test

Khamis, 1 Julai 2010

Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi

Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang.


Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya.

Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1.
Dalam erti kata lain, JUDI.

Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan.

Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum



Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah.
"MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",


 



"Pengadil" pun sama turut menyertainya









Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor,



Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya,
Agaknya siapa yang beli nombor 356?

Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya,
"cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan".

Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor.


Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa.
Ramai golongan muda, yang tertarik dgn kata indah "cabutan bertuah" atau "menderma" menceburkan diri ke lurah JUDI.

Saya memang mempunyai dasar untuk tidak menyerang mana-mana pemimpin UMNO setempat terutama sekali di Parlimen jasin. Namun, bila golongan muda diajar berjudi, Ia merosakkan orang kampung saya juga.

Tak boleh jadi.

Bayangkan golongan muda yang nak bersukan, ditarik ke arah judi?

Jadi, ayuh kawan-kawan tolak judi dan tolak penganjurnya.

& Alang-alang tolak judi, Tolak riba' sekali.

Sabtu, 26 Jun 2010

Patahnya Momentum Gerakan Benci Judi

Apabila dinyatakan bahawa Judi bolah tidak diberikan lesen, maka patahlah momentum gerakan benci judi, seolah-olah selesai masalah.

Namun, Kedai ekor berleluasa.
Masih banyak lagi "special draw", masih banyak lagi pinjaman berunsurkan riba' untuk kaki judi terus berjudi.
Masih banyak keluarga yang jadi mangsa apabila ibu bapa berjudi.

Di sini saya melihat, ada wujudnya kesilapan strategi pada GMJ, dimana yang difokuskan adalah "Judi Sukan", dan bukannya keseluruhan judi.

Boleh diumpamakan , Kecaman  terhadap serangan ke atas Flotila.
Israel boleh kata, kami sudah tidak serang kapal lagi.
Tapi Gaza Masih dikepung.

Judi Sukan boleh dihapuskan, Tapi Special Draw makin kerap diadakan.

Bukan senang, dalam 50 tahun merdeka, untuk ada momentum benci judi sebegini, namun ia mudah dipatahkan. Hanya kerana, tajuk bantahan itu tidak merangkumi semua judi.

Saya mahukan, supaya tiada lesen kedai nombor tambahan dikeluarkan & Tiada lagi Special Draw.

Selasa, 22 Jun 2010

Monica Seles Ditikam

Masih Ingatkah lagi pada Monica Seles?
Seorang Pemain tenis?

Dia terpaksa berhenti bermain tenis kerana ditikam ketika perlawanan.

Dipercayai akibat daripada Judi sukan, yang dipelajari daripada aktiviti "main tikam".


"Macam mana nak bet?"
"Tikam sajalah!"

Isnin, 14 Jun 2010

Tindakan Honda yang Bijak

Honda mengambil tindakan yang bijak apabila keluar daripada F1 untuk memberikan tumpuan pada bola sepak.

Selasa, 1 Jun 2010

GAZA: Penahanan kapal dan pembunuhan beberapa kru, Bukan Isu Utama.

Isnin lalu berlakunya kejadian, tentera rejim Zionis menahan kapal yang membawa bantuan ke Gaza, mengakibatkan beberapa orang terbunuh.

Dunia marah.

Tapi itu bukanlah isu utama yang sebenar.

Penduduk dunia bangkit marah, tetapi saya rasa masih ramai yang belum faham isu sebenar,

Kepada yang baru marah sejak 2 hari lepas. harap boleh marah setiap hari.

Mengapa perlunya menghantar bantuan secara beramai-ramai melalui kapal?


Jadi saya cerita sedikit bagi yang baru nak cuba faham.

Sebelum ini Gaza dikepung selama 3 tahun.

Gaza itu tidaklah besar sangat,

Daripada sungai rambai sampai ke pernu. tetapi lebarnya drpd pantai, hanyalah sampai ke Lebuh Raya Utara Selatan.

Lebih kurangnya begitu lah.



Bersempadan dengan Mesir, Bersempadan dengan kawasan dijajah Israel, dan ada pantai.

Disebelah sempadan kawasan di jajah, ada tembok, didirikan oleh Israel.
Di sempadan mesir pula, ianya ditutup dan didirikan tembok besi.
Tembok besi itu bukan sahaja di permukaan bumi sahaja, malah ditanam sedalam-dalamnya, sehingga nak korek terowong pun kena korek, dalam lagi.
Lalu bawah lagi.

Maka bila berlakunya kepungan sebengini, laluan masuk barangan adalah terhad.
Sempadan di Mesir dibuka jarang-jarang.

Desk-desak-desk, buka sekejap.

Terowong pula sering dimusnahkan.
Ramai pekerja pengorek terowong syahid.

Nak masuk melalui darat sudah tak boleh, maka cuba jalan laut.

Maka armada tanpa senjata sekala besar, cuba nak hantar bantuan.

Bukan sekadar makanan, simen nak buat bangunan pun tiada.
Terdapat juga kisah, krisis tenaga.

Maka isu utama yang perlu difahami ialah KEPUNGAN TERHADAP GAZA.



Persoalan utama ialah, mengapa Mesir tutup sempadan???

Sabtu, 29 Mei 2010

Bantah Lesen Riba' ?

Hari ini berlakunya beberapa Himpunan Aman membantah lesen judi bola, di beberapa tempat dalam negara kita.

Dulu pun kita benci judi, tetapi dengan adanya aktiviti sebegini maka ianya seolah-olah peringatan supaya bekerja lebih kuat membantah judi.

Selain daripada judi, riba' juga satu masalah kepada masyarakat, dan sering ditinggalkan dalam isu-isu tempatan.

Maklumlah, semua 'sayang' bank kerana membiayai kereta baru anda.


Kebiasaannya kaki judi juga terlibat dengan riba'.

Kalah judi pinjam sana-sini.

Mana nak jumpa tempat yang boleh beri pinjam 2 dinar, pulang balik 2 dinar?

Kebanyakkannya pinjam kertas, dan bayar balik dengan kerkas yang lebih.

Samada berlesen atau tidak.

Kalau anda impikan suatu revolusi benci riba' besar-besaran, dengan Himpunan Amannya sekali,
Mungkin anda tidak jumpa ketika hayat anda.

Oleh itu, kaedah yang saya rasa sesuai, ialah elemen benci riba' diserap dalam benci judi.

Setiap kali lesen riba' dikeluarkan, tidak wujud sebarang tentangan.

Oleh itu, geng benci riba' perlu menyusup masuk kedalam gerombolan geng benci judi, supaya benci riba' boleh 'ride' momentum benci judi.

Orang yang benci judi dan benci riba' adalah orang yang sama.

Geng benci riba' hanya perlu menyertai momentum benci judi dan menambah sedikit tagline.

contoh:


"Bantah Judi dan Riba'"
"Hapuskan Judi dan riba'"
"Gerakan Membantah Judi dan Riba' "
"Belia Benci Judi dan RIba' "

Jumaat, 28 Mei 2010

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat adalah teknologi berkaitan maklumat.

Bagaimana maklumat bergerak
Bagaimana maklumat disimpan
Bagaimana maklumat disimpan supaya rahsia.
Bagaimana maklumat diproses.
Bagaimana boleh tiba.
Mengapa maklumat tak sampai.

Kita guna sistem canggih-canggih, tapi tak pernah bermuhasabah seketika untuk berfikir "Mengapa maklumat tidak sampai".

Teknologi maklumat tidak bermaksud "belajar komputer".

Adakalanya, maklumat boleh disampaikan hanya menggunakan kertas. Tetapi tidak boleh diproses dengan menggunakan kertas.

Namun kertas adalah penyimpan maklumat yang baik.

Bejalar komputer tinggi-tinggi.
Sebenarnya banyak maklumat yang lebih elok disimpan didalam buku.

Google+ Hasbullah Pit