test

Khamis, 2 April 2009

Persidangan G20 Membosankan

Tiada apa yang terlalu baru diperbincangkan di persidangan G20 di kota London.

Obama dan Brown  dengan pakej rangsangannya.
Peranchis dan Jerman mahu perketatkan peraturan.

Persoalan matawang seolah-olah diketepikan daripada persiangan G20.

Che Det pula ada seminar berasingan di London untuk menhentam matawang.

Pendemontrasi dari perlbagai jenis demonstrasi melakukan demonstrasi.
1 orang sudah terkorban.


Ada yang Anarki
Ada yang pro alam sekitar
Ada yang anti perang
Ada yang bawa bendera Palestin.

Ada Bank kena pecah.

Tengok gambar di sini


Mana polis British?
Polis British di Malaysia sudah jumpa jalan pulang balik ke London?




Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke London.




"Boss, macam mana kita nak balik London"
"Anarki , Sosialis sudah merusuh, pecahkan Bank"

"Kita nak balik lalu mana bos?"
"Jalan Laut belum jumpa lagi kah?"

"Tumpang Hamilton tak bolehkah boss?

Tarian Kebudayaan Orang Cina menurut persepsi Zahid..

menurut Zahid Hamidi

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina."





oooo Begitukah rupanya tariah yang menjadi kebudayaan kaum Cina?

Rabu, 1 April 2009

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam).

Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI.

Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam.

Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa.

Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu.
Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita.

Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara.

Selepas menjalani hukuman, Ali Rustam boleh bebas berjuang menyambung apa yang telah diputusbelahkan oleh Belanda dan British, tanpa perlu rebut jawatan.

Cepat dibicara, cepat keluar penjara.

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais, seorang pejuang anti kapitalisme.

Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme.

Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat.



Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.

Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima.

Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untuk bertarong, menundukkan dan memakan modal-modal yang lemah. Modal besar akan memakan modal yang kecil untuk menjadi modal yang lebih besar. Modal yang lebih besar akan memakan modal besar untuk menjadi modal yang paling besar.

Jika modal duduk tidak bergerak modal ini akan mengempis. Kalau saya ada 10,000 ringgit dan saya simpan duit ini dalam bilik mandi – nilai 10,000 ini dari hari ke hari akan berkurangan. Ini hukum modal. Modal yang tidak bergerak adalah modal mati. Tidak ada sesiapa yang dapat melanggar hukum ini. Ini hukum kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma – wang ringgit wajib begerak untuk terus membesar. Pembesaran modal hanya melalui jual beli yang akan menjamin keuntungan.

Sistem ekonomi kapitalisma muncul dari kehancurana sistem ekonomi feudalisma. Dalam hukum kapitalisma modal wajib membesar dan berkembang, akhirnya melahirkan era kolonialisma – penjajahan.

Lupakan cerita-cerita karut yang diajar di Sekolah Menengah Tingkatan Lima tentang Zaman Penemuan Negara Baru. Kita di beritahu bahawa kuasa Mat Saleh dari negara atas angin meninggalkan negara mereka untuk mengembangkan agama Kristian, mencari padri yang bernama John Poster atau membawa tamadun dan pencerahan ke negara yang tidak bertamadun – ini adalah cerita cerita karut.

Pada tahun 1786 bukan Francis Light yang berjumpa Pulau Pinang tetapi Orang Melayu Kedah yang berjumpa Francis Light. Pada tahun 1819 bukan Raffles yang menemui Singapura tetapi Orang Melayu Johor bertemu Raffles. Orang Putih menemui Singapura dan Pulau Pinang adalah cerita karut marut yang telah dijual bagitu lama sekali. Tidak ada sesiapa menemui kita. Kita telah wujud.

Tujuan Portugis , Sepanyol, Belanda dan British meninggalkan tanah air mereka dan belayar ialah untuk mencari bahan-bahan perniagaan baru untuk diperdagangkan. Berdagang ertinya datang untuk mencari untung. Kuasa kolonial ini ingin mencari dua pekara : Bahan mentah untuk dibawa ke Eropah dan pasaran untuk menjualkan barang yang mereka buat di negara mereka.

Di Eropah di awal kurun ke 13 – pasaran telah tepu. Sistem ekonomi feudal tidak dapat lagi menanggung perkembangan tamadun bangsa. Kemiskinan di sana sini. Naratif Charles Dickens dalam Oliver Twist (1838) menggambar keadaan ketika itu dengan tepat sekali. A Tales of Two City (1859) berlatarkan revolusi rakyat Peranchis memperlihatkan penentangan kaum tani terhadap kaum feudal. Sistem ekonomi feudal sedang diasak oleh sistem ekonomi kapitalis.

Zaman awal penjajahan ialah zaman pemulaan kapitalisma saudagar – mercantile capitalism. Jangan lupa East India Company dan Dutch East India Company – nama mereka sahaja telah tertonggeng bogel menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah saudagar yang datang berdagang untuk mencari harta kekayaan. Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

Agama didatangkan kemudian dengan tujuan untuk menipu dan memastikan anak-anak tanah jajahan terus diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan api neraka. Cerita api neraka ini masih lagi satu ‘trick’ baru yang masih boleh digunakan di tanah jajahan. Hasil dari persekongkolan – kaum pemodal, kaum feudal dan kaum agamawan - tanah tanah dan harta kekayaan rakyat di Asia, Afrika dan Amerika Latin dapat di rampas. Untuk gantinya rakyat di negara-negara ini diberikan Kitab Injil. Inilah hakikat era zaman kolonialisma.

Kemasukan kuasa kolonial ini bukan tidak ada penentangan. Di Melaka kuasa kolonial Portugis telah di lawan. Apabila kuasa kolonial Belanda sampai mereka juga ditentang dan di lawan. Justeru kuasa kolonial melihat bahawa untuk memastikan perniagaan mereka selamat mereka perlu memiliki bala tentera. Justeru kota-kota perlabuhan yang didirikan di tepi persisiran laut wajib dikawal rapi. Ini berlaku di Batavia, Melaka, Pulau Pinang, Singapura, Manila – di Afrika dan Amerika Latin ciri-ciri yang sama juga berlaku.

Kini wajah modal para saudagar telah mula berubah. Untuk memperlihatkan mereka berderajat dan ada ‘class’ maka cap mohor King dan Queen diperlukan. Untuk memastikan mereka selamat tentera laut dan darat disediakan. Apabila modal emas dan ringgit terkumpul dan bertambah maka para saudagar ini berupaya untuk mendiri dan memperbesarkan pasokan soldadu. Akhirnya anak-anak tempatan direkrut untuk dijadikan sebahagian dari tentera kolonial.

Tentera Ghurkha, Kyber Rifles, British Indian Army, British Burmese Army adalah diantara nama-nama pasukan tentera dimana anak-anak tempatan berjaya direkrut untuk menjadi alat penjajah. Di Indonesia hingga ke hari ini kita mendengar konsep Anak Emas Belanda – ini adalah rakyat Moluku yang direkrut untuk menjadi budak suruhan Belanda. Malah askar Melayu Diraja yang patriotik menentang Jepun dalam Perang Dunia Kedua dihasilkan oleh British War Office yang meluluskan Akta Malay Regimen pada 23 November 1923.

Dalam masa yang sama – kuasa kolonial juga bergerak mengikut hukum kapitalisma dan modal – mereka bertentangan antara satu puak dengan yang lain. Portugis kuasa kolonial awal telah lemah kerana diserang oleh kuasa modal British, Belanda dan Sepanyol. Kuasa modal kolonial Sepanyol runtuh apabila diserang oleh kuasa modal kolonial Belanda dan British.

Akhirnya yang tinggal hanyalah kuasa modal British dan Belanda. Di kawasan Kepulauan Melayu pertempuran hebat untuk merebut harta kekayaan berlaku diantara dua kaum pemodal ini. Mereka berperang untuk memiliki dan menguasai kota perniagaan di Melaka, Singapura, Pulau Pinang, Bengkulu, Borneo, Belitung dan Batavia. Terbukti bahawa perperangan ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau warna kulit. Mereka berkulit puteh dan semua beragama Kristian. Apa yang mereka rebutkan ialah harta kekayaan dan tanah jajahan. Perperangan mereka adalah perperanga kaum pemodal. Ini adalah mengikut hukum kapitalisma.

Akhirnya melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 dua kuasa kolonial ini bersetuju untuk tidak berperang. Perjanjian 1924 ini memisahkan Bumi Melayu dan Kepulauan Melayu – maka lahirlah apa yang dipanggil Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

Belanda menerima hakikat bahawa Singapura adalah hak British dan British memulangkan Bengkulu dan Belitung kepada Belanda. Kuasa penjajahlah yang melahirkan konsep negara bangsa. Pulau pulau di Selatan Singapura menjadi Indonesia.

Melalui Anglo-Siamese Treaty 1909 wilayah Patani, Menara, Singgora, Setul dan Yala menjadi wilayah Raja Siam. Kedah, Kelantan, Perlis dan Terangganu jatuh ketangan British. Perjanjian-perjanjian ini bukan di buat oleh Orang Melayu tetapi oleh kuasa kolonial British. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

Kaum saudagar dari negeri atas angin yang awalnya datang dengan kapal layar untuk berniaga dan mencari bahan perniagaan akhirnya menjajah dan mendirikan kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Modal dan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari sistem ekonomi kapitalis ini akhirnya sampai ke puncak.

Puncak pencapian kapitalisma ialah imperialisma. Kekuatan modal imperialisma ini telah berjaya mendirikan empire. Ini samalah seperti empire yang didirikan oleh Kerajaan Rom - dimana seluruh Eropah, negara Arab dan negara di persisisran Laut Tengah semuanya menjadi tanah jajahan Emperor Rom.

Tanah Melayu juga akhirnya menjadi sebahagian dari Empire British. Tanah tanah jajahan British yang berselerak di Asia dan Afrika telah menyelamat ekonomi British dari berlakunya pemberontakan rakyat. Modal British dapat berkembang meluas mencari untung.

Keuntungan berlipat ganda mencurah-curah masuk ke kota London. London menjadi kota terbesar dan terkaya dalam dunia - lebih besar dan ampuh dari Empire Rom. Tapi pesta ini hanya untuk sementara kerana ada lagi satu hukum alam yang tidak dapat di lawan: Dimana ada penindasan disitu pasti akan muncul penentangan. (TT)

Cecacing Conficker adalah wujud , bukan Jenaka April Fool

Sebelum ini ada kedengaran amaran (info Malaya) tentang cecacing conficker, tetapi ada pula ulasan di blog itu yang mengatakan ianya hanya jenaka april fool.

Setelah menkaji sedikit, ianya benar wujud dan telah menyerang.

Pengguna Windows, pandai-pandailah pertahankan sendiri ya.

Selasa, 31 Mac 2009

Tahniah buat 'Atuk' Ingénieur Nizar

Tahniah diucapka  kepada Ingénieur Nizar kerana kini benar-benar menjadi datuk kerana mendapat cucu.

Menurut Nenda Fatimah...
Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.
Sila hantar ucapan di sini.

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah.

Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan.

Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti.

Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah?

Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks.

Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya.

Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh.
Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup.

Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang British terpisah dua.

Ada yang gembira dengan Persekutuan Tanah Melayu, ada yang tidak.

Akhirnya, akibat daripada itu, Negara ini didirikan hanya berdasarkan tanah bekas Jajahan British sahaja.

Kemudian apabila wujudnya gerakan untuk membentuk kemerdekaan yang bulat, membentuk Negera Melayu Raya,
Maka di canangkan pula pembentukan Malaysia, satu gabungan kawasan-kawasan bekas jajahan British yang 'Merdeka'.

Hasilnya, sehingga hari ini, kita sukar untuk keluar daripada sistem British.
Sistem demokrasi British, Sistem tanah, sistem polis, Undang-undang British dan banyak lagi.

Kita perlu tolak Hishamudin yang kononnya nak hapuskan PPSMI di sekolah Rendah tetapi kekalkannya di sekolah menengah.

Jangan terpedaya dengan taktik British ini.
Ia memang untuk melemahkan Gerakan Mansuhkan PPSMI, sebagaimana ia digunakan untuk melemahkan penentangan British di Ireland, dan Tanah Melayu.


Ingat pesan Jed:

UMNO — Pembela BANGSA!  Pembela Melayu! Tapi membela undang2 British dan Bahasa Inggeris! (Defenders of race!  Defenders of Malays!  But defend British laws and the English language!)

Maka....

Kita Tolak PPSMI secara bulat.

Google+ Hasbullah Pit