test

Ahad, 17 Ogos 2014

Tutorial supaya posting di Ummaland masuk ke Facebook

Khamis, 14 Ogos 2014

Apa itu RTFM : berkaitan Tan Sri Khalid Ibrahim , Syura PAS

Ramai yang tanya, apa itu budaya RTFM, maka saya terangkanlah sedikit.

Budaya RTFM ini biasa wujud dalam dunia IT, Berlaku biasanya bila ada orang tanya soalan, tukang jawap akan suruh baca sahaja.

"Macam mana nak buat sekian2?"

"rtfm"

Disuruhnya orang itu baca tanpa menjawap sedikit.
Adalah tidak diketahui samada yang suruh baca itu, tahu untuk menjawap, atau memang tidak tahu, tetapi pura2 tahu dengan suruh orang baca.

Budaya sebegini tidak berapa cantik, sebab tidak memupuk budaya ilmu.


Kita ambil contoh lain, bayangkan seseorang tanya tentang perlembagaan persekutuan daripada seorang peguam. Kemudian peguam itu terus suruh dia baca perlembagaan persekutuan.

Mana orang biasa boleh faham bahasa perundangan? Mereka memerlukan penafsiran.  Atau mungkin wujud grey area, sebagai contoh fasal 11 konflik dengan fasal 30.

Maka peguam yang suruh baca itu telah melakukan budaya RTFM.


Ambil contoh lain, seseorang bertanyakan soalan berikut.

Keputusan Majlis Syura dibuat sebelum Khalid Ibrahim dipecat PKR.
Adakah keputusan itu itu masih valid lagi atau ada yang baru?

 Maka dijawapnya

Baca buku perlembagaan perlembagaan tentng kuasa majlis syura dan jawatan kuasa pusat.

 Soalan menunjukkan ada berlakunya perubahan keadaan dimana, keadaan adalah tidak sama.

  • Kedaaan di mana TSKI masih lagi Ahli PKR.
  • Keadaan di mana TSKI sudah dipecat sebagai Ahli PKR
  • Keadaan di mana TSKI telah memecat Exco.

Jika mesyuarat berlaku pada keadaan berbeza, mungkin keputusan juga berbeza.
Jadi soalan saya adalah "Adakah keputusan itu itu masih valid lagi atau ada yang baru?"

Saya pun tak faham bagaimana boleh disuruh RTFM sahaja buku perlembagaan, sedangkan perlembagaan tidak menulis tentang apa yang perlu dilakukan jika ada grey area.


Fasal 6 : perkara 3 Kewajipan-kewajipan ahli:

a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.

Keadaan berubah terlalu cepat, sehingga kita kena kejar supaya sync dengan keputusan pimpinan.
Maka saya tanyalah "ada yang baru"? supaya kita boleh sync semula.

Kalau kita lihat sejarah lama, pakaian menyerupai penjajah adalah diharamkan oleh ulama silam, tetapi keadaan berubah. Kita semua sudah perkaian barat, keadaan berubah, ianya sudah tidak valid.

Tapi kalau kita nak pakai baju tanpa kolar penjajah atas sebab silam dan sebab pemilihan sendiri, tiada salahnya.

Begitu juga apabila wang kertas mula2 diperkenalkan, ianya tidak diterima sebagai pembayaran zakat sebab, tetapi zaman berubah, kertas pula diterima, emas pula tak diterima.










Budaya RTFM dalam PAS


Soalan:

Keputusan Majlis Syura dibuat sebelum Khalid Ibrahim dipecat PKR.
Adakah keputusan itu itu masih valid lagi atau ada yang baru?

Jawapan diterima:
Baca buku perlembagaan perlembagaan tentng kuasa majlis syura dan jawatan kuasa pusat.


kalau soalan ialah 

"
Keputusan Majlis Syura dibuat sebelum Khalid Ibrahim mati tercekik biji durian.
Adakah keputusan itu itu masih valid lagi atau ada yang baru"


Jawapan yang diterima mungkin sama...

Baca buku perlembagaan perlembagaan tentng kuasa majlis syura dan jawatan kuasa pusat.

Isnin, 11 Ogos 2014

Ahad, 10 Ogos 2014

Sawda Frozen





via IFTTT

Sabtu, 9 Ogos 2014

Mari Boikot intel , AMDcepatpanasisme sesat?

Sekarang musim boikot McD , ok saya faham, ianya simbolik terhadap serangan israel terhadap Gaza.
Kesan terhadap israel dari sudut ekonomi memang sedikit, tapi boikot juga sebab simbolik.
Yang untung ialah peniaga burger tepi jalan. Dapat jualan tinggi sedikit. Bantu peniaga kecil sebelum melonjak jadi peniaga besar.


Yang sering dilupakan ialah boikot intel.
intel sudah meresap jauh ke hampir semua komputer di Malaysia.
Biasanya yang mahir komputer sahaja yang berani memilih untuk menolak intel.

Pak Ali, Mak Minah, kalau ke kedai komputer biasanya akan dicadangkan untuk beli intel daripada pekedai.

Kalau dia rujuk "pakar IT" berdekatan, pun kebanyakannya akan suruh intel.

Tapi kalau rujuk pemberontak IT seperti saya dan kawan-kawan lain, mungkin ada yang cadangkan AMD.

Untuk komputer peribadi , dalam 10tahun kebelakangan, sudah beli 4 biji AMD
  • Athlon XP
  • AthlonII X2 
  • A4
  • A6

Intel pun ada terbeli juga, tapi kebanyakkannya 2nd .

Adakalanya memang kita tiada kuasa untuk memilih, contohnya bila kita panggil orang CCTV, dia biasanya guna intel.

Jadi yang mana yang kita boleh pilih sendiri, maka bolehlah kita pilih bukan Intel.

Ada orang kata AMD pun bukan baik sangat.
Tak mengapa, sebab ianya simbolik juga.

Kalau tak mampu boikot 100% intel, diversify sedikit pun sudah OK.

Tidak adalah terlalu bergantung pada intel.

Zaman dulu, memang harga AMD dengan intel lebih kurang, tapi zaman sekarang sudah jauh beza.
Harga Komputer jenama sama , sebagai contoh Acer,
yang AMD A6 1.3k tetapi yang Intel i3 sudah lebih RM 600.
Sudah upgrade AMD A6 punya  RAM jadi 12Gb pun tak boleh lawan harga i3 itu.


Jadi kalau tak mampu nak tolak intel sebab Israel, boleh juga tolak intel sebab mahal.

Suatu ketika dulu, ada 1 organisasi pro Islam, nak beli laptop, sekali beli 7 biji intel.
Aku pun garu kepala juga...
Aku pun sampai sekarang masih lagi pelik kenapa dia pilih intel.

Ada mitos berkeliaran dalam pasaran komputer, iaitu fahaman AMDcepatpanasisme.
Walaupun zaman sudah berubah, namun fahaman AMDcepatpanasisme masih lagi kukuh.




Jumaat, 8 Ogos 2014

Ujian post gambar dari phone

Kalau nak beli .. hangout saya

Google+ Hasbullah Pit