test

Khamis, 19 Februari 2009

Cara Ali Rustam Berfikir

Seorang pemimpin tersohor, Ali Rustam, telah menunjukkan satu kaedah untuk menentukan yang mana perlu diutamakan.

Tertulis di blognya sendiri:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KADAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Fahamilah rukun negara ini dengan teliti kesetiaan kepada raja dahulu selepas itu bolehlah setia kepada negara dan ikrar ini selalu dibaca pada hari kemerdekaan dan dibaca pada hari pertama kita bersekolah dulu dipagi hari.

Nampaknya tahun 1993 dahulu , Dr Mahathir terlupa pinda Rukun Negara.

Berita Baik Buat jed Yoong, Seminar Dinar Emas /Dirham Perak

Saya petik dari blog dziauddin


Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Dinar Emas (DINAR '09). Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya
Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah

Pembentangan kertas kerja oleh :
1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan
3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo, Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar
4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim
  
Yuran penyertaan RM50 sahaja!!! (Mahasiswa hanya RM35)

PENYERTAAN DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA DAN PENSYARAH UNIVERSITI.

PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN....

Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014
Emel - dinar.pmkum@gmail.com

Sumber:http://dinarpmkum.blogspot.com/


Jed Yoong, baru-baru ini telah menulis tentang Rethinking Our Economics And Financial Models (1), rasanya cukup sesuai untuk datang.

Kawan-kawan, mari kita pergi UM 21 februari ini.

Rabu, 18 Februari 2009

PPSMI: Dr Khir Toyo Tidak Diberi Ruang dalam Hujah TV9

Kalau anda menonton "Hujah" tv9 tadi, hanya Khairy dan Mukhriz sahaja ditanya tentang PPSMI.

Mukhriz, sudah sedia maklum pro kepada PPSMI, bapa borek, anak pun borek.

Apabila khairy kata PPSMI hanya perlu dilaksanakan peringkat menengah, mukhriz hanya lebih kurang dengan mengatakan ianya mungkin boleh diperbaiki.

Mana pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI?

Adakah dengan sengaja dia tidak ditanya tentang PPSMI kerana Agus sudah tahu pandangan Dr Khir tentang PPSMI?

Agaknya Pemuda UMNO yang akan memilih ketuanya di sebelah mana ? Anti PPSMI , atau perbaiki PPSMI ?

Berikut adalah Pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI. (diceritakan di Harakah dan laman PKPIM)


--- mula ---

Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu

1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.

3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.

4. Saban tahun polemik ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasannya pelbagai. Yang menyokong melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi.

5. Yang menentang pula melihat dari sudut penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam.

6. Yang berbelah bagi ialah ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa menghadapi secara langsung kesan kepada sistem ini. Bagi golongan Melayu kelas elit dan pertengahan mereka kurang menghadapi masalah kerana anak-anak mereka telah pun didedahkan dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris sejak di tadika lagi.

7. Bagi kebanyakan orang Melayu, anak-anak mereka masih berfikir, bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Jika dulu ramai anak-anak Melayu merasa terasing dan sering tidak berminat dengan kelas bahasa Inggeris, hari ini sudah menular pula ke kelas matematik dan sains. Selain tidak faham, mereka juga merasa rendah diri dengan kekurangan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

8. Saya memahami hasrat kerajaan untuk melakukan kejutan budaya terhadap anak-anak di sekolah dan juga ibu bapa. Memang benar, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

9. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

10. Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?

11. Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?

12. Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.

13. Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.

14. Setelah mendengar banyak pendapat di bawah, juga pandangan di atas, yang dari “kiri”, juga “kanan” dan “atas pagar”, saya fikir:

a. Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

b. Di samping itu, memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

c. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.

d. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matemati dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.

e. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.

15. Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.

16. Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi.

17. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Demikian juga kerajaan yang mengubah sesuatu keputusan demi kebaikan yang lebih besar tidak akan jatuh maruahnya.
--tamat--

Selasa, 17 Februari 2009

Eli, Eliza, Heliza Helmi, Helmi Eliza , Jangan Keliru

"Eliza" atau "Eli" adalah singkatan kepada Elizabeth Wong, ADUN PKR Bukit Lanjan.


Eli @ Eliza @ Elizabeth Wong tiada kaitan dengan Heliza Helmi ataupun Helmi Eliza.

Heliza Helmi itu penyanyi, pelajar.


Helmi Eliza pula penjaga gol pasukan Kedah. Untuk maklumat lanjut , tanya Kedahlanie.


--

Kugan adalah orang yang mati dalam tahanan, manakala Kuhan adalah pemain hoki.

V. Arumugam adalah ADUN kedah yang meletak jawatan, manakala David Arumugam adalah penyanyi Alleycat.
Bekas Penjaga Gol Kebangsaan juga ada nama David Arumugam.

--

Jed Yoong adalah Blogawati, manakala Alex Yoong adalah bekas pemandu F1, Juga sepupu Jed Yoong.
Tidak pasti pula Jed Yoong ada kaitan atau tidak dengan Mr Yoong, cikgu Matematik Saya.



Khalid Samad adalah Ali Parlimen PAS Shah Alam, manakala Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor.
Di Selangor juga ketua Polis bernama Khalid. Khalid Jaafar adalah Pengerusi PKR Melaka. Khalid Jamlus.

--

Aminuddin Ayub adalah PAS Johor adik kepada Salahuddin Ayub, Di Kawasan Jasin Ketua Pemuda PAS bernama Aminuddin juga, ADUN PAS Negeri Sembilan bernama Aminuddin Harun.

--
Datuk Onn Jaafar pengasas UMNO, IMP dan Parti Negara. Jaafar Onn Pelakon. PAS Johor mempunyai "Onn Jaafar" yang ikut rombongan PAS Johor ke Gazza.



Bergambar di Lapangan Terbang Kaherah sebelum bergerak ke tempat penginapan. Kelihatan sdr Onn Jaafar mengibarkan bendera Malaysia tanda kebanggaan.

 YB Salahudin Ayub, pun ada cuba ke Gazza, tetapi dia bukanlah Salahuddin Ayub yang membebaskan Palestin pada 1187

Khalifah Umar al Khattab yang mula-mula bebaskan Palestin, Khalifah Umar Abdul Aziz pula pada zaman Abbasiyah.
Umar Al-Khattab menetapkan berat 10 dirham mesti sama dengan 10 dinar, dalam erti kata lain Berat Dirham ialah 0.7 daripada berat Dinar.
Manakala Umar Ibrahim Vadillo adalah pendokong Dinar Emas yang berasal dari Sepanyol, akan datang ke Seminar Dinar 21 hb ini.
Umar Hasbullah anak saya, buat masa ini hanya tolong pasang Bendera Palestin depan rumah.

--

Syeikh Hamzah Yusuf, pemikir Islam idola bagi Rausyanfikir.
Hazmah Hasbullah anak saya, suka kambing macam Husam Musa.

Gambar Elizabeth Wong Berpelukan

Entah mengapa saya rasa cukup terharu melihat gambar Elizabeth Wong berpelukan dengan Puan Nuridah Salleh (kak nuri), Ketua Muslimat PAS .



sumber: siasah daily

Proton MPV Siantan, Proton MPV Azurah

Oh rupanya sudah ada pemenang menamakan Proton MPV, Proton MPV dinamakan "exora", berdasarkan satu bunga "ixora" ataupun siantan.

Mengapa pulu nama berasaskan Inggeris untuk pasaran Malaysia?

Mudahkah orang kampung  mengeja "exora" supaya disebut sebagai "ekzora".


Kalau susah sangat, sebut sahaja Proton itu Proton Azurah.

Isnin, 16 Februari 2009

Elizabeth Wong: Kawasan Kelabu dalam undang-undang (rimba) Pasangan Kekasih

Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal?

Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak?

Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan?

Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak.

Ada pula yang kata jangan letak jawatan.

Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah.
Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan?

Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama.
Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka.

Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba.

Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru.

Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral?
Tetapi "tidak bermoral" itu tidak salah dalam undang-undang.

Maka undang-undang rimba digunakan untuk menjatuhkan seseorang dengan mengaibkan dan menuduh eli tidak bermoral.

Adakalanya pelik, apabila lelaki bersuami mengadakan hubungan dengan perempuan lain, ia dipanggil skandal.
Manakala yang bujang bebas dengan sesiapa sahaja?

Tamadun Barat sudah nak runtuh akibat daripada ketidakperihatinan dengan instusi keluarga.
"Keluarga" digantikan dengan pasangan kekasih yang tidak dilindungi undang-undang.

Hanya undang-undang rimba digunapakai.

Tamadun China dulu zaman Ming/Ching dulu bolehkah duduk serumah dalam keadaan belum berkahwin?

Di dalam dunia blog banyak hakim dan juri undang-undang rimba sedang mengemukakan hujah menentukan samada Eli berskandal atau tidak.

Antaranya  Elizabeth Wong NUDE PHOTOS Scandal. RESIGN.

Perlukah satu undang-undang atau mahmakah khas untuk menentukan sesuatu tindakan itu "bermoral" atau tidak?

Google+ Hasbullah Pit