test

Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI tidak menggalakkan Ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu

Ramai di antara kita mahir membaca bahasa Inggeris. Adakalanya disebabkan kemahiran kita itu, kita sendiri tidak perasan bahasa sumber yang kita baca itu dalam bahasa Inggeris.

Ianya difahami sebagaimana penutur bahasa Melayu memahami bahasa Melayu.

Apabila kita banyak membaca Inggeris, ianya sudah 'biasa' difahami, dan tidak pula terfikir bahawa ada saudara mara kita tidak memahaminya.

Untuk kepala otak sendiri, mendapat maklumat dalam bahasa Inggeris itu sudah mencukupi, tetapi ia tidak menjamin ianya disimpan untuk bacaan orang lain.

Bahasa adalah medium penyimpanan ilmu.

PPSMI tidak menggalakkan ilmu Inggeris ditulis semula dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain.

Maklumkan, sudah faham cukuplah.

PPSMI menggalakkan supaya menukar bahasa berfikir kepada Inggeris. Kalau boleh sehingga bila-bila pun ianya perlu diInggeriskan.

Tetapi kini bahasa Inggeris tidak berkembang sebagaimana ianya berkembang selepas perang dunia ke 2.

Terlulu banyak sumber maklumat Inggeris menyebabkan maklumat itu tidak disimpan di dalam Bahasa Melayu.
Rasionalnya?

Kita lihat apabila Balasundram membuat akuan berkanun tentang Altantuya, ianya tidak diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh sesiapa. Sebab apa?
Mungkin ramai yang sudah faham, tidak merasa perlunya ianya diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Akan tetapi, apabila wartawan Peranchis membuat artikel tentang Altantuya dalam Bahasa Peranchis, ada pula pihak yang menterjemahnya ke Bahasa Melayu.

Kenapa?
Satu bentuk pemikiran kusangkasemuabolehfahamisme telah wujud dan ianya menentukan samada ianya perlu diterjemah atau tidak.

Apabila artikel ditulis dalam Bahasa Peranchis, maka   kusangkasemuabolehfahamisme tidak wujud.

Jejaka kacak yang mahir peranchis sekali pun pasti tahu tidak semua rakyat Malaysia faham Bahasa peranchis.

Kerana itu ia diterjemah kepada Bahasa Melayu.

Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme adalah satu fahaman yang bahaya kerana ia menyebabkan ilmu tidak disimpan dalam bahasa sendiri.

Jadi mengapa Kerajaan Malaysia terlalu banyak menghantar pelajar ke Negara berbahasa Inggeris?
Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme  akan bermaharajalela.

Kalau Malaysia menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman dan Jepun, maka tidak wujud kusangkasemuabolehfahamisme bagi ilmu yang ditimba dari jepun.

Toti bawa balik buku jepun pun, belum tentu pelajar yang belajar di Jerman boleh faham.
Kalau Toti kahwin dengan Sarah yang belajar di Rusia, belum tentu anak mereka boleh faham kedua-dua bahasa Jepun dan Rusia.

Siapa boleh jamin anak dia boleh faham bahasa Rusia, Jepun, Jerman, Peranchis sekaligus?
Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam Bahasa Melayu.

Ilmu untuk beberapa generasi, bukan 1 generasi sahaja.

Oleh itu fahaman kusangkasemuabolehfahamisme perlu dihapuskan, supaya lebih banyak ilmu dari sumber pelbagai bahasa boleh dikumpul dan diolahkan oleh kita dan anak cucu kita.

Khamis, 12 Mac 2009

Gambar Bogel Tersebar Melalui MMS

Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS.

Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS.

Adakah ianya benar seperti yang didakwa?

Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan.

Melainkan kalau   mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS.

Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS?

Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya?
Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya?

Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS?

Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS.
Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa.
Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa.

Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "penyebaran melalui MMS"?

Adakah wartawan Metro tidak boleh membezakan antara MMS dengan bluetooth?

Saya buka persoalan.

1. Adakah anda menggunakan MMS
2. Berapa kerap anda menerima MMS dalam sebulan
3. Adakah anda pernah menerima MMS gambar lucah Elizabeth Wong

Jika Guna Sistem Emas/Perak, Boleh Tak Bentang Belanjawan mini 60 bilion?

Jika Guna Sistem Emas, Boleh Tak Bentang Belanjawan 60 bilion?

Macam mana nak beri 60 billion kalau tidak ada emas sebanyak itu.

Sistem Kewangan Emas dan Perak tak bagus kah?

Sistem kewangan Kertas Fiat boleh adakan 60 bilion.

Apa jawapan bagi persoalan ini?

Sebenarnya kalau kita menggunakan emas/perak, kemungkinan besar tidak perlu pakej rangsangan.

Ekonomi "Berkembang" pada kadar yang tidak sepatutnya menggunakan wang kertas.

Ada negara nilai "kertas"nya mahal, ada negara murah.

Negara kertas mahal boleh beli macam-macam dari negara kertas murah.

Negara kertas murah bergembira apabila negara kertas mahal terus membeli dan membeli sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tinggi.

Kilang dibuka, peluang pekerjaan bertambah, semua orang mahu pekerjaan popular, tak mahu jadi orang gaji, tak mahu jadi tukang cuci.

Jatuh maruah kononnya.

Tugas itu diambil oleh rakyat negara kertas lebih murah.

Komoditi dan barangan kita diambil oleh negara kertas mahal, tetapi kita hanya dapat kertas mahal itu.

Kita tidak dapat emas.

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dengan Amerika sebanyak RM 10 billion, sepatutnya kita sudah dapat emas bernilai RM 10 bilion itu daripada Amerika. Tetapi apa yang kita dapat hanya kertas mahal mereka.

Kalau guna emas/perak , boleh dikatakan tiada pembuangan kerja.

Kalau semua orang cukup makan/pakai, ada pendapatan, ada pekerjaan.
Apa perlunya rangsangan?

Seigniorage yang menyebabkan saban hari pendapatan perlu ditingkatkan supaya nak tampung cukai inflasi yang telah dikenakan sebelum ini.

Hari ini kalau kita mampu hidup dengan pendapatan 1000 dirham,
100 tahun lagi pun macam itu juga.

Rabu, 11 Mac 2009

Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah

Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi.

Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu.

Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang.

Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan?
Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.

Najib Ambil 60 bilion dari pengguna Ringgit termasuk yang belum lahir

Belanjawan mini 60 bilion telah dibentangkan.

60 bilion itu diambil daripada kamu.

Ya. Kamu yang membaca blog ini.


60 bilion yang diterbitkan daripada 'thin air' memang tidak akan menyebabkan inflasi serta merta.
Kesan inflasi daripada lebihan bekalan wang (money supply) itu akan berlaku lambat lagi.

2,3 tahun akan datang, 4,5 tahun akan datang.

Saya bukan nujum untuk meramal bila, tapi pasti berlaku.

Roti canai 70 sen akan jadi seringgit.

Hari ini kalau ada seringgit, kita dapat baki 30 sen.
Nanti Roti canai akan jadi seringgit, tetapi mana perginya 30 sen itu?

Siapa ambil 30 sen itu?

Najib.

Ini dipanggil "Seigniorage" , atau "cukai inflasi"

Bezanya dengan cukai biasa ialah, 60 bilion itu telah diambil terlebih dahulu oleh kerajaan.

Dibayar oleh pemilik ringgit, samada rakyat, atau syarikat koporat atau ringgit yang disimpan oleh kerajaan dalam bentuk penyusutan nilai.

Nilai yang hilang itu telah diambil lebih awal oleh kerajaan.


Kalau 60 bilion dicipta, adakah semua orang termasuk bayi yang lahir tahun depan akan dapat habuannya?
Penyusutan nilai ringgit akan dirasai oleh bayi yang lahir tahun depan itu.

Penjelasan Ali Rustam tentang PPSMI ... Saya nantikan

Dengar cerita Ali Rustam mahu adakan sesi "Penjelasan" tentang isu PPSMI.

Tidak sabar pula saya ingin mendengar penjelasannya itu.

Bagaimana agaknya "Penjelasan"nya itu?

Adakah sudah jumpa segala jawapan kepada hujah yang ada dalam buku Prof Abdullah.

Paling saya tidak sabar, ialah penjelasan Ali Rustam, jawapan bagi pengintegrasian ilmu bagi pihak penyokong PPSMI.

Kalau ada sesiapa ada jadual sesi penjelasan tentang isu PPSMI, sila beritahu saya.

Nak tahu juga apa jawapan kepada persoalan "Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu"?

Adakah British mencagarkan nyawa permaisuri Elizabethnya sendiri sebagai jaminan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu?

Atau British cagarkan Jambatan London?

Adakah British pernah memberi jaminan sebegini:

Kalau roboh Bahasa Inggeris
Jambatan London kami bawakan


Kita nantikan

Selasa, 10 Mac 2009

Geri Halliwell Mahu Berduet Dengan Hishamudin ? (PPSMI)

Setelah melihat kejayaan Hishamudin mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris di bekas tanah jajahannya, Mungkinkah Geri Halliwell agak berduet dengan Hishamudin Hussien?






Lagu apa yang ingin diduetkan?





Lagu "British Sayang Kamu"
(Muzik ditiru dari Dayang NurFaezah)

Klik



Kusayang kepadamu
British cinta kamu

Hatiku dihantui tanahmu
Sejak mula timah ditemu
Ekonomiku sembuh dari luka dulu
Bila memandang timahmu

Kuhanyut dibuai rasa rindu pada getahmu
Kuingin kan kau diperintah bersama denganku selalu


Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

Hasil bumimu sentiasa membuatku tertawan pada kamu
Ikhlas konon dilafazkan  dari hatimu buat kucinta kamu
Kukaya dibuai komoditi padamu
Kuingin kan kau dijajah bersama dengan ku selalu...

Rap (Hishamudin):



Kumelayang-layang, terbayang-bayang
Sentiasa oh di depan mata, merata-rata, sini sana
Impi kubawa bahasamu terbang tinggi ke angkasa
Petik bintang berkelipan seakan aura yang diberikan
Lihat  bulan seperti marah melihat  kita berdua
Bisikan jiwa masih tertanya-tanya?
Adakah British masih tidak percaya yang aku cinta dia?
Mungkin ya? PPSMI ku tidak sempurna
Mungkin ya? Belai mesra kutidak seperti mahunya

Kusayang, kucinta tiada apa dipinta
Oh kita berdua akan terus bersama

Rap (Hishamudin):

Ya, sudah pasti sudah tentu
Bahasa Itu yang kumahu, itu yang kaumahu


British sayang kamu....




Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

--

Google+ Hasbullah Pit