Wujudkan kemungkinan bahawa Projek Jambatan Melaka Dumai dibatalkan?
Dan digantikan dengan Jambatan Bagan Pinang-Dumai?
Dan digantikan dengan Jambatan Bagan Pinang-Dumai?
Ayhd Yang Hendak Dibaca
SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (ada yang baca; Al-Hulaimy) pada 2 Ogos lalu di Muzium Shah Alam anjuran Ummah Centre didedahkan betapa fakta sejarah negara ini, banyak sudah dipertikaikan kesahihannya.Saya tidak dapat hadir ke Seminar itu kerana pada 2 Ogos saya ada 'Praktikal' merasai apa yang Dr Burhanuddin rasai.
Tokoh yang menyebutnya bukan sembarangan. Beliau adalah pakar sejarah negara, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim. Menurutnya, dengan sebab itu, tindakan segera perlu dilakukan demi membenarkan semula fakta sejarah untuk generasi baharu.
Itulah antara lain yang dapat saya qoutekan.
Salam seminar itu diperkukuhkan dengan fakta yang dipersetujui semua pihak bahawa Prof Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam TIGA zaman, sebelum, semasa dan selepas.
Berikut adalah sebahagian artikel yang aku tulis untuk sebuah akhbar bulanan untuk edisi September:-
Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy
SHAH ALAM: Sudah sampai masanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang banyak memberikan sumbangan tenaga, masa dan pemikiran mereka pada satu masa dahulu diberikan pengiktirafan berbentuk anugerah negara.
Meskipun ada di kalangan mereka berjuang di haluan lain di dalam menggembleng kesedaran rakyat negara ini di dalam usaha dan sanggup bangun memperjuangkan hak rakyat di dalam mewujudkan sebuah negara merdeka.
Tokoh-tokoh itu termasuk Dr Burhanuddin Al-Helmy Mohd Noor yang banyak memimpin persatuan yang semuanya menuju ke arah kemerdekaan negara termasuk akhirnya menjadi Yang Dipertua PAS ke-3 pada 25 Disember 1956, Ibrahim Yaakob (Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ishak Haji Mohamad yang memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Ummah Centre, Haji Ir Izham Hashim ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy pada 2 Ogos lalu di Dewan Muzium Selangor, dekat sini.
Ir Izham juga berharap ada usaha dilakukan untuk mendapatkan kembali wang pencen Dr Burhanuddin sebagai bekas Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Besut yang dinafikan sehingga kini termasuk menobatkan beliau sebagai tokoh pejuang kemerdekaan negara yang terlibat selama tiga dekad, sebelum, semasa dan selepas merdeka memertabatkan agama, bangsa dan negara.
Ucaptama seminar itu telah dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa sekaligus merasmikan seminar serta menyempurnakan pelancaran Ummah Centre sebagai sebuah NGO bebas yang menjalankan kajian menerusi pusat keceriaan ummah.
Turut menyampaikan pandangan di dalam seminar itu adalah Dato’ Kamaruddin Jaaffar, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, Dr Dzulkifly Ahmad, Haji Azmi Abdul Hamid, Prof Madya Saliha Haji Hassan, Haji Khalid Samad dan Saudara Muzammil Mohd Nor.
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran isteri Dr Burhanuddin, Puan Che Suri Haji Yahya, adiknya, Haji Norbit dan anaknya sendiri, Saudara Nouxman dan Haji Shukri serta menantu dan cucu-cucu beliau.
Menurut informasi yang diketengahkan di dalam seminar ini dinyatakan kelahiran Gopeng, Perak pada 1911 berketurunan Minang hasil kongsi hidup Haji Mohamad Noor yang berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908 manakala ibunya, Sharifah Zaharah Habib Osman berasal dari Melaka.
Pada 1934, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Aligarh, New Delhi, India sehingga mendapat PhD di dalam bidang falsafah dan sastera, merupakan seorang yang lemah lembut sehingga digelar Al-Helmy dan disenangi banyak pihak.
Dr Burhanuddin merupakan anak Malaysia pertama terlibat di dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan umat Islam Palestin di mana beliau berbuat demikian dalam usia 24 tahun semasa dalam perjalanan pulang dari India.
Beliau juga adalah Pengasas Perubatan Homeopathy Malaysia termasuk banyak menulis buku mengenai pengubatan tanpa dadah itu. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun pada 1942 hingga1945 dengan tujuan untuk menjaga kepentingan sekolah-sekolah agama ketika itu.
Pada 1950, beliau ditahan British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura, 1956 menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu(PAS), dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias dan 1959 memenangi Kerusi Parlimen Besut,Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959.
Dari 1964 hingga 1969, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi agen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia dan 10 Oktober 1969, beliau meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA. IBH
Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.
"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?,"
Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.