Apa terjadi selepas
A.Samad Said kelihatan seperti ditahan polis British?
Ketika itu saya berada di kawasan atas, akibat daripada gencatan serangan gas pemedih mata apabila adanya Samad Said.
Makin ramai orang berjaya naik ke atas.
Pendemonstrasi di arah untuk beredar, tetapi saya beredar di satu taman di sebelah kanan.
Di sini hanya ada tidak sampai 10 orang pendemonstrasi yang berlindung disitu.
Keadaan agak aman, serangan gas hanya ditujukan kepada pendemontrasi yang masih di jalan atas.
Kemudian Unit Simpanan British digerakkan untuk melakukan serangan untuk terus menguasai jalan atas.
Setelah melakukan beberapa tembakan gas pemedih mata, Unit Simpanan British mara ke depan, mengawal kawasan bukit yang boleh dipanjat tadi.
Maka agak mustahil bagi pendemontrasi untuk menghampiri bukit itu, apatah lagi untuk memanjatnya.
Setelah mereka kuasai jalan atas, cuba tempat saya sahaja yang belum dikuasai, maka Cawangan Khas yang memakai reben merah dilengan datang menghampiri untuk menyuruh kami beredar.
Di kawasan bawah pun ada unit Simpanan British, di hadapan pun ada Unit Simpanan British.
Datang pula Cawangan Khas wanita yang membebel menyuruh kami beredar. 2 orang siswi yang berada di situ juga agak pening memikirkan kemana hendak dituju.
Bawah pun ada polis, depan pun ada.
Oleh kerana bebelan Cawangan Khas wanita yang menyuruh kami beredar, maka saya naik angin.
Saya kembali ke arah mereka dan menjerit.
"Nak suruh pergi, Tapi ke mana?"
Seorang polis British cawangan khas lelaki datang tunjuk handal di depan cawangan khas wanita tadi, terus menangkap saya.
Ketika itu terdengar jeritan polis yang bersedia di tepi pagar istana , "Tangkap! Tangkap!".
Saya cakap pada cawangan khas lelaki itu.
Ya lah, kalau nak suruh keluar, ke arah mana? sana atau sana?
Maka saya pun beredar, ke arah jalan raya .
Kalau nak dikira, mereka tiada hak untuk suruh kami beredar, kami yang tidak sampai 10 orang yang berada di kawasan itu bukan berhimpun. Kebanyakannya bersendirian atau berdua.
Atas dasar apa mereka mahu kami beredar?
Hanya mahu menguasai kawasan?
Ketika itu saya melalui gerombolan Unit simpanan British yang mengatakan "
Melayu bodoh, cina berniaga."
Siapa yang bodoh, Peniaga melayu atau orang melayu yang bekerja menjaga kepentingan British?