test

Ahad, 1 Mac 2009

Jangan Samakan Penentangan Terhadap PPSMI dengan Layanan Kementerian terhadap Mokhdar

Hari ini hujan. (tiada kaitan dengan tajuk).

Seorang blogawan UMNO, pro Mukhriz telah menyifatkan  penentangan terhadap PPSMI boleh diumpamakan dengan dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Kaedah Mokhtar, dan teori  , Perjuangan Mokhtar Haji Mansor.
http://www.revolusibahasa.blogspot.com/  
http://kelabdarians.blogspot.com/

Saya rasa tidak adil kalau penentangan terhadap PPSMI di samakan sebagai dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

PAS atau GMP secara keseluruhan tidak pernah menentang kaedah Mokhdar.

Kaedah Mokhdar menerima layanan kurang positif daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan. Tetapi, adakah itu jaminan bahasa PAS menolak kaedah Mokhdar.
Zaman ini, mungkin semua bentuk perjuangan boleh diintegrasikan dengan PAS. PAS untuk semua, bukan hanya semua orang tetapi semua perkara.

Adakah "Perjuangan Mohktar Haji Mansor" telah cuba diintegrasikan dengan Perjuangan PAS.


PAS juga memperjuangkan pendidikan. PAS ada PASTI, tak payah perlu tunggu untuk memerintah kalau nak mendidik. Tidak lama lagi PASTI akan adakan projek perintis untuk pelajar sekolah rendah, menampal kebocoran yang ada pada sistem semasa.


Adakah Mokhtar Haji Mansor telah berjumpa dengan Cikgu Azrin Majid  sekalu pengarah PASTI pusat, supaya boleh diusahakan projek mokhdar di PASTI? atau mungkin terlalu awal? Atau mungkin boleh latih guru PASTI dengan kaedah mokhdar supaya cikgu PASTI boleh mengajar matematik? Atau mungkin boleh guna Sekolah PASTI disebelah petang?
Siapa nak jadi Broker pertemuan Tuan Mokthar Haji Mansor dengan Cikgu Azrin?

Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar

Saudara Aduka Taruna telah telah lama membuat catatan blog bertajuk PPSMI bukan faktor utama maju.

Dia bukanlah penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. dia sendiri mengakuinya.


Sebelum ini saya juga telah mengatakan mendengar satu hujah daripada abang saya sendiri tentang bahasa bukan faktor untuk maju.

Saya setuju hujah bahasa bukan faktor untuk maju.

Samada kita belajar dalam bahasa apa pun, ia tidak memberi kesan terhadap kemajuan.

Yang memberi kesan ialah budaya ilmu itu sendiri.

Saudara Aduka telah memberikan contoh beberapa negara berbahasa inggeris juga banyak yang tidak maju.
Berapa banyak negara komanwel yang maju dengan mengekalkan pembelajaran berasaskan Inggeris?

Jadi, ada kalanya hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" digunakan untuk menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Kata mereka , Kalau kita hapuskan PPSMI, kita tidak akan jadi lebih maju.

Namun menggunakan hujah yang sama, kalau Bahasa bukan faktor untuk maju, kenapa adakan PPSMI.

Hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" adalah lebih sesuai digunakan ketika sebelum PPSMI dilancarkan, bukan hari ini.

Yang penting itu ilmu, bukan bahasa.

Orang ke Jerman, belajar teknologi Jerman, untuk mendapatkan ilmu Jerman. Nak bawa balik bahasa Jerman nak buat apa?

Begitu juga ilmu daripada negara lain yang berbahasa lain.

Jadi apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dihantar ke Amerika, Britain, dan Australia, bawa balik ilmu dan bahasanya sekali.

Adakah bahasa itu tidak penting?
Kita tidak perlu kukuhkan bahasa Jerman atau Inggeris kerana dia sudah berdiri sendiri tanpa kita wujudkan "Dewan Bahasa jerman".


Kalau Bahasa tidak penting untuk maju, kenapa hapuskan PPSMI?
Eh, Tunggu sekejap.
Kalau Bahasa tidak penting kenapa wujudkan PPSMI?

Pusing balik asal.

Bagi saya, bahasa adalam medium penyimpanan ilmu.
Ilmu Jerman dalam Bahasa Jerman, Ilmu Jepun dalam bahasa Jepun.

Kita belajar bahasa Jerman, Kita belajar bahasa Jepun.
Tidak semua orang yang tahu bahasa Jerman itu tahu bahasa Jepun.

Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar yang tahu banyak bahasa.

Jadi siapa yang hendak mengabungkan Teknologi Jepun, Teknologi jerman dan hukum hakam dalam Kitab Arab?
Pengintegrasian itu itu dalam bahasa apa?

Maka perlunya bahasa sendiri untuk mengintegrasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini wujud dalam bahasa lain.
Kerana, tidak semua orang boleh tahu kesemua bahasa Korea, Bahasa jepun dan jerman dan Arab dan swenska.

ianya boleh dilakukan dengan menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri.
Ilmu svenska wujud dalam bahasa sendiri, ilmu Korea disimpan dalam bahasa sendiri.

Maka, Umar Hasbullah baca kitab ilmu yang diterjemah dari bahasa-bahasa lain ke Bahasa Melayu, kemudian menggabungkan menjadi inovasi sendiri.

Umar Hasbullah tidak perlu tahu sehingga 28 bahasa.

Siapa boleh belajar 28 bahasa?

Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam bahasa sendiri. Bukan sahaja ilmu yang berasal dari Inggeris sahaja, tetapi ilmu diluar tempurung Inggeris juga perlu disimpan dalma bahasa sendiri.

Lihat sahaja teknologi elektronik.
Negara berbahasa Inggeris agak ketinggalan.
Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finnish, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi.

Adakah generasi akan datang  perlu belajar 28 bahasa sebelum mengintegrasikan teknologi daripada pelbagai sumber?

Jadi, untuk belajar , faktor bahasa tidak berapa penting, langgar sahajalah bahasa yang ada untuk pendapatkan ilmu. Namun ilmu itu perlu disimpan dalam bahasa sendiri supaya lambat lain anak cucu kita boleh mengintegrasikan ilmu-ilmu perlbagai sumber bahasa itu dalam bahasa sendiri.

PPSMI membuatkan proses penyimpanan ilmu dalam bahasa sendiri itu tidak berlaku. Kekalkan sahaja ilmu itu dalam bahasa Inggeris, bukankah kita semua tahu bahasa Inggeris? Itu yang pendokong PPSMI mahukan?

Adakah apabila pelajar Malaysia di Jepun balik ke Malaysia perlu penyimpan ilmunya dalam Bahasa Inggeris supaya boleh diintegrasikan dengan ilmu yang diperolehi oleh rakannya yang belajar di Russia?

Anak cucu kita akan tanya, kenapa kita perlu terjemah ilmu Jepun itu ke dalam Bahasa Inggeris?

Maka kita jawap "Hishamudin kata  hentikan debat PPSMI".

Sabtu, 28 Februari 2009

Lawan PPSMI Sekalipun PPSMI itu Berjaya

Buat apa nak tentang PPSMI kalau ia berjaya?

Ketika berlakunya penentangan PPSMI ketika awal PPSMI dijalankan, wujudnya penentangan terhadap PPSMI oleh golongan 'nerd' sekitar 2003,2004 dahulu, PPSMI dilihat akan berjaya.

Sekalipun ianya kelihatan berjaya, namun ia tetap ditentang.

Andaikata semua orang asli mahir berbahasa Inggeris sekali pun, mahir matematik dan sains dalam bahasa inggeris sekali pun, ianya perlu ditentang.

Kerana ia membunuh bahasa perpaduan kita.

Mungkin ada orang kata takkan matinya sesuatu bahasa, namun istilah dalam sesuatu bahasa itu boleh mati sekiranya tidak digunakan.

Kita boleh salahkan DBP kerana mencipta istilah tetapi tidak mempromosinya.

Terdapat istilah yang khusus untuk bidang tertentu. Bidang pengkomputeran, bidang perubatan, bidang kejuruteraan, bla-bla-kologi.

Kamus istilah komputer sepatutnya diberi percuma kepada penerbit "MajalanPC"

Seorang Doktor sepatutnya mendapat kamus perubatan percuma. atau sekurang-kurangnya glosari.

Seorang mekanik tempatan yang tidak mahir bahasa inggeris, tetap menggunakan istilah "oil filter", "drive shaft" , "allignment" ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan yang kurang mahir tentang kenderaan terus menerima secara bulat istilah yang diberitahu oleh makenik itu.

DBP tidak mempunyai "penjaga Istilah" untuk sesuatu bidang supaya berkempen ke bidang tertentu supaya ianya digunakan.

Hari ini bukan masa sesuai untuk menghentam DBP kerana kita perlu memperkudakan DBP untuk sama-sama menentang PPSMI.

Jadi bagaimana seorang mekanik, dan pelanggan masih lagi menggunakan istilah inggeris untuk untuk perkara mudah sebegitu?

Kesemuanya tidak mempunyai pemikiran "Aku mahu ia ada dalam bahasa aku".

Sekiranya mekanik atau pelanggan berfikiran sebegitu, istilah Bahasa Melayu akan digunakan.

Kenapa kita bodoh sangat masih gunakan istilah "aircond" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Kenapa kita bodoh sangat masih menggunakan istilah "download" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Bodoh atau malas cari istilah?

Budak kecil yang menonton TV telah diajar perkataan "remote", walhal "remote" tidak menunjukkan maksud sebenar bagi alat kawalan jauh. "Remote" hanya "jauh". "Remote" adalah singkatan bagi "remote control".

Adakah penggunaan "remote" itu betul?

Apabila anak kita itu disuruh untuk mengambil "jauh", mereka pula tidak faham.

Penggunaan "Download" begitu popular dikalangan orang yang tidak mahir Bahasa Inggeris, wujud juga situasi dimana ia disalahgunakan.

Pemindahan lagu daripada komputer juga dipanggil "download".
Mana atas mana bawah?
Komputer atas atau telefon atas?
Kalau kita pindahkan lagu daripada dari komputer ke telefon menggunakan antaramuka di komputer, kenapa pula wujudnya "download lagu" ?

"Salin" adalah lebih tepat pada situasi sebegitu. dimana pemindahan data dilakukan pada peranti yang sama aras.

Telefon boleh digunakan untuk "download lagu" sekiranya proses pemindahan itu dilakukan menggunakan telefon, dan sumbernya dari pelayan jauh.

Kalau mereka boleh bezakan muat naik dengan muat turun, barulah mereka membezakannya, sebaliknya, guna sahaja istilah salin.

Istilah Inggeris yang selalu disalahgunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah "member". "member" adalah "ahli", tetapi sering digunakan sebagai "kawan" oleh orang yang tak faham bahasa Inggeris.

Apakah itu yang hasil yang kita mahu?

Wujudnya sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" menyebabkan banyak kesalahan maksud berlaku. Ianya seolah-olah betul bagi mereka.

PPSMI memupuk sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" secara skala besar.

Sikap "Tidak Mahu Ia Ada Dalam Bahasa Aku" menyebabkan masalah jati diri yang tinggi, keyakinan diri merosot teruk. Jatuh kelepap di atas kepala kamu.

Mana-mana bangsa yang mempunyai sikap tidak mahu ia ada dalam bahasa aku, tidak akan berjaya.
Proses "mahu ia ada dalam bahasa aku" itu sendiri membentuk invovasi.

ispell, Pspell, lambat disokong dalam bahasa melayu atas sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku".
Nasib baik ada mimos dan USM.

Mimos pula melihat lokalisasi sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan. Dihentikan projeknya.

Adakah anda tetapi menentang PPSMI jika ianya berjaya?
Mungkin anda tidak, tetapi saya terus menentangnya, kerana saya mahukan tamadun yang ingin kita bentuk ini wujud dalam acuan sendiri.

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu? bukan Nizar kata

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu?


Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Adly Zahari, ketika ceramah pendek PPSMI sebelum memberi laluan kepada adinda Faizal Aziz.

Saudara Adly juga mengkaitkan tamadun dalam memperkatakan tentang PPSMI.
Setiap tamadun itu naik turun begitu juga bahasanya.

Walaubagaimanapun saya cukup suka ayat "Apa jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu?".

Kalahnya peranchis (Napolean) kepada Inggeris menyebabkan jatuhnya bahasa perachis. Begitu juga kemenangan Amerika dan sekutunya juga mempengaruhi perkembangan Bahasa Inggeris.

Namun ia sedang jatuh.
Tamadun yang banyak menyebabkan sampah itu sedang jatuh
Tamadun yang mencemarkan dunia sedang jatuh.
Tamadun yang rakus merobek bahan mentah dunia sedang jatuh.

Tamadun Barat itu jatuh.

Tamadun Timur naik kembali,
Kita sedang membina tamadun timur.

Tetapi adakah Tamadun kita mengekalkan bahasa tuanlamanya.

Andaikata Tamadun Nusantara dibina, Tuan lama Indonesia adalah belanda, Tuan lama Filifina adalah sepanyol.
Bahasa apa platform tamadun kita patut gunakan?

Apa yang ditulis di atas bukan Adly yang kata, saya hanya mengupas persoalan tamadun yang diutarakannya sahaja.


Sempat saya bergambar dengan Saudara Faisal Abdul Aziz. Siapa dia Faizal Abdul Aziz?
Saya berkata dengan Isteri saya bahawa Faizal Abdul Aziz datang ke Jasin. Siapa dia?



Saudara Faisal Abdul Aziz bukanlah sepopular Nik Safiah Karim atau Asmah Omar dalam sebagai tokoh bahasa.
Tidak sepopular A. Samad Said atau Shahnon yang bergelar sasterawan negara.

Faisal Abdul Aziz  pejuang bahasa yang tulen. Hasil usahanya bersama PKPIM telah mewujudkan GMP yang asalnya ialah GAP (Gerakan Anti PPSMI). GAP berkembang menjadi GMP dengan menarik parti politik terutama sekali PAS, badan-badan akademik, orang-orang bahasa, segala jenis organisasi untuk menyertai GMP.

logo GAP:



Dia berjaya menggabungkan "dunia politik" dengan "dunia akademik".

Amat sukarlah dunia politik untuk berjuang perjuangan yang wujud dalam dunia akademik.

Tetapi hari ini Gerakan Mansuhkan PPSMI adalah gabungan 2 dunia itu.

Situasi sebegini membolehkan dunia politik Malaysia, berkembang kandungan politiknya daripada politik biasa-biasa, ke politik yang penuh penghujahan akademik.

Apa yang saya nampak, hanya gerakan mahasiswalah yang boleh menggabungkan 2 dunia ini.

Kaedah menggunakan Gerakan Mahasiswa sebagai gabungan dunia politik dengan dunia akademik.

Gerakan Dinar dan Dirham, menentang seigniorage, lebih tertumpu di dalam dunia akademik.
Selebriti D&D kebanyakannya pensyarah. Adalah satu tugas baru bagi gerakan mahasiswa untuk menarik dunia politik untuk turut serta menentang seigniorage kerana ia semamangnya memerlukan kuasa politik untuk dijayakan.

Kembali kepada sesi ceramah Mansuh PPSMI,
Prof Nik Safiah Karim sempat memperagakan rantai emasnya.


Anggaran saya, ianya tidak kurang daripada 30gram.
Kandungan kata-katanya boleh di baca di blog Cikgu Azrin.

Jumaat, 27 Februari 2009

Mungkinkah PAS akan Terlibat Dalam Politik Teknologi Maklumat pula?

Politik Teknologi Maklumat adalah politik yang tidak popular pada mana-mana parti politik sekali pun di Malaysia ini.

Tidak kedengaran apa-apa bantahan dengan sesuatu yang berkait dengan teknologi maklumat. Kalau ada pun, berkait dengan Mykad sahaja.

Jadi mungkin tiba masa parti politik, terutama yang kuat membangkang seperti PAS akan terlibat dalam politik teknologi maklumat untuk membentuk persekitaran teknologi maklumat yang adil.

Malaysia adalah satu negara yang masih lagi kemaruk teknologi. Mereka belajar teknologi kerana nak belajar teknologi. Ianya berlawanan dengan "penguasai teknologi".

Orang Malaysia lebih suka kenal teknologi, dan kaji apa dia boleh buat.

Berbanding amalan saya, tentukan dulu apa yang hendak dibuat, maka pilih teknologi apa yang sesuai.
Apa yang kita ada, apa yang kita perlu, apakah kebergantungannya,

Orang yang menguasai teknologi, tidak terlalu kemaruk mengejar teknologi. Mereka boleh pilih teknologi apa yang hendak dipelajari dan apa yang tidak mahu dipelajari. perisian apa yang perlu perisian apa yang perlu ditolak.


Jadi apa dia politik teknologi Maklumat?
Undang-undang pengenkripsian, Undang-undang privasi, kebolehgunaan prasarana Teknologi Maklumat Awam.

Banyak lagi.

Sudah tentu, Kelajuan talian juga boleh dipolitikkan. Pemonopolian jalurlebar talian teta juga boleh dipolitikkan.

Apa yang rakyat mahu?

Kebanyakan rakyat tidak faham betapa pentingnya keterbukaan dalam teknologi maklumat.
Rakyat tidak faham apa risiko kebergantungan terlalu tinggi kepada sesuatu teknologi daripada sesuatu syarikat, apatah lagi kalau syarikat asing.

Selama ini, politik Teknologi Maklumat hanya duduk dalam perbincangan tertutup seperti mypenguin99 & myoss. Itu tidak cukup. Ianya perlu sampai ke Parlimen.

Di Malaysia MAMPU menguasai halatuju teknologi maklumat jabatan kerajaan. Syabas MAMPU kerana menyokong sumber terbuka. Namun sumber terbuka dianggap sebagai dunia asing dengan sumber tertutup.

Apa yang penting ialah bagaimana untuk mewujudkan persekitaran teknologi maklumat yang adil. Sumber terbuka dan tertutup boleh duduk semeja. Maka perlunya penguatkuasan terhadap spesikasi atau piawaian terbuka.

Kalau jabatan Kerajaan nak guna perisian apa sekali pun sebelum menjana output di laman web, output itu mestilah terbuka kerana ia melibatkan awam.

Namun perisian yang digunakan tidaklah terlalu bergantung kepada sesuatu syarikat.

Di Negara Barat, pegawai kerajaan dilarang menggunakan perkhidmatan emel pihak ketika dalam urusan kerajaan. Ia tidak berlaku di Malaysia. Saya pernah ternampak Husam Musa membuka Yahoo!Mail ketika seminar dinar emas yang lalu. Namun saya tidak menuduhnya menggunakan Yahoo!Mail dalam urusan kerajaan Negeri.

Khamis, 26 Februari 2009

Apa Pandangan Nizar Tentang Laman Web Perkeso?

Apa sudah jadi dengan laman web PERKESO?

Mereka telah mengubahsuai laman web perkeso, sehingga perlu bergantung kepada flash.

Sejak bila flash menjadi aplikasi web yang sah? ISO mana?
Undang-undang tubuh mana yang mengatakan flash sudah menjadi piawaian internet?

Apa yang webmaster perkeso kejar?
Kecanggihan?

Tidakkah mereka tahu kalau laman web 100% bergantung kepada flash akan menyebabkan ianya tidak boleh dibuka menggunakan platform tertentu?

Bila masa flash boleh digunakan dalam telefon? iPhone pun tidak menyokong flash
Nampak sangat webmaster Perkeso, kemaruk teknologi tapi tidak mengamalkan pelungsuran web menggunakan telefon.

Kalau kemaruk sangat flash, buat laman web sendiri lah, jangan libatkan sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Tidakkah webmaster perkeso tahu bahawa robot google tidak dapat melepasi flash yang dijadikan pintu utama, dan menyebabkan  rakyat sukar mencari maklumat?

Siapa "Barua Adobe" dalam Perkeso?

Apa yang canggih sangat flash sehingga pengguna tidak boleh buka pautan di tab baru seperti yang diamalkan oleh pengguna?

Akhir sekali, saya ulangi perkataan yang saya sering perkatakan pada zaman perang web dulu iaitu:

Protokol HTTP itu bukan Bapak Kau Punya

Rabu, 25 Februari 2009

Ucaptama Sebagai Menteri Kewangan Kabinet Aduka Taruna

Terima Kasih Aduka Taruna kerana melantik saya sebagai menteri Kewangan Kabinetmu.

Di bawah Perdana Menteri "Mat Sabu", TPM Khalid Samad atau Husam Musa.


Jadi di sini saya ingin menceritakan halatuju Kementerian Kewangan yang akan saya terajui ini.

Sasaran utama ialah untuk mengatasi masalah pengangguran. Sebenarnya bukan "pengangguran" itu menjadi masalah, akan tetapi ketiadaan sumber pendapatan itu adalah masalah sebenar,

Krisis Ekonomi kali ini akan ditangani dengan 2 keadah.
1. Kaedah jangka pendek, menggunakan sistem duit fiat
2. Kaedah Jangka Panjang iaitu Dinar dan Dirham, supaya krisis tidak akan berulang setiap 10 tahun.

Disebabkan seigniorage berlaku dimana cukai inflasi dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan, maka adalah lebih baik kalau seigniorage itu dikenakan kepada rakyat oleh rakyat.

Maka M3 dinaikkan pada 2009 ini, dengan "pinjaman tak berbayar" diberikan kepada setiap rakyat, termasuk yang belum balikh. Jumlahnya akan diberitahu kemudian.

Inflasi?
Ya, kita semua akan dikenakan inflasi daripada tindakan itu, akan tetapi, inflasi hampir tiada erti kalau semua orang cukup duit, makan, pakai.

Pada masa yang sama Dinar dan Dirham akan digunakan sebagai matawang. Manakala matawang sen pada ringgit akan dikaji supaya kekal digunakan tetapi sebagai denominasi kecil bagi dirham. Kemungkinan 100 sen bersamaan 1/5 dirham 1/4 dirham, akan ditetapkan kemudian. wang kertas tidak akan diteruskan untuk mengelakkan penyimpanan nilai pada medium yang tidak bernilai dan mengelakkan pemalsuan.

Fungsi Bank Negara akan dihapuskan secara berperingkat, dimana "pinjaman tak berbayar" yang diberikan kepada rakyat akan menjadi pinjaman terakhir. Segala pinjaman baru berdasarkan OPR tidak akan dibenarkan.

Pinjaman dirham tanpa riba akan disediakan akan tetapi menggunakan insitusi lain..

Kementerian Kewangan juga meminta bahagian "Perumahan" pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan dipindahkan di Bawah Kementerian Kewangan. Ini adalah untuk memudahkan penyelesaian perumahan yang sering kali mempunyai masalah dengan "Bank".

Kementerian Kewangan juga memohon Perdana menteri supaya di adakan satu jawatan menteri khas, Menteri Perumahan, yang duduk dibawah kementerian kewangan.

Kementerian Kewangan akan ada 3 menteri.
1. Menteri Kewangan (selaku ketua Kementerian) 1 Timbalan
2. Menteri Perumahan. 1 Timbalan
3. Menteri Kerajaan tempatan .1 Timbalan

"Kerajaan tempatan" juga duduk sebumbung untuk mengelakkan PBT berlumba-lumba mencukai rakyat untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Pembandaran, atau Majlid Bandaraya. Dan PBT juga berkait dengan lesen perniagaan, yang sepatutnya berkait kewangan.

Di sini saya ingn mengumumkan sekiranya PBT di bawah kementeri kewangan, semua pekerja yang diberhentikan pada 2 tahun kebelakangan ini, akan dikecualikan lesen untuk berniaga.

Sila tepuk.

Dan Saya ingin mengumumkan bahawa sekurang-kurang satu Souq dan pusat lelongan akan diwujudkan pada setiap kawasan PBT. Para pekerja kilang yang diberhentikan boleh lah berniaga tanpa fikir, nak cari kawasan, modal sewa kedai, lesen dan sebagainya.

Para pekerja kilang yang diberhentikan juga boleh melelong barangan lebih yang ada di rumah Pusat lelongan itu. dan Hasilnya boleh digunakan sebagai modal untuk berniaga di souq.

Walaupun saya mempunyai barisan Kabinet yang tidak diguna sepenuhnya. Saya ingin melantik jed Yoong sebagai Menteri Perumahan dan Cencurut sebagai menteri Kerajaan Tempatan.


Jed Yoong dan Cencurut diminta berucap dan lantik timbalan anda.
*tepuk*

Google+ Hasbullah Pit