test

Sabtu, 20 Oktober 2007

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah.

Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan.

Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan.

Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa?

Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana.

Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka "Baca buku, siapkan kerja rumah, peperiksaan sudah dekat". Satu saranan yang memang membosankan bagi pelajar. Ditambah pula, mereka tidak diracuni supaya mempunyai satu sasaran yang jauh. Disitu silapnya sistem pendidikan kita.

Tidak, saya tidak menyarankan supaya menukar sukatan apabila mereka rasa tidak sesuai. Akan tetapi budaya orang kita yang cepat melatah, menyebabkan mereka berfikir singkat dan cepat-cepat menyuruh "Sistem pendidikan patut ditukar".

Ya ia memang patut ditukar, tapi bukannya perlu ditukar setiap kali Menteri ditukar.

Para Menteri pendidikan sering lupa, faktor ibubapa dalam membentuk pelajar.
menimbulkan minat pelajar
menetapkan sasaran bagi pelajar
membentuk akhlak pelajar
meningkatkan sifat ingintahu pelajar
banyak lagi....

Tapi para menteri lupa dan sering salahkan sukatan.

sebelum dan selepas ke ISS.Kembali kepada Penerapan minat terhadap sains dengan Program Angkasawan Negara. Tak mustahil kalau ramai pelajar akan jadi minat sains apabila Sheikh Muszaphar buat 'roadshow' ke sekolah-sekolah. Mungkin ia akan menjadi sudah terlambat kalau SPM sudah dekat, baru nak minat sains.

Kita perlu menunggu 20 tahun lagi supaya pelajar itu berkahwin, dapat anak dan anak dia yang akan minat sains. Memang terlambat.

Akan tetapi, jika Ibubapa zaman sekarang bertindak awal, maka, anaknya yang akan bersekolah dan sudah bersekolah boleh diterapkan minat terhadap sains oleh ibubapanya.

Jadi, Apa ibubapa zaman sekarang boleh buat untuk memupuk minat terhadap sains oleh anak-anaknya? Media di Malaysia tak memainkan 'Berita Teknologi'. Berapa ramai ibubapa yang baca Slashdot? Berapa ramai ibubapa yang suka ambiltahu berita sains dan teknologi supaya anak mereka boleh ada sifat ingintahu yang tinggi?

Berapa ramai ibubapa yang suruh anaknya "Jangan usik, nanti rosak" kepada anaknya?

Walaupun dengan adanya Program Angkasawan, berapa ramai yang ibubapa yang ambil tahu.
Ada yang tidak tau apa itu ISS, ada yang tidak tahu di ISS memang ada orang, ada yang tak tau siapa buat ISS, ada yang menjangkakan Angkasawan kita naik "Space Shuttle" dan bukannya "Soyuz". Ramai yang tidak ambil tahu apa latihan yang Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz alami.
Banyak lagi perkara yang ibubapa boleh tahu untuk diterangkan kepada anak, tapi ibubapa tak mahu tahu.

Akan tetapi, tanpa sebarang usaha, Ibubapa boleh tahu "Anakku, Orang kita boleh jadi Angkasawan", pandai-pandailah anak itu memupuk minatnya terhadap sains.

Ibubapa jenis 'orang kampung' pun pasti boleh tahu 'orang kita pun boleh jadi angkasawan'.


Sebenarnya saya terharu melihat adik-adik kita yang berpeluang untuk berkomunikasi dengan angkasawan, ia mungkin akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang hayat.

Akan tetapi, saya cukup tak suka akan sesi komunikasi Angkasawan dengan Para Menteri. Banyak soalan yang tak berkaitan dengan sains diutarakan.

Adakalanya saya kagum dengan Sheikh Muszaphar, dia terpaksa menjawap soalan yang sama berulang kali, asyik-asyik soalan graviti, soalan "makan apa", Soalan "apa perasaan". Umpama Abah yang menjawap soalan burung apa? Burung murai... burung apa? Burung murai.

Kalau pelajar sekolah yang tanya soalan sama berulang kali, Sheikh Muszaphar boleh jawap berulang kali atas rasa sayangnya terhadap ribuan adik-adiknya .

Tapi kalau dah tua bangka pun nak tanya soalan sebegitu, rasanya nak dibalingnya mikrofon yang melingkar terapung di ISS tu.

Saya sendiri banyak belajar bila tengok saluran 588 di Astro, Antara yang saya cukup kagum tadi ialah apabila dia membuat Graviti Tiruan (artificial gravity), mudah sahaja, putarkan sahaja, maka jadilah graviti tiruan ke arah paksi putaran. Umur 32 tahun, baru tahu. bodohnya aku.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit