test

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kenapa Saya tak pajak Pamp 100g?

Ramai pula yang minta untuk tulis pasal emas, jadi saya tulislah sedikit dulu.

Mengapa saya tak pajak Pamp 100g.
Sepatutnya saya yang tanya orang lain, kenapa nak pajap Pamp 100g?
Pamp 100g adalah bentuk emas paling cair liquid.
Jadi kalau ada Pamp 100g, boleh cepat2 cairkan, atau boleh jual dalam bentuk asal.

Kalau nak pajak pun sebenarnya boleh, tapi kalau ikut gaya saya, pajak emas yang kurang cair dulu, sebab pamp boleh cair terus.

Maka emas yang sesuai dipajak ialah emas yang tidak cair, atau lambat cair.
Emas yang ada nilai sentimental atau emas yang lambat laku.

Contoh:
Emas yang mula-mula kita beli.
Emas yang A Samad Said jual
Emas yang orang infak untuk buat tahfiz, kemudian kita bida dan menang.
Emas terpakai yang cun, nak lebur sayang pula.
Emas yang kurang permintaan buat masa ini, tetapi nanti ramai cari.
Emas pusaka.
Emas yang orang kasi hadiah menang peraduan, atau hadiah kerja lama.
Emas yang Neelofa kasi. (jika ada hehe)


Jadi Pamp 100g adalah tidak perlu untuk dipajak.
Melainkan anda hanya ada seketul Pamp 100g itu dan tak ada emas lain.
Itu pun kalau boleh pajak dengan kawan-kawan sahaja.

Tapi kalau kawan-kawan boleh pinjamkan 10k tanpa cagaran Pamp, itulah kawan anda yang sebenar.








Rabu, 29 Oktober 2014

Keadilan untuk Saiful Bukhari

Keadilan untuk Saiful Bukhari
Keadilan untuk Anwar Ibrahim
Keadilan untuk yang menuduh pil kuda
Keadilan untuk yang dituduh pil kuda
(aku pun tak sebut nama juga)
Keadilan untuk Makcik Wahidah

Keadilan memang untuk semua orang,
bukan hanya untuk yang popular atau berjawatan tinggi.

Jadi kalau nak bawa sepanduk "Keadilan Untuk Saiful Bukhari" itu tak payahlah sorok-sorok mula.
memang itu benda betul.


Mahkamah memang untuk orang mendapatkan keadilan.
Tapi zaman sekarang pelik, bila gaduh-gaduh , "bawa naik court" itu sudah perkara negatif.

Walhal itu sepatutnya 1 kaedah mendapatkan keadilan.

Cuma, ada usaha nak merosakkan sistem kehakiman. Yang itu kita perlu tolak.



Selasa, 28 Oktober 2014

Yang Rempuh Pagar itu Tahu Tak Anwar Sokong GST?

Amboi bukan main, nak pidato sampai rempuh-rempuh pagar.

Siap ada dalam jadual pidato, "bergerak daripada pintu pagar".
UM pun satu, dok layan-layan. Kalau dibiarkan sahaja Anwar berpidato, entah-entah tiada apa berlaku.
Dapatlah juga si Anwar Ibrahim itu, buat aksi ala-ala dapat sokongan ramai, siap ada 'resistance' sikit.

Tetapi masa nak bantah GST, tak ada pula aksi rempuh2.

Oh ya... baca sikit...


Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, adalah Mahasiswa yang rempuh pagar itu sedar Anwar ini penyokong GST?

Tak terfikirkah tatkala rakyat perlu tolak GST, kita dilekakan dengan Langkah Kajang dan sinetron MB Selangor? (mana popcorn)

Tetapi apabila nak mengimbau kembali zaman muda di UM, konon-konon pejuang revolusionis, boleh pula bantu buat aksi "memperjuangkan demokrasi".

Kalau pemimpin mahasiswa tak boleh berucap, lainlah.

GST berlaku sekali dalam 500 tahun.










Ahad, 26 Oktober 2014

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah. Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu.

Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi.

Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga.
Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara.
Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi.

Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah.
Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri.

Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998.
Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis.

Bebaskan... Bebaskan...

Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak.
Banyak lubang, banyak tampal.

Tampal guna subsidi, berlubang balik kena seludup, kemudian tampal guna nano lah, guna surat kuasa lah. pendek cerita tampal lubang, tampal lubang. Kos nak tampal lubang pun tinggi juga.

Jadi perlu bebaskan harga minyak.
bebaskan... bebaskan..

Ketakutan hapus subsidi yang terpendam, perlu dilepaskan.

Berdiri Megah, mulakan yang baru.







Menyokong Kawalan Harga ikut Kepentingan

Dalam dunia yang dipenuhi oleh agak ramai penyokong kawalan harga. Adakah mereka benar2 sokong kawalan harga atau mereka sokong ikut kepentingan?

Bila dia hanya beli sesuatu barang A, maka kalau boleh dia nak kerajaan kawal barang yang dia selalu beli itu supaya tak naik-naik.

Nasib penanam sayur siapa peduli?

Tetapi apabila dalam posisi menjual barang B, maka dia nak kerajaan kawal supaya harga tidak jatuh.

Dalam situasi peruncitan pula, ada peniaga yang membentuk persatuan sebab nak kawal harga, mereka pakat ramai-ramai membentuk kartel supaya pembeli nampak harga seragam yang tinggi, tetapi apabila seragam maka sudah tak nampak mereka jual mahal.



Akan tetapi semasa beli daripada pembekal, mereka tidak pula nak berpakat supaya sama harga, nak murah semurah mungkin.

Dalam situasi ibubapa dan pengusaha bas sekolah. Ibu bapa minta tambang dikawal supaya murah, pengusaha pula mengeluh minta harga yang dikawal itu naik sedikit. Pengawal harga pening kepala dan nak lepaskan kawalan.



Kawalan harga oleh manusia memang tak sempurna, pasti ada pihak yang teraniaya.

Jadi fikir-fikirkanlah kalau anda jenis penyokong kawalan harga yang berkepentingan.
Ada pihak yang teraniaya...


Jumaat, 24 Oktober 2014

Budaya menunjuk "Bosan ahh" di Media Sosial

Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs.

Tidak ada tempat khas untuk tulis status.

Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas.
Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga.

Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial.

Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh".

Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan.
Hairan juga.

Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang.
Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang.

Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca.

Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet.

Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca.
Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang.

Tetapi untuk rasa bosan sampai tak tau nak buat apa, adalah 1 perkara mustahil bagi saya.

Belum masuk lagi buku-buku yang dibeli tetapi belum baca, kandungan wikipedia yang saban hari makin banyak.

Kepada adik-adik, tak payahlah tunjukkan kebosanandi Internet, ianya hanya sekadar menunjukkan kelemahan diri.

Ada pula saya pernah nampak dulu, dia tulis "bosan ahhh, ada kerja kosong tak?"

Agaknya majikan nak ambil dia bekerja tak?

Sebenarnya, kita tak boleh rasa bosan, sebab waktu perlu diisi, walaupun ketika tunggu bas, tak tau buat apa, anda boleh berzikir.

Sebuah kereta lalu, subhanallah.
Sebuah motorsikal lalu, subhanallah.

Bayangkan berapa banyak markah dapat.







Khamis, 23 Oktober 2014

Profil Google+ atau Profil Blogger?

Hari ini ada kepelikan berlaku, entah macam mana pofil untuk update emas, sudah jadi kepada profil blogger. Tapi masih ada opsyen untuk kembali ke Google+ .

Yang itu memang memerlukan profil sebagai google+ sebab nak orang turut follow di Google+.

Tapi untuk profil peribadi, kalau profil blogger rasanya lebih sesuai kalau kita selalu komen blog orang.
Kalau kita guna profil Google+ , orang tak jumpa blog kita. boleh jumpa tapi kena cari di ruangan "About".

Yang profil emas tu memang jarang untuk guna untuk komen blog orang, so biarlah dia Google+.

Pening juga nak putuskan mana satu OK,
Kalau di Profile Google+ saya ada terpampang pautan besar2 ke blog, mudahlah sedikit.

Cuma, kalau guna profil blogger, kena share secara manual setiap kali pos blog.




Google+ Hasbullah Pit