test

Rabu, 4 November 2009

Masalah MacOSX Tidak Boleh Tidur

MacOSX saya mempunyai masalah untuk tidur apabila ia sepatutnya tidur setelah dibiarkan selama beberapa minit.

Yang peliknya ia boleh tidur secara manual melalui menu.

Maka ada cadangan supaya dijadualkan waktu tidur pada keutamaan "Energy Saving" namun ianya hanya boleh disuruh tidur sehari sekali.

Akhirnya saya menjumpai perisian "Please Sleep", satu perisian yang wala' pada arahan tidur pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perisian yang menghalangnya untuk tidur.

Terdapat juga perisian lain bagi MacOSX berkaitan dengan tidur.

Caffeine 1.1 , InsomniaX 1.3.5 dan Doze 1.0 adalah nama bagi perisian bagi mengelakkan MacOSX tidur.
Manakala SleepTight 1.0.1 adakah perisian supaya komputer dikunci ketika tidur.
Macam-macam nama.


Terima kasih kepada DragoneOne, kerana membolehkan saya menjimatkan tenaga, tanpa perlu memanjat tangga.

Isnin, 2 November 2009

Sekolah Seribu Aliran Pun Tak Mengapa

Sekolah seribu aliran pun tak mengapa asalkan aliran itu tidak dipisahkan mengikut kaum.

Ada banyak aliran sekolah, kalau hendak dibelah-belahkan sekolah mengikut aliran.

Asrama Penuh
Teknik
Agama
Sukan
Seni
Agama + Kejuruteraan
Sekolah Swasta
'Home schooling'



Sekolah satu aliran akan membuatkan kepala otak murid, lebih kurang sama sahaja dengan murid yang lain.


baca:

Deschooling society: Satu projek radikal anti-kapitalisme.


Dalam tempoh sebulan kebelakangan sahaja, ramai budak yang lemas di Perak.
Berbilion wang dibelanjakan, ada tak sekolah yang menyediakan pelajaran berenang kepada muridnya?

Bentuk pemikiran, yang memikirkan hanya disekolah sahaja semua perlu dilansanakan, dinamakan
"sumbatsemuadisekolahisme"

Di sekolahlah hanya tempat memupuk perpaduan kaum,
Di sekolah juga tempah pertahankan permainan tradisional,
Di sekolahlah juga tempat promosi Vitagen,
Di sekolahlah juga tempat memupuk nasionalisme melampau.

Sabtu, 31 Oktober 2009

This is GATA!!!

"This is Madness...."



"Madness?"

This is GATA!!






Jumaat, 30 Oktober 2009

Leornado Da Vinci Bukan Sekadar Pelukis Seperti Leornado Dicaprio dalam Titanic

Anda kenal Leonardo Davinci?

Mungkin akan mengenali dia sebagai pelukis potret monarita monaliza.

Namun orang seperti saya lebih menghormatinya sebagai ahli kejuruteraan yang hebat.

Mungkin dia tidaklah hebat sangat,
Disebabkan orang ketika itu bodoh, dia kelihatan hebat.
Dunia barat masih belum percaya bumi itu bulat.
Inggeris masih belum jumpa jalan laut ke Asia.


Terdapat banyak lukisan kejuruteraan yang telah dilukis oleh beliau, terdapat rancangan Discovery yang menunjukkan bagaimana manusia yang tidak betul cuba merelalisasikan kembali lukisannya sebagai benda nyata.

Rujuk: http://dsc.discovery.com/tv/doing-davinci/doing-davinci.html

Mahu buat kereta kebal guna kayu?

Atau mahu buat basikal guna kayu?

Adakah benar semua ciptaan Da Vinci ciptaannya?
Ianya juga boleh dipersoalkan, kerana Itali bukanlah jauh sangat daripada Andalusia, Sepanyol dimana letaknya tamadun Islam yang agung.

Tamadun Barat memang sedikit pelik,
Mereka boleh mengaku menjumpai Amerika, tatkala di situ memang sudah didiami manusia.

Seolah-olah dunia bermula sejak mulanya renaisains.

Berbalik kepada Leonardo Da Vinci, maka perlunya setiap ciptaan Davinci perlu dikaji asal usulnya.
anda boleh meneliti dengan dekat hasil kerja Da Vinci.

Dengan melawat Pameran Da Vinci di Pusat Sains Negara , bermula 1 Oktober hingga 17 Januari,

Harga tiket adalah RM 25 bagi dewasa dan RM 20 bagi kanak-kanak 7-17 tahun.
Warga emas RM 13.
Pakej Keluarga RM 50 (2 dewasa 2 kanak-kanak).

Untuk merasai nikmat melihat pameran, perlulah sediakan diri dengan maklumat awal, apakah lukisannya, apakah ciptaannya. Google apa yang patut.

Kalau "Doing Da Vinci" disiarkan di Astro, maka eloklah tengok.

Tengok-Tengok juga kalau ada siaran ulangan "Engineering An Empire: Da Vinci World"

Kalau anda kaya-raya, anda boleh beli semua DVD yang tersenarai di sini.

Semoga anda mampu menjadi ahli fizik terkenal.

Sekian sahaja catatan blog khusus untuk mendapatkan tiket percuma daripada danialfranklingomez .

Khamis, 29 Oktober 2009

Harga Ayam Dijangka Akan Naik ?

Harga ayam dijangka akan naik berikutkan laporan berita berikut.

...Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu..

Tidak pula diketahui samada Ulam Raja juga dibedal sekali atau tidak.

Rabu, 28 Oktober 2009

Ramalan Ekonomi Nujum Pak Belalang

Hari ini dan semalam, saham di serata dunia jatuh.

Seperti yang berlaku pada julai 2008, kejatuhan saham dunia adalah teruk tetapi mengakibatkan kenaikan USD.

Kenaikan dollar itu juga akan mengakibatkan penurunan harga emas dan harga komoditi.
Penoreh getah perlu berjaga-jaga.

Ketika catatan ini ditulis, Indeks USD telahpun naik daripada 75, ketahap 76.33.
Tidak boleh diramalkan sangat sampai berapa kenaikan indeks USD itu. mungkin 77 mungkin 78.

Jika anda ingin membeli emas secara pukal, jangan beli sekarang.
Beli emas ketika saham sudah habis tergolek , dan mungkin indeks USD mencapai tahap 77 atau 78.
Tetapi kalau nak beli juga, sukahati kamu,

Saya tak mencadangkan supaya anda menjual emas yang anda ada.
Kalau nak jual juga, suka hati kamu.

Sekiranya anda mempunyai emas di dalam buku, hendak difizikalkan, maka bolehlah keluarkannya dalam bentuk Ringgit, dan beli emas public Dinar bila tiba masanya.

Namun ada juga spekulasi yang mengatakan harga emas akan melonjak jumaat ini.
Ini adalah disebabkan Amerika mahu jual hutangnya sebanyak USD 153 billion.
(lebih besar daripada belanjawan Najib)

Mahu kunci hari jumaat?

Atau mungkin perkara yang berlaku hari ini berbeza dengan julai 2008.
Mungkin pelabur saham akan lompat ke emas tanpa perap duit dalam USD.

Isnin, 26 Oktober 2009

Pelepasan Cukai bagi Pengguna JalurLebar

Pada belanjawan yang lalu, telah dibentangkan bahawa akan ada pelepasan cukai bagi pengguna jalurlebar.

Akan tetapi, bukan semua orang yang menggunakan jalur lebar itu dikenakan cukai, dan pelepasan itu hanya dinikmati oleh pembaca cukai. Orang yang sedikit kaya daripada golongan pertengahan bawah.

Orang yang berpendapatan tinggi boleh jimat, yang tak berpendapatan tinggi tak boleh jimat

Google+ Hasbullah Pit