test

Khamis, 7 Ogos 2014

Petua Google+ : Cara autobackup gambar terus ke Page G+

Tips Page Google+
---
Biasanya kalau anda buat page, anda login guna akaun sendiri kemudian anda masuk ke page.

Autobackup pada telefon akan  masuk ke ke akaun anda, jadi susah sedikit untuk share kalau begitu.

Jadi anda boleh buatkan login khas untuk page anda.

Log masuk ke Google My Business dan pilih halaman yang nak diurus
.
Klik ikon Gear  "Edit" dan pilih Settings.
Cari "Third-party tools" dan tetapkan katalaluan.

Jadi boleh terus set login yang diberi dengan katalaluan baru itu sebaai tetapan autobackup/autosandar di telefon/kamera anda.




Your page's username is:
blablablablablabla@pages.plusgoogle.com

Isnin, 4 Ogos 2014

Alumni OKT Himpunan aman mansuh ISA.

Ini kak Laila punya posting FB

Ahad, 3 Ogos 2014

Ucapan selamat Hari Raya pada kawan-kawan di Tanah Air





via IFTTT

Jumaat, 1 Ogos 2014

Siapa yang belum mahir beraya boleh belajar cara beraya.


Khamis, 31 Julai 2014

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat boleh dilihat daripada beberapa sudut.

1. Kandungannya,
dimana saya tidak mahu ulas, sebab ianya hanya "senario"

2. Mediumnya.

Maka semua orang tahu yang PAS pusat berbincang menggunakan Whatsapp Group.

Mungkin bagi anda ianya seolah-olah biasa, tetapi bagi saya ianya adalah 1perkara yang bahaya,  Apatah lagi apabila Facebook terguir untuk membeli Whatsapp sehingga USD 20 bilion.



Kalau alumni sekolah, atau "Geng Orang Tua Masuk Air" atau "Geng Badminton Tak takut bini" untuk berborak-borak santai.

Tetapi untuk organisasi yang mempunyai musuh,  melibatkan pimpinan tertinggi, maka ianya terlalu bahaya untuk menggunakan whatsapp group.

Apatah lagi Whatsapp itu sendiri medium yang diragukan, apabila Facebook telah pernah bekerjasama dengan NSA.

Zaman muda saya dulu, lebih 'merdeka' daripada zaman sekarang.
Untuk kumpulan yang tak seberapa, kami menggunakan Pelayan IRC sendiri untuk berbincang,
Pada masa yang sama, menggunakan mailing list sendiri.

Sezaman dengan HizbiNET dan MuslimatNET

Zaman kini sudah berubah, semua menjadi mudah.

Kuasa memilih untuk bergantung dengan luar atau tidak tetap ditangan kita.

Macam-macam protokol sudah ada. Kaedah pengenkripsian pun sudah macam macam.
HTTP biasa pun sudah digantikan dengan HTTPS.

Telnet sudah berkubur, diganti dengan SSH


Kembali pada topik asal, dimana berlakunya kebocoran maklumat, kali ini memang disebabkan manusia dalaman. Ianya boleh terjadi tanpa disebabkan manusia dalaman, tetapi boleh juga luaran.

Kalau guna kaedah selamat, pun sebenarnya boleh dibocorkan oleh orang dalaman.
Akan tetapi kena usaha juga untuk lebih selamat.

Untuk perbincangan dalaman, sebenarnya boleh buat pelayan XMPP sendiri, diurus sendiri.
Atau mungkin guna kaedah "mailing list" cara lama, tapi dipermudahkan sebab sekarang banyak  peranti mudahalih boleh baca emel.









Rabu, 30 Julai 2014

Mengadaptasi dunia baru TRRS Jack

Beberapa bulan kebelakangan saya ada ada terasa pelik akan dunia komputer dan telefon.

Kepelikan no 1 ialah bagaimana laptop terkini tiada lubang cucuk mic, sehinggakan saya terpaksa beli "sound card USB bodoh" hanya untuk cucuk mic.

Kepelikan lagi 1 ialah, apabila dikatakan Phone Samsung S3 boleh dicucuk mic, walhal lubang untuk earphone hanya satu.

Jadi mungkin zaman berubah daripada "streo minijack" , ada 3 belang kepada 4 belang.

Yang 4 belang itu dimanakan 'TRRS jack' , yang lama adalah TRS minijack.


Jadi TRRS boleh disekalikan dengan mic.
Tetapi kebiasaannya kita menggunakan mic yang asing dengan headphone.



Jadi kalau untuk kegunaan biasa, nak cucuk mic dan headphone dalam 1 lubang adalah mustahil, jadi mungkin perlukan splitter

contoh:




atau





atau




errr Siapa ada jual?



Google+ Hasbullah Pit