test

Khamis, 18 September 2008

Shahrir Samad Sudah Pandai Bercakap Soal Matawang - Malaysiakini & Kosmo

Dulu Malaysiakini: K'jaan dijangka turun lagi harga minyak


Namun di Kosmo:

Minyak turun sebelum raya


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.
"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika matawang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.


Ketika musim sibuk menjelaskan "Pengstrukturan Subsidi" soal matawang langsung tidak diperkatakan. Seribu satu faktor dijelaskan tetapi tiada unsur matawang.

Siapa agaknya yang mengatakan Matawang adalah faktor utama kenaikan Harga minyak kepadanya?

Apa kata Menteri Kewangan yang baru tentang nilai Ringgit?

Harga minyak dunia dalam USD merosot kerana USD meningkat, bila USD meningkat, memanglah Ringgit merosot berbanding USD.

19 comments:

  1. Pengukuhan dan penurunan USD adalah berkadar songsang dengan harga minyak dunia.

    USD naik, minyak turun.
    Minyak naik, USD turun.

    Oleh itu masa minyak USD 140+, USD susut. Tapi tak plak cite pasal USD susut. Terus je naikan minyak.

    Ni minyak turun, memang USD kukuh. Baru nak sibuk-sibuk nak cite USD kukuh.

    Haprak punye menteri.

    Secara logik, kerajaan mampu menurunkan harga minyak keparas sama ataupun kurang daripada sebelum kenaikan dahulu.

    BalasPadam
  2. Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang "komunis" ekonomi le. :?: Cth harga minyak semasa:

    1 barrel (tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.45 (semasa)

    Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

    Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
    Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

    Kita bayar = RM2.55/liter
    Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

    Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

    Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak? :!: :!:

    http://raktamrittika.wordpress.com/

    BalasPadam
  3. We just need another general election. Sure turun harga.

    BalasPadam
  4. salah satu masalah utama UMNO = tak tau malu.

    BalasPadam
  5. Hasbullah Pit,

    Thousand apologies. Here is Mukhriz Mahathir blog's URL...

    http://www.mukhriz.com/

    Thanks.

    BalasPadam
  6. Tengku Zubli, ente bagi itu URL Mukhriz sebenarnya bukan blog daaaa..itu dalam web parlance disebut "website" sebuah artifak kuno Web 0.1. Sifatnya statif, one-way traffic, sama sifatnya seperti media arus perdana. Orang kena baca dan yang membaca tiada hak bersuara hahahaha......didalam blogosphere, sikap one-way traffic adalah satu kerja sia sia...hehehe

    BalasPadam
  7. ohohoh..aku menyirap je dgr dalam berita petang tadi dgn alasan menteri perdagangan dalam negeri itu...

    huhu 1001 alasan!

    BalasPadam
  8. Hasbullah Pit, minta laluan.

    Rastom,

    Terima kasih.

    Aku tak berapa mahir bab yang ini.

    Tapi, Najib kata, "discussions".

    Kita Mass Comm. Kita tahu apa menda "discussions" ini.

    Kalau "one-way" aper ker j nyer?

    Semenjak, Pak Lah dengan Najib bertukar-tukar Port-folios, bertambah keliru aku jadinya terhadap mereka berdua Jokers neh.

    Syok Blog Che Det lagi.

    Pun begitu: hang, unspun dan Patrick, diperakui pendapat di sini:

    http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/18/some-bloggers-views-of-najibs-new-personal-web/

    BalasPadam
  9. Minta laluan Tuan Speaker Sebol.,

    Zubli, bila dikatakan Web 2.0 ia merujuk kepada evolusi Web daripada 0.1 sampai sekarang 2.0 merujuk kepada tahap kemampuan berinteraksi. Aplikasi web yang terkini seperti myspace, hos hos blog seperti Wordpress.com, blogspot.com, blogsome.com, blogdrive. com , menyediakan atau menghoskan blog yang ready-made yang kesemuanya ditarafkan Web 2.0

    Yang dikatakan "discussions" atau "conversations" itulah intipati Web 2.0 . Ini yang menghidupkan blogosphere. Zaman sebelum Web 2.0 ia umpama kita baca suratkhabar - dihidangkan, "nah makan, suka tak suka" kalau mau respon hantarlah surat kepada editor, terpulang samada editor mau publish atau tidak.

    Perbincangan mengenai Web 2.0 sudah terlalu masyhur.....kalau mau baca cetusan idea awal boleh pergi ke cluetrain.org...itu tapak asal perbicangan mengenainya dan tapak itu sudah jadi public domain - segala rumusannya sudah di ebukukan dan boleh cari cari lah disitu untuk dimuat turun. Sekian catatan sahibul hikayat, mudah mudahan mendapat petunjuk anak cucu sekalian.

    BalasPadam
  10. Harap maaf, link cluetrain tadi rasanya tak berapa hidup. cuba baca di Cluetrain Wiki..cuma manifestonya, pun rasanya boleh menjelaskan.

    BalasPadam
  11. Hasbullah Pit, harap Shahrir Samad dan matawangnya masih hangat dibicarakan ya.

    Namun, apa yang disampaikan oleh Rastom dalam komen di atas, menyebabkan saya...

    Wakakakikikuku!

    Betapalah kejendulan pak menteri perihal mereka memasuki kancah bloggosphere ini.

    Baru saya faham.

    Kejendolan mereka sememangnya nyata.

    Wakakakikikuku!

    Apa lawak lah lagi depa yang hiburkan kita semua...

    BalasPadam
  12. Berkaitan matawang, ekonomi, dan seumpamanya.

    Jika,

    http://www.1malaysia.com.my/v1/index.php

    Kehebatannya.

    Sedangkan,

    http://en.wikipedia.org/wiki/Cluetrain_Manifesto

    Outmodednizationness!

    * The book and website both challenge what the manifesto calls outmoded, 20th-century thinking...*

    Macam mana dan apa nak jadi kepada Kementerian Kewangan Malaysia dapat menteri baru?

    BalasPadam
  13. Baru tanya dah dapat jawapan.

    Terkini...

    http://beras-terpilih.blogspot.com/

    Abdullah Passed Najib an Economy in Total Mess!

    A Voice

    http://www.perisik-rakyat.com/2008/09/patut-la-saham-merudum.html

    Friday, September 19, 2008
    Patut La Saham Merudum..!
    PULAU PINANG, 18 Sept (Bernama) -- Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan mendapat maklum balas positif dan diterima baik oleh komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.

    Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pelantikan itu memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan mampu menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

    BalasPadam
  14. tuan speaker,

    adapun saya ingin memohon maaf krn saya nerupakan MP siber yg baru dan dipilih atas kehendak hati melalui 'hak2 bersuara' spt mana yg termaktub di dalam perlembangan persekutuan.

    di sini saya ingin bertanya kpd yang berhormat semua, adakah dengan penjelasan kurang bijak menteri sharir tersebut boleh kah kita menganggap ianya satu tindakan menipu dan memperbodohkan rakyat negara ini ? seandainya benar, apakah hukuman yg paling sesuai d kenakan kpd beliau?

    saya mohon perngundian belah bahagi tuan speaker..

    BalasPadam
  15. YB K-One:

    Bila angkat sumpah Jadi Ahli Parlimen?

    Nampaknya beberapa kekosongan pada Kabinet Beras Padu boleh diisi oleh K-One.

    Jawatan Menteri kewangan masih kosong.


    YB Zubli:
    "Beras Terpilih" di Beras Padu agak lewat sedikit kerana ia perlu melalui googlereader.

    BalasPadam
  16. YB Hasbullah Pit,

    Setakat ini saya masih tiada komplen.

    Semuanya beres, sementelah saya berada di Shah Alam.

    Googlereader, dekat dengan kami. Lagi pun kawasan kami ketiadaan banjir.

    Kekhuatiran saya ialah YB yang mempunyai Halwa namun semacam sudah semakin kurang romantis.

    Dua tiga postingnya lewat beberapa waktu ini, memang membalun pihak pemilik talian dunia siber.

    Saya harap dia terus romantis, kerana di kalangan kita susah nak kekalkan YB yang kacak, daripada merajuk ke negara seberang sana.

    Lompatan demikianlah yang amat menggusarkan saya. Tambahan pula bab html dia belum ajar saya lagi.

    Cengkerang yang diperkatakan oleh saya, berbeza dengan yang diperkatakan oleh Shahrir Samad sebagai matawang, sudah pun saya sediakan, jika dia tidak malu memberi isyarat mahu.

    BalasPadam
  17. YB,

    Mohon melencong sekejap.

    Melihatkan lencana sekolah terpampang besar kat bawah tu, YB di Lorong Harimau pada periode tahun berapa?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit