test

Selasa, 13 Januari 2009

Tranungkite Tergendala - Malaysiakini

Daripada Perisik Rakyat , mengatakan tranungkite tergendala akibat daripada masalah.

Jadi apa alternatif?

Kepada yang terlalu bergantung kepada Tranungkite untuk membaca sumber-sumber yang ada memanglah sukar, Akan tetapi jika didiversifikasikan, mungkin kurang sedikit masalah.

Agak sukar untuk membaca blog satu persatu.

Kalau tidak salah saya, 70% artikel yang tersiar di Tranungkite pernah ditersenarai di Beras Padu.

Untuk paparan panjang, sila masuk ke Seminggu Kebelakangan Beras Padu.

Mungkin saya perlu sediakan "seminggu Kebelakangan" versi statik.

Tunggu sekejap.

.
.
.
.
Siap.

Kafigrafi Cina

Jed Yoong ( جيد يوڠ ) adakalanya pelik juga.


Tempoh hari dia mempersoalkan di manakah kaligrafi pempin Cina tempatan, kemudian hari ini dia menunjukkan bahawa pemimpin Cina zaman moden juga mempunyai kaligrafinya sendiri.

Saya pun tidak berapa faham, adakah kaligrafi itu perlu ada bagi setiap pemimpin Cina? Atau bagi setiap individu?

Adakah ini dipanggil sebagai Kaligrafi?



Kalau begitu ,YB Khalil Idham Lim, pemimpin PAS ada Kaligrafi, MCA DAP tiada?

Keperluan untuk mempertahankan dan memahami khazanah kaum-kaum di Malaysia, itu kerja Lajnah perpaduan kaum PAS.

Isnin, 12 Januari 2009

Demo Mengutuk Kekejaman Zionis Masjid Al-Azim Melaka 16 Jan 2009

Satu Demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis akan di adakan pada Jumaat 16 Januari 2009, selepas jumaat di Masjid Al-Azim Melaka.

Sempat lagi untuk menjahit Bendera Palestin.

Sempat lagi untuk memlukis bendera Israel untuk di Bakar.


Nasib baik 'banner' telah ditempah.

Ahad, 11 Januari 2009

Pelacuran Bahasa oleh Heliza di "Heliza's Diary"

Tahniah diucapkan kepada Heliza.
Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI.



Catatan di bawah ditarik balik , baca yang baru


---------



Entah bagai mana saya terjenguk ke blog Heliza.


Amat kecewanya saya apabila bahasa yang digunakan adalah seolah-olah dengan sengaja melacurkan bahasa.


klik sini untuk paparan yang lebih besar.




Mana tidaknya saya mengatakan dia seolah-olah melacurkan bahasa dengan sengaja, terdapat perkataan yang dilihat sebagai sengaja melacurkan bahasa seperti "xde"


lame x cite2 ngan anda semua ni
 Dia juga didapati melacurkan bahasa apabila menambah "er" pada dalam perkataan "mana"


tapi x tau nak setat dari maner
Adakah dia mengejar "kool" sehingga melacurkan bahasa.
'kool'kah melacur bahasa ketika musim penentangan terhadap PPMSI sedang hangat?


Terdapat juga orang lain yang menjadi artis, masih boleh menulis dalam bahasa indah.


Aznil Nawawi, yang jauh lebih popular daripada Heliza, tidak pula melacurkan bahasa dengan sengaja.


Cuba bandingkan catatan blog Aznil Nawawi.


Aznil juga bersahaja ketika menulis blog, namun dia tidak dengan sengaja melacurkan bahasa.


Penulisan Aznil tidaklah 100% betul mengikut nahu Bahasa Melayu, tetapi ayat boleh diolah supaya ia kekal dalam keadaan bersahaja dan kesalahan bahasa adalah minimum.


Walaupun perkataan "Korang" adalah tidak betul, tetapi tidak pula dilacurkan menjadi "kowang" seperti Heliza.


Heliza bukan artis bodoh yang tidak berpelajaran sehingga tidak mampu mengolah ayat.
Saya yakin dia mampu.




Dia sepatutnya menjadi ikon muda-mudi yang elok, bukannya mengajak peminatnya untuk melacurkan bahasa.






Para Pencinta bahasa dan Penentang PPMSI sekalian, mari kita serang Blog Heliza menggesa supaya dia tidak melacurkan bahasa.




Mungkin tiba masa bagi Rausyanfikir membuat kemeja T "Rausyanfikir.com" untuk dihadiahkan kepada Heliza. Kerana ia lebih 'kool' daripada melacurkan bahasa.

Federelisme Pemerintahan Malaysia Wajar Diubah?

Telah diberitakan di Sinar Harian bahawa Tian Chua (PKR) mahu mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya Royalti minyak dinaikkan kepada 20% , berbanding sekarang ini hanya 10% Persekutuan, 5 % Negeri.

Pada Masa yang sama pula Syarikat Minyak milik kerajaan Persekutuan.

Yang menariknya, alasan untuk meminta negeri pengeluar minyak diberi lebih royalti adalah supaya membasmi kemiskinan.

“Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini.

“Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

Pemberian lebih royalti minyak kepada kerajaan negeri akan menyebabkan kerajaan persekutuan kekurangan sumber 10% yang dinikmatinya.

Apabila royalti menjadi 20%, maka Syarikat minyak akan kekurangan 5%.
Kerajaan persekutuan akan kehilangan lagi sumber daripada syarikat minyak miliknya.

Bagi saya pemberian lebih royalti adalah umpama pembayaran daripada bapa ke anak, atau boleh juga dikatakan sebagai dari poket kiri ke poket kanan.

Apa rasionalnya mengurangkan sumber pendapatan kerajaan persekutuan supaya negeri yang mempunyai sumber minyak mendapat terlalu banyak?

Jikalau matlamatnya untuk mengurangkan kemiskinan, bagi saya langkah yang baik adalah dengan menambahkan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri itu samada BN atau PR.

Apa yang terjadi sekarang ialah kerajaan persekutuan terlalu kaya, berbanding dengan apa yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Rakyat di negeri-negeri banyak juga membayar kepada kerajaan persekutuan.

Pembangunan pula banyak diberikan kepada wilayah yang dikuasai persekutuan iaitu Kuala Lumpur.

Ini bukan soal BN vs PR.

Ini soal Kerajaan Persekutuan vs Kerajaan Negeri.

Tatkala Malaysia mendapat sumber Dalam Negeri Kasar 504 bilion, belanjawan Negeri Kelantan saiznya hanya lebih kurang 300 juta.

Tetapi PKR mahu PR laksanakan pengurangan sumber pendapatan persekutuan supaya negeri mempunyai minyak mendapat lebih?


Siapa yang benar-benar diharapkan untuk membasmi kemiskinan, Persekutuan atau Negeri?

Yang dekat dengan Rakyat ialah Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan negeri terlalu mendapat sedikit peruntukan daripada kerajaan Pusat.

Jika politik basmi kemiskinan mahu dimainkan, maka peruntukan-peruntukan ke arah akar umbi perlu dinaikkan.

Peruntukan Kerajaan Negeri
Peruntukan Parlimen

Peruntukan ADUN.


Tetapi perkara sebaliknya berlaku, banyak kerajaan negeri yang berhutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Ada juga Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan, menyerahkan kepentingan negeri kepada Persekutuan.

Bila agaknya Melaka menjadi "Wilayah Persekutuan Melaka" ?


Eh

Di Malaysiakini ada melaporkan aktiviti penjajahan persekutuan terhadap kepentingan kerajaan negeri.

Sabtu, 10 Januari 2009

Wahid Endut == Jawapan Kepada Persoalan Faye Wong 明月幾時有?

Jed amat menggemari 王菲 - 但願人長久 - Faye Wong - Forever




Ayat pertama lagu itu  memberi maksud ,

"Bright moon, when did you appear?"

atau

"Will a moon so bright ever arise again?"

 Jawapan di tangan pengundi PRK P036 Kuala Terengganu.

Jawapan juga bergantung kepada Wahid Endut selaku Calon PAS di PRK itu.


Mari kita tafsir perenggan pertama darikaca mata politik Semasa, menggunakan kaedah nujum pak belalang.


明月幾時有?
把酒問青天。
不知天上宮闕5,
今夕是何年?

Will a moon so bright ever arise again?
Drink a cupful of wine and ask of the sky.
I don’t know where the palace gate of heaven is,
Or even the year in which tonight slips by.

Ia memberi maksud bahawa harapan terhadap PAS oleh pengundi Cina begitu tinggi, tetapi masih tertanya-tanya soal pengharaman arak. Adakah PAS boleh menang tahun ini?



我欲乘風歸去,
唯恐瓊樓玉宇6,
高處不勝寒。
起舞弄清影7,
何似在人間8


I want to return riding the whirl-wind! But I
Feel afraid that this heaven of jasper and jade
Lets in the cold, its palaces rear so high.
I shall get up and dance with my own shadow.
From life endured among men how far a cry!
 Ia memberi maksud bahawa pengundi mempunyai dasar tenaga alternatif berasaskan angin.
Dan juga memberi maksud, Kerajaan negeri Pulau Pinang serba salah dalam isu iDance.

hehehe


人有悲歡離合,
月有陰晴圓缺,
此事古難全。
但願人長久,
千里共嬋娟12。



People have their grieves and joys, their togetherness and separation,
The moon has its dark and clear times, its waxings and wanings.
Situations are never ideal since long ago.
I only hope we two may have long long lives,
So that we may share the moon’s beauty even though we are a thousand miles apart.

 Perenggan ini menceritakan tentang Pakatan Rakyat.
Ada isu bersama, wujud juga perbezaan pendapat.
PAS pula dilihat sebagai baik dan adakalanya dilihat negatif oleh bukan Islam bila isu hudud dimainkan.
Namun semua mahu PAS bersama Pakatan Rakyat.
Supaya keindahan Islam yang dibawa  PAS akan membawa Pakatan Rakyat Jauh ke depan.

Dalam Erti kata lain Islam akan membawa Pakatan Rakyat ke depan.

Jumaat, 9 Januari 2009

Amerika Mencukai Dunia dengan USD, bukan hanya pada orang Islam

Saya agak kecewa ada pihak yang memperlekehkan penentangan terhadap USD.

Di sini saya hendak maklumkan bahawa Amerika menggunakan USD untuk mencukai semua negara yang mempunyai rizab USD, atau menyimpannya.

Amerika juga mencukai rakyatnya sendiri.

Amerika bukan hanya mencukai orang Islam sahaja, dia mencukai semuanya tak kira kamu India atau Cina atau Melayu atau apa pun bangsa.

Jadi, agenda menentang USD sepatutnya menjadi agenda dunia. Bukan hanya pada penyokong Palestin.

Faham?

Saya pasti ada yang tidak faham bagaimana Amerika menggunakan USD untuk mencukai dunia dan rakyatnya sendiri.

Bayangkan bahawa wang USD ialah 10 trilion.

Amerika mencetak 1 trilion dalam bentuk "bail out" kepada syarikat tempatannya.

Jadi 10+1 =11.

Andaikata dunia luar dari amerika meyimpan 3 trilion USD di bank pusat negara-negara yang ada, termasuklah simpanan peribadi.

Kebiasaannya kalau bilangan wang dilebihkan sebanyak 10% , (1 trilion adalah 10% drpd 10 trilion) , maka nilai USD sepatutnya akan mengalami inflasi 10%.

Akan tetapi inflasi 10% itu tidak berlaku serta merta, Ia mungkin dilewatkan berpuluh tahun.

Tapi Amerika sudah mempunyai lebihan 1 trilion, maka dia boleh beli komoditi, untuk dijadikan produk untuk rakyatnya dan eksport.

Dan Amerika boleh membeli apa sahaja produk dalam dunia ini, kerana duit mereka laku walaupun mereka cetak lebih.

Lambat laun duit USD yang pada simpanan rizab bukan amerika akan mengalami inflasi , nilainya jatuh.
Duit USD pada Amerika itu juga turut jatuh nilainya, tetapi dia sudah dapat siang-siang 1 trilion.

Duit USD pada simpanan luar Amerika jatuh, tapi penyimpannya tidak dapat apa-apa.
Amerika tidak kongsi sebahagian daripada 1 trilion itu kepada penyimpan dollar luar Amerika.

Dari situ, Amerika sudah mencukai sebanyak 1 trilion USD dari pemegang USD samada rakyatnya sendiri dan bank pusat lain.

Jadi begitulah cukai Amerika terhadap negara lain.

Eh, Iran tidak dikenakan cukai kerana dia telah menolak USD lebih awal.

Cukai Amerika ini tidak mengira siapa.
Kau Cina kah
Kau India kah
Kau Jepun kah

Semua kena.

Bagi saya negara China yang paling teruk dicukai, mereka bertungkuslumus membuka kilang dan sebagainya, untuk memenuhi nafsu konsumerisme rakyat Amerika, tetapi pembayarannya adalah dalam USD yang makin lama merosot nilainya.

Negara lain pula agak pelik, apabila USD merosot, mereka risau matawangnya tinggi, kalau matawangnya tinggi, mereka takut Amerika tidak mahu membeli produknya, maka 1 dunia pula berlumba-lumba merendahkan matawang supaya sepadan dengan kejatuhan USD.

Kerana itu, apabila inflasi dibongkarkan, harga barang naik. Sebenarnya matawang negara lain juga turut direndahkan supaya mengikut rentak kejatuhan dollar.

Apabila harga barangan naik, negara lain juga turut risau, maka semua akan meningkatkan produksi supaya harga turun dan dibeli oleh Amerika. Maka Amerika dapat lagi membeli belah komoditi dan produk dunia dengan murah.

Google+ Hasbullah Pit