Zakat Fitrah , kalau berdasarkan nas, kena bayar pakai kurma ataupun gandum, ada kadar 1 sha, bersamaan 4 cupak.
Kemudian ulama mengqiyaskannya dengan makanan rugi, jadi sebagai contoh beras.
Ada juga pihak yang mengqiyaskan isipadu sha itu kepada berat 2.7 kilogram untuk beras.
Untuk kurma, tak ada pula yang kata 2.7 kg, sebab ketumpatan tak sama.
Daripada qiyas ke atas qiyas ke atas qiyas itu, diqiyaskan lagi beras seberat 2.7 kg itu kepada RM.
Maka dapatlah "kadar zakat fitnah negeri-negeri".
bagaimana boleh berbeza? Entahlah, mungkin kaedah sukatan sha atau kaedah guna berat menyebabkan ianya berbeza.
Jadi boleh bayar zakat fitrah banyak cara, kurma boleh, barli boleh, gandum boleh, kertas pun boleh.
Beralih ke GST.
GST adalah cukai barangan yang dikenakan pada semua barangan kecuali barangan yang dikecualikan.
Ramai yang tolak GST, tapi tak ramai yang tolak GST atas sebab "campurtanganpasaran" (Market Intervention).
Beras pun mengalami campurtangan pasaran, ada subsidi tapi tidak dikenakan GST.
Harga jualan beras, tidak menggambarkan nilai beras.
Manakala yang nak bayar guna barli atau kurma akan dikenakan GST.
Tetapi yang bayar zakat fitrah guna kertas, tidak dikenakan GST sebab kertas itu dianggap wang, tidak dianggap barang.
Sudahlah kadar zakat fitrah yang dikira daripada harga beras dikurangkan disebab subsidi, tapi kalau nak guna Kurma pula kena dilebihkan pula untuk GST.
Nampaknya macam ada kempen untuk galakkan guna kertas sahaja.
Itu cerita Zakat Fitrah.
Zakat emas pula, kalau ikut nas, memang kena keluarkan emas.
1/40 daripada emas yang ada.
Tetapi, nanti emas kena GST,
Tetapi kertas tak kena GST
Eh, bukankah kertas itu diqiyaskan untuk emas?
Zakat simpanan kertas , diqiyaskan untuk zakat emas yang disimpan.
Kalau simpan kertas, bayar zakat guna kertas, tak kena GST.
Tetapi kalau simpan emas, beli emas kena GST 6%.
Apa 6% ? itu sudah lebih drpd 2 tahun punya zakat emas.
Jadi apa kesimpulan yang aku nak tulis ni? Aku pun tak tau.
campurtanganpasaran" (Market Intervention) GST menghuru-harakan keadaan.