test

Ahad, 4 Januari 2009

Pembuktian Persamaan Matematik 2=1 anak Prof Hamirdin

Anakanda Prof Hamirdin telah menjumpai bahawa 2=1

turut disiarkan di blog ayanandanya.

a=x
2a=a+x
2a-2x=a+x-2x
2a-2x=a-x
2(a-x)=a-x
2=(a-x)/(a-x)
2=1?

musykil 

Benarkan 2=1 ?

mari kita kira semula

 a=x      ....... (1)
2a=a+x  .......(2)

Kalau kita ingin mencari nilai a gantikan a kedalam x

2a=a+a  .......(3)
2a=2a ......(4)

Tiada apa yang pelik, 2a ialah 2a.

sekarang ini anggap "2" sebagai z.

gantikan z ke dalam persamaan (3), maka

za=a+a  ...... (5)
za=2a
z=2

balik asal pula....

cuba gantikan z dengan 1 dalam persamaan (5)
a = a+a
a=2a
1=2   #



lihat pula dari perspektif lain.
Ambil persamaan asal,

a=x      ....... (1)
2a=a+x  .......(2)

untuk membuktikan 2=1, gantikan 2 dgn 1 pada persamaan (2)

a=a+x

a=a+a
a=2a
1=2 #

Terbukti ...

hehehe

cuba gantikan 1 dengan 2 pula pada persamaan (2)
2a=2a+2x
2a=2a+2a
2a=4a
1=2  #

terbukti lagi....

Jadi 2=1 HANYA pada persamaan 2a=a+x 


hehehe

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah.Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul.

Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada.

Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan.

Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi.

Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu.

Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah.

Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme.


Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa, maka perlu ada langkah lain yang lebih global, bukannya sesuatu yang di bawah tempurung pemikiran sumbatsemuadisekolahisme.

Saya tolak pemikiran sumbatsemuadisekolahisme Ali Rustam kerana ia membebankan pelajar dan guru.

Selain daripada pemikiran sumbatsemuadisekolahisme, wujud juga satu bentuk pemikiran baru, dimana semua menolak semua yang dicadangkan oleh ali Rustam disebabkan kemerepekannya tanpa mahu mengkajinya wujud perkara positif disebaliknya.

Pemikiran ini boleh dipanggil sebagai Anti-AliRustamisme .

Anti-AliRustamisme menolak pembinaan pembinaan Jambatan ke Dumai, hanya kerana ia dicadangkan oleh Ali Rustam, tetapi kalau pembinaan Jambatan itu dicadangkan oleh orang lain, maka ia boleh diterima.


Kembali kepada isu permainan tradisional yang nak pupus.

Sekiranya kita keluar daripada tempurung pemikiran sumbatsemuadiskolahisme dan anti-Alirustamisme, pasti akan menjumpai penyelesaian bagi masalah kepupusan permainan tradisional itu.

Apa susah sangat, kita olimpikkan permainan itu.

Maka perlunya langkah-langkah supaya permainan tradisional boleh diolimpikkan bermula dari bawah.

Permainan Sepak Raga bulatan, yang telah dijadikan "sepak takraw", sepatutnya boleh dijadikan satu sukan bertaraf dunia yang dimainkan secara bulatan.

permainan sepak raga bulatan perlu direkod, didokumentasikan dan perlu di adakan peraturan bertulis supaya wujudnya satu piawaian bagi permainan itu. Kemudian diakan pertandingan supaya ia betul-betul menjadi sukan yang baru.

Kemudian dijadikan acara sukan sea, kemudian sukan asia kemudian olimpik.

Barulah ianya tidak pupus.

Begitu juga sukan tradisional yang lain.

Gasing pun boleh diolimpikkan kalau mahu. Yang penting dokumentasi spesifikasi gasing dan peraturan perlawanan perlu ada dalam bentuk piawai supaya dunia boleh bermainnya.

Saya tidak hairan kalau batu seremban pun boleh dijadikan permainan antarabangsa.

Orang putih boleh adakan perlawanan kiub rubik, kira masa, lawan banyak peringkat.

Permaianan Batu Seremban pun secara teorinya boleh jadi sebegitu.

Kalau tiada pemikiran glokalisme, begitulah jadinya, segala yang tradisional direndah-rendahkan tanggapannya.

Glokalisme penting untuk maju. Jika tidak, kita hanya mengikut rentak dunia dan bukan mengubah dunia mengikut rentak kita.

Sabtu, 3 Januari 2009

Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.



Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan,  tetapi bagi saya ugutan.

Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8 juta itu tanpa perlu menunggu keputusan pilihanraya.

Pilihanraya kecil itu adalah parlimen, dan bukannya DUN, Kalah menang BN pada parlimen Kuala Terengganu tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, tiada satu kerusi DUN pun dipertaruhkan.

Sekiranya BN kalah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Mandat dan kuasa kerajaan negeri tidak pun berubah.

Jadi boleh ditafsirkan sebagai Ahmad Said, salah guna kuasa dan mengugut pengundi.

Sekiranya 5.8 juta diperuntukan untuk Kuala Terengganu, baiki longkang dan sebagainya, dari kerajaan negeri maka mengapa perlu menjadikan ia sebagai satu ugutan?

Lainlah kalau longkang dan Jalan Raya di Kuala Terengganu dibuat dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan.

Kalau Ahmad Said nak tiru Ali Rustam serahkan sedikit demi sedikit tanggung jawap kerajaan negeri kepada persekutuan, buatlah.

Ahmad Said bercakap tentang mandat seolah-olah BN belum lagi mendapat mandat pada parlimen itu, walhal sebeloum ini Parlimen itu milik BN juga.

Kalau BN nak guna teknik sogokan, saya sebenarnya tidak halang kalau sogokan itu hanya meliputi peruntukan yang diterima oleh ahli Parlimen biasa. Bukan kuasa Menteri atau timbalan menteri atau jawatan/pengaruh dalam kerajaan.

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

Re: Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

Menjawap persoalan Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?


Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah.
Pempopularan istilah adalah satu sebab bahasa itu berkembang. Sekiranya sesuatu istilah itu tidak digunakan, maka istilah itu akan mati. Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian.

Dalam kehidupan harian yang menggunakan bahasa kebangsaan sekalipun, istilah inggeris tetap digunakan.

Di kedai komputer, penjual dan pembeli menggunakan "keyboard".

Pembeli "Berapa harga Keyboard ini?
Taukei "RM 30"

Mengapa tidak gunakan "papan kekunci"?

Jadi, Apabila istilah banyak digunakan, maka akan wujud situasi dimana memerlukan istilah baru bagi teknologi baru, dari situ proses pembentukan istilah berlaku. Bahasa berkembang.

Tetapi apa yang berlaku ialah orang yang tidak pandai berbahasa inggeris pun menggunakan istilah Inggeris kerana tidak tahu dan tidak mahu tahu apa istilah Bahasa Melayunya.



Jika anak-anak muda mula belajar dari usia yang muda, ia mudah diserap dan difahami di masa kelak. Mata pelajaran matematik dan sains di peringkat Universiti menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajarannya. Kenapa para-para pejuang bahasa ingin menyusahkan pelajar-pelajar bagi menyesuaikan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka boleh memahami dengan lebih mudah di peringkat Universiti.

 Jika pendekatan begitu hendak digunakan, maka setiap pelajar perlu tentukan di negara manakah dia akan menyambung pengajian, dan membelajari matematik dan sains dalam bahasa itu.

Jikalau Jerman, maka matematik di ajar dalam bahasa jerman, supaya mereka boleh memahami dengan mudah di Peringkat universiti. Begitu juga bagi bakal penuntut korea, jepun dan lain-lain.


Tetapi, fikirlah jika seseorang pelajar yang minat dengan mata pelajaran tersebut ingin mencari lebih banyak maklumat. Mereka harus menterjemah ke Bahasa Inggeris baru boleh mendapat lebih banyak maklumat.
Proses pernterjemahan sepatutnya proses berterusan. Namun tiada ertinya kalau kita menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada inggeris. Orang putih pasti lakukannya jika mereka mempunyai budaya ilmu.

Sekiranya kecintaan terhadap Inggeris dilakukan seperti PPMSI, maka sumber ilmu dari bukan inggeris seperti Jerman dan Jepun perlu diterjemahkan kepada Inggeris?

Apa rasionalnya kita di Malaysia menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada Inggeris? Bukankah sepatutnya diterjemah kepada bahasa kebangsaan?

Jumaat, 2 Januari 2009

Pengkomersilan Blog Che Det Hodoh - Rujuk Malaysiakini

Semalam saya telah menulis tentang permindahan blog Che Det daripada Chedet.com kepada chedet.cc , rupanya ia sebenarnya hanya kerangka yang menyembunyikan chedet.co.cc .

chedet.co.cc bukankah satu domain percuma?

Rupanya permindahan itu adalah disebabkan untuk mengkomersilkan blog dan ianya dilakukan oleh syarikat lain.


Tidak bolehkah iklan diletakkan sahaja di blog chedet.com ?

Ianya dikomersilkan oleh satu syarikat, dan syarikat itu mengenakan caj yang cukup tinggi.

Jika di kira secara kasar, melalui maklumat dari ruangan pengiklannya.

Sekiranya semua ruang iklan ditempah dan tidak berlaku "rotating", maka kutipannya sebulan adalah :

(1000+4*400+300)*30 = RM 87,000

kalau setahun?
(1000+4*400+300)*365 = RM 1,058,500


Di Malaysiakini, diberitahu bahawa ianya digunakan untuk "menampung sedikit kos".

Tetapi kalau (dapat) menampung sedikit kos, bagus juga

Kaji punya kaji pengiklanan web, saya lihat banyak yang menggunakan konsep per hari atau perminggu berbanding CPM dan CPC.  Sukahati mereka lah.

Blog "Ini" Ditutup atau Sekadar Tukar Templat?

Masih ingatkah lagi catatan blog saya yang memaklumkan bahawa "Blog Ini Akan Ditutup" ?



Kenapa blog ini masih ada?


Adakah saya berbohong?



Sebenarnya blog dimana letaknya catatan "Blog Ini Akan Ditutup" telahpun ditutup.

Ini URL Pengumuman "Blog Ini Akan Ditutup" (klik untuk pergi ke blog lama).

Sebenarnya blog ini adalah blog yang baru.

Saya sebenarnya agak risau, jika pemindahan blog itu terlalu sempurna, pengunjung akan menyangkan saya hanya menukar templat. Walhal ianya memang blog yang baru.

Pengeksportan data daripada blog lama ke blog baru memang hampir sempurna.

Kalau tidak percaya bahawa blog ini blog yang baru, cuba masuk lihat blog lama.

Seperti yang dijanjikan, Alamat blog baru tetap http://hasbullah.pit.my , masih blog lagi diakses menggunakan http://sebolku.blogspot.com , dan suapan RSS kekal pada alamat http://feeds.feedburner.com/sebolku

Cuba bayangkan kalau blog baru ini masih menggunakan templat yang sama dengan dulu. Siapa mahu percaya ini blog baru?

Ada lagi sesiapa yang tidak percaya ini blog baru?

Ulasan pada catatan ini (blog lama) berbeza dengan ulasan pada blog baru.


Che Det juga telah melakukan pemindahan blog, akan tetapi kali ini alamat pun berubah.
Dulu Chedet.com berpindah daripada platform Blogger.com ke MovableType, Alamat sama tetapi RSS berubah.
Tapi kali ini, platform Movabletype juga tetapi alamat berubah, keahlian tidak berubah.

Mushkil juga, kenapa dia berbuat sedemikian? Adakah Tun Dr Mahathir kehilangan Chedet.com ?

Google+ Hasbullah Pit