidikan sering lupa, faktor ibubapa dalam membentuk pelajar.
menimbulkan minat pelajar
menetapkan sasaran bagi pelajar
membentuk akhlak pelajar
meningkatkan sifat ingintahu pelajar
banyak lagi....

Tapi para menteri lupa dan sering salahkan sukatan.

sebelum dan selepas ke ISS.Kembali kepada Penerapan minat terhadap sains dengan Program Angkasawan Negara. Tak mustahil kalau ramai pelajar akan jadi minat sains apabila Sheikh Muszaphar buat 'roadshow' ke sekolah-sekolah. Mungkin ia akan menjadi sudah terlambat kalau SPM sudah dekat, baru nak minat sains.

Kita perlu menunggu 20 tahun lagi supaya pelajar itu berkahwin, dapat anak dan anak dia yang akan minat sains. Memang terlambat.

Akan tetapi, jika Ibubapa zaman sekarang bertindak awal, maka, anaknya yang akan bersekolah dan sudah bersekolah boleh diterapkan minat terhadap sains oleh ibubapanya.

Jadi, Apa ibubapa zaman sekarang boleh buat untuk memupuk minat terhadap sains oleh anak-anaknya? Media di Malaysia tak memainkan 'Berita Teknologi'. Berapa ramai ibubapa yang baca Slashdot? Berapa ramai ibubapa yang suka ambiltahu berita sains dan teknologi supaya anak mereka boleh ada sifat ingintahu yang tinggi?

Berapa ramai ibubapa yang suruh anaknya "Jangan usik, nanti rosak" kepada anaknya?

Walaupun dengan adanya Program Angkasawan, berapa ramai yang ibubapa yang ambil tahu.
Ada yang tidak tau apa itu ISS, ada yang tidak tahu di ISS memang ada orang, ada yang tak tau siapa buat ISS, ada yang menjangkakan Angkasawan kita naik "Space Shuttle" dan bukannya "Soyuz". Ramai yang tidak ambil tahu apa latihan yang Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz alami.
Banyak lagi perkara yang ibubapa boleh tahu untuk diterangkan kepada anak, tapi ibubapa tak mahu tahu.

Akan tetapi, tanpa sebarang usaha, Ibubapa boleh tahu "Anakku, Orang kita boleh jadi Angkasawan", pandai-pandailah anak itu memupuk minatnya terhadap sains.

Ibubapa jenis 'orang kampung' pun pasti boleh tahu 'orang kita pun boleh jadi angkasawan'.


Sebenarnya saya terharu melihat adik-adik kita yang berpeluang untuk berkomunikasi dengan angkasawan, ia mungkin akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang hayat.

Akan tetapi, saya cukup tak suka akan sesi komunikasi Angkasawan dengan Para Menteri. Banyak soalan yang tak berkaitan dengan sains diutarakan.

Adakalanya saya kagum dengan Sheikh Muszaphar, dia terpaksa menjawap soalan yang sama berulang kali, asyik-asyik soalan graviti, soalan "makan apa", Soalan "apa perasaan". Umpama Abah yang menjawap soalan burung apa? Burung murai... burung apa? Burung murai.

Kalau pelajar sekolah yang tanya soalan sama berulang kali, Sheikh Muszaphar boleh jawap berulang kali atas rasa sayangnya terhadap ribuan adik-adiknya .

Tapi kalau dah tua bangka pun nak tanya soalan sebegitu, rasanya nak dibalingnya mikrofon yang melingkar terapung di ISS tu.

Saya sendiri banyak belajar bila tengok saluran 588 di Astro, Antara yang saya cukup kagum tadi ialah apabila dia membuat Graviti Tiruan (artificial gravity), mudah sahaja, putarkan sahaja, maka jadilah graviti tiruan ke arah paksi putaran. Umur 32 tahun, baru tahu. bodohnya aku.

Ahad, 14 Oktober 2007

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia.



Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia.
Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar.

Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi 'Peserta Penerbangan Angkasa' yang ada hanya 'angkasawan'.

Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai 'Peserta Penerbangan Angkasa' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu.

Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini.

Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang label Peserta Penerbangan Angkasa yang diberikan oleh NASA itu, hanya mengingatkan tentang perlunya langkah tambahan untuk memajukan Sains dan Teknologi supaya tidak menjadi seperti Arab Saudi yang lama dulu pergi ke angkasa lepas tetapi tiada kemajuan.

Berbanding dengan Arab Saudi, yang pergi itu ialah putera raja, tetapi di Malaysia pemilihan dilakukan secara terbuka 6 tahunyang lalu.

Jadi, Adakah Sheikh Muzafar ditipu oleh kerajaan Malaysia kerana pemohon dijanjikan untuk jadi 'Angkasawan', tapi hanya boleh jadi Peserta Penerbangan Angkasa ?

Adakah 11250 orang lagi pemohon juga telah ditipu oleh Kerajaan Malaysia?



Dari mana datangnya istilah 'Angkasawan' kalau tiada penutur B.M yang pernah pergi ke Angkasa Lepas?
hehe

Kita tak pernah ada program angkasa sebelum ini, bagaimana kita nak bezakan 'angkasawan' dengan 'peserta penerbangan angkasa'? Yang ada hanyalah kalau ke angkasa lepas di panggil 'Angkasawan'.

Mungkin kalau kita ada prohram angkasa yang maju, mungkin kita boleh ada banyak istilah.

'Angkasawan'- Istilah umum

'Rempit Angkasa' - Untuk yang suka merempit di angkasa lepas. Suka wili kapal angkasanya. mengubahsuai kapal angkasanya menjadi lebih bising.

'Penumpang Angkasa' - yang menumpang sahaja

'Penyelidik Angkasa' - yang menumpang sambil buat kajian.

'Juru Tiket Angkasa' - orang yang jaga tiket feri angkasa ulang alik dari marikh ke bumi.

'Angkasawan Haram' - Orang yang pergi ke marikh tanpa permit.

'Peramu Angkasa Melampau' - Orang yang menyediakan makanan minuman kepada 'penumpang angkasa' tapi melalukan aksi lucah setibanya di Marikh.

'Pencuri Angkasa' - Orang yang mencuri kepingan beli kapal angkasa orang lain supaya dijual di pasaran gelap di Marikh.

'Penyeludup Angkasa' - Orang yang menyeludup air dari bumi untuk dijual di marikh dengan harga lebih tinggi tanpa mengistiharkan air yang dibawanya.

'Subsidi Minyak Angkasa' - Subsidi yang diberikan supaya harga minyak kapal angkasa supaya harganya lebih murah.

'Penyeludup minyak angkasa' - Orang yang menyeludup minyak angkasa bersubsidi untuk dijual ke Thailand.

'Monyet Angkasa' - Penulis blog yang menulis blog dari angkasa lepas, gelaran diberikan oleh ahli politik bumi.

'Angkamewee' - Gelaran Penyanyi Rap Marikh yang masih belum balik ke bumi.

'Belanjawan' - Istilah bahasa melayu bagi 'Budget' yang digunakan di Marikh kerana ianya diharamkan dari digunakan di bumi.

'Kujie3' - Spesis Pokok Vanilla yang tumbuh melata di marikh.

"Astrokenot / cosmokenot' - Istilah yang dicipta cry4freedom. Entah apa maksudnya


Istilah di atas adalah rekaan semata-mata, ianya tak wujud kalau tiada program angkasa yang berjaya.
Memang banyak istilah yang boleh dibangunkan kalau Penerokaan Angkasa adalah perkara biasa.

Tetapi buat masa ini, istilah Angkasawan digunakan untuk sesiapa sahaja yang pergi keluar dari Atmosfere bumil, Tak kiralah samada dia penyedulup, atau penumpang, atau penyanyi rap atau penulis blog.

Selasa, 9 Oktober 2007

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir?

Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai
'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM.

Adakah ia membazir?
Adakah ia membazir?

Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah.
18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta.

Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta.
Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta.
Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM.

Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3.
Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra.

Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 Juta, Hanya dapat beli 7 buah sahaja.

Kalau nak beli 18 buah F-22 Raptor, kita memerlukan USD 2160 Juta, lebih dari kurang RM 7 Bilion. Jadi kita jimat USD 1260 juta, kerana tidak memilih F22 Raptor.

Jadi, apalah sangat RM 95 Juta yang dibelanjakan untuk program Angkasawan itu berbanding dengan penjumatan RM 648 Juta kerana tak beli 18 F18 Hornet, dan jimat 4 bilion kerana tak beli 18 F22 Raptor.

Bukankah kita bodoh jika tak dapat hantar angkasawan percuma dengan pembelian Sukhoi SU 30, hanya kerana kita tak mahu berbelanja untuk memilih Angkasawan?

Akan tetapi siapa yang bazirkan sebahagian daripada RM 95 juta itu? Suatu ketika dulu, semua orang di Malaysia boleh memohon untuk jadi angkasawan, jadi ramailah yang memohon termasuk saya. Akan tetapi dari 11,275 yang memohon, hanya 894 sahaja yang disenarai pendek untuk membuat ujian larian 3.5 km, Akan tetapi, Hanya 454 sahaja yang hadir ujian larian dan dari itu . Memang menyedihkan hanya 50% sahaja yang hadir.

Eh ,
Dari 11275 pemohon, 894 orang sahaja diberi peluang, maksudnya 10381 orang tak diberi peluang langsung untuk diuji. Sekurang-kurangnya, kalau suruh semua orang itu lari, kosnya hanya lebih kurang nak anjurkan program sukan sahaja. Kalau semua 11,275 diberi peluang berlari, maka kalau 50% yang hadir, maka tinggal lagi 5500 orang, dari situ boleh dibuat ujian fizik atau ujian lain supaya yang betul-betul layak sahaja dapat jadi Angkasawan. Mungkin kita mempunyai calon angkasawan yang lebih baik dari Dr Faiz dan Sheikh Muzafar? (Atau mungkin mereka tetap terpilih.)

Atau mungkin kita boleh mempunyai Kelab Angkasawan yang mungkin mampu merubah negara pada masa akan datang.

Adakah kita tak mahu membelanjakan RM 95 Juta memilih untuk mencari Calon Angkasawan kerana ditetapkan sebagai Khairy Jamaludin? Itu adalah lebih tidak masuk akal.

Ya, memang RM 95 Juta boleh digunakan untuk membantu golongan Miskin. Bukankah sudah ada peruntukan untuk itu? Malah lebih dari RM 95 Juta, Kalau bijak mengurus perbendaharaan Negara, Pasti dari setiap Kementerian kita boleh salurkan kepada golongan miskin. Kementerian Perumahan boleh buat rumah kos rendah, Kementerian Kesihatan boleh kasi ubat percuma, Kementerian Pendidikan boleh sesiakan asrama percuma untuk Pelajar miskin sekali dengan makan dan minum. Tetapi tak perlukan guna wang untuk RND juga untuk tujuan itu.

Kalau nak gunakan juga RM 95 juta untuk golongan Miskin, terbitkan sahaja buku berkaitan astrologi beri percuma kepada pelajar miskin. Kalau tak hantar angkasawan, buku itu akan menjadi bosan, dan tidak dibaca. Tapi kalau kita hantar angkasawan, buku itu akan menarik minat peajar untuk membacanya. Apatah lagi dengan adanya gigi Dr Faiz dan Sheikh Muzafar yang cantik itu?



RM 95 juta itu boleh membuatkan gigi Rakyat Malaysia cantik, apa salahnya? Gantikan Kempen "Taknak" yang tak berjaya itu dengan kempen
"Kalau Tak Gosok Gigi, Jangan Mimpi Hendak Jadi Angkasawan".

Google+ Hasbullah Pit