test

Sabtu, 26 September 2009

Sikorsky S61

Di Denmark, Tentera udara boleh menggunakan Sikorsky S61 untuk pertunjukan Udara



Di Sepanyol, S61 melengkapkan armada laut.
Begitu juga di Scottland


Di Amerika, ianya boleh digunakan untuk memadam kebakaran, boleh sedut air dari sungai untuk padamkan air di hutan.




Di Ireland, ia menjadi pengawal pantai yang dibanggakan.
Adakalanya ia dijadikan sebagai pengangkutan bagi Santa ketika hari Natal.


Di Malaysia, hampir semua orang berkata Nuri harus ditukar.

Menurut pendedahan Kapten Zahar, Sikorsky menawarkan pakej baikpulih Nuri ketika membuat sebutan harga.

Namun apabila "Penggantikan Nuri dengan Eurocopter" dibatalkan, baikpulih pun dibatalkan?

Selasa, 22 September 2009

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya. Lebih kurang 403.3 tan.
China cepat-cepat kata nak beli.

Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun.

IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia.
Dollar Jatuh?

Harga emas?

Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual?

Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Jumaat, 18 September 2009

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru.
Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat.

Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu.

Contoh di facebook:


contoh di Multiply.



Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada.

Jadi apa penyelesaiannya?
Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog.


Daripada mana datangnya gambar itu?

Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web,

Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda.

Sekiranya anda ada 4 blog menggunakan akaun yang sama, maka automatik anda mempunyai 4 album.

Album itu hanya untuk dilihat oleh pemilik akaun sahaja. Namun sekiranya anda ingin pengunjung anda melihatnya, maka anda perlu menjadikan ianya awam (public)

Kaedahnya,
Masuk ke dalam album itu, lihat di ruangan kanan, klik pada perkataan "unlisted".



Kemudian , satu laman terapung dipaparkan dan sila ubah perkongsian kepada 'public'


Klik "Save Changes" dan anda akan dibawa ke URL awam bagi album tersebut.
sebagai contoh http://picasaweb.google.com/Hasbullah.Pit/JasinDailyOnline#

Gunakan URL alamat itu sebagai alamat bagi "Gambar" bagi blog anda.

Sekiranya pengunjung blog anda pernah berminat pada sesuatu gambar yang pernah tersiar di blog anda tetapi tidak mengingati apa tajuk dan bila ia pernah disiarkan, Maka "Gambar" adalah sesuai bagi mereka yang ingin mencari gambar.

Gambar Sofi Wahab jadi model iklan, gambar baring depan keretapi, gambar A. Samad Said panjat bukit.
Ada di "Gambar".

Rabu, 16 September 2009

F1 Adalah Gelanggang Silat Bagi Pemasaran Bukannya Nasionalisme

Hari ini sibuk dikatakan wujud Pasukan F1 "1Malaysia" yang kononnya akan menyertai F1 pada musim akan datang.

F1 itu unik, dimana wujudnya perlumbaan sejak berpuluh tahun yang lalu, atas sifat persaingan antara pengeluar enjin, pelumba, pasukan, jurutera dan penaja.

Penaja juga turut berlumba dalam F1 diatas kehendak penaja.

Apabila pengeluar sesuatu produk, yang bersaing dengan produk atau jenama lain, Akan merasa terpaksa apabila pesaingnya beriklan di dalam F1.

PETRONAS bersaing dengan Esso Mobil dan Shell.
Syarikat komputer juga ada bersaing dalam pengiklanan di dalam F1.
Compaq menaja BMW Williams, HP menaja Jaguar.
Apabila HP membeli Compaq, HP memberhentikan kontrak dengan Jaguar dan fokus kepada BMW Williams.
Apabila bercerainya William dengan BMW, dan BMW berkahwin dengan Sauber, PETRONAS dapat menaja diruang yang selama ini dikuasi Castrol.
Castrol pernah mengeluarkan castrol Formula RS, tatkala zaman Montoya dan Ralf Schumacher meletup.
"RS" adalah singkatan bagi Ralf Schumacher.
Tetapi dalam dunia sebenar pasaran runcit pelincir sintetik, Mobil1 masih nombor 1.

Dalam persaingan komputer pula, wujunnya AMD yang pernah menaja Ferrari, dan Intel Menaja BMw Sauber.
Dell juga menaja BMW sauber, manakala Lenovo di Williams.

Mereka bukan suka-suka.

Jam tangan Oris menaja Williams dan Tag Hueur menaja McLaren.
Ingat Iklan Tiger Wood pukul bola golf, Hamilton kejar guna kereta?

Malaysia perlu belajar bahawa Nasionalisme tidak membawa apa-apa erti dalam F1.
Alex Yoong, sepupu kepada blogawan Jed Yoong, ialah pelumba yang bermian dengan nasionalisme.
Masuk F1 kerana dapat memanggil penaja daripada Malaysia.

"Magnum" bersaing dengan apa dalam dunia ini, pesaingnya juga di Malaysia?
"GO KL" bukan jenama yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Kerja promosi perlancongan adalah tugas Kementerian Perlancongan dan bukanya Kementerian Belia dan Sukan.
Kalau Kementerian Perlancongan nak promosi Malaysia, Minardi bukan platform yang baik.

Kalau pada musim ini, mungkin Brawn GP sesuai.

Syarikat pengeluar kereta adalah lebih baik tidak menyertai F1 kalau sering kalah.
Jaguar pernah cabut dan Honda pun begitu. Kalau masih yakin, teruskan.

Sekiranya pasukan itu baik, maka akan ada pembelinya.
Siapa sangka Honda yang dibeli menjadi Brawn GP mengungguli musim ini.

Kalau tak salah saya, Jaguar dibeli oleh RedBull dan ianya 'menjadi', mengalahkan pasukan yang membekalkan enjin kepadanya. Begitu juga BrawnGP yang menggunakan enjin Mercedes, mengalahkan McLaren mercedes,

Hari ini juga diberitakan bahawa BMW Sauber dijual kepada Syarikat pelaburan Swiss, Qadbak Investments company. dan memohon menjadi pasukan ke 14 musim depan.

FIA hanya mahukan 14 pasukan.

Melihat akan berita tentang pasukan F1 1Malaysia, ianya adalah menjurus kepada Nasionalisme.
Nasionalisme tidak memerlukan F1 sebagai gelanggang silat, tetapi sebaliknya A1GP yang lebih sesuai.

Banyak negara ada pasukan nasionalnya sendiri.

Mod Kebajikan Bersama 2 Hamzah

Tadi berlakunya kerja yang tidak popular iaitu membungkus bekalan untuk diagihkan kepada fakir miskin.

Projek ini adalah diantara saya sebagai wakil PAS Cawangan Sempang bersama MTD Merlimau.
Sempang sebenarnya bukan di dalam DUN Merlimau, tapi sudah jodoh untuk bertemu.

Bagi saya program ini agak istimewa kerana ia mengagihkan ke bilangan rumah yang agak banyak.
Merlimau 75, Sempang 15, menjadikan keseluruhan 90.

Kerja pembukusan dijalankan bersama saudara Hamzah dan Mubin . Ditemani oleh Hamzah lagi satu.



Jadi ada 2 Hamzah.
Hamzah kecil jadi tukang hulur, Hamzah besar buat kerja akhir pembungkusan.


Hasilnya,


Dalam setiap plastik ada beras 10kg, kopi, gula dan lain-lain. Berpeluh.



Kopiah Hamzah (kecil) adalah sama dengan yang dimiliki Umar.


Dibeli ketika keluar sebentar untuk 'beli ubat nyamuk' .

Selasa, 15 September 2009

Gambar Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Setelah Suaminya dibebaskan ,  Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Isnin, 14 September 2009

Klonkan Diri Anda , Beraya Gaya Mamee

Seronok betul melihat diri sendiri diklonkan untuk dijadikan Kad Raya.

Tak sangka zaman ini kad raya boleh bergerak gerak.

Apa yang anda perlu lakukan ialah melayari  http://www.rayagayamamee.com.my/

Anda akan nampak gambar seorang wanita, dan 2 orang lelaki yang ingin memakan Mikrofon kerana tak dapat makan mamee Sllrrrip.

Apabila anda sudah mendaftar di laman itu, anda boleh logmasuk ke laman itu untuk menghantar kad raya dalamtalian versi gerak-gerak.

Hanya penerima yang mempunyai alamat emel dan talian internet sahaja.

Saya telah menilih "Animasi"  dan boleh muat naik gambar.
Maka saya pun muatnaik gambar kepala tergantung saya supaya saya boleh diklonkan dan dimasukkan kedalam Fillmore. (Diruangan Ahli 1)


Hasilnya, penerima akan menerima kad raya sebegini:




Jika anda adalah pengguna Nuffnang, anda juga boleh menang RM 300.

Sekiranya anda kempunan Bubur Lambuk, Rebus beras, kemudian anda boleh gunakan perendah Mamee Sllrrrp untuk dicampurkan ke dalam bubuk lambuk anda, dan jadilah "Bubur Lambuk Mamee".

Google+ Hasbullah Pit