test

Ahad, 16 Ogos 2009

Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti?

Telah diberitakan bahawa Pakatan Rakyat dijangkakan didaftarkan sebagai satu organisasi.

Ianya salah satu kaedah yang dapat meningkatkan undi terhadap Pakatan Rakyat, akan tetapi bagi saya ianya bukan langkah yang bijak untuk membentuk politik baru.

Sistem dua parti popular di Amerika, Walaupun mengikut sistem, boleh banyak parti bertanding, namun hanya 2 parti besar sahaja yang boleh menang. Parti hijau tidak menang apa-apa undi elektoral.

Di negara-negara eropah, demokrasi tidak ke arah kepada sistem 2 parti.

Apa ertinya di Malaysia ada 2 parti besar, tetapi ianya sebenarnya ada banyak parti yang disembunyikan.

MemBNkan Pakatan Rakyat, akan membuatkan masalah BN di eksport ke Pakatan Rakyat.

BN dan Pakatan Rakyat ketika ini pun tiada mekanisme khas untuk menentukan siapa yang duduk di sesuatu kerusi atau daripada parti manakah. Pasti akan wujud ketidakadilan dalam 2 'parti berdaftar' itu.

Undi penyokong Gerakan kepada UMNO tidak boleh ditafsirkan sebagai kekuatan Gerakan.
Begitu juga undi Penyokong UMNO kepada calon Gerakan tidak boleh ditafsirkan kekuatan UMNO.
Apa guna parti diperkukuhkan diperingkat akar umbi?
Sekadar menjamin undi terhadap Barisan bertambah sahaja.

Saya lebih suka politik Malaysia bergerak kepada Perwakilan Berkadar, atau Proportional Representation.
Kita tidak perlu lagi berebut kerusi di antara parti yang membentuk Pakatan atau Barisan.

Saya lebih suka Barisan Nasional itu berubah daripada parti berdaftar kepada Pakatan Nasional, berbanding negara mempunyai lagi 1 Parti Berdaftar Gabungan antara beberapa parti.

Selain dari itu, Perwakilan berkadar akan menyebabkan tiada lagi Kerusi yang dijadikan "Pemberian" atau Pinjaman.

3 comments:

  1. pakdek, lari tajuk jap.. dulu pak dek ckp avoid beli hp yg OS die canggih kn? nnt hang la, virus la kan? nk tanye iphone ok x? ;p

    BalasPadam
  2. kalau buat Parti Pakatan Rakyat sama konsep dengan Parti BN, maka sebarang masalah yang dihadapi oleh BN akan terjadi juga pada Pakatan Rakyat.

    kalau gitu kena tubuh Parti 1 Malaysia laa hehehe
    atau tak payah guna konsep parti, kita pakai konsep orang sahaja,

    tapi kalau guna konsep orang, dalam parlimen tak adalah orang yang akan kekal sebagai penyokong atau pembangkang. bila-bila masa aje pandangan orang sama ada nak sokong atau bangkang.

    cuma macam mana nak lantik kabinet aje yang susah sikit, nak berdasarkan kepada apa? kelayakan atau popular? seperti yang kita tahu adalah lebih selamat menteri dipilih dari orang dalam parti sendiri walaupun kelayakan tu tak ada. tapi satu bonus orang yang berkelayakan dijadikan menteri ada dalam satu parti.

    kalau tak kena lantik orang luar. tapi kalau orang yang berkelayakan ada kat parti lawan, boleh pinjam ker???

    namun jika ada peluang ...</a

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit