test

Khamis, 31 Januari 2008

Malaysia masuk Slashdot, Isu datacenter google

Hari ini, Malaysia masuk slashdot, kerana isu " Negara asia berebut google ".

Walaupun Malaysia kini bukan negara yang kompetitif untuk merebut pelaburan, akan tetapi apa salahnya kita lobi lebih sikit. Kerajaan yang agak bermasalah,

Jadi, Mari kita serang slashdot.!!!!
Lobi lebih sikit

Hatiku meronta

Entah mengapa, hatiku ini seolah-olah meronta-ronta untuk pergi ke pengkebumian Datuk Ishak Baharom, esok pagi.

Entah mengapa saya merasakan saya perlu hadir disitu.

Keputusan akan dibuat awal pagi esok.

Isnin, 28 Januari 2008

Tentera Rom Siti Nurhaliza

Semalam saya menonton seketika Anugerah Juara Lagu ke-n (n 0 Integer yang saya lupa).

Saya amat terpesona dengan Kreomatografi lagu Destinasi Cinta nyanyi Siti Nurhaliza. Walaupun saya mempunyai Album Transkripsi Siti Nurhaliza, namun itu bukan lagu yang saya suka dengar, tidak tahu pun itu popular. Kufikir ia hanya pelengkap album sahaja.

Mari kita lihat video ini:-
(bukan akaun youtube saya)


Tertarik sungguh saya akan tariannya dan muziknya. Seakan ada unsur "perang", Ada beberapa panji ala Cina berwarna hijau, mengepung penari yang berpakaian seperti tentera Rom. Terus saya teringat kisah lama bagaimana Islam menumbangkan Rom pada peperangan Yarmuk, walaupun bilangan tentera Rom 5 kali ganda. Ketika dalam masih peperangan Komander tentera Khalid al-Walid diturunkan pangkat, Namun dia tetap berjuang kerana katanya "Aku Berjuang Bukan Untuk Umar".

Berbalik kepada Tentera Rom Siti Nurhaliza, ia kelihatan cuba bergerak, namun tak bergerak. Walaupun berpusing-pusing, Akhir sekali, Panji Cina berwarna Hijau ala Bendera PAS berkibar semula.


Apakah tafsiran bagi tarian sebegitu?
mungkin ...

"Dengan sokongan orang cina terhadap Islam, Tentera Rom pun dapat dikalahkan".

atau

"Tak mustahil Parti yang kelihatan kuat seperti tentera rom untuk dikalahkan"

atau

"PAS memerlukan lebih ramai cina islam (bukan setakan sokongan cina bukan islam) untuk menjatuhkan Parti yang kelihatan kuat seperti Tentera Rom"

atau

"Tentera Rom yang kalah ketika perang Yarmuk kini menutup aurat"

atau

"Tentera Rom Siti Nurhaliza asalnya tidak menutup aurat, akan tetapi melihat akan tindakan melampau terhadap Faizal Tahir, maka tentera Rom itu tutup aurat"

Saya pun tak tahu apa mesej yang hendak disampaikan oleh tarian tentera rom siti Nurhaliza itu, mungkin anda pun boleh reka sendiri tafsirannya.

Dan mungkin tentera rom itu sebenarnya bukan tentera rom, tetapi orang scotland yang memakai kilt seperti IDa, tetapi tak jumpa kain petak-petak.
Maka dililitkan kain seperti "pangkah" pada bendera scotland supaya kelihatan seperti orang scott.

Eh, ada pangkah?
Ada bendera Hijau?

oooo mungkin Siti Nurhaliza maksudkan ialah "Undilah PAS"

Jumaat, 25 Januari 2008

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu.

Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini.

Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar.

Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar?
Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah?
Sudahkah dia menaiki bas sekolah?
Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap?

Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz?
Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah?

Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok?
Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju
"Bas datang kau naik"
"Bas datang kau naik"

Pernahkah dia menjadi ketua murid?

Sungguh banyak pengalaman yang boleh diperolehi ketika disekolah, atau zaman kanak-kanak yang tidak dapat dikecapi Adi Putra jika terus ke A Lavel dan terus ke university.

Pengalaman solat hajat untuk UPSR sudah pasti tiada kalau tidak duduki UPSR, debaran peperiksaan, perasaan ketika dapat keputusan UPSR. semuanya hilang.

Jika di mengambil A level, dan meneruskan ijazah, dia hanya jadi pemenang ijazah yang muda sahaja. Tiada beza dengan graduan menganggur yang lain melainkan dia muda.

Saya amat sedih melihat Adi Putra yang akan kehilangan banyak pengalaman.
Dimana sepatutnya, dengan kecerdikan dia, dia sepatutnya mempunyai banyak pengalaman berguna. Tidak dinafikan, pengalaman berpindah randah sekolah juga pengalaman berguna.

Saya masih ingat lagi tahun lepas ketika anak saya, Hamzah belum lahir, mengikut teknologi sekarang, dia boleh dikhatankan ketika baru lahir, akan tetapi bila mengenangkan bahawa dia akan ketiadaan pengalaman berkhatan, maka dia tidak dikhatankan ketika baru lahir.

Banyak perkara yang boleh dialami oleh kanak-kanak ketika kecil yang sedikit sebanyak membantu kanak-kanak itu untuk hidup.

Bagi saya, Adi Putra sepatutnya bersekolah biasa, tanpa rasa dirinya terlalu pandai supaya boleh bergaul dengan kawan-kawan sebaya.

Untuk mengatasi limpahan kecerdikannya itu, ada seribu satu cara dia boleh gunakan untuk berinovasi.

Banyak bidang ilmu diluar sukatan yang Adi Putra boleh ceburi. Mengapa mesti diajar terlalu banyak perkara "dalam sukatan" hanya sekadar untuk cepat habis sukatan?

Ketika saya berumur 33 tahun ini pun masih terlalu banyak perkara untuk dikaji, tetapi tidak cukup masa. Tanyalah kepada MyPapit, adakah dia cukup masa untuk menkaji apa yang hendak dikaji atas dasar hobi?

Negara maju banyak melahirkan teknologi atau inovasi baru di rumah. Di mana rumah mereka mempunyai garaj yang boleh digunakan untuk pengodekan (hacking).

Tidak semestinya dalam bidang komputer, bidang elektronik juga menarik. Zaman sekarang, elektronik dan komputer tidak boleh dipisahkan.

Bayangkan kalau Adi Putra disediakan dengan Komputer pelbagai OS, peranti robotik untuk dia bermain? macam-macam boleh buat, hack PSP, hack PS3 hack Sony Ericsson. Flash itu, flash ini, buat Permainan Java MIDP sendiri untuk kawan sebaya, atau hadiah kepada guru sempena hari guru. Sambung wayar sini, sambung sana.

Kalau Adi Putra taksub dengan matematik, Adi Putra boleh buat perisian matematik, secara subversif, dirumah. jangan lupa GPLkannya ya :)
samada berasaskan web, atau sebagai module gcompris, berasaskan GTK ?
semua boleh buat. Tak suka komputer? boleh buat untuk PSP, telefon bimbit, Symbian.


Kalau Adi Putra nak tengok bagaimana nak tanam pokok naga, Adi Putra boleh belajar dari Abang Acai.

Dalam bidang robotik juga menarik, zaman sekarang robot boleh main bola. Robot yang boleh diprogramkan kini tak sampai RM 300 di Melaka. Walaupun robot itu tidak boleh diprogramkan menggunakan komputer, tidak semestinya kita dah boleh guna Irda pada Linux untuk memprogramkannya. Tak mustahil.

Kalau tak suka roboh infra merah, boleh buat robot bluetooth.

Rabu, 23 Januari 2008

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina.]

Tak Restu 13 Mei Berulang

- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau

Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.

Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.

Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.

Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.

Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.

Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:

Pengaruh tidak wajar

9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.

Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.

Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.

Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.

Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Faizal Tahir yang tidak melawan

Dalam minggu lepas, kecoh tentang berita Faizal tahir yang membuka baju secara langsung dalam persembahan di Saluran 8TV, maka secepat kilat dia dicemuh satu negara. Akibat tindakan yan memalukan itu, dia dikenakan tindakan yang AGAK keras oleh pelbagai pihak.



Kalau dari sudut hukum, dia hanya mendedahkan kurang dari 20% daripada auratnya, dan dikenakan tidakan sebegitu, namun ramai juga yang mendedahkan lebih dari 80% auratnya tidak dikenakan tindakan.

Siapa Faizal Tahir untuk melawan? dia hanya artis melayu biasa, dan dunia sudah maklum artis melayu sering diperkotak katikkan oleh pihak yang lebih besar. Dia bukan Anwar Ibrahim atau Suwandi.


Disebabkan tindakan dia amat "memalukan", bukannya berdasarkan berapa banyak aurat yang didedahkan, Maka dia dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang rimba.

Ramai ahli sukan yang membuka baju selepas perlawanan, sehingga bertukar aju dengan pasukan lawan, tidak dikenakan tindakan, kerana ia tidak "memalukan".

Ramai perenang membuka baju sebelum berenang, tidak dikenakan tindakan kerana ianya tidak "memalukan".

Jadi oleh kerana ianya "memalukan", dan jenis manusia yang tidak melawan, makan mudah sahaja Faizal Tahir dikenakan tindakan, mengikut sesuka hati @ undang-undang rimba.

Saya tertanya juga, atas akta apakah dia dikenakan tindakan?
Adakah dia dibicarakan, adakah dia diberi peluang bela diri?

Adakah perkara sebegini boleh dilakukan terhadap artis bukan melayu?
Pasti ramai yang akan bangkit dan "melawan".

Jadi, oleh itu diharap janganlah ditiru tindakan Faizal Tahir jika anda jenis tak melawan.

Artis lain, boleh cuba buka baju, tapi tutup pusat, lihat apa tindakan SKMM.

Isnin, 21 Januari 2008

Video Demonstrasi Silat Cekak Malaysia

Demonstrasi Persatuan Silat Cekak Malaysia di Stesyen Minyak PETRONAS Ayer Molek pada 20 Januari 2008 sempena Program Mesra bersama pelanggan

Google+ Hasbullah Pit