test

Sabtu, 28 Mac 2009

Mohon Derhaka TGNA, Laman Web tidak boleh diktiraf sebagai blog

Kemaskini 28 mac 6:40 pm

Saya telah mengiktiraf laman web Tok Guru Nik aziz sebagai blog, setelah pihak Aptus menghidupkan RSS bagi blog itu. (Walaupun ia tidak ditakrifkan di pengepala).


Alamat RSS TGNA = http://feeds2.feedburner.com/BlogTokGuru

Jadilah orang terawal melanggan suapan RSS TGNA.

Kepada Para tauke Agregator RSS, seperti Bang Bakaq/Malaysiakita, TheXblogs , Dr Halimah (Sahabat Blogger) , wartamaya , Nobisha ( Debat Rakyat) dan lain-lain,

Sila masukkan suapan RSS Tok Guru Nik Aziz ke enjin anda.

Beras Padu telah memasukkan RSS Tok Guru Nik Aziz sebentar tadi.




------------------- Catatan Terdahulu :


Mohon Derhaka TGNA


Laman Web TGNA tidak boleh diktiraf sebagai blog kerana, logo RSS sahaja tanpa RSS yang sebenar tidak boleh membuatkan sesuatu laman web itu diiktiraf sebagai blog.


Nama domain mengandungi perkataan "blog" juga tidak boleh membuatkannya dipanggil blog kerana ketiadaan RSS.


Walau apa pun, tahniah kerana kewujudan laman web.

Sila layari http://www.blogtokguru.com/

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait.

Rapat mana kaitannya?

Amat rapat.

Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya.
Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta.

Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.

Begitu juga tenaga.

Tenaga tidak boleh dicipta.

Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya.

19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu.

Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka.

Mereka membeli sumber tenaga pada nilai yang amat rendah.

Lihatlah bagaimana Amerika membeli minyak dengan kertas sahaja. Sudahlah kertas, murah pula.

Sila baca catatan lama saya

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun


Saya memang percaya harga sebenar minyak mentah adalah lebih daripada 100 USD.

Namun hari ini mereka mampu membeli dangan separuh harga.

Keadaan sebegini menyebabkan mereka mewah dengan tenaga.

Mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama apabila matawang yang mereka gunakan adalah emas dan perak.

Mana mungkin mereka wujudkan emas dan perak daripada tiada kepada ada.

Itu baru persoalan tenaga.

Pembentukan sampah berleluasa akibat konsumerisme juga berkait dengan emas dan perak.
Mereka boleh membeli secara boros segala mak nenek barangan daripada seluruh dunia.
Tidak cukup duit, mereka kredit, apabila hutang lapuk, ianya dipanggil "aset toksik", dan kemudiannya dibeli oleh Obama.

Berapa banyak tenaga pula digunakan untuk menghasilkan barang yang akhirnya dijadikan sampah?

Kebanyakan manusia, mempunyai had berbelanja berdasarkan pendapatan masing-masing. Hutang mereka pula ada had pada had kredit yang pada kad kredit.

Tetapi manusia jarang sungguh mengira kemampuan tenaga, dan menggunakan mengikut had.

Siapa yang mahu larang manusia menggunakan tenaga secara belebihan?

Hari ini minyak murah berbanding tahun lepas. Akan tetapi penggunaan minyak tahun ini jauh lebih tinggi daripada tahun lepas. Namun ia tidaklah terlalu tinggi akibat daripada had kewangan yang pengguna ada.

Bayangkan kalau semua orang terlalu mampu untuk membeli minyak, membayar bil elektrik dan air?

Mereka akan menggunakan secara tak ingat dunia.

Situasi terlalu mampu membeli tenaga wujud di sebelah barat. Lihatlah lampu di Las vegas.



Bagaimana mereka boleh terlalu mampu membeli tenaga kalau bukan dengan sistem kewangan kertas?


Kita akan tentang konsumerisme
Kita akan lawan kapitalisme yang bersenjatakan kertas
Kita akan pertahankan bumi ini.

Jumaat, 27 Mac 2009

Gosip Fizik: UMNO Salahkan Graviti?

Prof Hamirdin sudah tidak berapa betul. Dia kata Graviti yang membuatkan UMNO jatuh.

Mungkin ada betulnya,

Cuba kaji, kenapa YB Khalil Idham Lim mengiktiraf pluto sebagai planet?

Kenapa Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Pluto sebagai planet?

Ahli politik memang suka mengiktiraf pluto sebagai planet?

Kenapa?




mungkinkah kerana ....



Gravitinya kecil?

Bilakah Malaysia akan Haramkan Kereta Baru Berwarna Hitam?

Di California, tidak jauh daripada Bukit Gantang, wujud ura-ura kereta baru berwarna hitam akan diharamkan.
(berita di Slashdot)

Maksudnya, kereta baru keluar dari kedai tidak boleh berwarna hitam atau gelap.

Bagi saya, pengharaman warna gelap bagi kereta baru adalah lebih sesuai di Malaysia.
Malaysia negara panas, warna gelap pada kereta, membuatkan pemandu kereta menghidupkan penghawa dingin keretanya terlebih dahulu, untuk menyejukkan kereta. Berapa banyak karbon tambahan dilepaskan hanya kerana kereta hitam lebih panas daripada kereta warna perak?


Gambar di bawah bukan menunjukkan bantahan terhadap penggunaan kereta berwarna hitam.



Yang peliknya kereta 'Perak' juga warnanya hitam.




Bukankah pemimpin Perak kereta pun warnanya perak?

Bayangkan kebanyakan tempat letak kereta adalah jenis berbumbung, berapa banyak tenaga boleh dijimatkan hanya untuk menyejukkan kereta?

Bayangkan kalau pembeli kereta baru diberikan subsidi 'tinted'kalis haba ?
Berapa banyak tenaga boleh dijimatkan?

gambar hiasan:


Nur Madihah, Ke jerman kah kamu?

Saya ingin menulis tentang cadangan kepada Nik Nur Madihah untuk memilih Jerman sejak sekian lama.

Supaya, selain saya, ada juga blogawan lain yang mencadangkan Nik Nur Madihah untuk ke Jerman jikalau serius benar meminati fizik.

Kerajaan Negeri Kelantan sudah mahu taja pengajian Nik Nur Madihah, harapnya ianya berbaloi.

Blogawan yang tolong pilihkan "Jerman" untuk Nik Nur Madihah:

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/23/surat-buat-madihah/


Kalau Wernher von Braun , tidak dibawa ke Amerika, mungkin Amerika masih terkial-kial untuk ke Angkasalepas.


Peminat fizik, termasuk 'Jurutera tak kesampaian' bolehlah menyertai seminar fizik.


Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Khamis, 26 Mac 2009

PPSMI: UMNO boleh menunjukkan Isyarat Penentangan Terhadap Inggeris (kalau mahu)

Hari ini, Tali barut yang disayangi Inggeris bernama Hishamudin akan bertanding, Dia secara terang terangan mempertahankan kepentingan Inggeris.

Semalam tali barut Inggeris bernama Mukhris telah ditewaskan.

Saya tahu, terdapat juga perwakilan UMNO yang mahu PPSMI dihapuskan, tetapi malu nak cakap.

Oleh itu, kepada Perwakilan UMNO, sila gunakan kuasa undi anda.

Jatuhkan tali barut Inggeris yang bernama Hishamuddin dalam pertandingan Naib.

Dan naikkan Puad Zarkashi (nombor 20) pertandingan MT.

Google+ Hasbullah Pit