test

Isnin, 3 Mac 2008

Adakah Siti Nurhaliza mengundi menggunakan KP Tentera?



Saudari Erisar begitu cekap berkempen untuk Parti Tengkoraknya
, dengan menunjukkan visual Kad Pengenalan Siti Nurhaliza tidak di daftar dengan SPR (mesti klik).


Namun begitu, Saudari Erisar mungkin terlupa akan kemungkinan Siti Nurhaliza akan mengundi menggunakan Kad Pengenalan Tentera, berdasarkan penglibatan Siti Nurhaliza dengan Tentera Rom.

Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung

Memang orang kampung zaman sekarang lebih moden dari zaman dahulu, akan tetapi, peningkatannya adalah begitu sedikit.

Suatu ketika dahulu saya cuba mengDVDkan orang kampung, cuba berkempen pilihanraya dengan medium DVD. Sambutannya begitu negatif, ramai orang tak boleh buka DVD. Berbanding kaum Cina terus sahaja membuat Video Chua Soi Lek dalam format DVD, tanpa perlu merisaukan samada format itu boleh dibuka atau tidak.

Itu persoalan Format, mana saya terpaksalah melupakan hasrat untuk berkempen pilihanraya dalam format DVD, tetapi terpaksa menggunakan VCD, nak guna SVCD pun rasa tak yakin. Format VCD adalah format yang paling mudah dibaca oleh banyak pemain.

Bila kita lihat sejarah, VCD dan DVD dicipta dalam selang beberapa tahun sahaja, akan tetapi di Masyarakat kampung, ianya seolah-olah langit dan bumi.

Maka sayapun turun padang berbekalkan VCD, akan tetapi itupun tak semua rumah boleh mainkan VCD. Maksudnya, dirumah itu, tiada pemain VCD ataupun komputer.

Mana terbuktilah sasaran Bill Gates untuk satu rumah 1 komputer sebagai GAGAL.

Maka, selalunya, saya terpaksa menjenguk sedikit untuk memastikan samada rumah tersebut mempunyai pemain VCD atau tidak. Agak sukar.

Maka dapat 1 taktik baru, Tengok bumbung, kalau ada penerima Astro, kemungkinan besar ada pemain VCD.

Berdasarkan kawasan DUN Seri Setia yang ditandingi Nik Nazmi, berdasarkan videonya (8:06), banyak betul rumah yang mempunyai Astro.

Begitu juga soal isu, Tatkala golongan pembangkang cukup banyak isu, masih lagi ramai yang berpendapat ianya bukan isu.

Sebagai contoh, Isu kenaikan harga barang, di kawasan kampung, mereka diajar supaya menganggap ianya sebagai perkara biasa, "Dulu 10 sen boleh beli banyak barang, sekarang ni memanglah tidak boleh, zaman berubah", kalau begitulah alasannya, apa guna kalau diterangkan konsep matawang, penawaran/permintaan. Mereka bukannya tahu yang zaman dulu beribu tahun manusia hidup tanpa inflasi akibat penggunaan Emas sebagai matawang.

Adakalanya terpaksa saya gunakan contoh lain yang boleh menggambarkan betapa rendahnya kuasabeli orang kampung.

"Zaman dulu, orang biasa boleh beli Toyota "KE", Zaman sekarang, berapa kerat sahaja orang kampung yang mampu beli VIOS"

Konsep politik pemerintahan juga ramai yang tak faham, ada juga yang berfikir, "kalau PAS memerintah, PAS tiada duit, Siapa nak bayar pencen". Memang lucu tapi itulah hakikat.

Golongan muda-mudi kampung pun tidaklah sebijak mana. Tiada yang mahu berhujah menegakkan "penjelasan kenaikan harga barang" dan "penjelasan Islam Hadhari".

Kebiasaannya, kubu kuat UMNO ialah dimana letaknya ramai orang Miskin, begitu takut mereka bila tak dapat bantuan akibat sokong pembangkang. Berangan Enam, Serkam Darat, Tedong Darat, Sempang Darat semuanya kubu kuat UMNO yang memperkudakan orang miskin.

Bila tengok dalam sistem, Kampung Jus di DUN asahan, mempunyai lebih 50 peratus yang dilabel "D".

Jadi dipendekkan cerita, satu-satunya cara untuk pembangkang boleh menang dikawasan kubu kuat UMNO yang memperalatkankan kemiskinan ialah menyekolahkan mereka.

Khamis, 28 Februari 2008

Harimau pula dilanggar Temasek

Kalau dahulu, kita Temasik dilanggar todak, maka datanglah Hang Nadim memberi idea untuk menggunakan batang pisang untuk mamatahkan serangan Todak.

Kini, Harimau Malaya yang garang pula dilanggar temasik. Hang Khairy dan Hang Hishamudin yang sering bermain keris, tidak terfikir untuk menggunakan batang pisang untuk menahan serangan temasek.

Bagi penyokong UMNO, kalau kita beritahu pemimpin mengamalkan rasuah, maka bagi mereka itu perkara biasa. Namun apabila rasuah untuk melibatkan penggadaian negara dan bangsa, mungkin baru tersentak.

Kita telah lihat di Negara Thailand, Negara yang menjajah Fotani DarusSalam, menjatuhkan Taksin, kerana penglibatan Thaksin dalam "menjual negara" ke Singapura dengan menjual Saham yang melibatkan kepentingan negara kepada Temasek Holding. Kita telah lihat Thaksin telah dijatuhkan oleh rakyat sendiri akibat bersetongkol dengan Temasek Holding.

Temasek Holding adalah alat pelaburan kerajaan Singapura. Umpama Khazanah Nasional bagi kerajaan Malaysia.

Sudah beberapa kali Khairy Jamaludin dikaitkan dengan Temasek Holding atau SIngapura.


Khairy menggunakan kedudukan itu untuk mendapat akses maklumat penting kerajaan bagi kepentingan perniagaan mereka, kemudiannya melaporkan maklumat-maklumat itu kepada syarikat milik Exco Pemuda Umno Malaysia yang beroperasi di Singapura yang turut terlibat dengan sebuah syarikat di Singapura untuk membeli semua asset yang tidak dikehendaki oleh kerajaan Malaysia pada harga diskaun lebih 70 peratus. Aset yang dimaksudkan adalah dalam bentuk bond, aset tidak tetap, saham-saham syarikat dan aset terbengkalai pihak swasta dan bank-bank yang diambil alih oleh kerajaan.


sumber : http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=print&sid=755



Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee Kuan Yew. Ini merupakan satu urusan niaga besar yang sungguh penting. Apa yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya itulah komisen yang dianggap rasuah juga.


sumber: http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tag1829_24.html


Ketua Perusuh menceritakan mungkin NCER dijadikan alat penjajahan Singapura seperti WPI.

Walaupun sumber berita pihak ketiga tidak boleh menjadi bukti untuk menuduh Khairy Jamaludin menjual Malaysia ke Singapura, namun sumber berita rasmi tempatan sering kali memberitakan tentang
Penglibatan Temasek dalam dunia Perniagaan di Malaysia.


Sila google sendiri frasakata berikut untuk melihat aktiviti Temasek di Malaysia.
"site:biz.btimes.com.my temasek"

Kita akan jumpa,

Singapore GLCs eyeing Sabah ports... the interested parties could include the island republic’s investment holding companies, Government Investment Corp (GIC) or Temasek Holdings Pte Ltd.


ini berkaitan dengan SCORE,


Suatu ketika dahulu, ketika Anwar Ibrahim berucap di atas lori di Merlimau, mempersoalkan "Mana datang 40 bilion" dalam masa beberapa bulan?"

Mungkin ketika itu dia tidak terfikir akan sumber dana itu adalah dari sumber asing. Jawapannya mungkin ...
Temasek




Selasa, 26 Februari 2008

KDNK Negara RM 504 bilion (macam kempen BN)

Saya pasti ramai yang tidak faham KDNK, ramai yang melihat KDNK sebagai "pertumbuhan KDNK" yang 5%, 6% 9%.



(tonton di sini http://www.youtube.com/watch?v=lreYak-jlpA)

Sebenarnya secara ringkas KDNK adalah wang yang kerajaan perolehi setiap tahun, kalau tahun lepas dapat 100 bilion, meningkat 6%, maka tahun ini dapat 106 bilion.

Suatu ketika dulu, saya terbaca KDNK Malaysia adalah sekitar 380 bilion. selepas meningkat beberapa peratusan kecil, maka dia jadi banyak.

Tahun lepas, bila baca belanjawan (bukan bajet), KDNK Malaysia adalah RM 4++ bilion, tak ingat pula berapa nilai yang dinyatakan.

Akan tetapi Buletin Utama menyiarkan "kejayaan Malaysia" mempunyai KDNK 2008 sebanyak 504 bilion.

Mengikut ruang lingkup pemikiran penyokong UMNO/BN, mereka akan mendabik dada mengatakan merekalah yang bijak mentadbir ekonomi.


PAS boleh dapatkan RM 504 bilion? sebagai parti politik untuk mempunyai 504 bilion memanglah tak masuk akal.

Akan tetapi kalau PAS memerintah, ianya bukan HANYA 504 bilion. mungkin lebih. mungkin juga kurang, akibat penghapusan Tol dan Cukai Pintu dan lain-lain.

banyak manapun KDNK, 450 bilion atau 550 bilion, kalau tidak disalurkan ke rakyat, tiada apa yang hendak dibanggakan. Biarlah ia hanya 300 bilion, kalau pendidikan percuma.


RM 504 bilion bagi saya memang sedikit kalau nak dikira dari sudut pertumbuhan yang hanya 5-6.5 %, bayangkan kalau pertumbuhannya ikut piawai Anwar Ibrahim 7% ke atas.
kita ambil 7% lah untuk contoh pengiraan.

427*1.07*1.07*1.07 = 523.09

sepatutnya KDNK kita ialah 523 bilion bukannya 504 bilion sahaja.

Akan tetapi tahun demi tahun, hampir keseluruhan KDNK itu dibelanjakan, setiap tahun semua jabatan kerajaan terpaksa "habiskan peruntukan", tiada mekanisme yang menggalakkan penyimpanan langsung.

Itu yang bila ada krisis, kerajaan pening kepala kerana tiada "peruntukan".

Kita tiada Dana Rizab khusus untuk bencana. Kalau setiap tahun 5 bilion disimpan untuk bencana, banjir di johor dulu taklah pening sangat.

Berbalik kepada KDNK, sekiranya tahun lepas KDNK ialah 400 bilion, meningkat 5%, dan jumlah perbelanjaan tidak berubah, maka secara automatik kerajaan mempunyai lebihan wang sebanyak 20 bilion.

itu baru kalau pertumbuhan 5%, belum 7-9% kalau ikut Piawai Anwar Ibrahim.

Itupun, kerajaan belum buat ladang Kincir untuk tenaga, beberapa bilion lagi boleh dijimatkan.

KDNK meningkat setiap tahun, rizab Emas di Bank Negara tidak meningkat walau 1 tan.

Amat tidak mustahil untuk Malaysia menjadi negara berkebajikan dengan hanya menggunakan hanya pertumbuhan KDNK sahaja.

Dengan memberi pendidikan percuma, kita sebenarnya melabur untuk menjada modal insan, ya macam propaganda BN, tapi mereka tidak melakukannya, dengan modal insan yang bijak, tanpa modal komoditi negara pun kita boleh takluk dunia.

Isnin, 25 Februari 2008

Perhimpunan Haram pukul 1 hari ini

Sehari selepas penamaan calon, dijangkakan akan ada perhimpunan haram (tanpa permit) oleh kakitangan kerajaan, tepat pada pukul 1 tengah hari hari ini, di Stesyen-stesyen Minyak yang ada ATM.

Motif perhimpunan masih belum dapat diketahui.

Jenaka Hari Isnin

Jumaat, 22 Februari 2008

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu.

Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat.

Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari"
.

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?


Isu Kenaikan Harga barang

Banyak kali kerajaan BN cuba menberi "penjelasan" tentang isu kenaikan harga barang, saya tahu memang ramai pembangkang yang tak faham konsep mekanisme pengawalan harga, saya akui, kalau mengikut sistem sedia ada, memang sukar untuk mengawal harga. Akan tetapi Rakyat hanya mahukan hasilnya, hasilnya mestilah harga yang mampu dibeli oleh rakyat.

Maka dicadangkan "Penjelasan" untuk memaksa rakyat memahami "Isu kenaikan harga barang". Memang kerajaan membayar "subsidi" untuk mengurangkan harga barang, akan tetapi punca kenaikan tidak ditangani.

Bersungguh2 mereka cuba menerangkan mekanisme pengawalan harga, perbandingan harga dengan negara jiran, seolah2 itulah yang terbaik.

Maka bila dibandingkan harga barangan dalam ringgit yang lemah, dengan barangan didalam matawang asing dinegara lain, memanglah barangan kita kelihatan lebih murah, akan tetapi dari sudut pendapatan perkapita, rakyat Malaysia jauh lebih rendah.

Oh tunggu, "Pendapatan perkapita" dan "Nilai Matawang" tidak dimasukkan dalam buku kecil "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang".
Nanti akan akan dilabel sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan kenapa Paklah lambat lepaskan tambatan ringgit yang menjadi faktor kenaikan harga barang, nanti anda akan dikira sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang"

Dalam mukasurat 11, buku tersebut...

Walaupun Malaysia merupakan pengeluarkan utama minyak sawit mentah dunia, komoditi tersebut diniagakan dalam US Dollar dan penentuan harga bergantung kepada keadaan pasaran antara bangsa.
Jangan dipersoalkan kenapa sebahagian dari minyak sawit tidak boleh diniagakan pada pasaran tempatan mengikut mekanisme penentuan harga tempatan. Nanti anda akan dikira "Tak Memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan ketuanan US Dollar, nanti anda akan dikira "Tak Memahami Isu Kenaikan Harga Barang".


Sudah banyak kadi saya tulis, tentang faktor matawang menjadi faktor kenaikan harga barang, Bagi saya, nilai sebenar ringgit ialah 1USD = RM 2.30 dan bukannya RM 3.20 seperti hari ini.

Maka, sila lihat sendiri berapa harga barangan negara kita berbanding negara jiran.

Perkara yang anda perlu lakukan ialah pergi ke bilik gerakan BN berdekatan, dapatkan buku, "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang" dan baca dan fahamkan, tapi jangan faham setakat apa yang mereka mahu anda faham. Anda kena kira..

Andaikata nilai ringgit ialah 1USD = RM 2.30, (iaitu kenaikan ringgit adalah 40%)

buka halaman 19, perbandingan harga barangan Malaysia dengan negara Jiran.
Sekiranya Ringgit meningkat 40%, maka:-
(darabkan harga dalam USD dengan 1.4)
  • Harga LPG kita adalah 0.72 USD/KG lebih kurang Kuawit 0.79 USD/KG
  • Harga tepung gandum menjadi 0.58USD/KG, sudah menghampiri Harga Indonesia
  • Harga gula menjadi 0.63USD/KG, sudah lebih mahal pula dari Thailand yang 0.57USD/KG
  • Harga Ayam, menjadi 7.79 USD/KG, sudah lebih mahal dari Singapura.

Saya tak nafikan Akta kawalan bekalan telah banyak membantu menstabilkan harga, akan tetapi apabila matawang ringgit rendah, terlalu banyak "subsidi di_atas_kertas" diberikan, sehingga sistem makanisme penentuan harga dan kawalan bekalan menjadi kelangkabut.

Puncanya perlu diatasi iaitu Nilai matawang. Selain itu mekanisme penentuan harga perlu dirombak, yang penting sekali olahkan ia supaya rakyat mampu dan bekalan mencukupi. Jangan persoalkan berapa banyak subsidi_diatas_kertas dibayar oleh kerajaan kerana ia hanya di atas kertas.

Akan tetapi jika persoalan matawang dimasukkan ke dalam isu itu, maka siapa yang faham lebih akan menjadi "Tidak memahami Isu kenaikan harga barang".

Janganlah suruh rakyat memahami juga "penjelasan" tentang isu harga barang yang begitu teknikal bagi orang kampung akan tetapi setakat "x" sahaja. (x ialah ruang lingkup pemikiran rakyat, tak boleh tahu lebih-lebih).

Rakyat hanya mahukan hasil (harga barang murah, dan bekalan cukup). persetankan mekanisme penentuanharga, akta kawalan bekalan, ianya bukanlah sesuatu yang semua rakyat perlu tahu dan faham.

Google+ Hasbullah Pit