test

Rabu, 15 Oktober 2014

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.


Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat.

Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama.

Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya.

Konsert Metalicca, itu ini.
Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik.

Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular.
Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan.

Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu.

Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu.

Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah.
Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada.

Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat.

Selalunya, bila membicarakan masalah sosial melibatkan bukan islam, Ramai yang kata "Biarlah , itu untuk bukan Islam".

Tetapi saya bukan begitu, Saya ingin menyeru kepada semua orang supaya menolak budaya berparti.
Kerana ia memudaratkan, membuang masa dan merosakkan manusia.

Dalam pengetahuan saya, tak ada agama yang mewajibkan berparti.

Jadi alasan agama tidak boleh digunakan untuk membiarkan ianya berleluasa.

Agama-agama biasanya ada perayaan. Tetapi ianya tak semestinya dilakukan dalam bentuk berparti.


Isnin, 13 Oktober 2014

Menyelamatkan Jawatan Presiden PAS

Di Palestin, Matlamat utama gerakan islam adalah nak bebaskan Palestin, lawan Israel.

Di Malaysia agak pelik sikit, Dulunya fokus untuk melawan UMNO, tapi kini Gerakan Islam fokusnya ialah nak menyelamatkan jawatan Presiden.

Maka, seluruh sumber yang ada  digunakan untuk menyelamatkan jawatan presiden.

Masalah rakyat boleh dilupakan dahulu, sebab fokus utama ialah nak menyelamatkan jawatan presiden.

Jawatan Presiden tu penting.

Bayangkan kalau tak ada jawatan presiden, Organisasi dipimpian oleh Timbalan presiden.
Mana ada organisasi dipimpin timbalan.

Zaman Dr Burhanuddin dulu, tak perlu nak selamatkan jawatan presiden sebab jawatan presiden belum wujud. Yang ada YDP sahaja.





Akaun Facebook saya dah hidup semula

Akaun Facebook saya dah hidup semula.

Tergerak untuk cuba lagi sekali, maka saya cuba, dulu selepas capcha dia keluar ralat.
Tapi kini tak keluar ralat, tetapi dia minta verify muka orang.

Masalahnya orang suka tag nama orang pada poster dan sebagainya, jadi agak mencabar.
Mujur ada gambar Yuzi, Farizal, dan Dani yang boleh saya kenal pasti.

Maka hiduplah balik Facebook saya.

Tapi saya belum pos apa-apa lagi, sebab pos ke Facebook menyebabkan candu pada Facebook.
Jadi saya tulis bloglah.

Dapatlah baca sikit-sikit, approve sikit posting "Warga Merlimau".

Dan, terus bayar hutang.





Selepas bercerai dengan Facebook Ads, dulu saya ada iklan sikit, yang itu belum bayar.
Nak bayar tak boleh log in.

Apa yang menarik dalam Facebook?
Ada macam-macam, tetapi itu semua mengganggu masa kita.

Kalau kita komen nanti dia berjangkit.

Kalau kita pos, kejap-kejap nak check siapa sudah like.

Jadi saya kena kawal diri saya baik-baik supaya tak buang masa sangat dengan facebook.
Kalau sudah baca penulisan saya dulu,

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Maka, saya perlu urus betul-betul.

Selama saya diluar Facebook, banyak maklumat saya dapat, sebab tak leka dengan posting-posting orang, atau posting popular yang buang masa.

Risau juga, masa produktif tanpa Facebook ini berakhir.

Jadi, saya akan senaraikan profil-profil penulis pos di Facebook yang saya suka, supaya saya hanya perlu guna masa beberapa minit sahaja sehari untuk Facebook.


Semasa ketiadaan Akaun Facebook saya itu, akaun facebook saya yang sudah lupa password pula "naik" di Google Search. Harap lepas ini Google turunkan yang itu. Gantikan dengan yang sebenar

Facebook Hasbullah Bin Pit





p/s: Saya adaletak ikon ini , kalau-kalau blogger nak follow blog ini.




Sabtu, 11 Oktober 2014

Dum Dam Dum Dam Harga Getah , Najib fikirNak kawal sahaja

Saya terjumpa 1 komen menarik tentang getah.





Komen itu daripada artikel Sinar Harian.
Bajet 2015 beri sinar baharu buat penoreh getah
Macam biasalah, Najib yang kemaruk kawalan harga akan kasi penyelesaian ala-ala kawalan harga juga. Ada yang nak kawal kasi rendah, ada nak kawal kasi tinggi.

Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.


Masalah harga getah ini, satu masalah yang pelik. Di mana seolah-olah tidak wujud demand supply tehadap getah. Entah mana silapnya.

Jadi, idea yang terlintas bagi kebanyakan orang adalah "kawalan harga" , "nak kerajaan naikkan" , atau subsidi.

Pelik juga mekanisme Najib, kalau benar ianya dipinjamkan pada koperasi dan berharap akan beli getah harga tinggi drpd penoreh. 

Kalau stok sudah banyak, koperasi nak jual kemana? atas harga mana satu?
Mungkin koperasi itu besar sehingga boleh demand harga tinggi dari kilang.

Apa yang saya perhatikan dari dulu, cuba juga mencari idea untuk penoreh getah. Yang nampak adalah penoreh getah seolah-oleh tidak wujud dalam demand supply harga getah.

Penoreh akan terus menoreh walaupun tak dapat banyak pendapatan. Kalau tak menoreh, terus tak dapat.
Penoreh tiada keupayaan untuk, toreh dan simpan dulu dan cari harga tinggi.

Jadi ada loop hole di situ.
Kilang tahu, bekalan sentiasa ada.

Selalu juga dengar "Kilang Getah" tapi saya tak tahu mana satu yang dimaksudkan dengan kilang getah. Ada 1 sahaja atau ada banyak?

Atau ada banyak kilang yang membentuk kartel?

Jadi apa penyelesaiannya? 
Penyelesaianya saya pun tak tau, tetapi halu tuju adalah jelas, mewujudkan kuasa demand supply pada penoreh getah.

Mungkin perlu ada bursa getah tempatan, yang mana penoreh sendiri boleh ask price di bursa tersebut. Zaman Android ini, lebih mudah dilaksanakan.
Hairan juga, getah banyak di Malaysia, tetapi Bursa yang ada di Jepun.








Jumaat, 10 Oktober 2014

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh,

Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax?



Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat.

Tak habis habis terikut ikut Rafizi.
Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi.
Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang?


Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat.
CGT pun tiru barat juga.

Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai"

Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST.

Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali.

Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook.

Nanti ada masa saya tulis semula.



Berbelas tahun dengan Extreme Tracking

Saya sebenarnya memang lambat untuk guna Google Analytic.

Sebabnya, kalau tak salah, sejak 1999 sudah guna extreme tracking, dulunya "extreme-dm".

Memang mudah nak tengok.

Akan tetapi bila zaman mobile tiba, saya agak pelik kenapa pelawat tak ramai, rupanya kalau buat set mobile untuk blogger, tag extreme tracking tak kelihatan.

Maka saya gunalah Google Analytic. Itu pun agak terkial-kial.
Memang maklumat yang Google Analytic beri tu bagus, cuma saya sudah terlalu lama dengan exreme-tracking.com, sudah sebati dengan sel otak.

Jadi laman blog ini masih menggunakan mod berasingan untuk mobile dan web, jadi data yang Extreme Tracking kasi itu memang salah.  Boleh tunjuk versi web sahaja.

Nak dijadikan cerita, saya melakukan "Langkah Sevida", iaitu menukar template yang responsif pada laman blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau.  Maka bolehlah digunakan sekali dengan tag extreme-tracking itu.

Gembira sungguh, penuh gambar Android di ruangan OS.




Belum siap lagi migrasi, sebab tertulis posting blog ini.


Rasanya blog yang ni pun nak buat responsif juga lah. Nanti fikir apa nama "Langkah"


Selasa, 7 Oktober 2014

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga.
Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN.

BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah.

Walhal, rompakan terus berlaku.

Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu.

Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks.

Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan.
Maka berbalahlah penyokong kawalan harga.
Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak.
Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN.

Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita?
Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie', 'kuat main handphone' ini?

Tahukah anda setiap mengembangan matawang ringgit akan menjatuhkan ringgit itu sendiri?
Swipe kad kredit untuk membohongi rakyat kononya harga minyak rendah, akan menyebabkan harga barang tetap naik. naik naik naik.

Bukan sebab harga minyak naik baru barang naik.
Penyokong Rafizi boleh hadam teori Rafizi kononnya harga barang boleh turun bila harga minyak turun.
Hadam sekalilah teori Langkah Kajang.

Kita sebagai rakyat, kena faham, bahawa wang kertas tak boleh dicetak sesuka hati, tambah hutang negara banyak2, tetapi kesannya kena pada generasi akan datang. Ini dinamakan rompakan oleh 'generasi kuat selfie' terhadap anak cucu kita.


Tetapi Pakatan Rakyat pun nak sama sokong pembohongan harga ini.
Apa nak buat.

Jadi saya seru pada semua rakyat jelata, supaya bergerak bebaskan harga minyak. Bebaskan harga apa-apa pun.

Supaya kita tidak ditipu oleh membohongan harga yang dibuat oleh BN disokong oleh Pakatan Rakyat.







Google+ Hasbullah Pit