Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan
Kenyataan Media tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerjaan di Negeri Selangor.
Agak bersungguh-sungguh langkah mencarikan pekerjaan bagi rakyat selangor itu. Memang hebat. Banyak pihak dilibatkan dalam usaha ini, polis, Imigresyen,IBM, Jobstreet, MIDA,FMM,PBT dan lain-lain.
Walaupun
Jed persoalkan kenapa tak bina sahaja perisian, akan tetapi bagi saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri selangor atas usaha itu. Samada usaha itu berjaya atau tidak, usaha perlu dilakukan.
Akan tetapi, kalau pemintaan terhadap pekerja menurun, sistem macam mana pun tidak dapat meningkatkan permintaan terhadap pekerja.
Maka bagi saya, selain daripada memenuhkan permintaan perkerjaan dengan pekerja sedia ada, pekerjaan baru perlu dicipta.
Permintaan terhadap pekerja kilang berkurang, adalah akibat daripada berkurangnya permintaan terhadap barangan yang dikeluarkan oleh kilang merosot.
Konsumerisme nampaknya sedang menuju kehancuran.
Dulu,ketika ekonomi "baik", cukup banyak permintaan terhadap barangan, menyebabkan lambakan kilang, dan peluang pekerjaan banyak. Akan tetapi, konsumerisme menyebabkan sampah yang banyak.
Adakah kita perlu mengagungkan konsumerisme kerana memberikan peluang pekerjaan?
Adakah peluang pekerjaan yang kita dapat atau kita dalam "penghambaan".
Amerika adalah pengguna yang banyak menggunakan barangan. Selepas pakai dia buang.
Barangan bagi mereka murah kerana dibuat di dunia ketiga dan bayarannya rendah.
Jangan lupa, mereka menggunakan USD untuk mendapatkan barangan dari serata dunia, dan pekerja kilanglah menjadi hamba mereka.
Pekerja kilang kerja macam nak mati, sambung lagi lebih masa. Tetapi mereka hanya pakai buang produk yang dibeli dengan duit yang diciptanya sendiri.
Ambil contoh, John Doe, warga Amerika biasa yang mempunyai kad kredit, membeli barangan secara "hutang" menggunakan kadnya, dan barangan itu dibuat di Selangor.
Pembelian barangan oleh John Doe itu sebenarnya menggunakan duit yang dicipta khusus transaksi pembelian barangan itu.
John Doe menanggung hutang, menjadi hamba hutang kalau dia lambat membayarnya.
Apabila berlakunya masalah kredit di Amerika, sudah tentu mereka sukar untuk berhutang, maka permintaan terhadap barangan merosot.
Apabila John Doe pula tidak mahu berhutang dengan tidak membeli barangan, maka Pekerja di Selangor yang pening kepala.
Harap maaf terlalu jauh daripada kotak masalah pekerjaan.
Sistem ekonomi sedia ada, terlalu banyak melahirkan golongan pekerja.
Ramai orang mahu bekerja untuk mendapatkan duit, berbanding berniaga atau mengambil upah secara sendiri.
Sistem kapitalis menyebabkan 1 tauke, mempunyai ribuan pekerja.
Malah sampai satu tahap, tauke pun tiada di Malaysia, yang ada hanya pekerja yang mengawasi pekerja.
Sistem sosialis pula sibuk memperjuangkan nasib pekerja, tidak pula mengurangkan bilangan nisbah tauke:pekerja.
Andaikata di Selangor, mempunyai 5000 pekerja yang diberhentikan, tidak semestinya 5000 itu mahu diselesaikan dengan menjadikan ia sebagai pekerja juga.
200 orang daripada pekerja itu mungkin boleh berniaga.
100 orang daripada 5000 itu mungkin boleh mengambil upah secara sendiri.
100 orang daripada 5000 itu mungkin boleh boleh jadi suri rumah sepenuh masa, dan mengambil upah jaga anak orang.
2 orang daripada 5000 yang dibuang kerja, boleh kongsi duit beli mesin rumput, dan mulakan perkhidmatan potong rumput.
Era keruntuhan ekonomi ini, saya tidak nampak bagaimana permintaan terhadap pekerja boleh ditambah.
Jadi apa yang penting adalah sasaran untuk mencarikan pekerjaan sebagai pekerja juga bagi mereka perlu diubah kepada sesuatu yang lebih umum iaitu
mendapatkan pendapatan.
Mereka tidak semestinya mendapatkan pendapatan sebaagi pekerja, tetapi juga boleh mendapatkan pendapatan sebagai bukan pekerja.