test

Rabu, 20 April 2011

Tak Perlu Emel 1Malaysia

Tak perlu emel 1Malaysia.

Yang perlu adalah National Authentication.
Ala-ala Microsoft Passport, Google authetication, Boleh diintegrasikan dengan mana-mana emel.
Authentikasi itu boleh digunakan di banyak aplikasi web.

Reset Katalaluan, di pejabat pos.

Selasa, 12 April 2011

Tiada masalah kalau Makan ikan Patin RM 13k

Tiada masalah kalau Makan ikan Patin RM 13k, bersyarat.......

Pelanggan nak beli makan ikan patin 13k, telah mengatahui harganya 13k, dan bersetuju untuk membelinya.

Sila baca posting lama ....


Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Khamis, 7 April 2011

Kos Penempaan Dinar ditanggung Kerajaan, No buyback, No spread boleh jadi realiti

Terlalu banyak dinar sudah dikeluarkan di Malaysia.
Ada macam macam harga.
Ada yang mahal
ada yang murah
Ada yang murah lagi.


Jadi atas nilai apakah dinar itu?

Katakanlah semua itu sama spesifikasinya 4,25g dan 916/917.


Nilaian emas terletak pada emas didalamnya.
Bukan harga yang ditetapkan oleh Abang L, Abang U, Makcik A atau Bro F.

Dinar Abang L satu ketika dulu, agak popular kerana ianya satu-satunya dinar yang mudah dibeli.
Bro F juga menjual dinar pun pada harga yang lebih kurang dengan Abang L.
Harga adalah lebih kurang 20% di atas spot.

Kemudian Bro F mengambil langkah berani, menjual dinar pada harga 15% di atas spot.
Menampakkan Dinar Bro F jauh lebih murah daripada Dinar Abang L, dan Abang U.

Seterusnya ramai mengambil untung dengan membuat dinar dan menjual dinar pada kadar yang Abang L dan Abang U jual. Dinar darul ini, darul itu.

Menyokong gerakan dinar dan dirham, membelinya disebabkan sokongan untuk "Wang Syariah" dan membenteras riba'.

Namun adalah semua pembeli dinar itu faham bahawa mereka telah dikenakan premium?

Apabila dikaitkan harga dinar dalam wang fiat itu mahal, maka sering kali dijawap dengan,
"1 dinar adalah 1 dinar, tak perlu dinilai dalam wang fiat"

1 dinar RM 670, 1 dinar RM 630, 1 dinar RM 580

Jadi, baiklah, kita tidak perlu nilaikan dinar dengan wang fiat, tapi kita boleh nilaikan dinar dengan segantang beras.
Atau nak nilaikan dengan kelapa pun boleh.

Jadi 1 dinar, berapa biji  kelapa?
1000 biji? 1100 biji , 950 biji?

katakan nilai emas pada 1 dinar (ikut spot adalah 1000 kelapa)
Mengapa ada yang harganya 1100 biji kelapa, ada pula yang 1050 biji kelapa.

Berapa kos penempaan sekeping dinar? 3 biji kelapa? atau 10 biji kelapa?
Mengapa dinar dijual pada harga 110 biji kelapa?


Berbalik kepada dinar.
Memang ada pihak yang mengatakan "Dinar tidak ada spread"
"Dinar no buyback"

Ia sebenarnya boleh dilakukan, apabila kos penempaan dinar ditanggung oleh kerajaan.
Apabila kos penempaan ditanggung kerajaan, maka harga dinar akan menjadi rendah.
daripada 1100 biji kelapa, kepada nilaian spot 1000 biji kelapa.

Andai kata kos penempaan dinar adalah 10 biji kelapa.

Maka kerajaan boleh membuat single pricing bagi dinar, dimana ianya mesti lebih rendah daripada 1010 biji kelapa. contoh, 1005 biji kelapa.

Maka, dinar swasta, darul ini, darul itu, tak mampu untuk menempa dinar sendiri kerana ianya merugikan.
Kos 1010 biji kelapa, nak jual 1050 biji kelapa.

Jadi dinar boleh tiada spread, dan no buyback boleh dilaksanakan secara realistik.

Sebelum ini ada juga pihak yang nak cuba promosikan no buyback, tapi mereka jual beberapa biji kelapa lebih mahal.

Ada juga penjual dinar K, yang cuba mempromosikan "tanpa spread" , tapi 100 biji kelapa lebih mahal drpd nilaian spot.

Ia akan menjadi tidak realistik.
Jadi perlu adanya satu kerajaan yang tempa dinar, dan tanggung kos penempaan. Sebagai contoh, Kerajaan PAS Melaka 2018.

Sabtu, 2 April 2011

Mitos "Susut Nilai" Emas

Dah lama tidak menulis.

Jadi saya tulis.


Ramai peniaga emas jenama P, sering memberikan maklumat yang salah berkaitan dengan "Susut nilai".
Secara suka-suka hati bercakap kononnya PAMP suisse susut nilainya 20% atau 25 %

Ramai juga rakyat biasa yang tidak beli emas kerana takutkan susut nilai emas.

Hakikat sebenarnya nilai emas tidak susut, hanya kerana menjualnya.

Yang menampakkan ianya kelihatan susut apabila menjualnya, adalah kerana membeli emas pada premium yang tinggi.

Dalam premium itu terkandung kos penempaan, pembuatan, margin pembekal, margin peruncit.

Maka pembeli emas disarankan untuk membuat kiraan hisab, harga emas sebelum membelinya.


Secara kebiasaanya, emas skala kecil mempunyai peratus premium tinggi berbanding dengan yang besar.
Premium boleh dikira dalam RM atau peratus.

Jadi mitos kononnya "PAMP Suisse susut nilai 20%" itu hanya benar apabila pembeli membeli emas pada premium lebih kurang 20% juga.

Namun, tidak akan berlaku "PAMP Suisse susut nilai 20%" jika emas itu dibeli pada paras 6% di atas harga spot."



Apabila  sesuatu emas itu dibeli oleh pelanggan pada paras 6% di atas paras spot. Mustahil akan susut nilai 20%.


Nilai emas itu tidak susut.  Pelanggan hanya beli emas pada harga emas yang ditambah premium.


Ambil contoh, jika harga spot semasa ialah 139.80.
20g emas adalah RM 2740.
Tapi anda tidak akan jumpa peniaga yang jual pada paras RM 2740.

Ada yang jual RM 3000, ada yang lebih mahal sehingga RM 3190, ada yang lebih mahal sehingga RM 3320.
Ada juga yang jual pada paras 2960.

Jadi jika anda beli emas pada paras 2960, anda sebenarnya telah membayar RM 220 untuk premiumnya.
Jika 3190 , anda membayar tambahan premium sebanyak RM 450.

Namun ini tidak bermaksud penjual itu kaut semua premium yang dibayar.
Sebahagiannya adalah kos pembuatan, penghantaran, margin pembekal.

Jika pelanggan hanya membayar RM 220 untuk 20g emas, yang tak sampai 8% drpd harga runcit. Maka mustahil ianya "susut nilai 20%"

Selasa, 14 Disember 2010

Kertas Dinar Iraq

Ramai yang bertanya saya tentang dinar iraq. Saya tidak begitu layan "pelaburan" wang kertas, kerana wang kertas ringgit juga mempunyai risiko.


Risiko cukai inflasi, risiko kebergantungan kepada Bank Negara.

Jadi, menyimpan dinar iraq, juga satu risiko, apatah "legal tender"nya dikeluarkan oleh satu kerajaan boneka penjajah.

Antara "selling point" penjual kertas dinar iraq adalah dengan menunjukkan carta perbezaan tukaran dinar iraq sebelum perang dengan selepas perang. Kononnya, dinar iraq sekarang terlalu dibawah nilai, dan akan naik.

Namun, dinar iraq Saddam, adalah bergantung pada Bank pusat Saddam, manakala Dinar iraq yang baru, dalaah bergantung kepada bank pusat kerajaan boneka penjajah Amerika.

Ramai yang sedia maklum, bahawa wang kertas adalah alat penjajahan. Rakyat boleh ditarik hidung untuk bekerja demi kertas. Begitu juga situasinya di Malaysia, ramai jadi hamba bank.

Situasi yang berlaku di Iraq, boleh di samakan dengan penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu.

Bila Jepun jajah, kertas Inggeris tak laku. Hanya duit daun pisang yang laku, itupun dicetak sesuka hati sehingga tiada nilai. Kemudian Jepun kalah dan datang pula Inggeris dengan kertas yang baru.

Jadi untuk mengelakkan risiko kehilangan nilai apabila berlakunya penjajahan, maka simpan nilai dalam emas.
Bukan suruh melabur dan merempit tamak untuk kaya.

Pembeli dinar iraq, harus faham bahawa, kertas Dinar Iraq dan Kertas Dinar Kerajaan Boneka Penjajah Amerika adalah berbeza. Cuma namanya sama.
Mereka tidak guna nama yang berbeza, seperti "Iraqi Ringgit atau Iraqi Dollar"

Namun ianya berbeza.
.
Saya telah membaca sepintas lalu Laporan Bank Pusat Iraq, menunjukkan rizab emas adalh terlalu sedikit, ianya dipetik dalam IQD, jadi saya tak berapa nampak berapa banyakkan emas yang ada.
Atau pungkin emas sudah dibawa lari oleh penjajah Amerika.

Jadi mana mungkin ianya boleh "naik" seperti sebelum perang. Kerana ianya berbeza. Bekalan Matawang juga berbeza.

Jadi andaikata, ianya "diapungkan" sekalipun, ianya memang boleh naik, tapi tidaklah banyak, mungkin pada kadar 10-20% setahun berbanding kertas lain.

Jika anda merisikokan diri anda untuk mendapatkan keuntungan, maka lakukanlah dengan bijak.

Kadar tukaran semasa RM dgn IQD adalah  IQD 1000= RM 2.60
 Maka, IQD 10k, sepatutnya RM 26
dan IQD 25k, sepatutnya RM 65

Jika anda beli IQD 25k pada harga RM 80, ianya sudah umpama membeli emas pada 23% above spot.
Jika ianya dibeli pada harga RM 170,00 , ianya sudah 160% terlebih nilai.


Tak perlu ada risiko tambahan 160% untuk kertas yang legal tendernya dikeluarkan oleh kerajaan boneka Amerika.
Potensi kenaikkannya, sekiranya ada (berbanding kertas ringgit), mungkin hanya 20% dalam 2 tahun.

Rabu, 10 November 2010

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap

Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread. 
Aper perbezaannya

Jawapan saya:


Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat.
Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya.


Ambil contoh situasi hari ini.
Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik)
Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613)
Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x)




Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g.


Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar,
Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah
138.18*0.916*4.25=537.93


Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar.
Kerana ianya harga emas mentah.


Katakan kos penempaannya sekitar RM 30.
Maka RM 538 + 30 = RM 568.


Bolehlah juga dikatakan harga kos 1 dinar 4.25g ialah RM 568, maka tidak wajar dinar tanpa spread itu adalah RM 652 kerana sudah jauh berbeza.


Jadi, situasi dinar tanpa spread sesuai apabila kerajaan menanggung kos penempaan, sehingga satu tahap dimana apabila sesiapa sahaja menempa dinarnya sendiri, kosnya sudah melebihi harga dinar tanpa spread itu.


Namun, apabila tidak belum wujud kerajaan kerajaan islam yang benar-benar serius tentang dinar dan dirham, maka tugas menampung kos penempaan itu boleh juga ditanggung oleh jemaah islam secara berinfakan.


Konsep sebegini telah dilakukan oleh IMN, dimana WIM tak berapa suka.




Harga emas berubah-rubah, bagaimana mahu Dinar tanpa spread?
Andaikana berlakunya situasi dimana ada beberapa syarikat cuba dinar tanpa spread. Tetapi penempanya adalah syarikat lain.


Contoh:
Syarikat G keluarkan dinar , harga jualan ialah RM 690 , harga kepada penjual lain Syarikat X ialah 670.
Syarikat X boleh menjual dinar tanpa spread pada harga 670.


Akan tetapi kos untuk menempa dinar itu oleh syarikat G adalah kurang daripada 670.


Jadi kewujudan DInar tanpa spread oleh syarikat X, akan membolehkan Syarikat G tempa banyak-banyak dan jual pada syarikat X.


Jadi perlunya satu harga dalam RM, dimana nilaian dinar itu mesti dibawah kos penempaan syarikat G.
Tapi siapa mahu tanggung kos?


Oleh kerana ketidak stabilan wang kertas, maka harga emas turun naik.
Akan tetapi nisbah emas:perak tidaklah begitu berubah berbanding nisbah emas dengan kertas.


Jadi dinar tanpa spread, lebih sesuai dikira dengan tukaran dengan perak.


1 dinar 916 setara dengan berapa dirham?
40? 45? 50? 20? dimana tukarannya tidak berubah dengan cepat.


Ambil contoh Hari ini 1 dinar ialah 45 dirham, agak lama ianya kekal pada nilai tukaran sebegitu sebelum bergerak ke tahap 1 dinar 44 dirham.
Dalam konteks sebegini barulah sesuai dijalankan dinar tanpa spread.


Namun wujud kecacatan nyata dalam sistem dinar Kelantan, dimana tiada langsung dinyatakan berapa nilai tukaran dinar dengan dirham. Yang ada hanyalah tukaran dinar dengan kertas, dan dirham dengan kertas.


Siapa tentukan tukaran dinar dengan dirham Kelantan?
Siapa yang Kerajaan Negeri Kelantan lantik? Sudah diputuskan atau semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Kelantan Gold Trade?















Selasa, 9 November 2010

Expo Cheng Ho 2010

Ekspo Perdagangan Antarabangsa China  - Kelantan - Cheng Ho 2010
Tarikh: 21 - 26 November 2010
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
Semua dijemput hadir

Google+ Hasbullah Pit