test

Ahad, 8 Mac 2009

A. Samad Said Hanya Kelihatan Seperti Ditangkap Polis British

Saya sempat merakam gambar A. Samad Said sebelum ianya kelihatan seperti ditangkap.

Ini adalah gambar dari atas, setelah saya memanjat 'bukit' ala cicakman.
Sebelum itu, serangan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British telah dilakukan.



Jika anda klik gambar diatas untuk zum, sebenarnya Kelihatan A. Samad Said di dokong oleh 2 pemuda.



Kemudian A. Samad Said berjaya dinaikkan ke atas bukit itu secara di dokong oleh orang lain.



A. Samad Said berunding untuk masuk ke dalam.
Ketika itu seolah-olah berlaku gencatan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British.





Disebabkan namanya ada dalam senarai pemimpin GMP maka dia dibenarkan masuk.
Namun ,Ianya kelihatan seperti ditangkap, kerana pengiringnya tidak dibenarkan masuk.


Saya mengambil peluang untuk terus berada di atas.

Sabtu, 7 Mac 2009

Kemaskini Demo ppsmi 11:30

Ustaz Kamarudin sidek kelihatan di rnr seremban bersama Sofi Wahab dan
Saudara Yuzi.
Sedang mencekik.

Jumaat, 6 Mac 2009

PPSMI: Pengintegrasian Ilmu Berkaitan Najib Scorpene, Sukhoi

Sebelum ini saya telah membuat slaid tentang pengintegrasian ilmu.


PDF : Pengintegrasian Ilmu

Namun contoh dalam dunia nyata tidak diberikan.

Najib beli Kapal Selam Scorepene buatan Peranchis.
Kalau tiada penyelewengan, belilah kapal selam itu.

Sebelum ini Najib beli Sukhoi SU-30 MKM, buatan Russia,

Malaysia juga ada miliki Aermacchi MB-339 buatan Itali.

Malaysia juga miliki pesawat pilatus buatan Switzerland.

Ada cerita mengatakan konon-kononnya nak beli Eurocopter buatan Peranchis.

Malaysia mempunyai UPNM.
Maka wujud kemungkinan Malaysia akan melahirkan jurutera ketenteraan yang bijak dan cukup vitamin.

Bagaimana Malaysia boleh melahirkan seorang pakar yang yang boleh mengintegrasikan sistem Scorpene dengan dengan sistem Sukhoi?

Satu bahasa Peranchis, satu bahasa Russia.
Bagaimana sukhoi hendak bercakap dengan Aermacchi menggunakan satu sistem yang dibagunkan sendiri?




Mana hendak dicari seorang jurutera tempatan yang tahu kedua-dua bahasa Itali dan Rusia?

Ada sesiapa sini yang tahu 2 bahasa itu sekali?
Mahu tidak mahu, segala bentuk dokumentasi pesawat ataupun kapal yang dibeli itu perlu didokumentasikan dalam bahasa melayu, walaupun ianya proses yang sukar.

Barulah pasukan jurutera kelahiran UPNM, boleh menggambungkan banyak teknologi daripada pelbagai sumber dalam Bahasa Melayu.

Syarat utama ialah ilmu itu mesti disimpan dalam bahasa Melayu.

Apa kaitannya dengan PPSMI?

PPSMI tidak menggalakkan ilmu disimpan dalam Bahasa Melayu dan lebih gemar mengekalkan ianya dalam Inggeris.
Eh, Scorpene itu buatan Inggeriskah?

PPSMI menyebabkan istilah sains dan Matematik Bahasa Melayu dibakulsampahkan.

PPSMI tidak menggalakkan pembentukan istilah baru, yang mungkin terbit hanya selepas cuba menterjemah kitab manual scorpene.

Sekiranya ilmu peranchis dan Itali itu disimpan dalam Bahasa Melayu di Perpustakaan UPNM. Maka lebih ramai orang dapat membacanya dan kemungkinan untuk pengembangan ilmu itu adalah tinggi.

PPSMI: Prof Abdullah Kasi Buku Percuma

Hari ini Prof Abdullah memberi buku percuma.

Hanya Buku versi elektronik yang percuma.

Boleh dimuatturun di sini.

Muatturunlah apa lagi,

Esok mahu demo, dan mungkin buku itu tidak sempat dibaca sebelum 2 petang.

Saya pun ada pemberian percuma juga untuk anda.

Salinan Slaid "Pengintegrasian Ilmu" , dalam bentuk PDF.

Mutturun di sini

PDF : Pengintegrasian Ilmu

Mustahil kalau tidak sempat baca.

Buat masa ini, belum ada lagi penyokong PPSMI berani menyanggah "pengintegrasian ilmu" itu.

Rangkaian Perkongsian Internet Menggunakan GPRS Linux --> OSX -> SE k800i

Hari ini talian streamyx tergendala, bukan sekadar DSL sahaja yang tergendala, malah talian PSTN juga tergendala.

Kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, saya hanya melayari web menggunakan Telefon sahaja, itupun menggunakan GRPS kerana UMTS 3G tidak sampai di kawasan rumah saya.

Secara teori memang saya tahu menggunakan Linux atau MacOSX, boleh menggunakan bluetooth untuk disambung ke telefon supaya komputer boleh melayari internet. Namun akibat ketidaksungguhan mengodek, maka ianya sering tidak berjaya.

Namun hari ini saya berjaya membuatkan MacOSX, menyambung ke internet menggunaka Telefon buruk Sony Ericsson k800i yang disambung menggunakan GPRS sahaj. Kira cukup baik, daripada menggunaka skrin telefon yang kecil, boleh juga guna komputer.

Tips: Guna skrip Sony Ericsson 3G CID4

Ada pula Perkongsian internet MacOSX yang cukup mudah dihidupkan menggunakan GUI sahaja.
Maka dapatlah PC Ubuntu buruk ini digunakan untuk membuat catatan blog ini.

Namun, sebaik sahaja sambungan Rangkaian perkongsian Internet menggunakan GPRS itu berjaya dibuat, Sihat pula streamyx ini.

Isk.

Khamis, 5 Mac 2009

Tempurung Ilmu Tamadun Barat, Nizar iktiraf Pluto Sebagai Planet?

Ramai diantara kita cukup suka menerima ilmu bulat-bulat.

Apabila Bahasa Inggeris itu dikatakan sebagai bahasa ilmu yang tiada tolok bandingnya, maka ilmu yang diterjemah daripada sumber itu juga ada yang diterima bulat-bulat.

Hari sini Dr Khail Idham Lim telah menyiarkan satu Fakta yang kita tak tahu.

Antara kandungannya ialah:

***********************************************************

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd
tahun 1667

***********************************************************
 Itu bermaksud, bagi Tamadun Barat, polis pertama di dunia ditubuhkan pada 1667.


Akan tetapi Kesultanan Melayu Melaka sudah mempunyai Temenggong yang melaksanakan tugas tugas keselamatan dalam negeri.


Adakah Dinasti Ming terlalu bodoh untuk tidak mempunyai pasukan keselamatan dalam negeri?


Adakah Tamadun Barat mahu pasukan keselamatan dalam negeri kerajaan timur supaya berpakaian seperti polis barat baru diiktiraf sebagai polis?


PPSMI hanya menggalakkan kita duduk di bawah tempurung tamadun barat.



Mari kita tengok lagi satu "Fakta yang kita tak tahu"


***********************************************************

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

***********************************************************
Yang ini saya mungkin tak tahu, bila ya Pluto dinaiktarafkan kembali sebagai planet, setelah status planetnya dikira sebagai tidak sah pada 2006?


Ketika saya pergi ke Balai Cerap Alkhwarizmi Melaka tempoh hari, Pluto diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai Planet. Di Pusat Sains negara juga Pluto masih di iktiraf sebagai planet.


Adakah Kerajaan BN sememangnya mengiktiraf Pluto sebagai planet?


Pakatan Rakyat bagaimana pula?
ADUN PR telah menyiarkan artikel bahawa Pluto masih lagi planet?


Atau Malaysia sebulat suara mengiktiraf Pluto sebagai Planet?


Anda bagaimana?


Anda ingin berdemonstrasi sebegini ?


Rusuhan pluto








Rabu, 4 Mac 2009

YB Idham Lim dan Hishamudin Rais Masih dijajah USD

Terdapat 2 catatan blog yang cukup "risau" apabila ringgit turun berbanding dollar.

Ringgit bakal cecah RM4 sedolar?» CINA ISLAM (林川興)

TERNOW !!! NILAI RINGGIT JATUH - BERBANDING DOLAR» Tukar Tiub

Jangan salahkan mereka kerana masih dijajah USD, ada ramai lagi orang yang dijajah USD.

Saya ingin memaklumkan bahawa Ringgit naik berbanding matawang bukan USD sekiranya Ringgit mencecah RM 4 satu USD kerana sistem penentuan nilai Ringgit adalah menggunakan Apungan Terurus ('Managed float').


Adakah ianya sesuatu yang baik atau tidak baik?

Anda tentukan.


Dengan sistem Apungan Terurus yang digunakan oleh Bank Negara, kejadian "Ringgit jatuh berbanding USD" hanya berlaku apabila USD naik. Namun, Ringgit akan turut naik berbanding matawang asing lain.


Malaysia boleh beli barangan daripada luar Amerika dengan sedikit murah.
Jed Yoong akan menjadi lebih kaya, kerana gajinya dibayar dalam USD.
Para blogawan yang memperolehi pendapatan dalam USD melalui Adsense akan sedikit gembiran.


Saya tidak gembira.
Saya tidak suka USD naik.
Kenapa?


Lihatlah bagaimana permainan mereka.
Mereka boleh cipta lebihan 2 trilion USD. Kemudian nilai USD boleh naik.
Kalau mengikut hukum biasa, sepatutnya nilai USD turun. 


USD akan turun, tetapi mungkin bukan hari ini.
Sebelum itu mereka sempat mengakut hasil bumi, atau produk orang Asia dengan kuasa beli yang mereka cipta itu.


Mereka cuba menekan harga emas dengan menaikkan USD.


Mereka cuba meyakinkan dunia kononnya USD akan terus naik supaya permintaan terhadap USD akan naik.
Apabila ramai yang menyimpan USD, maka seigniorage (cukai inflasi) akan dikenakan terhadap mereka.


Seigniorage itu tidak berlaku hari ini, Selesai sahaja Amerika mengakut hasil bumi negara lain, maka USD akan jatuh.
Kesan inflasi USD itu akan diterima oleh semua penyimpan USD.


Hasil bumi siapa yang kena kaut?

 

Google+ Hasbullah Pit