test

Sabtu, 30 Januari 2010

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan.

Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu.

Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah.


Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu.

Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga.

Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai.
http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html

Ada juga yang tidak dijual di Malaysia.

Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3, keluaran Peranchis.

Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemproses, ia hanya menggunakan 8W kuasa.

Namun, ianya begitu jelas "Israel"nya.

Ada juga alternatif daripada Asia
MSI Windtop DE200 , dikatakan 30 watt
MSI Nettop CS 120 , dikatakan 35 watt

Masih belum nampak penyelesaian dari jepun, mungkin ia masih disembunyikan di negara mereka.

Anda boleh cadangkan komputer apa yang mungkin sesuai untuk Beras Padu.

Di Copenhagen dulu, Najib telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 %.
Macam mana dia nak buat? belum nampak langkah-langkah yang telah diarahkan.

Adakah  'Autonomi bil elektrik' sekolah adalah satu langkah untuk mencapai sasaran itu?.

Khamis, 28 Januari 2010

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat.

Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya".

Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah.

Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka.

Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya.



Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini.
Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai.

Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa.

Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa.

Jadi apa perlu mangsa lakukan?

logmasuk ke ereferrer.com , tapis sahaja perkataan lucah yang ada.




Tak perlu memperlihatkan tahap pemikiran.

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan.

Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang".

Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Isnin, 25 Januari 2010

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza.
Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga.
Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya.

Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan.

"Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Ahad, 24 Januari 2010

Negara Tidak Perlu Bergantung Pada Pelaburan Asing

Dulu saya pernah kata, negara tidak perlu bergantung kepada pelaburan asing.
Namun ianya tidak disokong secara popular.

Sekarang Dr Mahathir pun berkata perkara yang sama.

Rabu, 20 Januari 2010

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula.

Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion.
Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu?

1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula.

Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun.

Logik atau tidak angka itu?

Terpulanglah.

Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion.



Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1.45 sekilogram. Untuk 2010, kerajaan dijangka membelanjakan RM1.2 bilion untuk subsidi jika harga gula masih dikekalkan pada RM1.45.

"Oleh itu, untuk tahun ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 20 sen dan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM720 juta," jelas Mohd Yusof


1.2 bilion dengan 1.3 bilion sudah dekat, menandangkan ianya anggaran.
Namun adakah angka itu juga benar?
1,200 juta -720 juta = RM 480 juta.

kira balik,
480 juta bahagi 20 sen = 2.4 bilion kg gula.
Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 88 kg setahun.
Logik atau tak logik?


Kita ambil maklumat KPDNKK yang mengatakan purata penggunaan gula rakyat Malaysia adalah 26 sudu teh sehari, bersamaan 130 gram sehari. darab 365.25 hari, rakyat Malaysia menggunakan 47.48 kg gula setahun.

logik atau tak logik?

Yang jelas, ialah kenyataan Kerajaan telah jimat 1.3 bilion dengan menaikkan gula 20 sen adalah paling tak logik.

Manakala kenyataan fomca berkenaan 1.2 bilion juga sukar untuk dipercayai.

Nilai 1.3 bilion & 1.2 bilion adalah datangnya daripada sumber kerajaan sendiri menunjukkan keseluruhan subsidi gula yang BANYAK dalam bentuk ANGGARAN.

Namun angka ANGGARAN yang BANYAK itu mungkin telah diperbanyakkan supaya memperlihatkan keperihatinan kerajaan. Namun dipusing boleh Ustaz Isdris Ahmad menunjukkan seolah-olah 1.3 bilion telah dijimatkan.

Berapa banyakkah wang kerajaan yang telah dijimatkan dengan menaikkan harga gula 20 sen?
Kiraan kasar saya menunjukkan angka 256 juta sahaja.

Ini disebabkan oleh bukannya keseluruhan subsidi gula dihapuskan. Kalau keseluruhan subsidi gula dihapuskan, harga gula di pasaran akan mencecah RM 3,00 . Tatkala itu, rakyat Malaysia akan tanam tebu ramai-ramai.

Sistem kawalan harga BN menggunakan subsidi yang digabungkan dengan polisi nilai matawang rendah terbukti gagal. Tidak perlu beria-ria  menggunakan  sistem yang sama tetapi dalam bentuk yang sedikit rendah. Masalah tidak selesai. Bulan depan kita akan bergaruk mengenasi pengsubsidian komoditi lain pula.


Ayuh tolak Polisi Nilai Matawang rendah yang menjadi punca segala masalah subsidi.

Selasa, 19 Januari 2010

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:


والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم


"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:


فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم


" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."


Di atas adalah hujah yang digunakan oleh penyokong "boikot dalam bentuk tidak membeli barang".

Namun bila dibaca betul betul, hujah ini adalah tepat bagi penyokong "boikot dalam bentuk tidak menjual barang".

Boikot Amerika dalam bentuk tidak membeli barang, tidak kemana, kerana mereka tidak memerlukan duit.
Kalau mereka mahu duit, mereka cetak duit lagi. Hari ini pun sudah bertrilion USD yang dikeluarkan.

Malaysia mengeksport lebih banyak barang daripada barang yang kita import daripada mereka.

Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka beli barangan kita.
Mereka tetap dapat barangan yang mereka mahu dengan membayarnya dengan kertas.

Kertas itu yang ramai orang cintakan.

Jika  Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM 10 bilion.
Malaysia memberikan lebih barangan kepada Amerika dan Malaysia hanya mendapat kertas.


Daripada Bernama

Defisit dagangan Amerika Syarikat dengan Malaysia bernilai AS$17.8 bilion pada 2008. Secara kumulatifnya, negara itu juga ialah pelabur asing terbesar di Malaysia.
 Apa penafsiran anda?

Ahad, 17 Januari 2010

Menjawap Salam 1Malaysia

Apabila seseorang itu mengucap Salam 1Malaysia, maka hendaklah dijawap dengan "Salam 2Malaysia".

Sejurus itu pengucap salam 1Malaysia itu perlulah membalas salam 2 Malaysia itu dengan "Salam 3Malaysia"

"Salam 3Malaysia" itu perlu dijawap dengan "Salam 4Malaysia".

Adalah lebih baik "Salam 4Malaysia" itu dijawap dengan "Salam 5Malaysia".

Janganlah biarkan "Salam 5Malaysia" itu dibiarkan tidak dijawap, dan jawaplah dengan "Salam 6Malaysia"

Walaupun agak panjang, "Salam 6Malaysia" perlu dijawap dengan ungkapan "Salam 7Malaysia"
Dan seterusnya...



contoh penggunaan:

Ali: Salam 1Malaysia
Abu: Salam2Malaysia
Ali: Salam 3Malaysia
Abu: Salam 4Malaysia
Ali: Salam 5Malaysia
Abu: Salam 6Malaysia
Ali: Salam 7Malaysia
Abu: Salam 8Malaysia
Ali: Salam 9Malaysia
Abu: Salam 10Malaysia
Ali: Salam 11Malaysia
Abu: Salam 12Malaysia
Ali: Salam 13Malaysia
Abu: Salam 14Malaysia

Selasa, 12 Januari 2010

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata Isu Hutang dan Lelong

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata,

tok nujum ,bumiputera berjaya dan geng nya;tak habis habis dengki orang melayu beli kedai pun tuk nujumdengki,tak baik, sejak niaga EOM DAPAT KUTIP RM5JUTA , SYARIKAT EOM KONGSI ADAM YONG ABDULLAH DENGAN KMB ADAM 60PERATUS KMB 40 PERATUS,PROJEK PERTAMA GONDOLA RM 23JUTA , ADAM 60% KMB 40% ,BANK TAK BAGI PINJAMAN SEBAB TU ......ADAM YONG ABDULLAH TAK DAPAT BAYAR BAYARAN PINJAMANIA KPD PEMBEKAL DI BELGIUM RM17JUTA ,BUKAN SALAH MELAKA;BILA LELONG NANTI KMB AKAN BELI 'NIAGA NI UNTUNG SEJAK OPERASI DAH DAPAT RM5 JUTA RAMAI DAPAT KERJA DAN NIAGA, PAS ,DAP,PKR APA TAHU MENGATA ORANG AJE,MB SELANGOR HUTANG BANYAK, KETUA MENTERI P.PINANG KENAKAN PARKING MERATA P.PINANG TERMASUK HARI AHAD ,DAN TIDAK BANTU RAKYAT UNTUKNIAGA,MACAM MACAM LAGI, MB KELANTAN ASYIK KATA ORANG UMNO TAKMASUK SYURGA,NASIB BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERI RM9 B RM9 KEPADA KELANTAN SEDANGKAN KELANTAN BAYAR CUKAI RATUS JUTA SAJE, DALAM RM9 SEDANGKAN MELAKA BAYAR RM 10 BILLION RM9, REZEKI DALAM BIDANG PERNIAGAAN. DULU KITA MELAKA BUAT SUNGAI PUN KATA MEMBAZIR JUGA MENARA TAMINGSARI DAN MELAKA SENTRAL,KINI SEMUANYA BERI PELUANG PEKERJAAN DAN NIAGADAN MENGUNTUNGKAN KAN SEBAB ITU MELAKA MAKIN HARI TERKENAL DI DUNIASEKARANG. RAMAI DAPAT REZEKI ,ORANG KELANTAN PUN BANYAK NIAGA DIMELAKA.dar


Sampaikan pesanan ini kepada seluruh rakyat jelata

Isnin, 11 Januari 2010

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan?


Daripada sumber Malaysiakini:Peniaga di KT naikkan harga minuman
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.

"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.

Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O.

Pelanggan: "Teh-O satu"
Peniaga: "Teh O sekarang RM 1"
Pelanggan: "OK"

Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga.
Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga,

Pelanggan biasa di sesuatu kedai makan, tahu harga lama, dia hanya perlu dimaklumkan tentang kenaikan harga.
Kalau dia bersetuju, tak ada apa-apa. Kalau tak bersetuju, pesanlah air lain atau minum di kedai lain.

Akan tetapi kompaun dikenakan hanya kerana ahrga dinaikkan, TANPA mengira samada pelanngan bersetuju dengan harga itu atau pelanggan dimaklumkan tentang harga itu atau tidak.

Maka cadangan saya, kepada KPDNKK supaya perlu ditanya secara rawak pelanggan dikedai makan yang harga dinaikkan itu samada mereka bersetuju atau tidak.

Ahad, 10 Januari 2010

Anak kecil main hutang,

Anak kecil main hutang,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata rakyat bercampur keringat,
Eye on Malaysia  milik syarikat Belgium.

Jumaat, 8 Januari 2010

Hutang Eye on Malaysia, Melaka sudah seperti Dubai?

Marilah kita bersuka ria mendengar kata kata indah ....


Eye On Malaysia tidak membazir bahkan dapat membantu merancakkan kegiatan ekonomi Negeri Melaka dan ramai rakyat akan dapat faedahnya. Kos RM 40 juta akan dikeluarkan oleh sektor swasta sebanyak 60 peratus bersamaan RM 24 juta dan anak syarikat Kerajaan Negeri RM 16 juta berbentuk tanah dan bakinya RM 11 juta berbentuk pinjaman.

RM 11 juta berbentuk pinjaman itu tidak pula dinyatakan siapa yang meminjam, dan pinjaman itu daripada siapa.
Kerajaan Negerikah? Atau Syarikat Kerajaan negeri?


Diberitakan pula syarikat Belgium, Fitraco NV nak ambil balik buaiannya kerana ada pihak pengurusan yang terdiri daripada MSt Ad & Kumpulan Melaka Berhad tak bayar RM 17 juta.

Sebelum ini, indah sungguh perkhabaran, kos 24 juta ditanggung swasta, tidak melibatkan wang rakyat. Seolah-olah ada syarikat swasta yang ada duit lebih, nak tolong tanggung kos buaian itu.



Namun berlaku satu perkara pelik, apabila hutang tidak di bayar oleh peminjam, buaian hendak di ambil balik, Bapa peminjam suruh penjual, "kau lelonglah, nanti aku bayar hutang".

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini

Bukankah sebelum ini Eye On Malaysia itu dibeli tetapi melalui anak syarikat. Apabila tak bayar, disuruhnya lelong supaya kerajaan negeri boleh beli.


Kalau aku ada basikal buruk pun, tak mahu aku jual kepada Ali Rustam,
Nanti dia suruh orang beli, tak bayar, lepas tu dia suruh kita lelong supaya dia boleh beli.




 

Khamis, 7 Januari 2010

Bila masa pula PAS menyokong keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah dalam Herald?

Sudah baca Kenyataan Media PAS berkenaan Kalimah Allah?
Ada tulis "sokong" keputusan Mahkamah?

Suka suka sahaja media menambah cerita.

Baca balik kenyataan itu.
PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:



Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.


Janganlah media pandai pandai menambah perkataan "sokong" seperti mana yang pernah dilakukan oleh TV Selangor , MSTAR dan juga beberapa media lain. Menambah perisa pada cerita pula.

PAS mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan islam sebagaimana yang dikatakan dalam Al Quran, namun penggunaannya mestilah BETUL.

Tak boleh kata "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam" kerana ia tidak betul.

Anda mahu sertai puak yang masa satu, suka hati kamulah.


  • A. Puak kalimah Allah mesti digunakan dengan betul oleh semua orang, & Jangan keruhkan suasana
atau
  • B. Puak kalimah Allah milik umat Islam, demo sana demo sini.
atau
  • C. Puak menerangan implikasi buruk akibat penggunaan "Allah" oleh Herald.
atau
  • D. Puak kufur, menyokong Herald menggunakan kalimah Allah walaupun salah maksud.




Ramai orang menyempitkan pemikirannya seolah-olah di Malaysia terbahagi kepada 2 kelompok sahaja.

Yang menyokong keputusan mahkamah yang menentang keputusan mahkamah.

Berdasarkan 4 pecahan puak di atas, anda dalam kumpulan mana?

Perkara yang penting ialah penggunaan dengan maksud yang betul tak kira oleh orang islam ataupun bukan islam.

Maka, apa yang Datuk Haron Din kata itu tidaklah bercanggah dengan Nik Aziz, Ustaz Zaharuddin, MAZA, Nasrudin Hassan dan lain-lain.

Kebanyakkan Ulama dan ustaz-ustaz, menceritakan tentang penggunaan kalimah Allah yang betul sebagai sesuatu yang penting, akan tetapi tidak pula dijadikan tajuk berita.

Yang media tahu ialah sokong atau tak sokong keputusan mahkamah. Siapa yang kata bukan islam boleh menggunakan kalimah Allah, dianggap sokong oleh media itu.

Maka CELAKA lah media yang mengatakan Nik Aziz, PAS menyokong keputusan Mahkamah.

Dan CELAKA lah media yang melaga-lagakan para ustaz yang ada, kononnya ada yang sokong, ada yang tak sokong.

Selasa, 5 Januari 2010

Peruntukan Pendidikan dikurangkan 3.2 % sahaja, tetapi....

Peruntukan untuk pendidikan pada pelanjawan 2010 adalah berjumlah 30 billion.
Namun ianya adalah merosot sedikit berbanding dengan peruntukan pada belanjawan 2009 iaitu 31 billion.

Hanya kurang 1 billion.

Pengurangan 1 billion daripada  31 bilion, ialah HANYA 3.2 peratus.

Tetapi bila kita dengar sana sini, bukan main banyak perbelanjaan dipotong, sehingga pelajar asrama perlu balik hujung minggu untuk menjiimatkan kos utiliti. Pelajar asrama tidak ada lagi minum petang.

Kalau di tanya mana-mana pegawai kerajaan, banyak yang dipotong sana sini, ada yang dicantas sehingga 40%.

Adakah ia sepadan dengan pengurangan peruntukan yang hanya dikurangkan 3.2 % ?

Ahad, 3 Januari 2010

Cukai Terhadap Kenderaan Hibrid Perlu Dihapuskan?

Sekiranya cukai terhadap kenreta hibrid dihapuskan, sekilas pandang nampak macam negara akan rugi, kerana tak kutip cukai.

Akan tetapi, penjimatan minyak yang ada pada kenderaan sebegitu, akan menyebabkan negara boleh mengeksport lebih minyak tatkala pengeluaran kekal pada jumlah 700 ribu tong setahun.

Pengeluaran 700 ribu tong setahun, penggunaan 400 ribu tong.
Maka eksport hanya 300 ribu tong.

Kalau penggunaan dikurangkan kepada 350 ribu tong?


Apa pendapat anda.

Jumaat, 1 Januari 2010

Apa sebab Harga gula naik

Apa sebab Harga gula naik?

Siapa yang memutuskan supaya menggunakan polisi nilai matawang rendah?
Siapa lebih berkuasa? UMNO atau BNM?

Google+ Hasbullah Pit