test

Ahad, 6 September 2009

Nilai Saham Maika : Parodi ala MacBookAir

Parodi Saham Maika oleh Kavi.






Video sudah lama keluar tetapi saya baru jumpa.

Mengingatkan saya kegiatan membuat parodi yang lalu.

http://hasbullah.pit.my/2008/11/macbook-air-parody-versi-tempatan.html

http://hasbullah.pit.my/2008/11/macbook-air-parody-versi-apa-pula.html

Sabtu, 5 September 2009

Spekulasi Murahan:Jambatan ke Melaka Dumai dibatalkan?

Wujudkan kemungkinan bahawa Projek Jambatan Melaka Dumai dibatalkan?
Dan digantikan dengan Jambatan Bagan Pinang-Dumai?


Khamis, 3 September 2009

Teh Kong

Teh Kong adalah teh yang dibungkus dalam pot susu.
Kebiasaannya ditapau pekerja dengan persekitaran kerja yang tiada cawan.



Hari ini saya berbuka dengan Teh Kong

Rabu, 2 September 2009

SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy

Di bawah ini terdapat artikel oleh Saudara Ikhwan Hafiz (atau Ilhami Hisham)* yang telah menghadiri  'SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy' pada 2 Ogos yang lalu:

SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (ada yang baca; Al-Hulaimy) pada 2 Ogos lalu di Muzium Shah Alam anjuran Ummah Centre didedahkan betapa fakta sejarah negara ini, banyak sudah dipertikaikan kesahihannya.

Tokoh yang menyebutnya bukan sembarangan. Beliau adalah pakar sejarah negara, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim. Menurutnya, dengan sebab itu, tindakan segera perlu dilakukan demi membenarkan semula fakta sejarah untuk generasi baharu.

Itulah antara lain yang dapat saya qoutekan.

Salam seminar itu diperkukuhkan dengan fakta yang dipersetujui semua pihak bahawa Prof Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam TIGA zaman, sebelum, semasa dan selepas.

Berikut adalah sebahagian artikel yang aku tulis untuk sebuah akhbar bulanan untuk edisi September:-

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy

SHAH ALAM: Sudah sampai masanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang banyak memberikan sumbangan tenaga, masa dan pemikiran mereka pada satu masa dahulu diberikan pengiktirafan berbentuk anugerah negara.

Meskipun ada di kalangan mereka berjuang di haluan lain di dalam menggembleng kesedaran rakyat negara ini di dalam usaha dan sanggup bangun memperjuangkan hak rakyat di dalam mewujudkan sebuah negara merdeka.

Tokoh-tokoh itu termasuk Dr Burhanuddin Al-Helmy Mohd Noor yang banyak memimpin persatuan yang semuanya menuju ke arah kemerdekaan negara termasuk akhirnya menjadi Yang Dipertua PAS ke-3 pada 25 Disember 1956, Ibrahim Yaakob (Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ishak Haji Mohamad yang memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Ummah Centre, Haji Ir Izham Hashim ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy pada 2 Ogos lalu di Dewan Muzium Selangor, dekat sini.

Ir Izham juga berharap ada usaha dilakukan untuk mendapatkan kembali wang pencen Dr Burhanuddin sebagai bekas Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Besut yang dinafikan sehingga kini termasuk menobatkan beliau sebagai tokoh pejuang kemerdekaan negara yang terlibat selama tiga dekad, sebelum, semasa dan selepas merdeka memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Ucaptama seminar itu telah dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa sekaligus merasmikan seminar serta menyempurnakan pelancaran Ummah Centre sebagai sebuah NGO bebas yang menjalankan kajian menerusi pusat keceriaan ummah.

Turut menyampaikan pandangan di dalam seminar itu adalah Dato’ Kamaruddin Jaaffar, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, Dr Dzulkifly Ahmad, Haji Azmi Abdul Hamid, Prof Madya Saliha Haji Hassan, Haji Khalid Samad dan Saudara Muzammil Mohd Nor.

Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran isteri Dr Burhanuddin, Puan Che Suri Haji Yahya, adiknya, Haji Norbit dan anaknya sendiri, Saudara Nouxman dan Haji Shukri serta menantu dan cucu-cucu beliau.
Menurut informasi yang diketengahkan di dalam seminar ini dinyatakan kelahiran Gopeng, Perak pada 1911 berketurunan Minang hasil kongsi hidup Haji Mohamad Noor yang berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908 manakala ibunya, Sharifah Zaharah Habib Osman berasal dari Melaka.

Pada 1934, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Aligarh, New Delhi, India sehingga mendapat PhD di dalam bidang falsafah dan sastera, merupakan seorang yang lemah lembut sehingga digelar Al-Helmy dan disenangi banyak pihak.

Dr Burhanuddin merupakan anak Malaysia pertama terlibat di dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan umat Islam Palestin di mana beliau berbuat demikian dalam usia 24 tahun semasa dalam perjalanan pulang dari India.

Beliau juga adalah Pengasas Perubatan Homeopathy Malaysia termasuk banyak menulis buku mengenai pengubatan tanpa dadah itu. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun pada 1942 hingga1945 dengan tujuan untuk menjaga kepentingan sekolah-sekolah agama ketika itu.

Pada 1950, beliau ditahan British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura, 1956 menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu(PAS), dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias dan 1959 memenangi Kerusi Parlimen Besut,Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959.

Dari 1964 hingga 1969, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi agen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia dan 10 Oktober 1969, beliau meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA. IBH

Saya tidak dapat hadir ke Seminar itu kerana pada 2 Ogos saya ada 'Praktikal' merasai apa yang Dr Burhanuddin rasai.

* Ada Tuntutan bertindih pemilikan artikel yang dipetik.

Selasa, 1 September 2009

Janji RON 95 RM 1.75

RON 95 yang dikeluarkan hari ini telah dikatakan sebagai berharga RM 1.75 seliter oleh Kementerian Penerangan.

Rakyat tidak berapa kisah kalau "harga minyak utama" kekal.

Sekiranya RON95 telah dicadangkan dari seawal mei dulu adalah RM 1.80, maka tidak timbul soal pembohongan.

Namun apa yang telah berlaku adalah ianya dijanjikan pada harga RM 1.75 pada mei lalu.

(Klik untuk besarkan.)

sumber :http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3739:kenaikan-harga-petrol-ron97-dan-pengenalan-ron95&catid=99:isu-negeri

Rakyat tidak pinta RON 95 mestilah berharga RM 1.75.
Kalau ianya RM 1.80 sama seperti RON 97 sebelum ini, ia mungkin tidak dipersoalkan.


Tetapi apa yang terjadi adalah rakyat telah dijanjikan bahawa 1 September 2009 RON 95 berharga 1.75, tetapi pada 1 september 2009, ianya RM 1.80.

Isnin, 31 Ogos 2009

RON95 RM 1.80 ?

Orang yang membeli minyak RON95 esok hari, akan dapat minyak RON97 , kerana ia stok semalam, pada harga RON95 yang dinaikkan dari RM 1.75 ke RM 1.80.

Dalam erti kata lain dia masih lagi beli RON 97 pada harga RON 97.

Pelik betul, kenapa RON 95 perlu 'dinaikkan' pada hari ianya dilancar?

Kalau mahu jual RON 95 pada harga RM 1.80 , lebih baik dia dari mula terus perkenalkan RON95 pada harga RM 1.80.

Sebaliknya hanya kawasan bandar yang menikmati penjimatan 5 sen, tetapi orang kampung tak dapat.

Kalau mereka terus perkenalkan RON95 pada harga 1.80 , maka hanya ada 1 'kenaikan' berbanding 2.




Hairan juga tengok cara BN berpolitik.

Mahfuz Mengamalkan Politik Nabi Yusuf

YB Mahfuz menulis di blognya 

Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas

Sebahagian daripada petikan menarik:

Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?,"

Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan. 

 Berkaitan juga dengan catatan berkenaan Stok Penimbal Beras

Setiap rumah 50 Kg.

Google+ Hasbullah Pit