test

Selasa, 22 Julai 2014

Taqwa - Ustaz Hasri Hamdan

Ahad, 20 Julai 2014

Tazkirah Ustaz Saufi Daud

Tazkirah Ustaz Saufi Daud

Part 1:

Part 2:


Di Serkam darat

Cerita Ukraine makin kompleks

Saya cerita dulu Ukraine setakat yang saya tahu.

Ukraine adalah bekas jajahan Kesatuan Soviet, dimana bahasa kebanyakan penduduk adalah Ukraine.
Namun ada juga yang berbahasa Rusia.

Sebaai contoh: Sergei  Bubka seorang warga Ukraine yang berbahasa Rusia.


Lebih kurangnya sebegini:




Sebelum ini, Ukraine pernah diperintah boleh yang berbangsa Rusia, jadi mereka saya OK.
Akan tetapi bila pemimpin bangsa rusia dijatuhkan oleh undi tidak percaya, maka timbul krisis.

Antara kerisauan bangsa rusia adalah mereka takut dipaksa berbahasa Ukraine, akan tetapi tiada paksaan sebegitu.

Mungkin kerana dulu Soviet pernah paksa, jadi mereka risau Ukraine akan paksa mereka semula.

Beberapa bulan dulu, Rusia telah menjajah Crimea.
satu semenanjung, yang agak strategik banyak pengkalan tentera di situ.


Umpama Tentera Malaysia masuk ke Patani, orang Melayu situ buat apa nak lawan.


Tiada pertempuran berlaku,
Alih-alih Rusia buat referendum, kononnya rakyat Crimea

Macam suruhanjaya cobbold dulu, dialah SPR dialah yang bertanding, pasti dia menang.

Walaupun dunia mengutuk perkara sebegitu, tapi tiada apa yang besar berlaku.

Kononnya nak beri sekatan pada Rusia, tetapi, Rusia pula yang tutup saluran minyak ke Ukraine.

Cerita minyak berkait dengan cerita Crimea.
Kalau tidak salah, Rusia memberikan Ukraine diskaun yang tinggi , sebagai tukaran, mereka boleh menggunakan Crimea sebagai pengkalan tentera.

Bila rusia dapat Crimea, terdapat juga kawasan majoriti bangsa rusia yang masih dalam Ukraine.

Di situlah berlakunya gerakan pemisahan. Kali ini, Rusia tidak menghantar tentera secara langsung.
Sebab musabab, saya tak tahu, tetapi yang berlaku ialah kawasan dikawal oleh pemberontak, sehingga Tentera Ukraine tak mampu nak kalahkan mereka.

Adakah ia benar rakyat ukraine berbangsa rusia  atau mereka memang tentera rusia bertopengkan pemberontak?

Senjata punya canggih, SU 25 ditembak jatuh, Antonov AN 26 ditembak jatuh.

Malah, pihak Ukraine sendiri mengatakan bahawa, peluru berpandu mungkin datang dari luar Ukraine.

Dum dam dum dam...
Kapal terbang Malaysia #MH17 'jatuh' di kawasan yang dikuasai puak pemisah.

Maka, agak sukar untuk kerajaan ukraine atau agensinya nak pergi ke kawasan terhempas, kerana kawasan itu dibawah pemisah.


Kesimpulannya memang kompleks.











Sabtu, 19 Julai 2014

Fahamkan Krisis Ukraine terlebih dulu sebelum spekulasi #MH17

Aku rasa ramai orang tak faham krisis Ukraine, Kemudian buat dan sebar spekulasi #MH17 dberdasarkan pemahaman salah tentang krisis

Sebagai contoh, keluarkan pesawat Ilyusin Presiden rusia, dikatakan mirip MH17 , Menuduh "Ukraine"  yang tembak tapi pada masa yang sama menuduh pemisah mengaku menembak.

Jadi dimaklumkan bahawa ada 3 pihak berbeza.
1. Ukraine (kerajaan)
2. Pemisah Berbahasa Rusia di Ukraine.
3. Rusia

Rusia(3) bekalkan senjata pada pemisah(2) untuk lawan Ukraine(1)


Jadi kalau nak tuduh pun, tuduh 1 pihak sudahlah.

Tak logik,  kalau Nazri (bukan nama sebenar), cakap Igor mengaku tembak tapi , tuduh Ukraine.
Dia nak sokong mana sebenarnya ni?



Raya Kali Ini kurang Meriah?

Isteri saya memberitahu saya bahawa 'Raya Kali Ini kurang Meriah', maka saya pun merasakan sebegitu.

Perbelanjaan rakyat untuk persiapan hari raya tahun ini agak kurang, Ada baiknya juga, orang berjimat.

Saya selalu menggunakan 'benchmark'  wang kecil vs wang besar.

Kebiasaannya, pada hari gaji, biasanya peniaa akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang kecil. Akan tetapi ianya tidak berlaku pada hari-hari gaji bulan lepas.

Maka boleh dikatakan kali ini orang kurang berbelanja.

Rakyat mengalami sedikit masalah ekonomi.
Ianya boleh dikatakan masalah, sebab rezeki yang Allah turunkan memang sentiasa cukup.

Sila baca balik.... Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi...

http://hasbullah.pit.my/2014/01/rezeki-melimpah-ruah-tak-habis-habis.html

Bukannya tak cukup rezeki, tetapi manusia bergantung pada 'RM' untuk menerima rezeki.

Nilai RM menyusut akibat Hutang Negara yang meningkat, begitu juga pengembangan bekalan matawang.

Kelambatan penyesuaian terhadap nilai RM yang sebenar, menyebabkan ramai mengeluh 'Harga Barang Naik'.

Walhal memang harga barang sentiasa naik kalau guna sistem matawang fiat.

Harga barang naik 2x ganda, dalam tempoh 20 tahun, ramai boleh terima.
Tetapi kalau naik 2x ganda dalam tempoh 5 tahun, ramai tak boleh terima,
Walhal ianya perkara yang sama, cuma tempoh berlainan.
Perkara yang berlaku adalah sama.

Jadi ada yang beria nak kekalkan rendah walaupun guna kaedah kawal sini kawal sana,
Aktiviti kawal sini kawal sana itu, sebenarnya melambatkan penyesuaian rakyat pada nilai RM sebenar.















Google+ Hasbullah Pit