test

Sabtu, 3 Januari 2009

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

Re: Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

Menjawap persoalan Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?


Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah.
Pempopularan istilah adalah satu sebab bahasa itu berkembang. Sekiranya sesuatu istilah itu tidak digunakan, maka istilah itu akan mati. Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian.

Dalam kehidupan harian yang menggunakan bahasa kebangsaan sekalipun, istilah inggeris tetap digunakan.

Di kedai komputer, penjual dan pembeli menggunakan "keyboard".

Pembeli "Berapa harga Keyboard ini?
Taukei "RM 30"

Mengapa tidak gunakan "papan kekunci"?

Jadi, Apabila istilah banyak digunakan, maka akan wujud situasi dimana memerlukan istilah baru bagi teknologi baru, dari situ proses pembentukan istilah berlaku. Bahasa berkembang.

Tetapi apa yang berlaku ialah orang yang tidak pandai berbahasa inggeris pun menggunakan istilah Inggeris kerana tidak tahu dan tidak mahu tahu apa istilah Bahasa Melayunya.



Jika anak-anak muda mula belajar dari usia yang muda, ia mudah diserap dan difahami di masa kelak. Mata pelajaran matematik dan sains di peringkat Universiti menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajarannya. Kenapa para-para pejuang bahasa ingin menyusahkan pelajar-pelajar bagi menyesuaikan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka boleh memahami dengan lebih mudah di peringkat Universiti.

 Jika pendekatan begitu hendak digunakan, maka setiap pelajar perlu tentukan di negara manakah dia akan menyambung pengajian, dan membelajari matematik dan sains dalam bahasa itu.

Jikalau Jerman, maka matematik di ajar dalam bahasa jerman, supaya mereka boleh memahami dengan mudah di Peringkat universiti. Begitu juga bagi bakal penuntut korea, jepun dan lain-lain.


Tetapi, fikirlah jika seseorang pelajar yang minat dengan mata pelajaran tersebut ingin mencari lebih banyak maklumat. Mereka harus menterjemah ke Bahasa Inggeris baru boleh mendapat lebih banyak maklumat.
Proses pernterjemahan sepatutnya proses berterusan. Namun tiada ertinya kalau kita menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada inggeris. Orang putih pasti lakukannya jika mereka mempunyai budaya ilmu.

Sekiranya kecintaan terhadap Inggeris dilakukan seperti PPMSI, maka sumber ilmu dari bukan inggeris seperti Jerman dan Jepun perlu diterjemahkan kepada Inggeris?

Apa rasionalnya kita di Malaysia menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada Inggeris? Bukankah sepatutnya diterjemah kepada bahasa kebangsaan?

Jumaat, 2 Januari 2009

Pengkomersilan Blog Che Det Hodoh - Rujuk Malaysiakini

Semalam saya telah menulis tentang permindahan blog Che Det daripada Chedet.com kepada chedet.cc , rupanya ia sebenarnya hanya kerangka yang menyembunyikan chedet.co.cc .

chedet.co.cc bukankah satu domain percuma?

Rupanya permindahan itu adalah disebabkan untuk mengkomersilkan blog dan ianya dilakukan oleh syarikat lain.


Tidak bolehkah iklan diletakkan sahaja di blog chedet.com ?

Ianya dikomersilkan oleh satu syarikat, dan syarikat itu mengenakan caj yang cukup tinggi.

Jika di kira secara kasar, melalui maklumat dari ruangan pengiklannya.

Sekiranya semua ruang iklan ditempah dan tidak berlaku "rotating", maka kutipannya sebulan adalah :

(1000+4*400+300)*30 = RM 87,000

kalau setahun?
(1000+4*400+300)*365 = RM 1,058,500


Di Malaysiakini, diberitahu bahawa ianya digunakan untuk "menampung sedikit kos".

Tetapi kalau (dapat) menampung sedikit kos, bagus juga

Kaji punya kaji pengiklanan web, saya lihat banyak yang menggunakan konsep per hari atau perminggu berbanding CPM dan CPC.  Sukahati mereka lah.

Blog "Ini" Ditutup atau Sekadar Tukar Templat?

Masih ingatkah lagi catatan blog saya yang memaklumkan bahawa "Blog Ini Akan Ditutup" ?



Kenapa blog ini masih ada?


Adakah saya berbohong?



Sebenarnya blog dimana letaknya catatan "Blog Ini Akan Ditutup" telahpun ditutup.

Ini URL Pengumuman "Blog Ini Akan Ditutup" (klik untuk pergi ke blog lama).

Sebenarnya blog ini adalah blog yang baru.

Saya sebenarnya agak risau, jika pemindahan blog itu terlalu sempurna, pengunjung akan menyangkan saya hanya menukar templat. Walhal ianya memang blog yang baru.

Pengeksportan data daripada blog lama ke blog baru memang hampir sempurna.

Kalau tidak percaya bahawa blog ini blog yang baru, cuba masuk lihat blog lama.

Seperti yang dijanjikan, Alamat blog baru tetap http://hasbullah.pit.my , masih blog lagi diakses menggunakan http://sebolku.blogspot.com , dan suapan RSS kekal pada alamat http://feeds.feedburner.com/sebolku

Cuba bayangkan kalau blog baru ini masih menggunakan templat yang sama dengan dulu. Siapa mahu percaya ini blog baru?

Ada lagi sesiapa yang tidak percaya ini blog baru?

Ulasan pada catatan ini (blog lama) berbeza dengan ulasan pada blog baru.


Che Det juga telah melakukan pemindahan blog, akan tetapi kali ini alamat pun berubah.
Dulu Chedet.com berpindah daripada platform Blogger.com ke MovableType, Alamat sama tetapi RSS berubah.
Tapi kali ini, platform Movabletype juga tetapi alamat berubah, keahlian tidak berubah.

Mushkil juga, kenapa dia berbuat sedemikian? Adakah Tun Dr Mahathir kehilangan Chedet.com ?

Khamis, 1 Januari 2009

Alasan Pendokong PPSMI: Takut Tidak Mahir B.Inggeris?

Sering kali kedengaran, apabila PPMSI dibincangkan, hujah yang kedengaran ialah tentang betapa pentingnya mahir berbahasa Inggeris untuk bersaing.


Satu hujah pengunjung tanpanama di catatan terdahulu.


Berbelah bagi samada memertabatkan bm sebagai bahasa ilmu dan juga kekhuatiran memikirkan halangan yg bakal timbul sekiranya anak2 kita tidak dapat bersama bangsa lain di pentas antarabangsa- ini bukan sahaja di bidang maklumat, malah bidang2 penting seperti perniagaan dan ilmu. Mahu atau tidak, kita telah berdepan dengan kampung dunia.
Maka bahasa yang telah diiktiraf secara tidak rasmi sbg bahasa antarabangsa ialah inggeris.Boleh kita bayangkan sebuah kampung yg kecil terdapat sebuah rumah yg penghuninya tidak boleh bertutur dlm bahasa kampung tersebut. Malah yang lebih parah lagi, terdapat ahli2 dlm rumah tersebut yg bukan Melayu yg lebih mahir berbahasa.
Boleh bayangkan siapa yg terketengah dan yg bakal mendapat peluang2 perniagaan global? Ali yg tergagap2 berbahasa inggeris (atau berbahasa melayu fasih yg org lain tak faham) atau Ah Seng dan Ramasamy yg fasih berbahasa antarabangsa.
 Bagi saya, ia tiada kaitan dengan PPMSI.

Para penentang PPMSI kebanyakkannya tidak mengatakan bahawa kita semua tidak perlu belajar Bahasa Inggeris, mahupun menafikan kepetingannya.

Jadi hujah sebegitu hanya sesuai untuk orang yang tidak suka belajar Bahasa Inggeris, dan bukannya kepada penentang PPMSI.

Wujud lagikah orang yang tidak mahu belajar Bahasa Inggeris?

Mungkin ada, akan tetapi saya agak yakin, semua pengunjung blog saya mampu memahami bahasa Inggeris, walaupun ada yang tidak fasih bercakap.

Jadi saya iakan sahajalah hujah itu, saya merasakan penting bagi kita semua menguasai Bahasa Inggeris, namun jangan sampai dikuasai oleh Bahasa Inggeris sehingga melacurkan Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu.

Apa beza menguasai Bahasa Inggeris dengan dikuasai bahasa Inggeris?

Semua maklum apa yang dimaksudkan dengan menguasai bahasa Inggeris, akan tetapi dikuasai Bahasa Inggeris pula memberi maksud terlalu agungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Tanggapan terhadap Bahasa Inggeris berbeza diantara
  • Negara bekas jajahan Inggeris 
  • dengan bekas jajahan lain dengan
  • Negara Merdeka tidak pernah dijajah (atau sekejap sahaja dijajah).
Bagi Malaysia, bahasa penjajah dan bahasa antarabangsa adalah sama, iaitu bahasa Inggeris.

Namun bagi negara bukan jajahan Inggeris seperti Indonesia mempunyai bahasa penjajah dan bahasa antarabangsa yang berbeza, satu Bahasa Belanda (nl), satu Bahasa Inggeris (en).

Jadi, tidak dinafikan di Malaysia, Bahasa Inggeris terlalu diagungkan.

Begitu juga Negara India.

Negara bekas jajahan Inggeris selalunya lemah dalam penterjemahan berbanding negara bukan jajahan Inggeris dan negara tidak dijajah.

Tanggapan terhadap Bahasa Inggeris juga tinggi dikalangan bekas graduan Inggeris.
(Kecuali YB Nik Nazmi)

Tak hairan kalau dikalangan penentang PPMSI adalah ramai graduan Jerman dan Jepun.

Graduan Jepun dan Jerman cukup faham kenapa mereka mesti sayangkan bahasa, namun sukar untuk memahamkan bekas graduan Inggeris.

Jadi, siapa yang dikuasai B.Inggeris, siapa yang menguasai Bahasa Inggeris?
Cerminlah diri sendiri.

Apa yang penting ialah mendapatkan ilmu dalam bahasa lain, di bawa ke bahasa sendiri.
Bukannya mengikut bahasa ilmu tersebut secara bulat, seolah-olah tamadun bukan Inggeris itu bodoh sangat.

Apa yang orang Amerika dan Inggeris tahu buat?
F1 dikuasai oleh Renault (Peranchis) , Ferrari (Jerman), BMW (Jerman), Mercedes (Jerman).
Semuanya oleh negara yang cintakan bahasa sendiri.

Amerika terperap dalam tempurung NASCARnya.

Penentang PPMSI tidak cintakan ilmu?
penentang PPMSI tidak mahu belajar bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak.

Entah-entah, penentang PPMSI lebih banyak membaca bahan ilmiah Inggeris berbanding pendokong PPMSI.

Pemunggahan khazanah Ilmu Islam oleh Barat.....

Rausyanfikir telah menyiarkan penulisan Dr. Khalif Muammar "Agenda Pemerkasaan Ulama’: Ketika Kejahilan Merajalela dan Ilmu Hilang Entah ke Mana" dan menulis perkara berikut:

Sebelum Melaka dijajah, sebelum Gaza berdarah, para orientalis, intelektual Barat telah memunggah khazanah kita di London, Leiden, Paris untuk memahami siapakah sebenarnya umat Islam.Di mana titik kekuatan dan kelemahan umat Islam dan bermacam-macam lagi kajian berkenaan umat Islam. Lihat saja Library of Congress milik Amerika Syarikat. Ini belum lagi dikira pengaruh universiti, think tank mereka. Masakan tidak era globalisasi ini diterajui mereka. Penjajahan Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain yang paling mujarab ke atas umat Islam dan bangsa lain adalah melalui jalan ilmu!

Mari kita lihat dari Jendela yang lain seperti yang telah disarankan oleh Dr Dzulkifly Ahmad.

Tatkala pemberontakan terhadap PPMSI sedang hangat, mari kita lihat dari Jendela PPMSI.

Tidakkah Intelektual Barat yang "memunggah" khazanah ilmu islam itu begitu bodoh kerana tidak menukar bahasa ilmunya kepada bahasa Arab?

Siapa yang bodoh?
Intelektual Barat yang tidak menukar bahasa Ilmunya kepada Bahasa Arab atau golongan pemuat dasar yang menukar bahasa ilmunya mengikut sumber yang diperolehi?

Sekiranya intelektual Barat terlebih bijak seperti pendokong PPMSI, pasti kitab-kitab matematik masih lagi kekal dalam bahasa arab. Pasti sekolah-sekolah di Eropah telah mengadakan sesi PPMSA (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Arab).

Kenapa Intelektual Barat tidak bijak seperti seperti pendokong PPMSI? Bukankah lebih senang begitu supaya kita semua satu dunia masih lagi belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Arab?


Adinda Rausyanfikir menulis...

Cuba lihat kualiti mahasiswa, pensyarah di universiti-universiti umat Islam di seluruh dunia. Apakah benar kita mempunyai satu budaya ilmu yang mencapai taraf keghairahan Khalifah al-Ma’mun yang telah melahirkan Bait al-Hikmah yang sangat dahsyat gerakan penterjemahannya di bawah penterjemah agung tamadun Islam Hunain bin Ishak?

Bayangkan kalau Khalifah Al-Ma'mun berkeras untuk membudayakan ilmu dalam bahasa Yunani? Agaknya  Tamadun Ilmu ketika itu berkembang lebih pesat atau sebaliknya?

Satu mentaliti yang perlu ada bagi pencinta ilmu, ialah mentaliti "Mahukan semua itu ada dalam Bahasa Aku". Mampu atau tidak, itu soal kedua, boleh diusahakan. Namun kalau keinginan itu tiada, pasti usaha kearah itu jauh sekali untuk direalisasikan.

Ahmad membeli telefon, Ahmad mahukan telefon itu dalam bahasa Ahmad. Kalau telefon itu jenis AP, walaupun murah, dia tetap tidak mahu membelinya kerana ia tidak ada dalam "bahasa aku" bagi Ahmad.

Mentaliti itu tidak wujud dalam masyarakat Malaysia.

Kementerian PelajaranPendidikan membeli ribuan perisian, tetapi tidak meminta "mahu ianya ada dalam bahasa aku".

Apabila 51% pelajar menjawap dalam Bahasa Inggeris, perlukan kita mentakrifkan sebagai "49% pelajar tidak mampu menjawap dalam Bahasa Melayu" ?

Atau, ditakrifkan sebagai 51% pelajar menolak Bahasa Melayu walaupun mampu menjawap dalam Bahasa Melayu?.

Atau, 49 % pelajar terus mahu menjawap dalam Bahasa Melayu walaupun mampu menjawap dalam Bahasa Inggeris?



Siapa yang berkempen supaya banyak pelajar memilih Bahasa Inggeris? Guru? Ibubapa? atau pelajar itu sendiri memilih sendiri?

Saya dulu telah berborak dengan Rausyanfikir berkenaan "Mahukan semua itu ada dalam Bahasa Aku" atau "mengapa tiada bahasa aku".

Disebabkan tiada perkara peribadi disitu maka saya siarkan di sini.


(11:23:20 MYT) wanfayhsal: Ajaran Sains dan Matematik dalam BI: Satu proses sekularisasi yang bakal melahirkan Lina Joy 20 tahun akan datang. http://sosialiskanan.blogspot.com/2008/12/ppsmi-topeng-sekularisasi-abad-ke-21.html
(11:24:47 MYT) sebol: macam tahu sahaja saya baru tulis pasal ppsmi
(11:25:01 MYT) wanfayhsal: haha
(11:25:04 MYT) wanfayhsal: kebetulan bang
(11:26:24 MYT) sebol: haritu ingatkan saya nak dtg tapi penat
(11:27:35 MYT) wanfayhsal: tak mengapa
(11:27:36 MYT) wanfayhsal: bang
(11:27:38 MYT) wanfayhsal: sekejap
(11:27:51 MYT) wanfayhsal: http://cheveningalumni.org.my/events.htm#DrJomo
(11:28:51 MYT) sebol: malam?
(11:29:08 MYT) wanfayhsal: malma
(11:29:51 MYT) sebol: Macam susah
(11:30:33 MYT) sebol: orang yang menenteang PPSMI terbahagi kepada 2
(11:30:48 MYT) sebol: 1 yang tak yakin orang melayu boleh belajar dalam English
(11:31:13 MYT) sebol: 1 lagi ialah orang yang terlalu yakin BM boleh jadi bahasa Ilmu & Bahasa Perpaduan
(11:34:16 MYT) wanfayhsal: saya berminat nak dgr abg smbg hujah yg kedua tu
(11:36:10 MYT) sebol: ada beberapa pemikiran perlu ada pada minda kita yang no 2
(11:36:21 MYT) sebol: sentiasa fikir "mengapa tiada bahasa aku"
(11:37:17 MYT) wanfayhsal: tak faham
(11:39:27 MYT) sebol: macam orang jepun, atau bangsa lain yg kuat semangatnya.
(11:39:42 MYT) sebol: Kalau jumpa sesuatu dalam bahasa lain, dia mesti mahu benda itu dalam bahasanya.
(11:39:53 MYT) sebol: Ambil contoh, pengakuan Balasundram
(11:40:00 MYT) sebol: dalam English,
(11:40:24 MYT) sebol: Sepatutnya, mesti ada salah seorang dari kita yang terjemahkan ke BM, untuk memastikan ianya ada dalam BM juga
(11:40:34 MYT) sebol: perkara sebegitu yang orang jepun lakukan.
(11:41:00 MYT) sebol: Bila buka komputer, semua English, kita mesti ada perasaan memelayukannya
(11:41:22 MYT) wanfayhsal: yup(11:41:24 MYT) wanfayhsal: yup
(11:41:26 MYT) wanfayhsal: tapi
(11:41:33 MYT) wanfayhsal: PPSMI ni akan menghalang peluang itu
(11:41:45 MYT) sebol: Automatik, kemahiran menterjemah akan dikuasai ramai orang, bukan setakat "orang bahasa"
(11:42:25 MYT) sebol: "orang bahasa" kebanyakkannya jenis sastera, bukan jurutera kimia macam awak
(11:42:29 MYT) sebol: hehehe
(11:42:37 MYT) wanfayhsal: haha
(11:42:38 MYT) wanfayhsal: betul2
(11:42:40 MYT) wanfayhsal: setuju bang
(11:42:43 MYT) wanfayhsal: setuju
(11:43:02 MYT) sebol: Kalau doktor, jurutera, peguam, akuantan semuanya ada perasaan "Benda ini mesti ada dalam Bahasa aku", pasti berjaya
(11:44:02 MYT) wanfayhsal: tun dulu
(11:44:03 MYT) sebol: Apa yang terjadi sekarang ialah, seperti mahukan buku "Fatwa on Banking" ada dalam BM, tapi tak terdaya
(11:44:08 MYT) wanfayhsal: mana nak sangat martabat BM
(11:44:10 MYT) wanfayhsal: nak maju saja
(11:45:12 MYT) sebol: Apa yang kita buat ni betul, tulis persoalan berat2 dalam bahasa Melayu
(11:45:34 MYT) wanfayhsal: betul bos
(11:45:36 MYT) wanfayhsal: betul
(11:46:05 MYT) sebol: Golongan doktor kurang sedikit
(11:46:37 MYT) sebol: sebenarnya istilah BM itu ada untuk banyak bidahng, tapi terperap dalam DBP
(11:47:47 MYT) wanfayhsal: yup
(11:47:49 MYT) wanfayhsal: setuju
(11:47:51 MYT) wanfayhsal: aduhai dbp
(11:47:53 MYT) wanfayhsal: tiada taring
(11:47:58 MYT) wanfayhsal: ungku aziz dah bising dah
(11:48:39 MYT) sebol: Bila bahasa ditugaskan ke DBP, seolah2 sekularkan Bahasa
(11:48:52 MYT) sebol: pemisahan bahasa dengan semua benda
(11:49:51 MYT) wanfayhsal: erm
(11:49:55 MYT) wanfayhsal: mungkin betul juga tu
(11:50:00 MYT) wanfayhsal: pening2
(11:50:17 MYT) sebol: Kalau masa anwar dulu, Anwar pro BM dan dia ada kuasa
(11:50:43 MYT) sebol: DBP perlu ada "kuasa menteri"
(11:51:20 MYT) wanfayhsal: ya

Gambar Proton MPV Dalam Ujian di Sungai Rambai

Sejarah Berulang?

Semalam ketika saya ke arah Sempang, saya terlihat satu kenderaan yang agak pelik dari arah bertentangan.

Rupanya ianya adalah Proton MPV yang dalam Ujian, dibungkus dengan kotak-kotak supaya ia tidak dikesan.

Maka bermulalah aksi kejar mengejar.

Setelah membuat Pusingan U, saya pun kejar, tak nampak pun Proton MPV itu.

Kejar punya kejar akhirnya nampak Proton SAGA NGV dalam Ujian.



Tidak lama lagi, keluar lah Proton SAGA NGV dipasaran, tanpa perlu membuat pengubahsuaian.

Tidak perlulah pengguna was-was samada pemasang NGV itu bertauliah ataua tidak, kalau sudah ada OEM.



Saya memotong Proton NGV itu untuk mengejar Proton MPV.

Kejar punya kejar, akhirnya Proton MPV itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat.




Walaupun "berbungkus" , bentuk lampu belakang boleh dilihat, bentuk pintu, bentuk cermin boleh dilihat.

Google+ Hasbullah Pit